TIBA MASANYA KEADILAN DIBERI KEPADA ANWAR IBRAHIM


Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. 

 

Tun Mahathir pula pernah dilantik sebagai PM interim, selepas beliau dengan sengaja meletakkan jawatan sebagai PM di bawah kerajaan PH pada Feb 2020 tanpa ada perbincangan dengan Majlis Presiden PH.   

 

Sekarang, jelas dan nyata bahawa Muhyiddin selaku PM kerajaan PN iaitu kerajaan tanpa mandat rakyat setelah kumpulan beliau dan Azmin khianat serta belot kepada PH, Muhyiddin kini kehilangan majoriti di kalangan Ahli Dewan Rakyat.  Secara prinsip dan moralnya wajib Muhyiddin meletakkan jawatannya kecuali beliau seorang yang tidak bermoral dan tidak menghormati perlembagaan negara.  

 

Kini negara kita dalam polemik luar biasa.  Covid dan darurat.  Krisis perlembagaan turut menambah derita rakyat apabila seorang PM tiada sokongan majoriti dan kerajaannya pula bukan pilihan rakyat melalui pilihanraya.  Dalam menangani polemik serta situasi luar biasa yang pertama kali berlaku dalam sejarah pemerintahan dan sistem politik Malaysia, adalah menjadi keperluan untuk negara dipimpin seorang pemimpin yang hebat dan dihormati.

 

Dan berdasarkan situasi semasa, hanya seorang sahaja pemimpin yang layak memikul tanggungjawab ini iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.  Maka, harapan kita agar Kebawah Duli Tuanku dapat memberi perkenan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim bagi mengadap dan mempersembahkan sokongan yang beliau perolehi bagi membolehkannya dilantik sebagai PM.  

 

Saya yakin, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai rakyat di negara ini akan diberi keadilan yang sewajarnya.  

 

WFAUZDIN NS

 

 


No comments: