Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 12/1/21
( 1 - 25 )
1. Mungkin tindakan
mengisytiharkan DARURAT atau EMERGENCY yang diumumkan YDP
Agong SETELAH mendapat nasihat Perdana Menteri dan SETELAH
berbincang dan mendapat persetujuan Raja - Raja Melayu
adalah khusus untuk tujuan menangani penuluaran COVID 19.
2. Tidak lama dahulu Agong dengan
persetujuan Raja - Raja Melayu telah MENOLAK cadangan Kerajaan Muhyiddin
untuk mengisytiharkan darurat.
3. Jika alasan Proklamasi Darurat
yang diberi semata - mata kerana ingin menangani masalah
penularan COVID 19 maka rata - rata berpendapat ia adalah amat PELIK
DAN AJAIB.
4. Rakyat tidak mempertikaikan
kuasa Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia untuk menangani
COVID 19, cuma apa perlunya darurat tersebut?
5. Atas nasihat Perdana Menteri, Agong
boleh isytihar Pembubaran Parlimen dan Pilihanraya Umum boleh diadakan; begitu
juga selepas ROMPAKAN KUASA Muhyiddin PERNAH TANGGUHKAN Sidang Parlimen
dari bulan Mac ke Mei 2020.
6. Apabila Sidang Parlimen Dibuka Rasmi
pada bulan Mei oleh Agong yang sama, Wakil Rakyat TIDAK dibenarkan berucap -
isu COVID 19 dijadikan alasan... yang ramai berpendapat alasan BODOH.
7. Jadi apa perlunya darurat?
8. Apabila TIDAK ada Rampasan Kuasa
Tentera dan rakyat pula masih bebas menjalankan tugasan harian,
malah pada petang semalam pula Muhyiddin sudah pun mengumumkan langkah -
langkah tertentu bagi menangani COVID 19, perlaksanaan darurat ini tentu saja
menimbulkan tanda tanya.
9. RAMPASAN KUASA
SEBENAR ialah yang telah dilakukan oleh Muhyiddin dan rakan -
rakannya pada bulan Februari 2020.
10. TIADA siapa yang
mempunyai otak waras yang mahu menggagalkan segala usaha menangani COVID 19
dan ekonomi.
11. Sebenarnya dengan Perisytiharan
Darurat ini ia bukan sahaja MEMBUKTIKAN KEGAGALAN Kerajaan Pakatan
Nasional atau PN pimpinan Muhyiddin mengatasi isu COVID dan masalah
rakyat, malah ia dilihat lebih kepada MENYELAMATKAN diri beliau daripada
dijatuhkan.
12. Dengan Perisytiharan ini Kerajaan
BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA termasuk amalan salaguna kuasa
yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah.
13. Oleh kerana 2 orang Wakil
Rakyat sudah tiada, dan 2 orang MP telah menarik balik sokongan, maka Kini
Muhyiddin hanya mempunyai 108 sokongan dari jumlah 220 atau hanya 49% Wakil -
Wakil Rakyat dalam Parlimen.
14. Walaupun sudah diisytiharkan
Darurat di mana Parlimen digantung namun ia TIDAK BERERTI
Ahli - Ahli Parlimen yang lain khasnya UMNO tidak boleh meneruskan rancangan
MENARIK SOKONGAN terhadap Kerajaan PN.
15. Dalam situasi begini di mana
nyawa Muhyiddin tak ubah seperti :
'Nyawa - Nyawa
Ikan'
atau buah durian yang pasti gugur apabila
ditiup angin, Muhyiddin AKAN GUNAKAN DAN
BUAT APA SAHAJA bagi mengekalkan jawatan yang diambil melalui
RAMPASAN KUASA yang telah dilakukannya.
16. Mungkin hari ini Muhyiddin
dan rakan - rakan boleh berpesta kerana telah berjaya
meyakinkan Agong namun TIDAK MUSTAHIL mulai malam ini beliau
akan diburu MIMPI NGERI!!
17. TERSERAHLAH kepada Wakil - Wakil
Rakyat atau MP UMNO khususnya sama ada mahu terus
BERDOSA menyokong Kerajaan RAMPASAN KUASA ini
atau sebaliknya.
18. Mungkin hari ini
Saudara juga boleh turut sama berpesta dan bergembira dengan beliau
tapi jangan lupa HANYA ALLAH SWT Sahaja yang
PASTI menarik balik nyawa yang dipinjamkan kepada kita dan selepas itu
kita akan berhadapan dengan Malaikat di alam Kubur dan seterusnya dibangkirkan
semula di Akhirat kelak.
19. Sudah 2 orang rakan Saudara di
dalam Parlimen yang telah pergi.
20. Kita Bila Pulak ?
21. ‘TEPUK DADA
TANYA
SELERA'
22. Rakyat SEKALI LAGI
DIPERDAYAKAN oleh Muhyiddin dan rakan - rakannya yang MABUK KUASA -
untuk apa ; jawapannya ada pada mereka dan terserahlah pula kepada
kita mengagaknya.
23. Untuk rakyat Perintah Kawalan
Perjalanan ( PKP ) dilaksanakan 2 minggu tapi untuk SELAMATKAN diri
Perintah Darurat dengan Penggantungan Parlimen selama 8 bulan.
24. Diharap Agong akan
MENILAI DENGAN TELITI prestasi Kerajaan Perikatan Nasional
sejak RAMPASAN KUASA dilakukan mereka setahun yang lepas.
25. Saya percaya cakap - cakap atau
kiasan kononnya Muhyiddin telah 'MEMBELI' Agong dengan
beberapa projek raksasa yang memberi keuntungan lumayan
HANYALAH FITNAH semata - mata.
Wassalam
Terima Kasih.