PKP/DARURAT BUAT EKONOMI LUMPUH


 Terima hakikat kerajaan ini tiada majoriti


Kedutaan beri amaran

PKP/DARURAT BUAT EKONOMI LUMPUH


Hari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat besar dan kecil akn ditutup. Ia sgt2 membimbangkan kata mereka. Mereka meragui atas dasar keperluan apa darurat diperlukan?


Cuba kita flashback secara ringkas bagaimana Covid19 menjadi benteng ampuh utk kerajaan PN bertahan sehingga kini. Jelas apabila kerajaan PN ini stabil maka angka Covid19 pun dilihat menurun.


'Perdana Menteri Sidang Akhbar' sesekali muncul di kaca TV membaca teks pengumuman tanpa soal jawab walaupun dah hampir setahun menjadi PM. Betapa takutnya dia ingin bersoal jawab dgn wartawan apatah lagi wartawan luar negara. 


Demi kuasa wang rakyat digunakan utk memberi segala jawatan dgn gaji puluhan ribu hingga ratusan ribu. Maka jadilah kabinet Muhyiddin kabinet obesiti dgn pelbagai pembaziran.


Utk mengelakkan pandangan negatif kpdnya, dia gunakan psikologi popular org Melayu iaitu berdoa. Org Melayu suka kalau bakal menantu boleh baca doa panjang. Maka berdoalah Muhyiddin kononnya inilah PM yg berjiwa Islamik.


Ketika Covid19 sdgkan merebak ke seluruh dunia... PN sibuk berpolitik merampas Perak, Melaka, Johor, Kedah dan kemuncaknya Sabah. Tapi bila pembangkang ingin melakukan perkara yg sama utk mengembalikan mandat rakyat, maka media lidah kerajaan setiap hari dari pagi hingga ke malam mencari Profesor2 Kangkung utk melahirkan persepsi kononnya pembangkang gila kuasa dan tidak fikir soal keselamatan rakyat.


Bermula dgn Anwar Ibrahim apabila mengumumkan pada penghujung Sep lalu beliau telah cukup majoriti. Dua hari selepas itu kes Covid naik mendadak. Setiap malam Anwar difitnah kononnya rakus, gila kuasa, tidak fikir nasib rakyat dan sebagainya.


Menghairankan pada Disember, org Selangor dan KL iaitu dua negeri Zone Merah di mana kes mencecah 1000 sehari masih dibenarkan rentas negeri. Seolah ada udang sebalik batu mengapa rentas negeri dibenarkan...nyata andaian saya itu benar dan terbukti skg... kes melonjak naik kerana pergerakan rentas negeri yg dibenarkan dari negeri Zon Merah.


Malaysia mencecah 4 angka setiap hari angkara tindakan agresif KKM membuat saringan. Bagi saya ia angka yg agak positif (angka yg relevan) berbanding Mac hingga Sep yg lalu. Sebabnya ketika Malaysia hanya mempunyai 10 ribu kes,  Singapore telah mencecah 55 ribu kes ketika itu. 


Sdgkan pintu sempadan negara sgt terbuka dari laut dan darat. Mustahil kita hanya mempunyai kes yg sedikit apatah lagi sempadan Malaysia dgn Filipina dan Indonesia di Borneo mudah ditembusi melalui jalan tikus atau 'jalan gajah' sekalipun.


Penghujung Dis angka seperti menurun.... tiba2 UMNO mengugut kerajaan PN. Klimaksnya lebih 130 Bahagian UMNO menolak utk bersama kerajaan PN dan mahu MP mereka meletakkan jawatan sebagai Menteri...angka kembali meningkat melebih 2 ribu sehingga mencapai 3ribu.


Sebenarnya bagi saya perancangan ini telah dilakukan dgn sgt sistematik. Covid19 dijadikan senjata ampuh dlm apa jua tindakan yg akn dilakukan.


Cuba anda perhatikan, desas desus Muhyiddin ingin membuat sidang akhbar sudah kita dgr pada hari Jumaat lagi. Yg lucunya dari hari Jumaat, hari Isnin baru pengumuman dibuat. Jika kritikal kenapa tidak dilakukan kadar segera pada Jumaat atau Sabtu. 


Sebabnya mudah dlm masa 2/3 hari itu angka mesti menunjukkan ia tinggi utk mempengaruhi rakyat kenapa PKP dan darurat perlu dilakukan. 


PKP diumumkan dgn pelbagai alasan. Rakyat terkejut... saya pula terkejut kerana sektor perkilangan, pembinaan dan beberapa lagi dibuka. Kemudian boleh pula satu family beriadah, boleh bersukan, berbasikal dan bermacam mcm lagi. Nampak mcm kerajaan ambil tindakan serius dgn melakukan PKP tetapi SOPnya sgt longgar... nampak tak game ni.


