MEREKA MAHU SEPERTI NAJIB ?

 Allahu Akbar !!!!! 









Apa lagi rakyat mahukan dari seorang pemimpin.


Kita speechless tak tahu kenapa tak bersyukur langsung segelintir dari kita.


ALLAH SUBHAANAHU WA TA'ALA sedang menduga iman kita. 


Percayalah.




Pemeriksaan rutin TUDM berjaya kesan dadah di Pangkalan Udara Subang.






1. Kementerian Pertahanan memandang serius insiden penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang pada 17 November 2026.


2. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara berkala melaksanakan pemeriksaan dalaman bagi memastikan organisasi sentiasa bebas daripada kegiatan dadah. Penemuan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya ketika pemeriksaan rutin dijalankan.


3. Kejadian dikesan sendiri oleh petugas TUDM ketika menjalankan pemeriksaan rutin terhadap bagasi yang akan dimuatkan ke dalam pesawat TUDM di Bangunan Pergerakan Udara (AMS), Pangkalan Udara Subang.


4. Pemeriksaan tersebut menemukan lima buah bagasi dan sebuah kotak yang mencurigakan. Penemuan itu segera dilaporkan kepada Cawangan Penyiasatan Zon Tengah TUDM yang kemudiannya menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.


5. Pada kira-kira pukul 5.20 petang hari yang sama, pasukan PDRM tiba di lokasi dan mengesahkan bahan yang ditemukan merupakan dadah berbahaya. Kesemua lima bagasi dan sebuah kotak telah disita sebagai bahan bukti, manakala lima pegawai TUDM yang disyaki terlibat telah ditahan oleh PDRM.


6. TUDM telah mengambil tindakan segera dengan menyerahkan kes ini kepada PDRM untuk siasatan lanjut dan akan memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan.


7. Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan jenayah. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana  pegawai terbukti terlibat atau bersubahat. 


8. Kementerian Pertahanan sentiasa mengutamakan prinsip ketelusan (transparency) dan akauntabiliti dalam setiap tindakan, termasuk dalam pengendalian kes ini.


9. Operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan dalaman akan terus dipergiatkan bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal bebas daripada kegiatan dadah.


DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

19 NOVEMBER 2026


Gambar sekadar hiasan.





KALAH SAMAN FITNAH RM150,000. TAK NAK BAYAR? SELAMAT DATANG KE MIMPI NGERI BERNAMA EXECUTION!









Baru-baru ni Dr. Rozaimi Ramle menang saman fitnah terhadap seorang pemfitnah bernama Fadhli Firdaus.


Fadhli Firdaus kena bayar RM150,000 kepada Dr. Rozaimi Ramle.


Apa akan jadi kalau dia tak bayar?


Haaa! Di sinilah bermulanya satu episod yang jauh lebih mengerikan daripada sekadar kalah saman.


Namanya EXECUTION atau PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH.


Jangan ingat apabila hakim jatuhkan penghakiman, kemudian kita buat bodoh, tak bayar dan teruskan kehidupan macam biasa, cerita sudah habis.


Sebab dalam undang-undang, kemenangan di mahkamah hanyalah permulaan.


Selepas itu, pihak yang menang boleh menggunakan pelbagai proses undang-undang untuk mendapatkan haknya.


Dan proses inilah yang boleh menyebabkan kehidupan seseorang bertukar menjadi mimpi ngeri!


1. BAILIF MAHKAMAH DATANG SITA HARTA!


Bayangkan sedang sedap berehat di rumah.


Tiba-tiba bailif mahkamah datang membawa Writ Penyitaan dan Penjualan.


Barang-barang berharga milik kita yang boleh disita mengikut undang-undang menjadi sasaran.


Barang yang dikumpul bertahun-tahun boleh disita dan dilelong.


Dulu bukan main seronok menaip fitnah menggunakan telefon.


Sekarang barang berharga pula terpaksa dilelong untuk membayar orang yang difitnah!


Nak merayu?


Nak menangis?


Nak menjerit?


Kalau sitaan itu sah di sisi undang-undang, air mata bukan alasan untuk membatalkannya!


2. DUIT DALAM BANK BOLEH KENA SAPU!


Ingat duit dalam bank selamat?


Jangan terlalu yakin!


Melalui prosiding GARNISI, pihak yang menang boleh memohon perintah mahkamah terhadap wang yang dipegang oleh bank untuk penghutang penghakiman.


Bayangkan suatu pagi kita buka aplikasi perbankan.


Duit yang kita sangka boleh digunakan rupa-rupanya tertakluk kepada perintah garnisi!


Kemudian mahkamah boleh mengarahkan wang berkenaan dibayar kepada pihak yang menang.


Dulu jari laju sangat menaip fitnah.


Sekarang jari yang sama terketar-ketar membuka aplikasi bank!


3. BOLEH JADI BANKRAP!


RM150,000 bukan jumlah kecil!


Jumlah ini sudah melepasi ambang RM100,000 untuk memulakan prosiding kebankrapan oleh pemiutang, tertakluk kepada syarat undang-undang.


Jika akhirnya diisytiharkan bankrap, jangan terkejut apabila kehidupan kewangan berubah secara drastik!


Nak keluar negara? Kena dapat kebenaran!


Nak menjadi pengarah syarikat? Ada sekatan!


Nak menjalankan perniagaan? Ada peraturan yang perlu dipatuhi!


Harta tertentu pula boleh berada di bawah pentadbiran insolvensi.


Daripada seorang yang bebas menguruskan kewangan sendiri, akhirnya terpaksa hidup dengan pelbagai sekatan undang-undang!


Bayangkan!


Hanya kerana tidak tahu menjaga mulut dan jari!


4. KENA HADAP HAKIM DAN DIBEDAH KEDUDUKAN KEWANGAN!


Melalui Saman Penghutang Penghakiman, seseorang boleh dipanggil ke mahkamah untuk diperiksa mengenai harta dan kemampuan kewangannya.


Berapa pendapatan?


Berapa akaun bank?


Ada rumah?


Ada kereta?


Ada simpanan?


Ada orang berhutang dengan kita?


Di mana harta?


Semua ini boleh menjadi perkara yang diperiksa oleh mahkamah!


Kalau sebelum ini bukan main gagah bercakap di Facebook, sekarang kena jawab pula soalan mengenai kedudukan kewangan sendiri di hadapan hakim!


Mahkamah boleh mengeluarkan perintah supaya hutang penghakiman dibayar sekali gus atau secara ansuran.


Jangan sesekali memandang ringan perintah tersebut!


5. PALING MENAKUTKAN, BOLEH MASUK PENJARA!


Ya!


Walaupun ini kes sivil!


Di bawah Seksyen 4 Akta Penghutang 1957, keingkaran terhadap perintah pembayaran selepas prosiding Saman Penghutang Penghakiman boleh membawa kepada prosiding tunjuk sebab.


Jika syarat undang-undang dipenuhi dan mahkamah membuat dapatan yang diperlukan, seseorang boleh diperintahkan menjalani pemenjaraan sivil sehingga ENAM MINGGU!


Bayangkan!


Dulu tidur atas tilam empuk.


Kini terpaksa menjalani pemenjaraan sivil akibat keingkaran terhadap perintah mahkamah!


Dulu bebas pergi ke sana sini.


Sekarang kebebasan boleh dirampas melalui perintah mahkamah!


Dan yang paling mengerikan...


MASUK PENJARA TIDAK SEMESTINYA MENGHAPUSKAN HUTANG PENGHAKIMAN!


Maknanya, selepas keluar penjara, tanggungan hutang yang belum diselesaikan masih boleh menghantui kehidupan!


6. HUTANG BOLEH TERUS MEMBENGKAK!


Dalam kes Dr. Rozaimi ini, mahkamah turut memerintahkan faedah 5% setahun sehingga penyelesaian penuh.


Belum termasuk kos yang diperintahkan mahkamah!


Semakin lama bayaran tertunggak, semakin besar jumlah yang mungkin terpaksa ditanggung.


Hari ini RM150,000.


Jika dibiarkan, jumlah keseluruhan boleh bertambah!


Bukan sahaja terpaksa memikirkan bagaimana hendak mendapatkan duit.


Malah perlu berhadapan pula dengan proses penguatkuasaan yang boleh memakan masa, tenaga dan menambahkan tekanan hidup!


7. TAK CUKUP DENGAN ITU, KENA MOHON MAAF SECARA TERBUKA!


Dalam kes ini, mahkamah turut memerintahkan permohonan maaf diterbitkan selama 30 hari berturut-turut mengikut ketetapan penghakiman.


Bayangkan!


Dulu bukan main gah menulis sesuatu yang memfitnah orang.


Akhirnya, mahkamah pula memerintahkan permohonan maaf diterbitkan secara terbuka!


Sungguh mahal harga sebuah fitnah!


KESIMPULANNYA


Itulah sebabnya saya selalu pesan kepada orang yang suka memfitnah.


Jangan terlalu yakin bahawa kehidupan kita akan sentiasa aman selepas menghina dan memfitnah orang lain.


Hari ini kita mungkin seronok melihat orang yang difitnah marah dan kecewa.


Kita ketawa.


Kita bertepuk tangan.


Kita rasa diri kita hebat.


Tetapi apabila orang yang difitnah mengambil tindakan undang-undang dan berjaya memperoleh penghakiman, keadaan boleh berubah sepenuhnya.


Daripada seorang yang ketawa, kita pula yang mungkin menangis!


Daripada seorang yang bebas menguruskan harta, kita mungkin berdepan sitaan!


Daripada seorang yang bebas menggunakan akaun bank, wang kita mungkin dikenakan perintah garnisi!


Daripada seorang yang bebas menguruskan kehidupan kewangan, kita mungkin diisytiharkan bankrap!


Dan dalam keadaan yang diperuntukkan undang-undang, kita mungkin berdepan pemenjaraan sivil!


JANGAN INGAT KITA BOLEH MELARIKAN DIRI DARIPADA TANGGUNGJAWAB PENGHAKIMAN HANYA DENGAN MENYEMBUNYIKAN DIRI, MENYEKAT NOMBOR TELEFON PEGUAM ATAU MEMADAM AKAUN FACEBOOK!


Penghakiman mahkamah bukan sekadar sekeping kertas yang boleh dibuang ke dalam tong sampah!


Pihak yang menang mempunyai saluran undang-undang untuk menguatkuasakannya!


Ingat!


SATU HANTARAN FITNAH MUNGKIN HANYA MEMAKAN MASA SEPULUH SAAT UNTUK DITULIS.


TETAPI AKIBATNYA BOLEH MEMUSNAHKAN KESTABILAN KEWANGAN YANG DIBINA SELAMA PULUHAN TAHUN!


Paling menyedihkan, orang yang kita fitnah mungkin sudah lama meneruskan kehidupannya.


Tetapi kita pula masih bergelut dengan hutang penghakiman, proses mahkamah, risiko kehilangan harta dan sekatan kewangan!


JADI, SEBELUM MENEKAN BUTANG POST UNTUK MEMFITNAH ORANG, TANYA DIRI SENDIRI SATU SOALAN...


BERBALOIKAH KEPUASAN MULUT SELAMA SEPULUH SAAT DIBAYAR DENGAN PENDERITAAN KEWANGAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN?


Kerana akhirnya...


YANG MENULIS FITNAH ITU JARI.


YANG AKAN MENANGGUNG AKIBATNYA PULA IALAH DIRI SENDIRI!