SENGKEK LA NAIK MOTOR ...INGAT NAIK PORCHE KA HADLEY KA...TAK YAH KOMEN KALAU ISI TAKAT 10 HINGGIT..MINTAK KAT MAK PA DUIT ISI MINYAK

Alif Jamil.



 Abam tanak komen pape sangat. 

Cuma nak jawab sikit.


Harga tayar belakang motor abam saja dah sama dengan harga set sproket motor awak. 


Jadi, kalu setakat pakai Ysuku tu baik komen yang murni² jela. 


Orang lain isi RON100 pon tak heboh kat orang..

Toksah la berasa diri tu terpaling "established" sangat.


Malu kat orang 😂



Poooodah cit.,..





JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT


 

SEMUA PM BUAT TAK KENA


 

SIASAT SAMPAI TINGGAL SPENDER


 

ARWAH NAK LAWAN... AKHIRNYA TAK JADI MATI


 Syed Mohd Nazli Jamalulail


ADUN Sungai Ramal dah 'mati' ke ?







KSTUA PEMUDA PAS CAM GINI?

 


Afnan Hamimi ni, bab sembang kencang. Kambing pun boleh terbang.


Realitinya kita check satu satu hasil 4 Negeri PAS menang.


Hasil  2025 4 Negeri PAS menang.


▪️Kelantan – RM997.26 juta

▪️Terengganu – RM1.997 bilion

▪️Kedah – RM790 juta

▪️Perlis – RM122.93 juta


Jumlah empat-empat negeri Pas ≈ RM3.91 bilion. 


Ertinya, penjimatan BUDI95 sehingga RM4 bilion setahun lebih kurang menyamai keseluruhan hasil 2025 bagi semua negeri Pas digabungkan. 


Terengganu tu jika takda bantuan Kerajaan Pusat, cuma RM363 juga income yang mereka cari sendiri, MB nak mimpi jadi PM? 


Ini fakta, bukan retorik.









TERAUNGKUR DIKAKI DAP.



 Inilah perangai jahat lebai pas, suka buat fitnah bila kalah saman baru mohon maaf, fitnah sudah tersebar kau kutip balik tak







DIA BIAZA... MINYAK 50 SWBOTOL... AYAM 15 SWKILO... BERAS 36 SEKAMPIT TELOR AYAM HILANG... TU PIMPINAN DIA YANG BUAT DULU


 

KEH KEH KEH... BODOH PUNYA YB.


 

SEMBANG SAMPAI TITISAN DARAH TERAKHIR. MINTA MAAF KE DAP.. SEMBANB


 

PAS BERSATU BUAT SILAP BESAQ LA


 

FUHHH..HANGPA MAU DENGAQ DEPA NI ...MAU TAK LENA MALAM OOO


 

MUHYIDDIN BAGI DISKAUN ....HEBAT ABAH KAU

 


NAK PERINTAH LAGU MANA.? BENDA MUDZH GAK LEH PIKIR.

 Zanuddin Omar


Kita negara hukum dan jika tiada lesen memandu bermakna anda tak layak memandu.


Kalau anda tak layak memandu maka anda tak tak layak dapat subsidi minyak. 


Tiada negara dalam dunia ini galakkan orang tiada lesen untuk memandu. Ini membahayakan orang lain.  


Macam mana Pas nak memerintah negara kalau perkara mudah pun mahu disusahkan?





AZHAR BIASA LA....DIA MANA TERKESAN...

 



KIOK

 

Takdir !!! Lawan sampai mati kunun...😜




KEH KEH KEH

 

Azam Nuar Komiti


Huntung Pas ada Tuang Goro

Ramasamy 

Bala' 

.....dua2 eko ni ada mimpiii





KETUA PEMUDA PUNYA OTAK KEMETOT...KIOK.TAK MAJU

 


Afnan Hamimi Taib Azamudden, Penjimatan RON95 sehingga RM4 bilion menyamai hasil 4 negeri Pas




Hasil Bajet 2025 4 Negeri 4 menang.


▪️Kelantan – RM997.26 juta

▪️Terengganu – RM1.997 bilion

▪️Kedah – RM790 juta

▪️Perlis – RM122.93 juta


Jumlah empat-empat negeri Pas ≈ RM3.91 bilion. 


Ertinya, penjimatan BUDI95 sehingga RM4 bilion setahun lebih kurang menyamai keseluruhan hasil 2025 bagi semua negeri Pas digabungkan. Ini fakta, bukan retorik.




BILA HATI TELAH HITAM


 

Budi95: Jawab ‘Tin Kosong’ Ketua Pemuda Pas Pusat Afnan Hamimi Taib Azamudden


Syam Ghaz




Nak kritik Kerajaan Pusat dapat jimatkan RM4,000 juta tidak beri kesan fiskal besar. 


Tapi Negeri PAS menang semua pendapatan ciput, lihat sahaja anggaran hasil Bajet 2025;


 1. Kelantan – RM997.26 juta

 2. Terengganu – RM1.997 bilion

 3. Kedah – RM790 juta

 4. Perlis – RM122.93 juta 


Jumlah empat-empat negeri PAS ≈ RM3.91 bilion. Ertinya, penjimatan BUDI95 sehingga RM4 bilion setahun lebih kurang menyamai keseluruhan hasil 2025 bagi semua negeri PAS digabungkan. Ini fakta, bukan retorik. 


1. Dia kata Budi95 ni kerajaan cakap dulu patutnya kerajaan dapat jimat RM16 Billion kemudian jadi RM4Billion. Padahal RM4 Billion itu sangat membantu Negara keranapenjimatan BUDI95 membantu pencapaian sasaran defisit 2025 dan Malaysia kekal di landasan mencapai 3.8% KDNK. 


2. Dalam penyatuan fiskal, setiap bilion ringgit mengira — RM4 bilion ≈ 1.2% daripada hasil Persekutuan 2025 (RM339.7b), dan sebahagian daripada pelan menurunkan defisit. Ini bukan angka kecil pada tahap fiskal negara.


3. Pemuda Pas Tin Kosong cuba mengelirukan rakyat! 


Padahal Kerajaan memperuntuk ~RM11 bilion untuk memastikan rakyat warganegara terus menikmati RM1.99/L (dengan had 300 liter sebulan bagi pemegang lesen memandu yang sah). Bukan warganegara membayar RM2.60/L. Angka awal yang lebih besar merujuk pelbagai komponen reform subsidi, bukan BUDI95 semata-mata — justeru, membanding “RM16b” dengan “RM4b” untuk BUDI95 sahaja memang mengelirukan.  


4. Kesan Penjimatan BUDI95 Kepada Kemudahan Rakyat


MOF sudah nyatakan penjimatan BUDI95 disalur semula untuk bantuan bersasar seperti STR & SARA, selain kemudahan awam — bukannya “hilang” dalam kira-kira. 


STR + SARA 2025 dinaikkan kepada ~RM13 bilion, lagi tinggi dari semua Perdana Menteri di Malaysia. Ini kejayaan besar Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.


Tak caya kita check satu satu,


 1. 2016 – BR1M (Najib Razak): RM5.9 bilion 

 2. 2017 – BR1M (Najib Razak): RM6.8 bilion 

 3. 2018 – BR1M (Najib Razak): RM6.8 bilion

 4. 2019 – BSH (Mahathir Mohamad): RM5.0 bilion 

 5. 2020 – BSH (Mahathir/Muhyiddin – Belanjawan 2020): RM5.0 bilion 

 6. 2021 – BPR (Muhyiddin Yassin): RM6.5 bilion 

 7. 2022 – BKM (Ismail Sabri): RM8.2 bilion 

 8. 2023 – STR (PMX/Anwar Ibrahim): ~RM8 bilion 

 9. 2024 – STR (PMX/Anwar Ibrahim): RM10 bilion 

 10. 2025 – STR + SARA (PMX/Anwar Ibrahim): RM13 bilion (tertinggi setakat ini)  


BUDI95 sendiri menggantikan subsidi pukal yang bocor kepada bukan warganegara/korporat. 


Ini pembetulan ketirisan, bukan potong suka-suka. Dan kesannya SELURUH RAKYAT merasa. 


5. Kawal ketirisan yang Afnan tak sentuh


BUDI95 mengunci subsidi kepada rakyat Malaysia sahaja (MyKad + lesen memandu), mengehadkan 300L/sebulan dan menaikkan harga untuk bukan warganegara ke RM2.60/L. 


MOF juga jelaskan sebahagian besar penjimatan datang daripada membanteras kebocoran (termasuk penggunaan oleh bukan warganegara/korporat ~20%). Ini pembaikan struktur — bukan “tin kosong”.  


6. Tutup: Apa Barang Ketua Pemuda Pas Tin Kosong Nak Sembang Bang Fiskal Negara!


Afnan silap bila kata penjimatan RM2–4b “tak beri kesan”. 


Pertama, angka itu sah dan bersandarkan dasar yang dilaksana (BUDI95), bukan cakap-cakap. 


Kedua, ia membantu kerajaan capai sasaran defisit 3.8% — indikator disiplin fiskal yang diukur antarabangsa. 


Ketiga, skala RM4b itu menyamai hasil gabungan empat negeri PAS setahun; siapa sebenarnya “tin kosong” jika fakta-fakta ini diabaikan?  


Usah sembang kencang, jika Negeri sendiri pun tak mampu nak cari duit untuk pembangunan ekonomi Negeri.


Syam Ghaz


DUIT TAK DAK.. TERUK LA NI


 

TAK BOLEH LA PAK DOLLAH. KENA IKTIAR LESEN LA.


 

NI YANG WALAUN KATA RATU.

 


MASA DALAM. KERAJAAN DIA PUN NAK BUAT. MASA TAK JADI KERAJAAN DIA TAK SOKONG. MENYUSAHKAN RAMYAT


 

PERLU PERTIMBANGAN UNTUK RAKYAT PEDALAMAN


 

RATUSAN JUTA DAPAT DARI DUIT RASUH

 


33 BULAN DULU TAK DAPAT APA.


Mohd Asri Abu Bakar


 Masa PAS jadi kerajaan pusat 33 bulan dulu, Kelantan tak dapat apa-apa pun. Tapi bila kerajaan perpaduan naik, macam-macam projek & bantuan masuk Kelantan. Rakyat Kelantan sendiri yang pertama berebut nak rasa. Jadi jelas siapa yang betul-betul urus negara untuk rakyat, bukan sekadar janji...


Walauns BONGOK WAL HANAT!!.




MALAYSIA PUNYAI LADANG TENUSU PINTAR


 Malaysia kini miliki ladang tenusu pintar terbesar, iaitu di Gemas, Negeri Sembilan. 


Dibangunkan dengan menggunakan teknologi hijau dan sistem rawatan sisa moden, ia dijangka hasilkan 100 juta liter susu pada fasa pertama.




KALAU IA KHABAR ANGIN, APAKAH AZMIN SENDIRI YANG MENIUPKAN ANGIN ITU?



26 September 2025


Hanya beberapa jam setelah tersebar berita perletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Azmin Ali telah tampil menafikan perkara tersebut.


Adun Hulu Kelang itu memberitahu sebuah portal berita, laporan berkenaan adalah tidak benar.


“Tidak benar. Hentikan khabar angin.


“Saya sentiasa optimistik. Kita usaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu,” katanya.


Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor seterusnya berkata, beliau bersyukur dapat berkhidmat di Selangor kerana kerjasama dan ikatan antara Bersatu dan PAS di negeri itu amat mantap.


“Kami akan berusaha sedaya upaya kami,” tambah Setiausaha Agung Bersatu itu lagi.


Berdasarkan laporan dan ia turut disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai, spekulasi peletakan jawatan Azmin itu tercetus susulan beliau sendiri dilaporkan  menghantar mesej dalam Grup WhatsApp melibatkan Adun Perikatan Nasional (PN) Selangor dengan memaklumkan hasratnya untuk berundur sebagai Ketua Pembangkang berkuat kuasa 1 Oktober depan.


Mesej beliau itu juga dikatakan menggesa 21 Adun PN lain di Selangor supaya segera berbincang untuk melantik Ketua Pembangkang yang baru menjelang sidang DUN akan datang.


Selepas mesej itu dihantar dan mendapat respon daripada sejumlah Adun, termasuk daripada wakil rakyat Pas yang meminta perkara itu dibincangkan lebih lanjut, mesej Azmin itu segera dipadamkan.


Ia dikatakan dipadam oleh admin Grup Whatsapp berkenaan yang  merupakan seorang Adun yang diketahui memang penyokong setia Azmin.


Berkaitan hal ini, saya sendiri ada dihubungi oleh satu sumber yang memaklumkan mengenai perkara itu malam tadi, tetapi sumber berkenaan tidak pasti sama ada mesej Azmin sempat “discreenshot” atau tidak.


Sumber itu hanya berkata, ia akan jadi berita besar esok.


Meskipun mesej itu telah dipadam, rupa-rupanya ada yang sempat membuat “screenshot” mesej Azmin itu dan daripada situlah ia kemudian dilaporkan oleh Utusan pada kira-kira jam 9.50 malam tadi.


Laporan lain menyebut, suatu mesyuarat tergempar telah diadakan malam tadi susulan berita perletakan jawatan Azmin itu.


Di dalam hal ini, adalah jelas dan boleh dikata tidak diragukan lagi bahawa berita perletakan jawatan Azmin itu tercetus daripada mesej yang dihantarnya sendiri.


Azmin sendiri tidak pernah menafikan mesej tersebut bukan dihantar oleh dirinya ke dalam Grup Whatsapp berkenaan.


Yang beliau nafikan hanyalah berita perletakan jawatannya, sambil mengatakan ia tidak benar dan suatu khabar angin.


Soalnya, jika  ia khabar angin, apakah ini bermakna angin itu ditiupkan oleh Azmin sendiri?


Apakah tujuan Azmin berbuat demikian?


Apakah semua ini ada kaitan dengan pergolakan dalam Bersatu yang melibatkan pertembungan Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin sehingga beberapa pemimpinnya bakal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti?


Apakah pergolakan dalam Bersatu akan reda atau lebih banyak angin bertiup lagi selepas ini? – ShahbudinHusin 26Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/kalau-ia-khabar-angin-apakah-azmin-sendiri-yang-meniupkan-angin-itu/



APA PUNYA USTAZ. KO TAK TAU KIRA KA APA?

Syam Ghaz


 Ustaz selebriti merengek dia dapat 300 liter je minyak Ron 95.





Belanja lebih RM1600 untuk beli 800 liter minyak sebulan.


Walhal dia + isteri 1 + isteri 2 layak dapat 900 liter sebulan


Bahaya jenis Ustaz Selebriti pro Un ni, nak manipulasi isu pun, jangan lah nampak diri tu tak cerdik sangat.


Pakej Umrah boleh iklan sampai RM10,000 lebih seorang, takkan la minyak tanpa subsidi RM2.60 todak boleh beli? 


Apa la!



LAGI KES PALATAO



 Ni salah satu sebab malas nak komen public, banyak sangat yang cerdik pandai nak komen. Dah la isu menteri PN nak hapuskan Tanah MAS, lepas tu dia divert, mai petik bab inflasi 1.3%, kononnya tak berani nak ulas.


Bila orang tegur yang itu dalam julat inflasi sihat, dia main falasi pula.


Ini yang dia nama kesan Dunning–Kruger yang merujuk kepada satu fenomena psikologi di mana:







Orang yang kurang berpengetahuan atau kurang mahir dalam sesuatu bidang sering terlalu yakin dengan kemampuan mereka.


Mereka tidak sedar tentang tahap kelemahan sendiri.


Contoh: seseorang yang baru belajar sedikit tentang pelaburan rasa dia sudah pakar dan mula memberi nasihat kepada orang lain.


On the other hand, pelarasan semua ron95 ini sebenarnya long due, sebab waktu ini paling terbaik masa inflasi tengah rendah. Tapi benda ini biasa nampak beberapa bulan selepas perlaksanaan Budi95. 


MMMS




APA PUN GUNALAH IC UNTUK PEMBELIAN MINYAK. ITU SALAH SATU DARI ALTERNATIF LAIN. KECUALI TAK ADA KAD PENGENALAN

 SURAT TERBUKA SAYA PADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO SERI ANWAR IBRAHIM 




1. Isu subsidi bersasar ni baik tapi perlu di tangani dengan teliti.

2. Rakyat pengalaman harus di lihat baik di semenanjung dan sabah & Sarawak.

3. Syarat umur tu ok boleh terima tapi beberapa syarat yang ada seperti tunjuk lesen memandu itu perlu di kaji.

4. Contoh kawasan pendalaman Sarawak seperti kawasan ulu. Kebanyakan mereka guna enjin bot dari petrol. Mereka tak ada lesen memandu buka. Sebab tak mau buat lesen memandu tapi pada mereka tak perlu sebab mereka guna jalan air.

5. Mekanisme untuk mereka harus di fikirkan. Belum pula nelayan seperti di kawasan melayu yang jadi nelayan kecil juga pakai enjin bot guna petrol.

6. Di sabah pula mereka yang duduk di tepi laut seperti orang bajau laut rasanya hanya 10% yang ada lesen memandu.

7. Bila saya sebut ni sebahagian kelemahan dar sistem ni ramai pengampu pkr jawab dengan jawapan bodoh. Tapi mereka yang jawab tu mungkin tak rasa apa rakyat pendalaman dan nelayan kecil rasa.

8. Ada pula di kalangan orang pkr kata tak mungkin di pendalaman tak jual minyak botol..itu antara jawapan bodoh penyokong pkr ni. 

Tapi kena ingat. Kalau betul ada jual minyak botol sudah pasti beli dari mana juga harga murah? Kalau pembeli pun hanya boleh beli 300 liter seorang. Yang jual botol pun pasti jual mahal.

9. Akhirnya sebab terlalu ramai pembodek idea dari pemimpin dan penyokong pkr tak ada sebab otak mereka dah beku. Hanya kerjanya bodek pm bodek pimpinan tapi hala tuju tak ada untuk rakyat.

10. Sebab PKR dah kerajaan maka idea baik dah tak ada lagi. Sebab niat untuk bantu rakyat tak ada. Yang ada hanya wayang atau drama KEADILAN untuk kaut undi.


Daniel Jani 

Influencer Politik Malaysia 

#anwaribrahim

#follower




KISAH KEGANASAN KOMUNIS

 


Ada yang dibakar, digantung dan tiada kepala. Mereka memang kejam!





Tahun 1967, saya berkhidmat sebagai askar dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Saya masih ingat, suatu hari pada tahun 1969, saya satu platun seramai 30 orang anggota ditugaskan dalam operasi Ops Ganyang di Gubir, Kedah. Kami ditugaskan memburu komunis di hutan tersebut.


Sudah minggu ketiga di dalam hutan, kami masih belum berjaya menjejaki komunis. Satu petang dalam hujan lebat, kami meredah hutan. Bila hujan juga keadaan hutan jadi gelap dan sukar mengesan jejak musuh.


Agak lama kami berjalan, tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kuat diikuti seorang sahabat di depan sekali, melayang ke udara dan jatuh terjelepok di atas tanah.


Saya yang melihat, terkejut. Semua anggota pantas mengambil tempat perlindungan. Tiga minit selepas itu barulah saya berani pergi mendapatkan kawan saya yang cedera itu. Namanya Kamaruddin. Kawan saya itu, terpijak jerangkap samar yang dipasang komunis.


Saya lihat Kamaruddin mengerang kesakitan. Darah memenuhi kakinya yang terkulai-kulai hampir putus. Kasut yang dipakai hancur. Mata Kamaruddin tertutup rapat menahan sakit.


Waktu itu, hati saya begitu marah. Saya menjerit, “Aku bunuh kau, komunis!!!”


Hari itu kami berjaya membawa Kamaruddin keluar dari hutan untuk menerima rawatan. Tapi sedihnya kaki Kamaruddin tidak dapat diselamatkan. Dia kudung sepanjang hayat.


Di masa yang lain, platun saya terlibat dengan perbarisan di Kuala Lumpur. Seingat saya perbarisan pertukaran Yang Dipertuan Agong. Jadi platun saya tidak ditugaskan masuk ke hutan.


Hari itu pihak markas hanya menghantar satu seksyen dalam operasi di Raub, Pahang. Mereka seramai 10 orang anggota. Bagaimanapun hinggalah hari kelima mereka di dalam hutan, pihak markas masih tidak terima sebarang berita dari mereka. Pegawai pemerintah mula risau dengan keselamatan mereka.


Esoknya pagi-pagi lagi, saya satu platun dihantar ke hutan tersebut untuk menjejaki mereka. Hampir separuh hari perjalanan, baru kami temui mereka. Tapi apa yang menyedihkan, kami jumpa pasukan mereka telah diserang komunis.


Waktu itu, saya lihat mayat beberapa orang kawan saya bergelimpangan di atas tanah. Baju dan seluar mereka dipenuhi darah. Saya lihat, ada yang ditembak di bahagian kepala hingga pecah, dada dan perut. Mayat mereka pula sudah dihurung lalat.


Tetapi pada masa itu, kami temui seorang anggota yang cedera parah di perut dan masih hidup. Kami terpaksa mengusung anggota itu keluar dari hutan sebelum dibantu oleh helikopter.


Semasa di hospital, anggota itu ceritakan bagaimana mereka diserang. Pada masa itu, mereka satu seksyen sedang mengekori jejak musuh. Mereka jumpa kesan tapak kasut komunis yang masih baru. Jadi mereka ikut tapak kasut tersebut hingga sampai di satu lurah bukit.


Sampai di situ, tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan bertalu-talu. Mereka diserang oleh komunis. Masa itulah berlaku pertempuran sengit. Sebab komunis terlalu ramai mereka akhirnya tumpas. Semua kawannya mati di situ. Pada masa itu yang hidup hanya dia dan sarjannya yang cedera di kedua-dua belah kaki terkena peluru.


Dalam suasana genting itu, komunis terus menyerbu mereka. Kerana takut, anggota yang tercedera di perut itu pura-pura mati. Pada masa itulah, anggota tersebut lihat sarjannya diseksa komunis.


Anggota itu beritahu, dia lihat komunis menghentak kepala sarjannya dengan udi senjata berkali-kali. Tidak cukup lagi, sarjannya disepak terajang. Kemudian, seorang komunis mengeluarkan sebilah pisau. Tanpa rasa belas kasihan, tubuh sarjannya dikelar sedikit demi sedikit. Komunis kelar di bahagian muka dan perut.


Masa itu, sarjannya hanya mampu menjerit kesakitan. Agak lama diseksa, barulah sarjannya ditembak di kepala hingga mati. Tapi selepas tiga hari dimasukkan ke hospital, akhirnya anggota itu mati kerana kehilangan banyak darah.


Ketika itu, hidup sebagai askar memang menakutkan. Bayangkan setiap kali operasi, kami terpaksa hidup di hutan selama tiga bulan. Saya masih ingat suatu hari ketika bulan Ramadan. Semua anggota ketika itu berpuasa. Setelah puas berjalan menjejaki musuh, ketua platun memberi arahan supaya berehat di tepi lereng bukit.


Ketika itu, jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Masa itu juga, ketua platun memberi arahan supaya kami bersiap-siap untuk berbuka puasa. Tapi sedang menunggu waktu berbuka, tiba-tiba kami diserang anggota komunis.


Mereka melepaskan tembakan bertalu-talu. Kami yang sedang berehat terus bertempiaran cari tempat berlindung. Dalam keadaan perut lapar dan dahaga, kami terus berperang dengan komunis.


Kami mengejar mereka. Bayangkan ketika itu kami belum sempat berbuka lagi. Sedikit makan pun tidak dijamah. Kami bertempur hingga pukul sembilan malam.


Malam itu, kami terpaksa makan apa sahaja yang ada sebab hampir semua makanan telah ditinggalkan semasa diserang komunis. Malam itu, kami isi perut dengan baki biskut kering yang masih ada dalam simpanan.


Esoknya kami meneruskan perjalanan. Pada masa itu, kami juga habis bekalan air yang diisi dalam botol. Kami cari sungai, tapi tidak jumpa. Puas berjalan akhirnya kami jumpa kubang babi. Dalam kubang itu ada air bertakung.


Mulanya memang kami berbelah bagi, tapi kerana masing-masing sudah dahaga, kami terpaksa minum air kubang babi tersebut. Masa itu, saya rasa begitu loya. Bau hamis babi pada air tersebut mencucuk-cucuk hidung. Tapi untuk meneruskan hidup, kami terpaksa minum juga.


Bila tiba hari raya, orang lain beraya dengan keluarga. Tapi kami beraya di dalam hutan. Memang sedih. Bila teringat isteri dan anak-anak saya menangis. Tapi sebab hendak pertahankan negara kami gagahkan juga.


Masih saya ingat, selesai operasi di Raub, kami semua anggota diberi cuti dua hari. Sebelum itu, kami sudah tiga bulan di dalam hutan. Saya terus balik ke rumah saya di Tampin, Negeri Sembilan. Rindunya saya pada anak dan isteri hanya Tuhan yang tahu.


Saya sampai di rumah bila hari sudah malam. Saya tengok dua orang anak saya sedang tidur. Saya cium anak saya yang sedang tidur itu. Saya belai rambut dan saya usap kepala mereka. Saya terlalu rindukan mereka berdua. Saya bayangkan esok pagi-pagi lagi saya akan dukung anak bongsu saya itu yang baru berusia empat tahun.


Tapi, baru tiga jam saya di rumah, beberapa orang anggota lain datang ke rumah. Mereka kata, saya perlu masuk balik ke dalam hutan sambung operasi. Masuk hutan? Saya rasa macam hendak menangis.


Saya baru balik ke rumah, anak-anak pula tak sempat nak tengok muka saya. Saya tak boleh bayangkan, macam mana kalau ketika operasi saya terbunuh? Namun disebabkan tanggungjawab pertahankan negara, saya masuk lagi ke hutan selama tiga bulan.


Itu belum lagi saya jumpa macam-macam mayat rakan-rakan dalam keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibakar dan digantung di atas pokok. Ada juga mayat yang tidak ada kepala, kaki atau tangan. Habis dipotong komunis. Pernah juga dalam operasi, saya jumpa mayat penduduk kampung yang diseksa sebelum dibunuh. Kejam sungguh!


Setelah pencen, saya hidup tenang menghabiskan sisa-sisa usia bersama ahli keluarga. Namun begitu, sejarah kekejaman komunis tidak pernah luput daripada ingatan saya. Jika sebut saja komunis, meluap-luap rasa kemarahan di hati.


Untuk generasi muda di luar sana, ingatlah perjuangan orang-orang terdahulu yang bermandi darah, berkorban nyawa demi untuk keamanan negara. Anda lahir di kala semuanya sudah sedia ada. Hargai pengorbanan orang terdahulu demi untuk ketenangan hidup yang kalian nikmati hari ini.


NOTA: Saya dalam cerita di atas ialah bekas askar Pegawai Waran 1, Ahmad Bin Hassan. Beliau menceritakan pengalamannya sewaktu diwawancara wartawan Mastika beberapa tahun lalu di rumahnya di Tampin, Negeri Sembilan.


_______


Sumber Kredit UtusanTV

PeristiwaNSejarah

Lovers Of the World Military & Defence



KES PENAMPAR RIMAU

 Abdul Rani Kulup. 


Kes penampar rimau akau di KK tu patut direnung oleh semua. Ada beberapa ringkasan yang ayah dapat buat:




1. Jantan - Nak skandal cari yang berdepot. Janganlah amik muka bonzer. Kan susah asik nak kene tutop baisor helmet. Kalau muka lawa, viral pon takde malu satu kaum.


2.Mangsa curang - Muka lawa bukan penjamin kebahagiaan. Janji ada kelebihan tak kiralah telinga capang ke, gigi mancung ke, si penyondol akan tetap berpeluang.


3. Penyondol - selalunya muka pecah. Tapi kalau ye pon carilah skandal kaya. Kalau sakit takdelah dibawak ke KK.. kurang² bawaklah pergi Sunway Medical.


3. Netizen - slow² sikit dalam mengata. Nasib tuan puan belum pecah rahsia  je. Silap haribulan suami puan puan pon sama juga. LELAKI SEMUA KAN SAMA.


5. Anak-anak jadi mangsa. 


6. Mertua - malu nak keluar membawang keliling kampung dah. Mula salahkan  besan. Itu perkara biasa. Mulalah ungkit hantaran, kisah lauk tak cukop masa majlis kawin, tak balik raya, jaga anak pantang, jaga cucu, tak kasi duit bulan².. 


Banyak tentuan.. penat taip ni.