SEMUA TIDAK BOLEH....KAPAL SELAM TAK LEH SELAM,KAPALTERBANG HILANG ENJIN,........

Tahniah Untuk Katak

Tahniah Untuk Katak

Oleh Noor Safinas Ghazali

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas yang bakal menjadi sampah kepada Barisan Nasional (BN) tidak lama lagi.

Menurut DPPN Pk dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan, mereka tidak sabar menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 pada bila-bila masa sahaja yang akan menentukan kedudukan 3 orang Adun Perak yang telah menjadi Adun Bebas awal Februari tahun lepas yang lalu.

Setiausaha DPPN Pk,Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, 3 Adun katak tersebut pasti akan dihukum kerana telah mengkhianati amanah rakyat sebelum ini.

"Layanan mesra seperti 'menatang minyak yang penuh' oleh BN itu semata-mata untuk menjaga kepentingan politik jahat mereka bagi mengekalkan perbuatan haram BN di Perak melalui sokongan Adun Bebas itu.

"Kita merasa pelik kerana kes dakwaan rasuah Adun Behrang dan Changkat Jering ini seolah-olah cuba dilengah-lengahkan oleh pihak-pihak tertentu, walhal kes perbicaraan ini tergolong dalam kes berprofail tinggi yang melibatkan kepentingan rakyat Perak yang perlu disegerakan.

"Persoalan yang akan timbul ialah, bagaimana kedudukan mereka selepas ini? Adakah mereka akan bertanding semula? Apakah tiket yang akan mereka bertanding selepas ini? Adakah BN bersedia memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN atau PRU ke – 13 ini akan menguburkan masa depan mereka?" soal Dr Raja Ahmad.

DPPN Pk turut menyeru agar rakyat bijak memilih dan memastikan hukuman setimpal kepada mereka yang mengkhianati amanah rakyat selama ini.

Terdahulu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat sehingga berlakunya rampasan kuasa di negeri Perak.

PERLEMBAGAAN TENTUKAN KERAKYATAN,BUKAN UMNO...SENDIRI MAU FAHAM.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) berkata, soal kerakyatan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, bukan Perlembagaan Umno.

Justeru, katanya PAS kesal dengan ucapan perkauman Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini yang didakwa perlu berterima kasih kepada Umno.








SAMA JUGA DENGAN KAUM PENDIDIK YANG DI TUKARKAN DAN DI PANGGIL UNTUK DI SOAL SIASAT .BUKAN KERJA DENGAN UMNO, KERJA DENGAN SERI PADUKA BAGINDA,BERMAKNA KERAJAAN MALAYSIA.BUKAN DENGAN UMNO.

Siasat sajalah - Anwar

Siasat sajalah - Anwar

KUALA LUMPUR 8 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh meneruskan siasatan berhubung dakwaan beliau kononnya pasukan keselamatan itu bekerjasama dengan perisik Israel.

Katanya, Tan Sri Musa Hassan diminta meneliti semula hansard ucapannya ketika membuat dakwaan itu di dalam Dewan Rakyat berhubung kerjasama dengan Israel yang turut mempunyai kaitan dengan firma perunding antarabangsa, Apco Worldwide.

''Siasat sajalah. Nak tanya banyak-banyak soalan apa lagi. Ini jawapan saya kepada Ketua Polis Negara dan saya harap beliau boleh sambung semula siasatan berdasarkan laporan polis pada 2008 tapi agak terbantut. Saya mengambil inisiatif untuk memberi semua maklumat yang saya ada.

''Terpulang kepada mereka (polis) kalau nak saya tolong, saya akan lakukan tugas saya sebagai rakyat Malaysia yang setia supaya UMNO dan media UMNO tidak memanipulasi dan menutup isu pencerobohan keselamatan negara yang serius ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara semalam yang mencabarnya supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh polis di dalam Dewan Rakyat kononnya ada perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman.

Musa turut menggesa Ketua Pembangkang itu mengemukakan bukti dengan segera berhubung dakwaannya itu agar siasatan segera dapat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut ditanya tentang kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Anwar menjawab ringkas:"Kalau ada bukti tunjukkanlah".

Khidmat Apco ditamatkan Ogos ini?








Khidmat Apco ditamatkan Ogos ini?
Apr 8, 10 6:02pm


NASIB BAIK ADA SUARA PEMBANGKANG.RAKYAT BOLEH TAHU.JIKA TIDAK SELAMANYA LAH GUNA KHIDMAT YANG "TIDAK MEMUASKAN INI"


Kontrak perunding media dan perhubungan awam Apco Worldwide Sdn Bhd dipercayai tidak akan diperbaharui apabila ia berakhir pada 4 Ogos.

Menurut sumber daripada pegawai peringkat tertinggi kerajaan, Apco yang ditugaskan oleh kerajaan untuk mengendalikan strategi media antarabangsa tidak akan dilanjutkan kontrak tahunannya.

"Beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) kurang senang dengan cara mereka menangani kontroversi yang melanda baru-baru ini dan kini menjadi liabiliti,” kata sumber itu lagi.

Menurut beliau, walaupun keputusan Najib untuk menamatkan khidmat Apco mungkin dilihat bagi mengurangkan tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional kerana firma antarabangsa itu didakwa ada kaitan dengan Israel, namun hakikatnya perdana menteri dikatakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Adalah dipercayai Apco memulakan kerja-kerjanya untuk Najib seawal Jun tahun lalu meskipun kontrak ketika itu belum ditandatangani.Najib dikat
akan amat tidak berpuas hati dengan khidmat Apco khususnya berhubung persiapan mereka ketika beliau diwawancara oleh Associated Press semasa lawatannya ke Beijing, Jun lalu yang ditanya mengenai pembunuhan model dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Soalan yang dilontarkan tidak diduga sama sekali dan perdana menteri dikatakan tidak bersedia walaupun beliau mampu menanganinya dan berjaya berseloroh.