KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati
menteri yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai kuasa
amat luas di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) yang meliputi hampir
keseluruhan aspek tadbir urus, pengurusan dan operasi institusi berkenaan.
Menurut laporan RCI, kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta
535 membolehkan menteri melantik dan membatalkan pelantikan Pengerusi serta
Ahli Lembaga TH.
"Menteri juga diberi kuasa menentukan pembayaran
honorarium, elaun perjalanan dan elaun sara hidup kepada Ahli Lembaga.
"Selain itu, Menteri boleh mengeluarkan arahan bersifat
am yang selaras dengan Akta 535 berkaitan pelaksanaan fungsi TH dengan
institusi itu diwajibkan melaksanakan semua arahan berkenaan," dedah RCI
TH hari ini
- Laporan
itu mendedahkan, Akta 535 memberi kuasa kepada menteri untuk memberi LTH
apa-apa arahan yang bersifat am yang selaras dengan Akta 535 yang
berhubung dengan pelaksanaan fungsi LTH dan institusi itu hendaklah
menguatkuasakan semua arahan sedemikian.
"Menteri juga berkuasa terhadap pelantikan Ketua
Pegawai Eksekutif LTH termasuk persetujuan berhubung dengan pembayaran gaji dan
elaun Ketua Pegawai Eksekutif LTH serta meluluskan peraturan berkenaan dengan
syarat perkhidmatan pegawai dan perkhidmatannya dan berkenaan dengan tatatertib
pegawai dan perkhidmatannya.
"Menteri juga berkuasa meluluskan pemberian pembiayaan
atau bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah
perenggan 4(3)(d) dan kepada mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya,"
dedah laporan itu.
Laporan terbabit juga mendedahkan menteri berkuasa
meluluskan peraturan berhubung dengan deposit dan pengeluaran di LTH serta
meluluskan setiap aktiviti pelaburan LTH dalam atau luar negara.
"Menteri juga boleh menentukan pemindahan wang daripada
Kumpulan Wang Rizab LTH, meluluskan pengisytiharan suatu jumlah wang sebagai
untung boleh diagihkan (hibah) berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun
tertentu.
"Menteri juga boleh meluluskan pembuatan apa-apa
peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada
peruntukan Akta 535," kata laporan itu.
No comments:
Post a Comment