ADAKAH BENAR SEORANG AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI PPBM BAKAL MEMEGANG 8 JAWATAN AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT-SYARIKAT AGENSI KERAJAAN?
1. Urus tadbir Kerajaan Perikatan Nasional melalui amalan Scheme
of things semakin keterlaluan dengan lambakan lantikan politik bagi mengisi
jawatan tertentu dalam agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs)
dilihat berpotensi menjejaskan prestasi syarikat tersebut.
2. Amalan tidak sihat yang berlaku dalam Mara Corporation Sdn
Bhd, iaitu sebuah syarikat pelaburan milik Majlis Amanah Rakyat (MARA), sejak
berlakunya episod ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lepas amat membimbangkan. Kini
keadaan semakin membarah apabila terdapat lantikan-lantikan yang bakal dibuat
melibatkan institusi pengajian tinggi MARA.
3. Berdasarkan laporan media seperti Sinar Harian dan The Edge
serta semakan dengan beberapa sumber pemberi maklumat menunjukkan bahawa salah
seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
iaitu Dato’ Suhaili Abdul Rahman telah dilantik memegang jawatan Ahli Lembaga
Pengarah syarikat-syarikat berkaitan MARA antaranya seperti berikut:-
i. Mara Corporation Sdn Bhd
ii. Pelaburan Mara Berhad
iii. PMB Tijari Berhad
iv. Mara Incorporated Sdn Bhd
v. Glocal Link (M) Sdn Bhd
4. Selain daripada memegang 5 jawatan Lembaga Pengarah bagi
syarikat-syarikat tersebut, lebih membimbangkan lagi apabila terdapat laporan
yang menyatakan bahawa pimpinan PPBM yang sama ini bakal dilantik sebagai Ahli
Lembaga pengarah 3 lagi syarikat iaitu Kolej Polytech Mara Sdn Bhd (KPTM), Med
Bumikar Mara Sdn Bhd (MBM) dan Universiti Teknikal Mara Sdn Bhd (UniKL)
5. Ini menimbulkan pelbagai persoalan antaranya:
i. Benarkah Dato’ Suhaili Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua
Bahagian PPBM kini memegang 5 jawatan Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat
berkaitan Mara Corporation Sdn Bhd dan bakal memegang keseluruhan 8 Ahli
Lembaga Pengarah?
ii. Bagaimana kerajaan Perikatan Nasional boleh membiarkan
Scheme of things terus berlaku ketika mana frontliners sedang bertungkus lumus
berjuang menyelamatkan nyawa rakyat manakala rakyat biasa terpaksa berhadapan
dengan kesengsaraan ekonomi?
iii. Berapakah pulangan atau elaun yang diterima oleh beliau
serta apakah keputusan-keputusan penting terutamanya yang melibatkan pelaburan,
dana atau perbelanjaan yang telah dibuat semenjak beliau menjadi Ahli Lembaga
Pengarah bagi setiap syarikat tersebut?
iv. Adakah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Presiden PPBM tahu
dan sedar mengenai perkara ini berlaku dikalangan pimpinan tertinggi PPBM
memandangkan beliau juga merupakan YAB Perdana Menteri?
6. Saya menuntut penjelasan terbuka daripada YB Datuk Dr. Abd
Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam isu ini dan mendesak agar
pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memulakan siasatan
terhadap perkara ini.
7. Sewajibnya persidangan Parlimen perlu disegerakan bagi
memastikan proses semak dan imbang berlaku agar kita dapat mengelakkan
kemungkinan berlakunya ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.
Sekian.
AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
15 Jun 2021
PUNYA JILAT ...ADOIIII
NORSHIDAH MD DAUD
Orang tua ni menjilat dah
Padahal kalau tengok perutusan sembab tadi 99% komen dok keji
Ni nak suruh aku hormat sebagai olamak?
Maaf la ye
Rakyat tengah susah dengan macam-macam hal skang dia jadi
penjilat
Betol-betol x guna orang tua ni
Berbeza sungguh dengan ATGNA dulu
Bab moratorium tak nak bantu rakyat ka? Ramai orang ganu yang
susah gak tu?
Malaysia perlu kerajaan telus, dipercayai rakyat, untuk atasi krisis Covid-19, kata Johari
KUALA LUMPUR: Apa diperlukan negara dalam menghadapi krisis kesihatan dan ketidakstabilan politik semasa adalah parti politik tampil membentuk sebuah kerajaan interim yang dipercayai rakyat, kata Johari Ghani.
Bekas menteri kewangan kedua itu berkata, misi kerajaan interim berkenaan semata-mata tertumpu kepada menangani pandemik Covid-19 demi menamatkan krisis kesihatan yang mencengkam negara sejak tahun lalu.
“Kerajaan interim ini akan diberikan tempoh khusus dan ruang masa mencukupi bagi memastikan tumpuan penuh diberikan kepada menangani pandemik berkenaan, termasuk mengendalikan program vaksinasi kebangsaan secara telus,” katanya.
Johari mencadangkan satu cara keluar daripada kemelut sekarang adalah Yang di-Pertuan Agong melantik sebuah kerajaan interim yang mampu meraih kepercayaan rakyat dan majoriti parti politik.
Beliau berkata, seseorang yang mempunyai nilai kepimpinan serta berpengalaman dalam menguruskan krisis harus dilantik untuk mengetuai kerajaan interim yang dicadangkan itu.
“Individu berkenaan tidak boleh mempunyai apa-apa ‘political baggage’ atau kepentingan diri dan tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk mengambil peranan aktif dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Johari.
Cadangan Johari itu menyusul rasa kecewa yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat terhadap usaha kerajaan selama ini menangani pandemik Covid-19 dan isu berkaitan.
Kekecewaan itu berpaksi kepada kegagalan kerajaan bersikap tegas, SOP “flip flop” (berubah-ubah), arahan dan kenyataan yang mengelirukan, dwi-standard dalam melaksanakan SOP, dan program vaksinasi yang lembab.
Kenyataan Johari itu dibuat sehari sebelum Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, dijadual mengadakan perjumpaan dengan Raja-Raja Melayu lain dalam usaha mengorak langkah keluar daripada krisis kesihatan, ketidakstabilan politik, dan keperitan ekonomi yang dihadapi Malaysia ketika ini.
Johari turut menggariskan beberapa cadangan untuk menangani pandemik dan masalah ekonomi berkaitan.
Menegaskan kerajaan interim yang dicadangkannya harus memastikan tidak ada sesiapa kelaparan, Johari menggesa penyelarasan mantap diadakan antara Ahli Parlimen, ADUN, Jabatan Kebajikan, dan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan setiap penduduk di semua pelusuk mendapat bantuan diperlukan.
Beliau menegaskan bantuan kewangan kepada golongan sasaran harus diagihkan secepat mungkin.
“Program imunisasi pula harus digerakkan 100% untuk manfaat orang awam demi memastikan nyawa dan mata pencarian dapat diselamatkan, malah diselamatkan segera,” katanya.
Pemimpin Barisan Nasional itu menegaskan tidak ada sesiapa harus mengaut keuntungan daripada bantuan yang disalurkan kepada rakyat.
Johari menegaskan keperluan untuk segala perolehan bantuan termasuk kelulusan dan pembelian vaksin, serta pengagihannya kepada hospital dan doktor swasta yang dilantik mesti dilakukan dengan penuh ketelusan.
“Ini harus dilakukan dengan segera. Kita harus menjadikan standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai penanda aras dalam apa jua yang diputuskan bagi menangani keadaan kecemasan sekarang.
“Jika kita telus, dunia akan tampil memberi sokongan dalam memastikan Malaysia mempunyai bekalan vaksin secukupnya,” tambah beliau.
Pelaburan besar-besaran
Johari juga menegaskan keperluan kerajaan interim yang dicadangkan membuat pelaburan besar-besaran dengan segera untuk memperluaskan unit penjagaan rapi di hospital dan pembelian peralatan berkaitan.
Selain itu, pusat sementara harus dikenalpasti di setiap kawasan Parlimen untuk membantu pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan peralatan pernafasan.
Johari juga mahukan kerajaan interim berkenaan mengkaji kesesuaian penggunaan ubat-ubatan generik sebagai alternatif dalam rawatan pesakit Covid-19 yang tidak kritikal, sementara mereka menunggu giliran untuk divaksin.
Antara ubat yang dimaksudkan adalah Chloroquine, Hydroxychloroquine, and Lopinavir-Ritonavir yang sudah pun diluluskan dan didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Kementerian Kesihatan juga harus bersikap terbuka kepada ubat-ubat alternatif lain yang diguna pakai di negara lain, atau yang telah diluluskan oleh badan antarabangsa seperti WHO,” kata beliau.
Johari berkata, kebergantungan kepada vaksin semata-mata sebagai jalan keluar pandemik berisiko kerana ia dipengaruhi isu-isu berkait pengeluaran dan logistik serta varian virus baharu dan tempoh keberkesanan vaksin itu sendiri.
Beliau berkata, di United Kingdom, kes Covid-19 kini menokok semula kerana kemunculan varian Delta, walaupun 50% daripada penduduknya sudah divaksin.
Keadaan itu menyebabkan kerajaan UK terpaksa menangguhkan keputusan melonggarkan sekatan yang dikenakan atas penduduknya.
Mengenai ekonomi, Johari berkata perniagaan boleh meneruskan operasi dengan syarat majikan menjalankan ujian saringan secara besar-besaran ke atas pekerja mereka.
Kerajaan interim yang dicadangkan, kata beliau, harus mewajibkan majikan menjalankan ujian skala besar itu secara mingguan dan mereka yang disahkan positif harus dikuarantin di kediaman masing-masing.
Johari berkata majikan yang gagal berbuat demikian tidak harus diberikan permit untuk beroperasi.
Untuk menggalakkan ujian saringan secara besar-besaran atas pekerja, beliau mencadangkan majikan diberikan potongan cukai berganda atas kos ujian Covid-19 itu.
Johari berkata, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan pihak berkuasa tempatan juga boleh memberikan bantuan subsidi kepada industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menjayakan program ujian saringan berkenaan.
Bekas menteri itu turut berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mula membuat perancangan bagaimana untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.
Oleh kerana pandemik ini mungkin akan kekal lebih lama daripada dijangkakan, kaedah penganjuran pilihan raya perlu berbeza, kata Johari.
Justeru, kata beliau, SPR harus mengkaji bagaimana negara lain mampu mengadakan pilihan raya dan pada masa sama memastikan jumlah kes jangkitan pada tahap serendah mungkin.
MALAM INI SEMBANG SANTAI- SILA TEKAN LINK SEMBANGSPONTAN DAN ANDA KAN DIBAWA KE PROGRAM
Tuntas? Rentas? Nantikan malam ini jam 8.30 malam. #sembangspontan
KAEDAH MACHIAVELLI JENAMA PAS
MAGERAN Mahathir tidak berpelembagaan.
MOHD MUKHLIS
Mahathir kalau dia buat sesuatu pasti akan ada kepentingan untuk
diri sendiri. Contoh tahun lepas dia sanggup datang HQ PKR, time itu kita ingat
dia ikhlas nak sokong PH dapatkan balik kerajaan, rupanya sibuk nak lobi jadi
PM Kali ke 4 ( ke 3 masa interim).
Lagi best bagi dia, semua orang lain tak pandai, hanya dia
sahaja yang boleh mentadbir ; tapi yang peliknya orang yang dia endorse macam
PakLah, Najib pun gagal. Sebab itu dia kata Anwar telefon dia, tapi Anwar tak
ada penyelesaian untuk krisis negara sekarang; too condescending dan hanya
hendak membuat sentimen kebencian. Tapi kalau ikut logik, ada ke orang nak
telefon seseorang hanya kerana nak cakap dia tak ada idea? Unless kalau dia
yang telefon Anwar hendak minta sokongan untuk support MAGERAN 2.0 dia, that
makes a lot more sense.
So berbalik pada MAGERAN 2.0, ianya adalah Little Napoleon, yang
secara tidak rasmi akan lantik dia jadi PM Interim ke 8, yang akan bagi dia
kuasa lebih besar dari Parlimen, tiada akauntibiliti pada Parlimen (rakyat),
lagi parah bagi check kosong kementerian kewangan pada Perdana Menteri kalau
berjaya di pinda ordinan darurat. Untuk sebuah Parti yang kata berjuang untuk
rakyat, yang siap serah memo kepada YPDA untuk buka Parlimen, Macam mana
Pejuang boleh bersetuju dengan cadangan gila kuasa ini? Ini sebelum berkuasa
pun Pejuang tak berani bantah, bayangkan kalau Mahathir jadi Pengerusi Mageran,
ada tak mereka berani bersuara atau jadi pak turut?
Saya kalau yang mencadangkan MAGERAN ini Anwar Ibrahim
sekalipun, saya akan lawan sebab ia salah dan bertentangan dengan prinsip
demokrasi. Jadi pelik juga bila Pejuang boleh senyap dan redha dengan tindakan
Mahathir ( tak pasti jawatan apa apa dalam pejuang maybe pengerusi) untuk
membelakangkan Parlimen.
Kira dah lihat bagaimana darurat kesihatan yang konon2 nak bagi
kes covid turun, makin teruk. Duit KWAN di guna sesuka hati, tapi bab
moratorium bank, boleh pula Menteri Kewangan kata tak boleh paksa, jadi apa
sebenarnya tujuan Darurat? Lepas itu dari satu extreme nak ke satu lagi extreme
yang lain. Kalau darurat dah gagal, kenapa nak buat kerja isim dengan MAGERAN
pula?
Dah la tu, pentaksub Mahathir macam Khairudin boleh bersangka
buruk kata Anwar jangan lobi nak berkuasa bila jumpa YDPA, tapi yang ironis
Mahathir yang dah berkuasa sampai 3 kali offer nak jadi Pengerusi Mageran ( PM
Interim 8 ) tak pula dia tegur? Ini yang saya kata, pajak akal bukan sahaja
jadi pada Parti Agama, Parti Bangsa 3.0 ( 1.0 UMNO baru, 2.0 Bersatu) pun ramai
yang pajak akal pada Pemimpin. Kira dah gagal sampai 3 kali pun masih mahu
berjuang demi bangsa? Bila dah dapat kuasa nanti apa dia kata? Melayu Malas.
The good thing about this is PH semua sepakat tolak MAGERAN
Mahathir dan semua sudah nampak his true colours. Yang di kata tak ada plan
tadi kalau kita lihat live Anwar dia sangat berbeza dari apa yang di fitnah.
Anwar sudah ada exit plan, macam mana hendak recover dari krisis ini.
Anwar juga dapat sokongan bukan sahaja dari Pemimpin Luar siap
jumpa duta2 besar luar dalam masa PKP ini. Juga Ulama Besar macam, Syeikh Yusuf
Qardawi dan Setiausaha Kesatuan Ulama' Sedunia Prof. Dr. Sheikh Ali
al-Qaradaghi. Sheikh Ali siap kata Anwar adalah pemimpin Agung tentang Islam.
Ini bukan Ulama Serba Tahu yang khianat pada ilmu ya, yang itu ada di utara
sembunyi dalam gua lepas apa yang di jamin semua hancur.
Sebagaimana yang saya sebut dari dulu, kita hendak lepas dari
krisis ini kena bersama dengan pemimpin yang Qawwi dan Amin. Yang kita ada
sekarang adalah yang lemah dan khianat, yang ada dulu pula yang Qawwi tetapi
tidak Amin, fikir hanya untuk berkuasa selama-lamanya.
Ambil contoh macam mana Biden, plan pemulihan dia sudah tersedia
sebelum dia masuk office, lepas masuk office terus execute plan dalam masa 2
bulan. Kini kita lihat USA sudah hampir pada 65% vaksinasi ( at least 1 dos dan
herd immunity pada 70%). Yang kita masih lagi terkial-kial berebut vaksin macam
anak kambing berebut dedak.
Ini berbeza dari Mahiadin, siap sebut "I am now the prime
minister", saling tak tumpah dengan pemenang loteri yang tak sangka-sangka
menang. Dia pun tak sangka boleh jadi PM sebab dia hanya bersedia untuk
khianat, bukan bersedia untuk memimpin. Sebab itu Anwar kata; sudahlah khianat,
memimpin pula bod*h.
Ibrah dari peristiwa ini banyak membenarkan kisah akhir zaman
dan apa yang di sebut oleh junjungan besar kita 1400 tahun dahulu tentang hati
orang tua yang gila kuasa.
"Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara,
panjang umur dan cinta harta." [Hadits riwayat Muslim]
Kalau kita hendak selamat, berpegang teguh pada sunnah nabi dan
sempurnakan perjanjian, kerana setiap yang berjanji itu akan di tanya.
SEMUANYA MENGIKUT ANDAIAN VAKSIN CUKUP DAN SEMUNYA AKAN SELESAI HUJUNG TAHUN. HABIS RAKYAT KENA JAGA SOP BERAPA LAMA LAGI.?
Pelan Pemulihan Negara: Parlimen boleh bersidang antara Sept, Okt - PM
ADAKAH SUSUN TUALA WANITA SKOP KERJA BARU MENTERI AGAMA?TU SAJA KAH PENCAPAIAN MENTERI AGAMA?
Ehem..
Jadi Menteri ni tak perlu lah sangat nak jadi macam selebriti YB atau modal iklan.
Tak perlulah berfoto sakan pi susun tuala wanita atau gi rumah artis sakan.
Bagi lah pekerja di pusat beli belah tu pi susun.
By the way tangan tu dah sanitize ke?
Ke tak perlu sebab dah suci sejak azali?
Jika nak edar juga tuala wanita tu baguilah.
Tetapi pi swastakan je lah kat mana- mana persatuan wanita di masjid masjid atau rumah- rumah ibadat agama lain atau kat mana mana persatuan ibu tunggal di WP.. bagilah mereka sedikit wang saguhati slps tu.
Yang bapak menteri yang berjubah dan berkopiah pi berfoto sakan susun tuala wanita tu apa hal?
Ini skop kerja baru Menteri Agama ke?
MOHD HANIPA MAIDIN
Ahli Parlimen Sepang.
MUHYIDDIN AKAN BAGI AMANAT JAM 5 KEPUTUSAN GEMPAQ APA KA? LETAK JAWATAN ATAU NAK BAGI MORATORIUM KOT...KEH...KEH
Terkini! Muhyiddin buat perutusan khas tergempar petang ini
Saksikan Perutusan Khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai ‘Pelan Pemulihan Negara’ pada 15 Jun 2021, jam 5 petang ini.
#PerutusanKhas #PM #BH
MACAMANA BOLEH JADI KASTAM? MATEMATIK TAK LULUS NI