Rupanya PKP itu utk keesokan harinya diumumkan pula darurat... baru nampak real sikit tindakan kerajaan ini betul dan kononnya negara kita dlm saat kritikal. Maaf cakap, saat ini kekaguman saya kpd TS Noor Hisham sudah hampir tiada.


Kata2 Noor Hisham kes boleh melonjak 10ribu sehari pada Mac seperti mengiyakan kenapa perlu dilakukan darurat. Persoalannya bukankah pada Februari vaksin sudah berada di negara kita. Negara lain sibuk bicara soal vaksin kita kebelakang mahu PKP. 


Sdgkan di mana suara  TS Noor Hisham ketika PN ingin merampas Sabah? Di mana suara beliau ketika Selangor dan KL dlm kawasan Zone Merah , penduduknya bebas merentas negeri sesuka hati. Kenapa skg??? 


Sebagai individu diberikan kepercayaan sepatutnya  Noor Hisham mengambil pendekatan mencegah dari awal bukannya bila parah mahu mengambil tindakan yg menyusahkan rakyat.


Berbalik kpd soal darurat...benar ada beberapa negara juga istihar darurat tetapi Parlimen mereka masih berfungsi. Jelas darurat politik negara kita utk Muhyiddin kekal sebagai kerajaan tanpa majoriti. 


Ia sgt memalukan dan tidak bermaruah.Tak mengapalah... yg penting rakyat kena sedar dan ambil ikhtibar. Pengistiharan PKP dan darurat ini hanya menjahanamkan peniaga2 kecil/PKS.


Lihatlah bagaimana kilang, Mall, sektor pembinaan dan bebrapa lagi melibatkan tauke besar masih boleh beroperasi sepenuhnya. Mereka hanya menjaga tauke2 besar. Sedarlah rakyat... jgn tertipu kononnya atas nama agama dan bangsa yg menjadi modal utk mereka terus menipu.


Utk UMNO atau PH jika selepas ini mahu berpakat tidak boleh lagi main ugut atau istihar awal. Buat serangan hendap... dlm peperangan serangan hendap lebih berkesan ketika musuh sdg lalai. 


Buat Muhyiddin sampai bila mahu lari... akhirnya kepenatan juga. Terima sahaja anda sudah tiada majoriti... tiada pemimpin mana2 negara di dunia ni mahu menerajui negara di kala dia tidak mempunyai majoriti.


Kita juga memohon utk lantikkan PM Interim kerana Muhyiddin telah kehilangan majoriti. Ia adalah baik utk negara. Kita bimbang sepanjang tahun ini bukan sahaja tiada pelabur malah pelabur yg ada lari ke negara jiran kerana tidak percaya kerajaan sudah tiada majoriti.


Kalian boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan saya. Apa yg saya tulis lahir tulus dari isi hati saya. Barangkali benar barangkali sebaliknya..


Kredit Norman Radzuan


Kenapa China, Singapore, Taiwan, HK hebat?


Norman Radzuan



Apa yg terjadi buat saya makin percaya kpd Anwar 

BUKAN JADI PM...JADI MB PUN MEREKA TAKUT


Bila begitu dasyat Anwar Ibrahim disekat dgn pelbagai cara dan dgn segala kuasa yg ada utk menjadi PM. Ia menambah keyakinan saya Anwar Ibrahim adalah insan yg dinanti nantikan rakyat Malaysia utk melakukan perubahan secara total. 


Alasannya mudah....hanya mereka yg terpalit dgn rasuah dan salah guna kuasa sahaja begitu takut Anwar menjadi PM. 


Buat masa ini di kepala saya... hanya insan bernama Anwar mampu mengubahnya. Sebab beliau tidak terpalit dgn rasuah dan salah guna kuasa. Mana mungkin kaki rasuah nak banteras rasuah. Hanya Anwar yg mampu mengubah negara ini yg sudah terlalu lama dinodai pemimpin yg korup sehingga ia menjadi budaya org Melayu dari atas sampai ke bawah yg mempunyai sedikit kuasa.


Anwar itu bukan sahaja menjadi PM dihalang tetapi utk menjadi Menteri Besar pun dihalang dgn pelbagai cara. Masih ingat Langkah Kajang. Pelbagai cara dilakukan oleh Najib sehingga kes mahkamah dipercepatkan utk menyumbat Anwar segera ke dlm penjara.


Sebab apa pemimpin2 korup ini takut Anwar menjadi MB? Sebab mereka tahu andaikata Anwar menjadi MB Selangor, beliau yg mempunyai hubungan baik dan dihormati oleh negara2 Arab pastinya membawa pelaburan besar kpd negeri Selangor. 


Apatah lagi Anwar dikenali sebagai seorang yg berintegriti pasti perubahan negeri Selangor akn dpt dilihat secara total. Negeri paling kaya ini akn bertambah kaya....Inilah yg sgt dibimbangi oleh mereka yg korup.


Ramai yg dulu ingat Malaysia hebat hanya kerana Mahathir. Mereka silap Malaysia hebat kerana kewangannya diuruskan dgn penuh amanah oleh Anwar sehingga beliau diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia.


Baiklah mungkin ramai yg hairan cerita tentang Anwar tetapi gambar yg saya gunakan adalah KM PP, Chow Kon Yeow. Saya ingin bertanya kpd kalian, mengapa kerajaan PP mempunyai byk simpanan hingga menjadi negeri paling byk menyumbangkan dana kpd umat Islam di PP. 


Lihat apabila PKP dan darurat berlaku... KM ini bersedia dgn segala bantuan utk diberikan kpd rakyat. Adakah kerajaan Federal melakukan perkara yg sama? Itu bezanya kepimpinan Melayu dan Cina. Itu bezanya Malaysia dan Singapura. Mereka menguruskan negara dan negeri seperti menguruskan perniagaan mereka sendiri.


Bangsa Cina yg 'sebenarnya' mereka sgt amanah...sebab itulah negara2 hebat di Asia antaranya terdiri dari China, Taiwan, Singapore, Macau dan HK walaupun negara2 ini tidak mempunyai minyak. 


Hukuman rasuah sgt berat di negara2 ni kerana bangsa Cina tahu negara sekaya mana sekalipun jika rasuah menguasai pemimpin dan rakyat ia akan hancur negara itu.


Disebabkan itu DAP selesa bekerja dgn Anwar dan Anwar juga selesa bekerja dgn DAP. Sebabnya pemimpin2 DAP berintergriti. Jika PP itu diuruskan oleh pemimpin Melayu silap2 Balik Pulau itu habis dijual pada org asing.


Ada org tanya kpd saya kenapa taksub dgn Anwar. Saya bukan taksub, jika taksub dah lama saya menyertai parti beliau. Saya memilih Anwar kerana saya yakin ketika ini beliau sahajalah pemimpin yg boleh melakukannya.


Ramai pula yg berkata... berilah kpd org muda menggantikan Anwar. Ia bukan soal muda atau tua. Ia soal kepimpinan, kebolehan mengurus, bijak, mempunyai hubungan baik dgn pemimpin2 luar, berintergriti, mempunyai aura kepimpinan dan disegani kawan dan lawan...Oh ya yg penting sihat tubuh badannya.


Sb itu saya menolak bila ada mencalonkan Salahuddin Ayob apatah lagi Mahfuz kerana utk menjadi pemimpin ini ia bukan sekadar faktor umur. Utk menjadi pemimpin no 1 ini kreateria byk utk diambil kira. 


Sebagai org Melayu yg diajar agama utk tidak hidup bersenang lenang dgn duit rasuah... apa pilihan pemimpin yg kita ada utk membawa Malaysia reform secara total... di kepala saya hanya Anwar buat ketika ini.


Saya mahu reform berlaku. Ini penting kerana saya tidak mahu anak2 saya hidup bergelumang dgn rasuah. Saya mahu generasi anak cucu saya mereka dpt menikmati bersama kekayaan negara ini tanpa perlu menyertai politik.


Anwar itu petah bicaranya

Tajam pemikiran politiknya

Berani walapun lama dipenjara

Org gusar dgn tekanan dia tetap tenang

Org jatuhkan dia... dia bangun dia lawan

Baginya lawan tetap lawan



ITULAH ANWAR, SECEBIS KISAH - DATO SERI FAUZI ABDUL RAHMAN



Itula Anwar...sejak dari sekolah lagi cakna dgn kesusahan orang lain.


Di usia muda, satelah tamat pengajian terus menabur bakti, menubuh ABIM untuk mengisi kekosongan anak muda Islam, memperluaskan program usrah agar anak2 muda bakal pemimpin diajak :mengenal Allah dan mengenal perentah Allah".


Dilibatkan dgn aruah Sanusi Junid mengembangkan niaga runcit ketika sukar mendapat bekalan satelah peristiwa 13 May.

Beliau juga cakna dgn kegalan anak2 muda yang gagal memasuki University kerana kekuranga credit dlm mata2 pelajaran wahib dan menzahirkan Yayasan Anda di Kampong Baru.


Ini hanya secebis kesahnya....


** Saya salin semula cebisan kisah dari YBhg Dato Seri Fauzi Abdulrahman



MAKAN GAJI BUTA PANDAI LA CAKAP

 

Dah jadi jadi duta khas ke Timur Tengah, gaji jalan penuh walau hanya duduk di rumah, terpaksalah cakap macam ni.


Parlimen digantung tu apa kaitannya dengan Covid?



