GERAK98 mohon DYMM Yang Dipertuan Agong bertindak selaras Perlembagaan Negara.



1.Kami menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku dan titah Darurat.

 2.Namun kami percaya PM telah salahguna kedudukan memberi nasihat salah dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

 3.Umum mengetahui bahawa Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti ahli2 Parlimen.Beberapa hari lalu (dan hari2 mendatang) Malaysia dan dunia menyaksikan  satu demi satu ahli parlimen menarik sokongan kepada Muhyidin sbg PM.

 4.Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan seorang PM itu dilantik oleh DYMM dari kalangan ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti.Muhydin jelas dan nyata TIDAK ADA MAJORITI.

 5.Kami menjunjung kasih memohon DYMM bertindak selaras Perlembagaan Negara melantik segera seorang PM yang baru dan mempunyai majoriti.

 6.Ini penting demi menjaga nama baik DYMM Tuanku dan negara di mata rakyat dan seluruh dunia.

 7.Tindakan segera DYMM juga perlu demi menyelamat negara daripada terus dirosakkan oleh seorang PM yang hilang sokongan dan terdesak.

 

MOHAMAD EZAM MOHD NOR

GERAK98

13 Jan 2021/ 29 Jamadil Awwal 1442H

 #GERAK98

 

 


No comments: