OLEH: Amirulmukminin
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mahu Selangor diberikan kuasa dalam membuat keputusan berhubung projek Langat 2.
Menurutnya, ini kerana pada masa kini kerajaan Persekutuan tidak membincangkan perincian teknikal projek loji rawatan air itu dengan Selangor.
Sebaliknya penglibatan kerajaan negeri adalah apabila kerajaan Persekutuan memohon untuk mengambil alih tanah di Hulu Langat dan dalam kebenaran merancang.
"Setelah kontraktor dilantik oleh kerajaan Persekutuan, barulah Selangor mendapat peluang untuk meneliti spesifikasi teknikal loji rawatan air Langat 2 untuk fasa pertama.
"Kerajaan negeri berpandangan beberapa spesifikasi yang dibuat untuk projek ini adalah berlebihan.
"Ini sudah tentu akan melibatkan peningkatan kos pembangunan dan kos operasi," kata Azmin ketika membahaskan belanjawan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau turut memetik dua contoh tentang keterlebihan dalam projek tersebut.
Menurutnya, loji itu akan menggunakan teknologi dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC).
"Penggunaan sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC) adalah sesuai untuk sumber air yang tercemar yang mencapai tahap kelas 4 iaitu pengkelasan air yang terburuk.
"Apakah air yang mengalir di Sungai Semantan yang akan dialirkan ke Selangor berada pada tahap kelas 4 iaitu sumber air yang mempunyai kualiti yang rendah?" tanya Azmin.
Beliau turut mempersoalkan peningkatan kos sebanyak sepuluh kali ganda apabila Langat 2 beroperasi dengan air daripada Sungai Semantan di Pahang.
"Kerajaan Selangor akan membayar kadar sepuluh sen per isipadu meter kepada Pahang bagi bayaran air mentah tersebut.
"Pada ketika ini, pihak operator air negeri Selangor hanya membayar sebanyak satu sen per kubik meter sahaja," katanya.
Menurutnya, peningkatan kos itu akhirnya pasti akan dipindahkan kepada pengguna yang terpaksa membayar lebih untuk penggunaan air.