LIVES BUAL BICARA : TANPA HADI, AMANAH BUBAR? - YB MOHAMAD SABU & DATO ZAHARIN MOHD YASIN

Anwar Ibrahim: It's A Ploy Of A Desperate Leader Clinging To Power

ADAKAH PROKLAMASI DARURAT SAH?


Image may contain: one or more people, text that says "RLIM S MALAY Media ADAKAH PROKLAMAS DARURAT SAH?"



Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:

“ Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”

2. Pada masa sekarang adakah keselamataan Malaysia terancam? Maksudnya ancaman bersenjata musuh dari luar atau dalam negara? Jawapannya tidak ada.

3. Pada masa sekarang adakah kehidupan ekonomi Malaysia terancam? Maksudnya kilang-kilang pengeluaran ditutup; bank-bank ditutup; janakuasa elektrik, sistem telekomunikasi runtuh; pengangkutan darat, laut, udara terhalang; atau pelabuhan-pelabuhan terpaksa ditutup beroperasi. Jawapannya tidak ada senario sedemikian.

4. Adakah ancaman Pandemik Covid-19 boleh dianggap sebagai ancaman kepada kehidupan ekonomi? Jawapannya tidak. Pandemik Covid-19 adalah isu masalah Kesihatan Awam. Langkah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bidang Kuasa Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit serta Akta Majlis Keselmatan Negara (MKN) sudah mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani Pandemik Covid-19.

5. Rakyat memerlukan dan menuntut Vaksin mencegah penyakit Covid-19 bukannya Perisytiharan Darurat? Kenapa di negara-negara jiran seperti Singapuran dan Indonesia, vaksin sudah sampai ke negara mereka dan operasi suntikan vaksin untuk selamatkan rakyat mereka telah bermula? Kenapa di Malaysia, vaksin tidak sampai-sampai? Hendak tunggu sampai bila?

6. Apakah penutupan dan penggantungan Parlimen serta semua Dewan-Dewan Undangan Negeri di bawah Darurat boleh menghapuskan Covid-19? Adakah Covid-19 takut dengan Parlimen dan DUN-DUN? Jika Coronavirus tidak kenalpun Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta amalan demokrasi: semak dan imbang; jadi siapa yang sebenarnya kecut dan takut dengan Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri?

7. Adakah pada masa sekarang ini ketenteraman awam Malaysia terancam? Berapa banyak rusuhan berlaku semenjak Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin berkuasa? Ada? Tak ada. Berapa banyak mogok-mogok pekerja seluruh negara semenjak 1 Mac 2020 hingga sekarang berlaku? Ada? Tak ada. Berapa banyak demonstrasi besar-besaran bersaiz sebesar demonstrasi Bersih 1 hingga Bersih 5 berlaku semasa Kerajaan PKP Muhyiddin berkuasa? Ada? Tak ada. Adakah rusuhan-rusuhan kaum berlaku dalam tempoh Kerajaan PKP Muhyiddin ini selama 10 bulan? Ada? Jawapannya tidak ada.

8. Jadi kesimpulannya, tidak ada asas yang kukuh untuk Darurat seluruh negara diisytiharkan mulai hari ini hingga 1 Ogos akan datang. Oleh kerana itu adakah Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa sekarang ini sah?

9. Bagi saya, selaku seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat dan seorang pengamal undang-undang berpendirian bahawa Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah tidak sah.

10. "Ampun Tuanku, saya nyatakan pendirian saya secara jujur dan ikhlas. Tiada niat untuk menghasut atau menderhaka"

11. Tetapi bolehkah perisytiharan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu dicabar di Mahkamah undang-undang?

12. Dengan rasa sedih tetapi demi ketelusan dan bersikap luhur, saya nyatakan apa yang Perlembagaan Persekutuan peruntukan di bawah Perkara 150 (8)(a) dan (b) seperti di bawah ini:

Fasal (8)(a):

“hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan;” dan

Fasal (8)(b):

“tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan-

(i) Sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1); “

11. Kesimpulannya, dari segi undang-undang, peruntukan Perkara 150(8)(a) dan (b) telah menyelamatkan Kerajaan Darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila Proklamasi Darurat yang diumumkan semalam 12 Januari 2021 tidak boleh dicabar di Mahkamah.

12. Tetapi ada satu isu lain yang perlu dibahaskan seterusnya iaitu adakah Perdana Menteri Mahyuddin Yassin yang mengetuai sebuah kerajaan minoriti yang tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat?

