SEMUANYA MENGIKUT ANDAIAN VAKSIN CUKUP DAN SEMUNYA AKAN SELESAI HUJUNG TAHUN. HABIS RAKYAT KENA JAGA SOP BERAPA LAMA LAGI.?

 

Pelan Pemulihan Negara: Parlimen boleh bersidang antara Sept, Okt - PM

Astro Awani
Pelan Pemulihan Negara: Parlimen boleh bersidang antara Sept, Okt - PM
Menurut Muhyiddin, pembukaan Parlimen akan dijadual pada sekitar Septemnber atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi komitmen untuk mengadakan sidang Parlimen semasa fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara.
Menurut beliau, ia dijadual pada sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
backup_ads
"Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu setelah kes-kes COVID-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti berkelompok.
"Saya akan terus mendokong prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
"Jangan ada pihak-pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga menganggu tugas utama kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19," katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri bertajuk Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat hari ini.
Menurutnya, untuk Fasa 3, semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP dan had kapasiti.
Malah, senarai negatif Fasa 3 yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi kerana melibatkan keramaian seperti penganjuran konvensyen dan di mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan seperti pub, spa dan salon kecantikan.
Jelas Muhyiddin, kelonggaran kepada had kapasiti akan dipertimbangkan untuk membolehkan syarikat beroperasi sepenuhnya setelah pekerjanya divaksinasi.