Program Himpunan Solidariti Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Program Himpunan Solidariti Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim
21 Oktober 2014 (Selasa)
1) 3.00 – 5.00 ptg – Bersama Masyarakat India Menjelang Deepavali
Lokasi: Little India, Jalan Tengku Kelana Kelang Depan Ajuntha (Sebelah Masjid India)
22 Oktober 2014 (Rabu) – Pulau Pinang & Kedah
1) 12 .00 tghari – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Yb Prof Dr Ramasamy TKM 2 Pulau Pinang
Lokasi: No11 A , Lorong 16 Tmn Tambun Indah, Simpang 4 , Batu Kawan, Pulau Pinang
2) 7.00 – 9.00 mlm – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Kedah Yb Dr Krishnamoorthy Adun Bukit Selambau
Lokasi: Jalan 5 , Cinta Sayang Resort Home, Sg Petani, Kedah
3) 8.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Dewan Lip Seang Khor, Sg Petani (Depan Hospital Lama, Sg Petani)
4) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang
Bersama YAB Lim Guan Eng, YAB Azmin Ali, dan Sdr Mat Sabu

23 Oktober 2014 (Khamis) – Pulau Pinang & Perak
1) 12.00 tgh – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Pulau Pinang
Lokasi: Dewan Jubli Home, Sg Dua, Pulau Pinang
2) 2.00 ptg – Perasmian Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk Yb Lee Khai Loon
Lokasi: Pusat Perniagaan Alma
3) 5.00 – 7.00 ptg – Perjumpaan MPN Perak,
Lokasi: MH Hotel, Ipoh
4) 7.00 – 9.30 mlm – Rumah Terbuka Depavali Perak
Lokasi: Rumah M Tinagaran, Bandar Baru Tambun
5) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Batu 3, Temoh, Tapah, Perak

24 Oktober 2014 (Jumaat) – Terengganu
1) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Dataran Pulau Warisan, Kampong China, Kuala Terengganu

25 Oktober 2014 (Sabtu) – Pahang
1) 9.00- 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Bandar Maran , Pahang

26 Oktober 2014 (Ahad) – Melaka & Johor
1) 6.30 – 9.30 mlm – Majlis Makan Malam
Lokasi: Flat Koperasi, Kg Baru, Machap Baru, Alor Gajah
2) 8.00 – 11.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Taman Cheng Perdana, Cheng, Melaka (Belakang CIMB)
3) 8.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Grand Seaview Restaurant, Batu Pahat, Johor

27 Oktober 2014 (Isnin) – Selangor
1) 7.00 mlm – Solat Maghrib & Hajat
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut
2) 7.00 – 11.00 mlm – Majlis Makan Malam
Lokasi: Dewan MBPJ, Petaling Jaya
3) 8.30 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: Stadium MPSJ 3K, Jalan SS 13/1e, Subang Jaya, Selangor
Turut bersama:
YAB Azmin Ali, YAB Lim Guan Eng, Sdr Mat Sabu
dan pimpinan utama Pakatan Rakyat

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM


Kempen isu Konspirasi Anwar di Australia bermula

Kempen isu Konspirasi Anwar di Australia bermula

Kenyataan Media: Satu delegasi pimpinan KEADILAN kini berada di Australia bagi lawatan kerja selama seminggu. Misi utama lawatan kerja ini adalah untuk memberi maklumbalas kepada ahli-ahli Parlimen Australia mengenai perkembangan politik terkini di Malaysia terutamanya berhubung dengan perbicaraan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pendakwaan terhadap pelbagai aktivis di bawah Akta Hasutan.
Siri lawatan kerja ini disertai oleh:

1.      Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan

2.      Nik Nazmi Nik Ahmad, EXCO Selangor

3.      Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru

4.      Wong Chen, Ahli Parlimen Kelana Jaya

5.      Lee Chean Chung, ADUN Semambu

6.      Melissa Sasidaran, EXCO Angkatan Muda

Selain dari lawatan kerja ke Parlimen Australia, delegasi juga akan menyertai siri forum terbuka di bandar-bandar utama seluruh Australia yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa Malaysia di Australia bernama “Malaysian Progressives”. Siri forum tersebut akan diadakan di bandar-bandar berikut:

1.      Melbourne (18 Oktober 2014)

2.      Adelaide (19 Oktober 2014)

3.      Perth (20 Oktober 2014)

4.      Canberra (21 Oktober 2014)

5.      Sydney (22 Oktober 2014)

Selain dari perjumpaan dengan mahasiswa dan masyarakat Malaysia di bandar-bandar tersebut, jadual penuh lawatan kerja delegasi KEADILAN juga melibatkan perjumpaan dengan ahli politik dan badan hak asasi manusia seperti berikut:

1.      Ahad, 19 Oktober 2014 di Adelaide – perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen Australia dan ahli Parlimen Australia Selatan

2.      Isnin, 20 Oktober 2014 di Canberra – perbincangan tertutup mengenai perkembangan politik di Malaysia dengan ahli-ahli akademik Australian National University (ANU)

3.      Selasa, 21 Oktober 2014 di Canberra – dimulakan dengan lawatan kerja ke Kementerian Luar Australia, diikuti dengan kenyataan media bersama dengan Senator Nick Xenophon di Parlimen Australia. Pada waktu tengahari, delegasi KEADILAN akan berdialog dengan ahli-ahli Parlimen dan senator-senator Australia. Pada sebelah petang, delegasi KEADILAN akan memberi keterangan mengenai perkembangan terkini di Malaysia ke Jawatankuasa Pilihan (Select Committee) Hal Ehwal Luar dan Hak Asasi Manusia

4.      Rabu, 22 Oktober 2014 di Sydney – perjumpaan dengan badan-badan hak asasi manusia iaitu Human Rights Watch, Amnesty International dan Australian Lawyers for Human Rights

Saya yakin rangka lawatan kerja ini akan memberi gambaran sebenar mengenai tindakan Barisan Nasional yang menggunakan undang-undang untuk menekan lawan politik. Ia juga kena pada masanya bila lebih ramai mahasiswa Malaysia di luar negara semakin berani tampil ke hadapan untuk membawa diskusi-diskusi berhubung perkembangan politik tanahair dari kaca mata yang lebih progresif.

Rangka lawatan kerja seperti ini akan diteruskan ke negara-negara lain agar pimpinan Barisan Nasional faham bahawa tindakan mereka menggunakan undang-undang untuk menyekat ruang demokratik dan mengekang pengaruh Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan ditempelak di peringkat antarabangsa.


RAFIZI RAMLI

Ahli Parlimen Pandan

New pro-reform Malaysian student movement in Australia - Malaysian Progressives

Facebook: https://www.facebook.com/MPOZAustralia
Twitter: https://twitter.com/MPOZAustralia
Instagram: MPOZAustralia
Email: mpoz.australia@gmail.com

Dear Malaysians,

Malaysian Progressives in Australia (“MPOZ”) is a newly formed movement of young Malaysians
based overseas, striving to spread and encourage crucial political reform among young Malaysians
overseas. We aspire for progressive improvement to the current state of our home country.
As Malaysia continues to be engulfed with socio-political uncertainties, we find that the role of young

Malaysians overseas becomes increasingly important to the country's future development. With the
swelling number of Malaysian students overseas now, the voice of young Malaysians overseas needs
to be acknowledged.

To address this, we adopt a pro-reform stand to provide a platform for young Malaysians overseas to
fill the void left by existing overseas Malaysian student groups. We strive to consolidate the
geographically-scattered voices of young Malaysians overseas and transform them into one coherent
voice, the voice of progressive young Malaysians.

To this end, we seek to provide a channel for progressive thinking Malaysians, irrespective of race,
religion, age, gender or political inclination to partake in the struggle for a better future for everyone in Malaysia.

We aim to raise awareness on issues pertaining to the state of current affairs in Malaysia and propose
solutions. We expect this would involve engaging and collaborating with like-minded individuals,
organisations, civil rights advocates and politicians to learn and partake in the struggle for a better
future for everyone in Malaysia.

Our inaugural event as chance would have it is to host an entourage of Malaysian MPs, ADUNs and
civil rights advocates visiting Australia. The entourage of MPs and ADUNs will be visiting major
Australian cities including Melbourne, Sydney, Canberra, Perth and Adelaide.
The entourage includes Rafizi Ramli (MP), Nik Nazmi Ahmad (State Exco), Sim Tze Tzin (MP), Lee Chean Chung (ADUN) and Melissa Sasidaran (Human Rights Lawyer).

MPOZ delegates in each of these cities will be hosting the visiting MPs and ADUNs, who will be
meeting the Malaysian Diaspora in each city through a series of events which are open to the public
including forums, lectures and town hall meetings.

For further information, please follow us on facebook- www.facebook.com/MPOZAustralia.
It would be highly encouraging to us if you could spread word of our initiatives and you showed us yoursupport through facebook likes. This helps demonstrate to those opposed to our formation, that there is a desire for progressive thinkers among young Malaysians.


Thanks in advance.
Warm Regards,
MPOZ

Tarif air naik: Hadi, puak UG punya pasal

Oleh: WEBMASTER
Akibat sikap terlalu mempertahankan Khalid Ibrahim dalam krisis Selangor, rakyat negeri itu menerima padah apabila perjanjian Langat II yang didedahkan MB Azmin Ali semalam, bakal menaikkan kos air mentah daripada 1 sen per kubik meter kepada 10 sen yang akan dibayar kepada kerajaan Pahang sebaik sahaja loji Langat beroperasi.

Kos air mentah naik 90 peratus, tentulah kos air yang diproses akan melambung. Kerajaan Persekutuan sengaja menaikkan kos membina loji Langat II melalui teknologi sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC). Teknologi tersebut hanya digunakan untuk merawat air dari sungai yang tercemar teruk, iaitu pada tahap empat. Namun air sungai Pahang tidak tecemar dan tidak memerlukan belanja tinggi bagi merawatnya.

Perjanjian tergesa-gesa

Perjanjian air ditandatangani kerajaan BN dan Khalid Ibrahim ketika PKR sedang berusaha keras menukar MB yang dilihat condong kepada BN dalam mengendalikan proses penstrukturan industri air Selangor.

Salah satu daripada dua perjanjian pembinaan loji Langat II ditandatangani pada hari raya kelima Aidilfitri lalu.

Biasanya pegawai-pegawai tinggi di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bercuti untuk seminggu berhari raya. Namun kerana kerajaan BN terdesak untuk meneruskan rancangan Langat II - ketika Khalid Ibrahim hampir digantikan oleh Dr Wan Azizah - perjanjian terpaksa disediakan pada hari  cuti perayaan. Perjanjian tergesa-gesa ini mengandungi pelbagai mark up harga yang biasa dilakukan oleh BN untuk menolong kroni. Projek Langat II yang pada asalnya dianggar bernilai RM2 bilion kini dispekulasikan meningkat kepada lebih RM3 bilion.

Kesemua kos ini akan dimasukkan ke dalam bil air yang bakal ditanggung oleh pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. PKR dan DAP membantah perjanjian yang dilakukan secara senyap-senyap oleh Khalid Ibrahim itu. Namun PAS tidak membantah, malah merekalah penyokong kuat kepada usaha merompak wang rakyat Selangor ini.

Hadi mempertahankan Khalid habis-habisan. Sanggup mencaci Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Sanggup tidak lagi bersemuka dengan pemimpin DAP. Puak UG dalam PAS seperti Tantawi bersungguh-sungguh membela Khalid, mewujudkan NGO Gerak 2.0. Anak Nik Aziz, Nik Abduh berhari-hari menyediakan hujah menghentam puak Anwarisme, Erdogan dan siapa sahaja yang pro Pakatan dalam PAS.

Sekarang di manakah mereka? Dulu berucap berapi-api mempertahankan polisi Khalid. Apabila tarif air dikhabarkan akan naik di manakah mereka? Mengapakah mereka tidak meneruskan usaha memberi penjelasan bahawa polisi Khalid Ibrahim adalah yang terbaik buat Selangor?

Inilah kerja konspirasi ahli politik PAS dari Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk menyusahkan hidup rakyat Selangor. Mereka bukan anak jati Selangor tetapi akibat campurtangan mereka, rakyat Selangor menderita. Zaharuddin @ Din Ayam menantu Hadi Awang boleh pulang ke Terangganu selepas mendapat laba dan saham dari Kumpulan Perangsang Bhd , Tantawi boleh balik ke Pahang dengan senang hati, abang Raja Petra warganegara United Kingdom yang rapat dengan sepupunya sultan Selangor dan menjadi orang penting di GLC Selangor boleh pulang ke British. Tetapi rakyat Selangor tiada tempat hendak lari dan terpaksa menanggung kos berbilion ringgit daripada kerja-kerja busuk sekumpulan oportunis tersebut.

Inilah akibatnya politik Islam disalahgunakan. Islam mengajar agar pemimpin memimpin untuk kebajikan  umat. Namun politik yang diamal oleh puak UG PAS ini tidak ada ubahnya dengan polisi Umno. Mereka berkomplot merompak duit rakyat melalui kenaikan tarif.

Apa yang diamalkan puak UG ini bukan politik Islam tetapi politik yang mengikut hawa nafsu. Tiada guna Dewan Ulama dan para ustaz PAS bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid tetapi berakhir dengan kenaikan kos.

Rakyat Selangor tidak reda dengan komplot politik PAS yang menyusahkan hidup mereka. Penulis yang merupakan anak kelahiran Selangor, membesar dan menetap di Selangor amat marah dengan cara berpolitik golongan agamawan ini.

Penulis mencadangkan sebagai hukuman Hadi, Tantawi, Nik Abduh perlu mendermakan gaji ahli parlimen mereka ke dalam tabung khas bagi menyerap kenaikan tarif air Selangor. Begitu juga Zaharudin dan abang Raja Petra yang rapat dengan istana Selangor dan didakwa telah menggagalkan usaha PKR menghalang perjanjian Langat II apabila sultan dinasihati agar terus membenarkan Khalid Ibrahim mentadbir negeri meskipun Dr Wan Azizah telah memperolehi majoriti 30 kerusi DUN pada 14 Ogos lalu.

Semua komplot pemimpin PAS ini perlu dipertanggungjawabkan kepada mereka. PAS Selangor wajar memikul tanggungjawab menggantikan mereka dalam pemilihan parti itu pada tahun hadapan. Sekiranya gagal maka rakyat Selangor tawar hati untuk mengundi pemimpin yang menaikkan kos hidup hanya untuk mempertahankan seorang MB yang dipecat daripada PKR.

Tarif air selangor mungkin naik, kos empangan tinggi

OLEH: Amirulmukminin
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mahu Selangor diberikan kuasa dalam membuat keputusan berhubung projek Langat 2.

Menurutnya, ini kerana pada masa kini kerajaan Persekutuan tidak membincangkan perincian teknikal projek loji rawatan air itu dengan Selangor.

Sebaliknya penglibatan kerajaan negeri adalah apabila kerajaan Persekutuan memohon untuk mengambil alih tanah di Hulu Langat dan dalam kebenaran merancang.

"Setelah kontraktor dilantik oleh kerajaan Persekutuan, barulah Selangor mendapat peluang untuk meneliti spesifikasi teknikal loji rawatan air Langat 2 untuk fasa pertama. 

"Kerajaan negeri berpandangan beberapa spesifikasi yang dibuat untuk projek ini adalah berlebihan.

"Ini sudah tentu akan melibatkan peningkatan kos pembangunan dan kos operasi," kata Azmin ketika membahaskan belanjawan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memetik dua contoh tentang keterlebihan dalam projek tersebut.

Menurutnya, loji itu akan menggunakan teknologi dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC).

"Penggunaan sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC) adalah sesuai untuk sumber air yang tercemar yang mencapai tahap kelas 4 iaitu pengkelasan air yang terburuk. 

"Apakah air yang mengalir di Sungai Semantan yang akan dialirkan ke Selangor berada pada tahap kelas 4 iaitu sumber air yang mempunyai kualiti yang rendah?" tanya Azmin.

Beliau turut mempersoalkan peningkatan kos sebanyak sepuluh kali ganda apabila Langat 2 beroperasi dengan air daripada Sungai Semantan di Pahang.

"Kerajaan Selangor akan membayar kadar sepuluh sen per isipadu meter kepada Pahang bagi bayaran air mentah tersebut.

"Pada ketika ini, pihak operator air negeri Selangor hanya membayar sebanyak satu sen per kubik meter sahaja," katanya.

Menurutnya, peningkatan kos itu akhirnya pasti akan dipindahkan kepada pengguna yang terpaksa membayar lebih untuk penggunaan air.

(function() { var d = document, w = window; w

Mengapa perlu takut buka Parlimen?

  Ini bukan kerajaan gagal tapi kerajaan tidak bermaruah MAHIADDIN PM PALING TERUK DLM SEJARAH Rakyat sedang menderita. Ada yg bunuh d...