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

13 Januari 2021

 

TARIKH PERBICARAAN PEMIMPIN UMNO

 Image may contain: 1 person, text that says "Berikut adalah tarikh perbicaraan pemimpin UMNO yang didakwa atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan menerima duit haram. 1. Najib Razak- 15 Feb (Rayuan) 2. Zahid Hamidi 12 April 3. Ku Nan- Menunggu tarikh rayuan 4. Rosmah Mansor- 10 Februari 5. Ahmad Maslan 5 hingga 29 Julai 6. Abdul Azeez Rahim- 25 Jan 7. Isa Samad 23 Februari 8. Bung Mokhtar Radin- 17 Januari RM42 JUTA SRC INTERNATIONAL BERSALAH"

DARURAT DAN PARLIMEN DIGANTUNG TIDAK MENGHALANG PERLANTIKAN PM BARU


 Sementara kita menjunjung kasih kepada Yang Dipertuan Agong atas perintah darurat yang diperkenankan baginda untuk dilaksanakan sejak semalam, harus juga difahami ia dikuatkuasakan setelah mendapat nasihat daripada Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

Disebutkan bahawa nasihat darurat itu dberikan untuk menangani Covid19, tetapi dengan dua perlaksanaan utama berkaitan darurat itu iaitu menggantung Parlimen dan tiada PRU boleh diadakan sehingga sepanjang tempoh penguatkuasaan, alasan itu dengan sendirinya nampak mengelirukan.

Budak-budak sekolah tentu jadi keliru dan guru pula pasti tiada jawapan yang tepat dengan persoalan – apa kaitan Parlimen harus digantung untuk menangani Covid19?

Ia seterusnya memberi tafsiran umum bahawa darurat ini adalah bersifat politik semata-mata, bertujuan menghalang keabsahan Perdana Menteri ditentukan di Dewan Rakyar dan mengelak PRU diadakan dalam waktu terdekat ini.

Secara tidak langsung, darurat ini juga seakan untuk menidakkan perlantikan Perdana Menteri baru susulan sehingga kini sudah tiga Ahli Parlimen UMNO secara terbuka menarik sokongan, sekaligus menunjukkan Muhyiddin tiada lagi dokongan majoriti.

Untuk itu, apa yang harus UMNO lakukan sekarang berikutan perlaksnaan PKP dan darurat seakan telah mengekang sebarang tindakan untuk menjatuhkan Muhyiddin, sedangkan itulah keinginan sebenar UMNO?

Selain itu, bolehkah Perdana Menteri baru dilantik dalam tempoh darurat ini?

Mengimbas apa yang berlaku sebelum ini di mana Muhyiddin sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri bukan melalui Parlimen, sebaliknya hanya melalui gerakan sambil makan-makan di Hotel Sheraton, ini menunjukkan ulangan yang sama boleh dilakukan.

Di Kedah pula, Mukhriz Mahathir turut dijatuhkan di luar DUN dan perlantikan Sanusi Mohd Noor sebagai penggantinya tidak dilakukan melalui DUN Negeri.

Untuk melantik Perdana Menteri atau ketua kerajaan negeri yang baru, ianya tidak memerlukan Parlimen dan DUN, tetapi persetujuan pihak Istana berdasarkan amalan Raja Berperlembagaan.

Dalam hal ini, terlanjur UMNO sudah ada ketetapan usul dan dipersetujui oleh MT untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, perkara itu tidak perlu lagi dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO dimuktamadkan.

Dengan penguatkuasaan darurat yang tidak membenarkan Perhimpunan Agung UMNO 31 Januari depan daripada diadakan, kemudian terdapat tiga Ahli Parlimen UMNO – Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz yang setakat ini mengumumkan tidak lagi menyokong Muhyiddin, ia sebenarnya masih belum kuat untuk menolak jatuh Perdana Menteri, walupun secara matematiknya beliau sudah tiada sokongan dan mesti meletak jawatan.

Sekurang-kurangnya harus ada tiga atau empat lagi Ahli Parlimennya diperlukan untuk membuat pengumuman menarik sokongan terhadap Perdana Menteri jika UMNO benar-benar mahu menjatuhkan Muhyiddin.

Selepas itu, mesyuarat khas MT UMNO hendaklah diadakan bagi mengesahkan penarikan sokongan tersebut, disertai dengan ketetapan agar semua Ahli Parlimennya yang memegang jawatan dalam kerajaan meletakkan jawatan secara serta-merta.

Ahli Parlimen yang enggan mematuhi arahan MT, bermakna mereka melanggar arahan parti dan tergugur keahlian UMNO secara automatik.

Dengan cara ini, barulah dapat meyakinkan Yang Dipertuan Agong bahawa Muhyiddin benar-benar tiada lagi sokongan dan Istana Negera berkewajaran melantik Perdana Menteri baru untuk menggantikannya.

Sebagaimana Muhyiddin sendiri bukan saja tidak dilantik melalui Parlimen, malah tidak berani mengabsahkan kedudukannya melalui undi percaya atau undi tidak percaya di Dewan Rakyat, maka tiada larangan untuk Perdana Menteri baru daripada dilantik melalui luar Parlimen.

Yang penting Muhyiddin perlu ditunjukkan secara nyata kepada dunia bahawa beliau tiada lagi sokongan majoriti dan dengannya mungkin mendorong Agong memilih jalan kebijaksanaan merungkai kekusutan.

Darurat hanya menggantung Parlimen dan tidak membenarkan PRU diadakan, namun tidak bermakna perlantikan PM di Istana Negara termasuk dalam larangan, apa lagi setelah diketahui dunia Muhyiddin telah hilang sokongan.

UMNO, dalam hal ini tidak perlu berganjak lagi daripada niat dan ketetapan yang telah dipersetujui, dimuktamadkan dan disokong oleh ahli-ahli akar umbinya melalui usul menolak Bersatu yang diluluskan di bahagian-bahagian seluruh negara.

Oleh kerana menolak Bersatu dan menjatuhkan Muhyiddin tidak memungkinkan PRU diadakan, menyokong Perdana Menteri baru adalah satu-satunya pilihan yang ada.

Lagi pula, jika UMNO mahu terus hidup, pilihan yang wajar ialah mesti segera bertindak dan jangan duduk diam saja di sebalik darurat yang dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos depan.

Ini adalah perjuangan hidup dan mati kerana dalam perutusan khas darurat oleh Muhyiddin, kata-katanya bahawa “mahkamah akan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh darurat dan saya tidak campur urusan serta keputusan mahkamah”, seharusnya tidak sukar untuk difahami oleh UMNO.

Walaupun Muhyiddin mengatakan tidak akan campur dalam urusan dan keputusan mahkamah, tetapi dengan menyebut ayat tersebut dalam perutusannya yang jelas tiada kaitan dengan darurat atau Covid19, beliau bukan saja seperti cuba memberi amaran, khususnya kepada Zahid Hamidi dan Najib Razak, malah menunjukkan kecenderungan, keinginan dan niat untuk campurtangan dalam urusan mahkamah.

Kalau tidak, apa tujuan Muhyiddin menyebutnya?

 (Shahbudindotcom 13/01/2021)



KPM jangan perjudi nyawa calon SPM

 

Oleh Zamzani Husin

Adun DAP membidas Kementerian Pendidikan (KPM) yang dilihat gagal menangani kebimbangan penularan wabak Covid-19 di kalangan kira-kira 400,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. 

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata demikian susulan pengumuman Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin bahawa peperiksaan SPM akan tetap diadakan seperti dijadualkan pada 22 Februari meskipun kerajaan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan darurat. 

“Saya menggesa KPM untuk melihat kepada faktor keselamatan dan kebolehlaksanaan sebelum membuat sebarang keputusan demi kepentingan generasi akan datang. 

“Kesihatan dan masa depan kira-kira 400,000 pelajar adalah di bawah tanggungjawab mereka,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini. 

Beliau justeru mencadangkan KPM mengambil langkah alternatif, antara lain menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 sebagai keputusan peperiksaan sebenar. 

“Sekolah yang tidak sempat menghabiskan peperiksaan percubaan harus dibenarkan untuk menghabiskannya,” ujarnya yang juga Pengara Pendidikan Politik DAP Selangor. 

Selain itu, Rajiv turut mencadangkan KPM supaya mengambil kira prestasi keseluruhan akademik pelajar sejak dari tingkatan empat.

Ini bagi memastikan prestasi akademik pelajar cemerlang yang tiada akses internet atau alat peranti yang sesuai untuk mengikuti pembelajaran atas talian ekoran penutupan sekolah sebelum ini dinilai secara adil. 

“Kaedah ini turut digunakan untuk pelajar Program Matrikulasi 2019/2020,” ujarnya. 

Adun Tanah Rata, Chiong Yoke Kong

Sementara itu Adun Tanah Rata, Chiong Yoke Kong mencadangkan KPM menggunakan data prestasi peperiksaan percubaan SPM bagi setiap sekolah untuk menilai tahap akademik sebenar pelajar.

“Prestasi peperiksaan percubaan SPM boleh menjadi penunjuk atau indikator yang penting bagi Kementerian Pendidikan dalam membuat sebarang keputusan, sama ada untuk menangguhkan SPM demi memastikan bahawa pelajar tingkatan lima tahun 2020 tidak akan terkorban disebabkan wabak Covid-19,” ujarnya.

Tegasnya yang juga Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan, KPM harus mengutamakan aspek kesihatan, keselamatan dan persediaan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. 

“Tambahan, adakah perlunya kita tergesa-gesa menganjurkan peperiksaan SPM sedangkan kerajaan mengendalikan PKP yang baru untuk memerangi wabak Covid-19 yang makin serius?” ujarnya.




Isu Twitter SKMM: Beberapa persoalan wajar dijawab

 

Oleh Roketkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia digesa berterus terang mengenai akaun Twitter suruhanjaya tersebut iaitu @SKMM_MCMC.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan, berkata, beberapa persoalan wajar dijawab berhubung isu akaun berkenan iaitu:

1. Adakah benar akaun @SKMM_MCMC itu diambil alih daripada akaun peribadi seperti yang didakwa?

2. Sekiranya benar diambil alih, apa keperluan @SKMM_MCMC mengambil alih suatu akaun peribadi?

3. Sekiranya ia diambil alih,  adakah benar terdapat bayaran yang terlibat? 

4. Adakah bayaran yang dikatakan oleh pengguna media sosial, @NazruiHakim dibuat oleh SKMM, dan berapa jumlah yang dibayar?

5. Jika SKMM ada membuat bayaran, adakah ia melalui proses perolehan kerajaan yang betul dan telus?

“Isu ini melibatkan sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa yang meluas dan mengawal selia industri komunikasi dan juga interaksi sosial orang awam di atas talian. 

“Oleh itu, persoalan-persoalan ini harus dijawab oleh SKMM dan juga KKMM. Pihak SKMM dan KKMM digesa untuk berterus-terang mengenai akaun Twitter @SKMM_MCMC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, akaun Twitter SKMM kecoh selepas warganet menangkap layar ciapan yang berbaur jelik yang dipercayai dibuat oleh akaun tersebut antara tahun 2013 sehingga 2014.

Dalam pada itu, seorang pemilik akaun Twitter yang ingin dikenali sebagai Nazruihakim dilaporkan mendakwa dia tidak menyangka akaun miliknya itu yang dijual pada usia kira-kira 15 hingga 16 tahun itu bertukar menjadi akaun rasmi SKMM. 




Sengsara PKP: Muhyiddin, mana bantuan untuk rakyat?

 

Oleh Zamzani Husin

Pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam ternyata mengecewakan rakyat kebanyakan. 

Mereka yang datang dari kelompok B40 adalah golongan yang paling terkesan dengan pengumuman tersebut. Malah golongan M40 juga sedikit sebanyak merasai tempiasnya. 

Apatah lagi mangsa banjir. Masalah yang dihadapi mereka bagai sudah jatuh ditimpa tangga, kini menjelma pula masalah baru dalam bentuk PKP.

Seperti yang ditegaskan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan, pelaksanaan PKP harus diiringi dengan bantuan kewangan. 

Namun pengumuman yang dibuat Muhyiddin semalam tidak memperincikan sebarang bantuan kewangan kepada rakyat yang bakal terkesan dengan PKP ini.

Rata-rata rakyat meluahkan kekecewaan mereka di media sosial. Mereka menuntut supaya syarat pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi I-Sinar dihapuskan dan moratorium pinjaman dilaksanakan semula. 

Walaupun pelaksanaan PKP ini difahami untuk melandaikan semula kes jangkitan Covid-19 di negara ini, namun rakyat yang masih terpaksa meneruskan hidup dengan gaji harian misalnya, harus tetap dibela. 

Atas dasar ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan pengumuman PKP 2.0 ini sebagai lemah malah mengecewakan rakyat kebanyakan. 

Tegas Guan Eng, pengumuman Muhyiddin semalam tidak diiringi langsung dengan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM45 bilion untuk meringankan beban rakyat dan perniagaan yang mengalami kesan buruk ekonomi. 

Pakej rangsangan tersebut merangkumi:

  • Kenaikan pembayaran bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, termasuk kepada penganggur.
  • Pelanjutan automatik moratorium pembayaran balik pinjaman bank, tidak termasuk golongan 20% Teratas, sehingga tarikh akhir Perisytiharan Darurat pada 1 Ogos yang akan membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia.
  • Insentif pengambilan pekerja untuk jangka masa 2 tahun, di bawah MalaysiaKerja sebanyak RM500 sebulan kepada pekerja dan RM300 sebulan kepada majikan untuk mendorong mereka mengambil pekerja tempatan yang dapat mewujudkan pekerjaan bagi 600,000 pekerja Malaysia. Kadar pengangguran meningkat daripada 4.7% kepada 4.8% pada bulan November 2020 ketika PKP Bersyarat dan Pemulihan dilaksanakan.
  • Mendigitalkan pendidikan termasuk membeli komputer riba untuk menyediakan pembelajaran atas talian bagi pelajar yang tidak dapat bersekolah, di mana pelajar hanya menghadiri 4 bulan persekolahan tahun lalu. 
  • Geran kewangan berjumlah RM10 bilion harus diberikan untuk menyediakan talian hayat kepada perniagaan baru dan sedia ada, pinjaman dan pemberian kredit, terutama untuk industri kecil dan sederhana dan industri pelancongan yang lumpuh. Industri pelancongan kehilangan pendapatan RM100 bilion tahun lalu dan tanpa “sokongan hidup” daripada kerajaan, menghadapi masa depan yang suram.

