PRU Negeri Sembilan: Pertahan Minoriti Tak Jejas Hak Melayu, Islam – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

SEREMBAN, 29 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mempertahankan hak kaum Cina dan India di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan Islam mahupun perlindungan Perlembagaan Persekutuan yang diberikan kepada orang Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Perdana Menteri menegaskan, Malaysia sudah mencapai kemerdekaan hampir 70 tahun dan sepatutnya sudah bergerak melangkaui retorik seperti menyuruh bangsa lain kembali ke China atau India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

“Itu menghina manusia. Kalau saya tanya anak India seorang, balik India, dia tahu balik di mana? Dia tak tahu. Yang dia tahu, ini negeri dia,” katanya pada program ‘Temu Anwar’ di Paroi, Negeri Sembilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Beliau berkata, rakyat Malaysia pelbagai kaum mempunyai kewajipan melindungi hak satu sama lain, sambil menambah dengan melakukan demikian tidak akan menjejaskan kedudukan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

“Pertahankan hak orang India ini, dan orang Cina tidak sedikit pun menghakis keyakinan kita tentang Islam, tentang kehebatan Islam.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan melindungi Islam sebagai agama persekutuan, serta Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Namun, ia turut menjamin hak rakyat Malaysia pelbagai kaum, yang sepatutnya dirai sebagai ahli dalam satu keluarga besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Anwar berkata, kerajaan tidak pernah mengusulkan untuk membuang kedudukan Perlembagaan orang Melayu atau melemahkan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

“Tak pernah kita cadang dalam Pakatan Harapan, kerajaan Madani sekarang, nak pindah Perlembagaan, nak menolak prinsip-prinsip yang termaktub,” katanya.

No comments: