4 Pegawai Ismail Sabri Ditahan SPRM

TERKINI! PRK: PH beri laluan BN | Pegawai PM-9 simpan tunai | Lagi wakil...

INILAH DIA KAKI MUNAFIK YANG BERCAKAP


 

INILAH AKIBAT NAK TEBUK ATAP




LAGI KETUA BAHAGIAN BERSATU TEWAS.

 

𝗦𝗲𝗸𝗼𝗿 lagi wakil rakyat Bersatu 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 pemilihan ketua bahagian. Apa dah jadi 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗽𝗶𝗰𝗶𝘀𝗮𝗻 ni? Ahli sendiri pun 𝙧𝙚𝙟𝙚𝙘𝙩 wakil rakyat mereka.



Kalah bukan sikit-sikit pulak tu. 𝗔𝗱𝘂𝗻 𝗕𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗮𝗹𝗶 ni dapat 𝗲𝗻𝗮𝗺 𝘂𝗻𝗱𝗶 sahaja. Memang ditolak sepenuhnya la kiranya. Dihina ahli sendiri. Tak hairan kalau parti ni dijangka 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗽𝘂𝘀 menjelang RPU16.


Agaknya macamana cara Bersatu pilih calon ye? Kalau ahli sendiri pun 𝘳𝘦𝘫𝘦𝘤𝘵, macam jenis 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗺𝘂𝗮𝘁 je ni gamaknya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

Mentang-mentang menteri DAP yang umum, laju Pas bangkit hal kaum




OLEH AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI



AMANAH Wilayah Persekutuan mengecam keras sikap hipokrasi dan kemunafikan Pas dan pihak pembangkang dalam isu penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (Akta PSB) yang menuduh kononnya Akta PSB itu nanti akan secara halus menghalau orang Melayu dan India miskin bandar keluar dari penempatan mereka.

Ada juga yang menggelar dan menuduh kononnya cadangan Akta PSB yang akan dibentangkan pada bulan Julai akan datang sebagai “Akta Rampas Rumah”.


AMANAH WP kesal dengan tahap pemahaman dan intelektual yang sangat rendah yang dimiliki pihak pembangkang.

Mereka seringkali memanipulasi isu dan memainkan sentimen perkauman sempit demi survival politik semata-mata tanpa sedikitpun mengambil inisiatif untuk membaca serta memahami keseluruhan kandungan, tujuan dan objektif perundangan tersebut dibuat .

Ironinya, cadangan Akta PSB yang disebut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Parlimen baru-baru ini adalah merupakan kesinambungan dari cadangan tentang pembangunan semula bandar yang mula dicadangkan sejak 2021 lagi iaitu semasa Perikatan Nasional menjadi kerajaan dengan Pas di dalamnya.


Kenapa tidak kedengaran pun rintihan dan tuduhan seperti yang dibangkitkan sekarang oleh Pas pada waktu itu?

Apakah hanya disebabkan yang menyuarakan cadangan itu ialah Menteri dari DAP maka tanpa berlengah, serangan dan tuduhan bersifat perkauman wajib dicanang tanpa memikirkan bahawa Akta PSB itulah juga perundangan yang sama yang dibentangkan sejak Zuraidah Kamaruddin menjadi Menteri KPKT semasa Perikatan Nasional menjadi kerajaan.

Maka jelaslah di sini sikap hipokrit, ekstrimis, bankrap idea dan “low class mentality” yang ada pada pemimpin-pemimpin pembangkang sekarang dalam menyuarakan apa sahaja isu.

AMANAH WP menyambut baik pembentangan Akta PSB ini khususnya dalam konteks pembangunan semula dan perumahan bandar di Wilayah Persekutuan.

Malah, Akta PSB ini apabila diluluskan kelak mampu berperanan jauh lebih adil dan manusiawi dari penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) yang bersifat mandatori dalam beberapa keadaan tertentu.


Ia juga tidak mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak pemaju untuk mengaut keuntungan dan kepentingan komersial semata-mata.

Ini kerana elemen penting di dalam Akta PSB ini ialah adanya campur tangan dari kerajaan dalam sebarang rundingan berkaitan dengan cadangan pembangunan semula, di samping nilai ambang persetujuan dari pemilik hartanah yang ditetapkan oleh kerajaan yang dilihat sangat wajar dan munasabah berdasarkan kepada kriteria, usia serta kondisi sesuatu hartanah yang ingin dibangunkan semula itu.

Pelaksanaan Akta PSB ini juga tidak akan sama sekali meminggir, mengusir atau mengancam mana-mana golongan tertentu terutamanya dari aspek perbezaan kaum atau tahap pendapatan (B40 atau M40) kerana tidak ada sebarang unsur paksaan atau isu gentrifikasi dalam penggubalan Akta ini.

Mekanisme penting pelaksanaan PSB adalah mendapatkan persetujuan pemilik hartanah itu sendiri melalui proses rundingan dan bukannya melalui pengambilan secara paksa.

Proses rundingan ini dapat memastikan suara dan kepentingan pemilik tanah didengar dan dilindungi dengan sewajarnya.

Akta PSB ini boleh menjadi medium perundangan terbaik yang boleh digunakan kerajaan dalam pembangunan Kampung Bharu dan perumahan-perumahan awam lain di Kuala Lumpur yang sudah lanjut usia dan tidak kondusif lagi untuk diduduki.

AMANAH WP berharap dengan penguatkuasaan akta ini kelak, tidak ada mana-mana pihak boleh dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan Akta Pengambilan Tanah seperti yang dilakukan oleh Perikatan Nasional terhadap penduduk Kampung Sungai Baru tatkala rakyat terkurung semasa pandemik Covid 19 dahulu, atau menggunakan apa-apa perundangan lain yang berkaitan tanpa melihat kesannya kepada pemilik hartanah tersebut dan bayaran pampasan yang sewajarnya mengikut harga pasaran dan nilaian semasa hartanah.

AMANAH WP meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa Akta PSB ini mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan sosio-ekonomi, nilai hartanah dan kualiti hidup pemilik-pemilik hartanah di bandar yang selama ini dihimpit dengan pelbagai masalah perbandaran, hidup dalam persekitaran yang tidak selamat dengan bangunan-bangunan uzur dan usang sungguhpun dalam suasana kepesatan pembangunan moden bandar yang ada pada hari ini.



Penulis merupakan Naib Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan





Ini gambaran bilik kalau simpan wang tunai RM150 juta

 



HarapandailyFebruary 23, 2025

Sejak awal pagi tadi kecoh dengan dakwaan pegawai kepada seorang bekas perdana menteri terpalit kes rasuah dan penyimpanan wang tunai ratusan juta ringgit.

Perkara ini dibincangkan secara terbuka di media sosial biarpun masih belum ada pengesahan rasmi.

Poster tersebar yang dilihat Harapan Daily adalah berkenaan penemuan wang berjumlah RM150 juta.

Seorang pengguna X, Najib Bakar, menggunakan chatbot ChatGPT untuk mendapat gambaran keadaan ruang penyimpanan bilik jika dipenuhi dengan wang RM150 juta.

“Dengarnya rampasan wang tunai RM150 juta. Kalau ikut ChatGPT, satu duffle bag 30 liter boleh isi RM1.25 juta dengan setiap note RM50.

“Anggap satu beg depa isi RM1 juta. Maknanya storage room ada 150 buah duffle bag.


“Maka, inilah gambaran bilik berisi RM150 juta tunai. Mak aih!,” kongsinya yang mendapat perhatian ramai.

Hari ini gempar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor telah menahan empat individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beberapa laporan media, kes ini membabitkan dana RM700 juta untuk promosi “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan bekas perdana menteri itu pada Ogos 2021.

 



SAIFUDDIN BERTEMU TEMAN LAMA


 Ketika sela waktu yang ada, saya adakan pertemuan dengan sosok yang cukup dihormati, sahabat saya Bapak Dr. Hj. Hidayat Nur Wahid, Wakil Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia.






Pertemuan tadi yang terbina di atas hubungan persahabatan sekian lama cukup bermakna dan mengesankan terutama membicarakan akan perihal serumpun serta kemanusiaan.


Kami turut menyentuh berkenaan usaha pembangunan semula Gaza yang mana Malaysia memainkan peranan utama bersama-sama Jepun. Kami juga bersetuju bahawa kita punya titik temu yang cukup banyak, sekalipun ada perbezaan, ia boleh diurus dengan cermat dalam suasana muhibah.


Terima kasih Bapak Dr. Hj. Hidayat Nur Wahid, pertemuan informal sebegini tentunya mengeratkan lagi silaturrahmi dan membantu menyelesaikan banyak perkara. 


Insya-Allah, sampai ketemu lagi pak !


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#KementerianDalamNegeri



MELAYU MEREMPAT



 Apabila Nuar Musang cakap pasal "Urban Renewal" pada tahun 2020 (semasa PN jadi kerajaan), tiada kedengaran Melayu akan merempat.


Tapi bila Nga Kor Ming cakap benda sama (semasa PN jadi pembangkang), terus ratib "Melayu dah nak merempat dah".


Betul lah orang tua-tua kata.. "Melayu kapak Melayu dan Melayu halau Melayu".


Depa sendiri buat 'akta' untuk halau Melayu keluar dari bandar. Bila dah hilang kuasa hilang jawatan depa lah terpaling nak jadi hero!!


#HipokritPN



NOHHH ROSAK GILER


MEREKA merancang, namun Allah SWT Maha Perancang.

150 juta kali wa pikir kenapa gambar ini keluar dulu.

Rosak ana punya program ....


PENGSAN PAK LONG.


 

KENAPA PAS DAN BERSATU TAKUT KDNK NEGARA DAPAT DITINGKAT DAN PULIHKAN?

Negara Lain Sibuk Kejar Kemajuan, Ada Pihak Sibuk Isu Remeh-Temeh – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik pelancaran di Majlis Perasmian Wajah Baharu Alamanda di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 23 Februari 2025. Foto Jabatan Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 23 Feb – Dalam nada tegas tetapi perlu dilakukan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur tindakan sesetengah pihak di negara ini yang masih ‘riuh-rendah’ dalam isu remeh, ketika negara lain berlumba-lumba mengejar kemajuan teknologi.

Perdana Menteri berkata, negara seperti China, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kini berusaha mengangkat keupayaan teknologi, kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan tenaga boleh baharu di samping terus bergantung kepada tenaga konvensional.

“Kita riuh-rendah dalam hal remeh temeh dan bergaduh. Kalau kita dengar kadang-kadang sebahagian, bukan semua, sebahagian ceramah, tazkirah itu, kutuk dan hukum orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu pada 23 Februari 2025. Foto Bernama

“Tidak semua kita boleh bersetuju dalam semua perkara. (Perkara) ke arah kebaikan dan amalan asal, kita setuju. Bila beberapa pendekatan, ada perbedaannya dan harus ada toleransi bersama, hikmah (diperlukan) dalam dunia yang pelbagai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Alamanda Berwajah Baharu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, termasuk dalam membasmi jenayah rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan ketika berucap pada Majlis Perasmian Wajah Baharu Alamanda di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 23 Februari 2025. Foto Jabatan Wilayah Persekutuan

Perdana Menteri menafikan beliau berdendam dan sengaja mencari kesalahan supaya sesuatu kes itu disiasat, sebaliknya mahu memastikan amalan yang melanggar tatakelola dihentikan.

“Ada orang kata saya dendam, cari salah. Tak, tak benar. Saya hanya beri kebebasan betul-betul. Saya beritahu Jemaah Menteri, kita tidak campur.

“Kita beri kebebasan kepada polis menjalankan kerja mereka dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan tugasnya, kutip cukai, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) geledah supaya menghentikan amalan rasuah.

“Negara boleh kaya tapi kalau pimpinannya itu sibuk cari kakayaan untuk diri, bila nak jaga rakyat? Bila ada keterlanjuran, guna kuasa sampai kaya raya, ratus-ratus juta simpan,” katanya.



ISWARDY RESPON WAN FAYHSAL TEWAS PEMILIHAN KETUA BAHAGIAN BERSATU MACHAN...

Ini yang buat pembangkang gelabah

Presiden China, Afrika Selatan Bakal Melawat Malaysia – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik pelancaran di Majlis Perasmian Wajah Baharu Alamanda di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 23 Februari 2025. Foto Eizairi Shamsudin

PUTRAJAYA, 23 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beberapa pemimpin dunia bakal mengadakan lawatan ke Malaysia dalam tempoh sebulan dua ini.

Semasa berucap pada Majlis Perasmian Alamanda berwajah baharu di sini, Anwar berkata antara pemimpin dunia berkenaan ialah dua negara yang mengasaskan BRICS iaitu China dan Afrika Selatan.

“Dalam sebulan dua ini, ramai pemimpin besar akan datang termasuk Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Afrika Selatan (Cyril Ramaphosa),” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan ketika berucap pada Majlis Perasmian Wajah Baharu Alamanda di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 23 Februari 2025. Foto Jabatan Wilayah Persekutuan

Ini sekaligus membuktikan Malaysia terus menjadi destinasi penting negara asing dan menerima kunjungan pemimpin besar dunia, meyakini dengan komitmen negara dalam bidang pelaburan dan perdagangan merentas benua.

Difahamkan Presiden Xi dan Presiden Ramaphosa dijadual mengadakan lawatan rasmi sekitar April atau Mei sepanjang Malaysia mempengerusikan ASEAN 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ (Inclusivity and Sustainability).

Untuk rekod, bermula Januari tahun ini, beberapa pemimpin asing telah melawat negara antaranya Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra serta Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik pelancaran di Majlis Perasmian Wajah Baharu Alamanda di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 23 Februari 2025. Foto Jabatan Wilayah Persekutuan

Mengulas lanjut Perdana Menteri menegaskan, komitmen dan kesungguhan bukan sahaja ditonjolkan oleh barisan Menteri, tetapi mencerminkan keupayaan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Beliau berkata, negara juga menjadi tarikan dunia hasil keharmonian dan perpaduan berbilang bangsa yang diterjemahkan sekaligus berjaya mengekalkan kehidupan dengan penuh rukun dan damai.

“(Malaysia) Pertumbuhan yang baik, pelaburan yang tinggi, AI (kecerdasan buatan) menjadi Pusat Data Centre dan hub semikonduktor walaupun kita hampir kecundang dengan beberapa skandal dan Covid-19,” ujarnya.



PM Anwar Dedah Faktor Utama Pelabur Tertarik Ke Malaysia

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr. Zaliha Mustafa ketika hadir pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu pada 23 Februari 2025. Foto Jabatan Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 23 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan antara faktor pemulihan dan keberdayaan ekonomi yang pesat serta keupayaan rakyat memajukan negara adalah penyebab utama kemasukan pelabur yang tertarik dengan ekosistem yang terdapat di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, para pelabur dan syarikat asing dari luar negara melihat Malaysia antara negara yang berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi baik dan kemasukan pelaburan tinggi ketika beberapa negara lain bergelut untuk bangkit semula selepas pandemik Covid-19 pada 2020.

“Saya percaya kita ada keupayaan. Malaysia ini luar biasa. Mana ada negara di dunia yang masyarakatnya pelbagai kaum dan pelbagai agama tetapi boleh hidup dengan damai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu pada 23 Februari 2025. Foto Bernama

“Ada negara yang sudah kecundang sedikit, lemah dengan pelbagai skandal, kemudian datang Covid-19, tetapi kita sekarang mencatatkan pertumbuhan yang baik, (menerima) pelaburan yang tinggi, menjadi (destinasi) pusat data dan hab semikonduktor,” kata beliau pada majlis perasmian Alamanda Berwajah Baharu di sini hari ini.

Untuk rekod pada 2023, Malaysia mencatatkan komitmen pelaburan tertinggi sebanyak RM329.5 bilion merangkumi puluhan negara termasuk dari China, Korea Selatan, Jepun dan negara-negara Arab dan Eropah.

“Sebab apa (pelaburan datang)? Sebab mereka melihat keupayaan Malaysia, keupayaan seluruh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik pelancaran di Majlis Perasmian Wajah Baharu Alamanda di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 23 Februari 2025. Foto Eizairi Shamsudin

“Oleh itu, kita bagi penghargaan, penghargaan kepada pemuda, penghargaan kepada pengurusan, penghargaan kepada peniaga, penghargaan kepada tukang cuci,” katanya.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa serta pengurusan kanan kompleks beli-belah berkenaan.

Alamanda Putrajaya merupakan antara pusat sehenti bagi warga kawasan ini sebelum kemunculan sebuah lagi pusat beli-belah yang terbesar di Asia Tenggara dari segi keluasan tapak.



DIKATAKAN NAMA PEGAWAI YANG TERLIBAT



 1. DATO' MOHAMMAD ANUAR BIN MOHD YUNUS

2. ⁠MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD ARIFF

3. ⁠DATUK SYED MOHD FAZMI BIN SAYID MOHAMMAD

4. ⁠WAN HAZIRAH BINTI WAN DRAMAN @ WAN RAZAL



Betul Ke PMX Sekat Mahathir Jumpa Pemimpin Asing?

IDENTITI DIKENALPASTI. 2 BERGELAR DATUK

 






SITI NUR ZAWANI

Identiti empat pegawai kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menjadi tanda tanya.

Identiti mereka masih belum didedahkan terperinci namun menurut laporan media, dua daripada mereka bergelar Datuk.

Nama-nama mereka sudah banyak disebut di sosial media, tetapi belum dapat disahkan.



Menurut laporan BH, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan lanjut terhadap beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah ketika era pentadbiran negara diketuai Ismail Sabri.

Difahamkan, beberapa kes ketika ini sedang disiasat oleh SPRM dan antaranya membabitkan perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti bagi tempoh 2020 hingga 2022.


Hari ini SPRM mengesahkan penahanan empat pegawai yang dikaitkan dengan Ismail Sabri.



Tiga daripadanya direman sehingga Selasa ini manakala seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang Datuk telah pun dibebaskan hari ini.



TERBAIK KENA HENTAM- KESIAN MP PAS KENA TROLL BALIK ! RESPON PADU YB SAIFUDDIN !

DEKAT PRN SABAH BELURAN BARU TUNJUK HERO ! DULU JADI MENTERI TAK JERIT P...

𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻


Walaupun jumlah Menteri dan Timbalan Menteri tidak sebesar Kerajaan Mahiaddin dan tiada lantikan Duta Khas, ditambah pula dikenakan potongan gaji 20% (PMX tidak ambil gaji), ianya tidak menjadi 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 kepada Kerajaan Madani untuk menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik dari Kerajaan Mahiaddin.


#MembangunMalaysiaMadani