Situasi ekonomi negara tambah memburuk dengan kadar pengangguran meningkat 0.1 peratus dari 4.7 peratuas kepada 4.8 peratus pada bulan November 2020 semasa PKPB dan PKPP ketika itu.

Sehubungan itu, kerajaan Muhyiddin harus segera mengumumkan bantuan kewangan kepada golongan yang paling rentan ekoran pelaksanaan PKP. 

Jangan sampai timbul cakap-cakap yang mengatakan pelaksanaan PKP dan juga darurat ini hanya untuk menyelamatkan tembolok Muhyiddin Yassin dan konco-konconya yang kini hilang majoriti.

Jika tidak benar dakwaan tersebut, Muhyiddin harus tunjukkan keprihatinan kepada rakyat yang terkesan dan segera umumkan bantuan. Jangan biarkan rakyat terus menanti. 




Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

 



Court orders Mat Sabu's son to enter defence over drug charge | The Star

Bolehkah kerajaan minioriti nasihatkan Agong?



Hassan Karim (@hakarim_51) | Twitter


Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu terus menjadi tajuk perdebatan hangat di media sosial.

Antara ketidakpuasan hati rakyat berhubung perisytiharan tersebut adalah syarat-syarat utama yang membenarkan darurat dilakukan tidak terdapat di Malaysia.

Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, realitinya tidak wujud ancaman nyata yang membolehkan darurat dikuatkuasakan.

Beliau memetik perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan; ‘Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.’

“Pada masa sekarang adakah keselamataan Malaysia terancam? Maksudnya ancaman bersenjata musuh dari luar atau dalam negara? Jawapannya tidak ada,” tegas Hassan.

“Adakah kehidupan ekonomi terancam? Maksudnya kilang-kilang pengeluaran ditutup; bank-bank ditutup; janakuasa elektrik, sistem telekomunikasi runtuh; pengangkutan darat, laut, udara terhalang; atau pelabuhan-pelabuhan terpaksa ditutup beroperasi. Jawapannya tidak ada senario sedemikian.

“Adakah ancaman Pandemik Covid-19 boleh dianggap sebagai ancaman kepada kehidupan ekonomi? Jawapannya tidak. Pandemik Covid-19 adalah isu Kesihatan Awam. Langkah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bidang Kuasa Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit serta Akta Majlis Keselmatan Negara (MKN) sudah mencukupi untuk menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hassan lagi, rakyat tidak memerlukan darurat sebaliknya menuntut vaksin Covid 19 segera diedar.

Katanya, negara-negara jiran seperti Singapuran dan Indonesia vaksin sudah pun diperolehi dan operasi suntikan untuk menyelamatkan rakyat telah bermula. Kenapakah di Malaysia vaksin masih belum tiba?

Hassan juga mempersoalkan apakah kaitannya penutupan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan kempen memerangi Covid 19? Malah kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga, katanya, tidak menghadapi sebarang halangan sepanjang 10 bulan memerintah dan memerangi Covid 19.

“Adakah pada masa ini ketenteraman awam Malaysia terancam? Berapa banyak rusuhan berlaku semenjak PN pimpinan Muhyiddin berkuasa?

“Berapa banyak mogok-mogok pekerja seluruh negara semenjak 1 Mac 2020 hingga sekarang? Berapa banyak demonstrasi besar-besaran bersaiz sebesar demonstrasi Bersih 1 hingga Bersih 5 semasa Kerajaan PKP Muhyiddin berkuasa? Adakah rusuhan-rusuhan kaum berlaku dalam tempoh Kerajaan Muhyiddin? Jawapannya tidak ada.

“Jadi kesimpulannya, tidak ada asas yang kukuh untuk darurat seluruh negara diisytiharkan mulai hari ini hingga 1 Ogos akan datang,” katanya.

Menurut Hassan berdasarkan isu-isu keselamatan, darurat yang diisytiharkan itu diragui keperluannya. Malah beliau mendakwa darurat tersebut berkemungkinan tidak sah di sisi Perlembagaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada apa yang boleh dilakukan dari segi undang-undang mengenai perisytiharan berkenaan berdasarkan Perkara 150 (8)(a) dan (b) yang menjelaskan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah.

Cuma Hassan menimbulkan persoalan, adakah nasihat darurat boleh diberikan oleh PM Muhyiddin yang hampir tumbang setelah beberapa Ahli Parlimen kerajaan menarik balik sokongan?

“Tetapi ada satu isu lain yang perlu dibahaskan seterusnya, iaitu adakah Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan minoriti yang tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat?” tanyanya.

(function() { var d = document, w = window; w

Sudah boleh balik kampung dengan syarat 90 peratus vaksinasi dewasa

  Astro Awani September 22, 2021  KKM dan MKN hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi ...