SEMASA NAK BERI KEPADA PENJAWAT AWAM, EKONOMI TAK BAGUS..SEMASA UMUM KEPADA RAKYAT, EKONOMI PULIH....

SUATU KETIKA DULU

29 May 2009

PM kita katakan EKONOMI kita kan "Di jangka Pulih"

Ekonomi dijangka pulih – PM


NAJIB Tun Razak menyatakan sesuatu kepada Menteri Kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah selepas sidang media di pejabatnya di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 28 Mei – Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, perkembangan positif lain memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus.

Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara.

“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat.

“Dengan perkembangan ini, diharapkan ekonomi negara beransur pulih pada penghujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.

Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, ini merupakan pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.

Katanya, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008.

“Seterusnya perbelanjaan permintaan domestik kecuali perbelanjaan awam semakin merosot berikutan kelembapan aktiviti pelaburan dan penggunaan swasta.

“Dari sudut penawaran, hampir semua sektor ekonomi utama telah merosot kecuali sektor pembinaan yang telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan sektor awam,” ujarnya.

Selaras dengan perkembangan tersebut, jelas beliau, kerajaan telah menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan KDNK benar Malaysia bagi tahun ini daripada antara -1 hingga 1 peratus kepada -4 hingga -5 peratus.

Beliau berkata, bagi memantapkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara dalam menghadapi keadaan getir semasa, kerajaan akan memastikan beberapa langkah yang ditetapkan, diikuti.

Langkah-langkah tersebut adalah memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan mengikut jadual dan mengutamakan pulangan menguntungkan; langkah liberalisasi diperhebat; pembangunan modal insan dipertingkatkan; dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dimantapkan lagi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menambah, dalam menghadapi keadaan ekonomi yang getir, kerajaan akan tetap memastikan kepentingan serta kesejahteraan rakyat didahulukan dengan mengutamakan pembangunan menyeluruh supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati hasil kemakmuran negara.

“Kerajaan juga akan terus berusaha melonjakkan ekonomi negara ke arah aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi.

“Untuk ini, satu model ekonomi baru sedang digubal di mana sektor-sektor berpotensi tinggi akan diberikan tumpuan khusus yang berteraskan inovasi dan kreativiti serta berasaskan pengetahuan,” jelasnya.


KINI ..............


Situasi ekonomi tentukan bonus penjawat awam

17/10/2010 12:31pm



IPOH 17 Okt. - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan pemberian bonus kepada penjawat awam bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara.

Beliau berkata, kerajaan tidak memasukkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada Bajet 2011 kerana kekangan kewangan yang sedang dihadapi.

"Kita tidak mahu berlakunya defisit dalam kos operasi disebabkan pemberian bonus itu. Bagaimanapun kita beri wang saguhati sebanyak RM1,000, RM500 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu sementara RM500 lagi pada hujung tahun ini," katanya.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, walaupun pemberian wang saguhati tersebut tidaklah begitu besar tetapi ia tidak memberikan kesan defisit kepada perbelanjaan kerajaan.

Jelasnya, kerajaan terpaksa berhutang sekiranya ingin memberikan bonus kepada kesemua 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang jumlahnya mencapai RM3.1 billion.

Beliau berkata, masalahnya, jumlah itu akan memberikan impak kepada perkembangan ekonomi negara kerana adalah menjadi dasar kerajaan untuk menurunkan kadar defisit kurang daripada 5.6 peratus yang dicatatkan sebelum ini. - Bernama


SELAMANYA......... KENA TIPU.......







SIAPA PULA NAK JADI HERO....MINTA ORANG TAUBAT...SENDIRI SUDAH TAUBAT KA?




60 ahli dari tiga Cabang PKR semalam menghantar ‘Memorandum Taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera bertaubat demi menjaga martabat perjuangan parti.