MGID

PENJUAL AGAMA DAKWA BERJUANG UNTUK ISLAM


Image may contain: 2 people, text that says "Bila dia join PENGKHIANAT jatuhkan PH Harakahdaily Bila dia sendiri pula DIKHIANATI Q Nasional Kemenangan tanpa pilihan raya anugerah Allah March 2020 malaysiakini Cubaan tukar kerajaan ini penderhakaan dan pengkhianatan, kata wakil PAS 4Dec 2020 12:46 PM d GU KALAU DIA MENCURI, ITU ANUGERAH ALLAH. KALAU ORANG LAIN MENCURI, ITU GODAAN IBLIS"


Mokhtar anak Senik kata, memang parti lebai gila kuasa, sebab kami mahu kuasa untuk laksanakan agenda Islam.
Nak muntah aku dengar lebai mahu kuasa mahu bawa agenda Islam. Ada kuasa kat Kelantan, apa agenda Islam di sana selain dari air berkarat dan hutang setiap tahun untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri? Agenda Islam waktu Covid rakyat susah, hilang pekerjaan, lebai2 tukar kereta mercedes? Agenda Islam naikkan gaji sesama kamu ketika rakyat berdepan dgn Covid?
Agenda Islam kah dapatkan kuasa dengan cara bersekongkol dengan pengkhianat di Putrajaya? Zaman Nabi dan sahabat dulu, mereka bekerja keras dan berkorban nyawa untuk dapatkan kuasa bukan dgn cara berkongsi kuasa dgn puak khianat yg Allah laknat.
Cukup-cukup lah lebai jual agama.

W.FAUDZIN

ADUN LOMPAT DAN KHIANAT KINI ADA HARGA-PARTI SONDOL MACAM PAS TENGOK UNTUNG


 UMNO cuma perlu sokongan 3 Adun Bebas dan 3 Adun PAS untuk bentuk kerajaan, kalaulah Bersatu merajuk. Kalau tak, cuba UMNO intai PKR.

Tapi bila sebut je UMNO nak kerjasama dengan PKR, kompom PAS akan u-turn. Takkan lebai sanggup tengok Ghanimah dia orang lain bedal.
Tapi untuk kali ini, rasanya mungkin Sultan Perak ada perancangan yang tersendiri. Biarlah PH menghadap Sultan dan dengarkan apa Sultan nak kata.
.
- R a j a G e l a p -

PARTI LEBAI PUNYA HAL...BETUL LA ADA ORANG KATA DIA AKAN SONDOL DEMI KEUNTUNGAN DIA


HAMDAN TAHA


Ini parti lagi pening....dalam banyak kes bartukar pendirian terlalu kerap....atas nama agama....kononnya lah

 

Pencapaian Kerajaan Melayu Isle: Kredit Rating BBB+ yang terburuk semenjak 18 tahun lepas


 MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Ramai yang tak perasan Fitch telah keluarkan satu rating credit yang baharu untuk Malaysia dari A- kepada BBB+.

Kenapa rating kredit itu penting untuk sesebuah negara?

Secara ringkas rating kredit akan memberi pelabur penilaian untuk melabur dalam sesebuah negara, pelabur dapat membuat keputusan yang lebih baik mengenai bon mana yang akan dilaburkan. Ia juga menujukkan kemampuan dan kesediaan entiti kerajaan, untuk memenuhi tanggungjawab kewangannya dengan lengkap dan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kalau rating kredit itu teruk, pelabur mungkin teragak2 untuk melabur di sesuatu negara dan untuk negara yang banyak bergantung pada pelaburan asing, ini akan menyukarkan pelan pemulihan ekonomi.

Bila rating kredit dah jatuh pada BBB+ nampaknya rating kredit kita sama level dengan Botwsana, Thailand dan Philippines. You give peanut, You get monkey. Nak sangat Perdana Menteri clueless tapi pandai baca doa macam sertuan SSST, dapat la kita hadiah kerdit rating BBB+.

Ini juga membuktikan yang hendak jadi Perdana Menteri bukan sahaja perlu bijak dalam politik dan merancang ekonomi dalam negara, tapi kehilangan kepercayaan pelabur antarabangsa juga perlu di atasi. Selagi tak ada undi percaya pada Perdana Menteri dan tak bertukar leadership, jangan mimpi pelabur akan datang melabur di negara kita.

Anwar sendiri kata dia demokratik; tapi kalau hendak suruh dia berundur, kena ada penganti yang sama

hebat

atau lebih

hebat

lagi; dan bukan pengganti yang dah di beri kepercayaan tetapi gagal. ( sama tak macam saya sebut?)

Secara ringkas ini apa yang Fitch sebut; mana-mana umat melayu Isle kena cakna bab ini sebab kalau kemelesetan ekonomi, semua akan kena dan ianya bukan salah DAP. Fitch juga kata Kerajaan PN kena KURANGKAN PERBELANJAAN MENGURUS DAN TINGKATKAN PENDAPATAN Negara.

Sebab itu ramai yang kata belanjawan 2021 adalah membusung; tengok MITI buat sidang APEC maya 66 juta, Menteri Sawit renovate OPIS 24 juta; toksah dok cerita pasal rahmatlah.

----------------------------------------

Ini ringkasan dari komen Alan seorang economis ( let me know if you want the credit for the writing as someone forward this to me in FB)

Description: ♦Rating penurunan kredit mengejutkan kerana ini hanya kira-kira lapan bulan setelah kita menyemak semula prospek rating kredit Malaysia dari stabil ke negatif pada 9 April 2020.

Description: ♦️Kami percaya penurunan BBB + disebabkan oleh kemerosotan mendadak dalam kewangan awam, serta kesan dan jangka masa pemulihan COVID-19 pada ekonomi.

Description: ♦Fitch memperingatkan kelemahan dalam beberapa metrik kredit utama Malaysia, seperti pelaburan yang lemah dan penerimaan sektor pelancongan yang rendah kerana wabak Covid.

Description: ♦Fitch juga memetik ketidakpastian politik yang berlanjutan berikutan perubahan pemerintahan Mac lalu ( Langkah Shereton yang di sertu oleh

Drmaza

).

Description: ♦Kali terakhir Malaysia dinilai BBB + oleh Fitch adalah pada 7 Ogos 2002.

Description: ♦Walaupun Fitch juga mengingatkan kewangan luaran Malaysia akibat lebihan akaun semasa semasa penyempitan imbangan pembayaran (BOP), agensi ini menjangkakan akaun semasa akan kekal lebihan (3.4% daripada KDNK pada tahun 2021 berbanding 4.2% dari KDNK pada tahun 2020).

Description: ♦Fitch menjangkakan pertumbuhan KDNK menyusut 6.1% pada tahun 2020, tetapi melonjak semula pada 6.7% pada tahun 2021 disebabkan oleh kesan asas, dan defisit anggaran projek sebanyak 5.4% daripada KDNK pada tahun 2021, dari anggaran -6.0% daripada KDNK pada tahun 2020, dan defisit purata 4.5% daripada KDNK dari 2021 hingga 2023.

Description: ♦Berdasarkan ramalan oleh Fitch ini, kami menjangkakan tidak akan ada penurunan lagi oleh Fitch dalam masa terdekat, kerana prospek kredit negara berubah menjadi stabil.

Description: ♦Standard Kedua-dua Perkhidmatan Penarafan Standard & Poor (S&P) dan Perkhidmatan Pelabur Moody (Moody's) mengekalkan penarafan tukaran mata wang asing jangka panjang negara masing-masing pada A- dan A3.

Description: ♦Untuk mencegah penurunan taraf kredit negara yang lebih tinggi oleh agensi penarafan antarabangsa, kami yakin Kerajaan perlu mengkaji semula strategi baru dan menunjukkan komitmen tegas dalam MENGURANGKAN DEFESIT BELANJAWAN, setelah pandemik Covid-19, seperti mengurangkan perbelanjaan mengurus Kerajaan serta meningkatkan pendapatan kerajaan.

Description: ♦Ringkasnya, kami mengekalkan pertumbuhan KDNK sebenar tahun 2021 pada 6.0% (-5% pada tahun 2020), dan mengunjurkan Ringgit kekal stabil pada RM4.10 / USD pada akhir 2020 dan RM4.20 / USD sebanyak akhir 2021.

----------------------------------------

Penarafan kredit Malaysia merosot bukti belanjawan gagal, kata Chin Tong

 

Pemimpin DAP Liew Chin Tong berkata, rakyat Malaysia kini berdepan risiko terpaksa membayar harga belanjawan konservatif kerajaan.

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Liew Chin Tong berkata, belanjawan tahunan kerajaan adalah punca kemerosotan penarafan negara semalam.

Dalam kenyataan, Liew berkata, belanjawan yang “lebih lemah daripada yang diharapkan itu” terlalu konservatif dari segi kewangan bagi menjamin pemulihan ekonomi lebih kukuh dan menghalang kemerosotan penarafan kredit Malaysia.

Berikutan penurunan penarafan itu katanya, kos pinjaman negara akan meningkat, sekali gus menyebabkan pelaburan ekonomi tersekat.

“Jelas sebelum ini bahawa pusingan belanjawan memerlukan pemikiran di luar kotak berdasarkan kos ekonomi pandemik Covid-19 yang tinggi.

“Belanjawan itu sepatutnya memberi tumpuan kepada langkah yang perlu diambil bagi memulihkan ekonomi semata-mata, bukan cuba mematuhi peraturan agensi penarafan yang tidak telus dan sewenang-wenang.

“Peluang itu telah terlepas dan kini rakyat Malaysia berdepan risiko terpaksa membayar harganya,” katanya.

Semalam agensi penarafan AS, Fitch Ratings menurunkan penarafan Malaysia dari “A-“ ke “BBB+” dengan unjuran negatif ke stabil.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abd Aziz berkata, kerajaan kecewa terhadap hasil penarafan itu, dengan menambah bahawa penurunan itu didorong oleh kesan wabak Covid-19 ke atas kedudukan kewangan negara dan keadaan politik domestik.


Sekali PN kalah undi Belanjawan 2021, kerajaan goyang - Dr Azman

 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu berjaya meluluskan kesemua Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan 2021) yang dibahaskan pada Peringkat Jawatankuasa (kementerian) sekiranya mahu kekal teguh dan berkuasa.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, sekali sahaja pihak PN gagal meluluskan belanjawan pada Peringkat Jawatankuasa maka hal itu menghantar isyarat kerajaan lemah dan bermasalah.

"Dalam ruang belanjawan kalau berlaku tersungkur (gagal lulus belanjawan) satu kementerian, ia akan membawa kepada satu masalah yang mungkin membuka ruang yang lebih luas (kejatuhan kerajaan).

"Kalau itu tak berlaku, usaha (menukar kerajaan) akan berjalan terus. Sekarang pun untuk membuktikan sokongan padu kepada PN menjadi masalah, tak sampai pun jumlah yang dikehendaki oleh Perlembagaan, iaitu lebih dari separuh (111 Ahli Parlimen). Tak ada," katanya dalam forum bertajuk 'Apa selepas undian Belanjawan 2021' anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.

Menurut Dr Azman lagi, Pakatan Harapan (PH) masih mempunyai peluang luas untuk menubuhkan kerajaan melalui cara menggagalkan undian akhir Belanjawan 2021 pada 17 Disember atau secara Akuan Berkanun selepas sesi Parlimen.

Semua strategi berkenaan disesuaikan mengikut situasi mengambil kira Covid 19, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan belanjawan.

Namun sekiranya hal itu tidak berlaku, kata Dr Azman, Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mungkin mengambil tempat dan akan diadakan selepas wabak Covid 19 reda.

"Keadaan terburuk ialah mengadakan PRU (tergempar). Ini juga perlu mengambil masa lebih kurang setahun sebab syaratnya jika Covid reda baru boleh buat. Maksudnya kita perlu bersedia pada tahun hadapan.

"Tetapi PRU ini tidak mudah kepada kita dan kepada PN kerana menjadi kerajaan semasa Covid juga sakit, banyak benda perlu dijawab.

"Juga akan ada persefahaman dari parti-parti politik walaupun sekarang ini berada di dalam blok lain. Ruang dan peluang masih ada untuk PH menjadi kuasa dominan dalam politik Malaysia.

"Apa yang kita lihat sekarang kerjasama politik bertambah baik seperti ditunjukkan dalam perbahasan belanjawan. Ini kerana kali pertama parti-parti politik tidak mengira kerajaan atau pembangkang, tidak bersetuju dengan dasar tertentu.

"Mereka memberitahu kerajaan, walaupun kami kerajaan tetapi kami menolak. Hal itu belum pernah terjadi dahulu," katanya.

Oleh yang demikian, Dr Azman menjangkakan lebih banyak penjajaran politik akan berlaku selepas PRU 15. Tidak semenstinya pertandingan akan berlaku sebagaimana 3 PRU lepas, iaitu satu lawan satu di setiap kawasan.






Belanjawan 2021: Skuad KEADILAN sokong penuh strategi Anwar

 

Skuad KEADILAN Malaysia menyokong penuh keputusan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli-ahli Parlimen PH untuk tidak menggagalkan undian Peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 pada 26 November lalu.

Menurut satu kenyataan, Skuad KEADILAN percaya tindakan itu diputuskan oleh Datuk Seri Anwar sebagai satu strategi jangka panjang dan tidak sebagaimana didakwa sesetengah pihak memperlihatkan kelemahan PH.

"Walaupun keputusan tersebut tidak menyenangkan pelbagai pihak dan menjadi punca kekecohan di peringkat pemimpin PH hingga ke akar umbi, namun melalui siri penerangan yang telah dilakukan, masyarakat kini faham dengan jelas bahawa keputusan Datuk Seri Anwar adalah di atas dasar kematangan politik, demi meletakkan keutamaan kepentingan rakyat dan negara.

"Kami di Skuad KEADILAN Malaysia mempunyai keyakinan tinggi terhadap kebijaksanaan, kejujuran, pengalaman dan kepimpinan Anwar serta ke semua pimpinan PH dalam menangani pembentangan Belanjawan 2021 ini.

"Kami tegas menyokong sepenuhnya tindakkan yang telah dan bakal diambil demi mengembalikan mandat rakyat dan menyelamatkan masa depan negara.

"Kami mendoakan seluruh saf kepimpinan PH dikurniakan kebijaksanaan, perpaduan dan kekuatan untuk menangani Belanjawan 2021 dengan jayanya," tulis kenyataan tersebut.

Pada 26 November lalu Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat undian dasar apabila PH tidak bersetuju menggagalkannya melalui undi belah bahagian. Belanjawan tersebut lulus melalui undi suara.

 


Penarafan kewangan Malaysia turun, kerajaan PN hilang keyakinan antarabangsa

 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghadapi satu lagi cabaran berat di tengah-tengah pandemik Covid 19 yang belum selesai.

Semalam Fitch Ratings, agensi penarafan kewangan antarabangsa telah menurunkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) matawang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ dari ‘A-‘ untuk pertama kali sejak krisis kewangan 20 tahun lalu.

Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penurunan itu dan juga komen Fitch mengenai ketidakstabilan politik telah membawa Malaysia ke jurang ketidakyakinan antarabangsa dari pelbagai sudut.

Katanya, jawapan balas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkait penarafan IDR tersebut juga amat membimbangkan.

"Beliau gagal menjawab persoalan dan kebimbangan yang dilaporkan Fitch yakni kestabilan politik dan tatakelola.

"Langkah Sheraton bulan Februari lalu tidak hanya menimbulkan kekacauan politik, tetapi juga adalah permulaan usaha menginjak batu asas reformasi institusi yang telah digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Kerajaan minoriti ini tidak punya keabsahan sama sekali dari rakyat dan telah menyalahgunakan fungsi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mendapatkan dukungan (kuasa)," kata Anwar dalam satu kenyataan.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, wabak Covid-19 telah menunjukkan kelemahan Malaysia dalam pelbagai penjuru termasuk aspek keselamatan modal, pengemudian tatakelola yang jelas dan tegas

Juga menurut beliau, kerajaan PN tidak berupaya merangka polisi untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan terbaik yang boleh mencorak jalan keluar dari pandemik ekonomi.

Sebaliknya, kata bekas Menteri Kewangan terbaik Asia itu, pemimpin politik Malaysia lebih senang membandingkan negara dengan pesaing yang jauh kurang keupayaan dan mundur.

"Membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang prestasi jauh lebih rendah dari kita adalah tidak tepat dan mengelirukan. Kita harus lihat Malaysia hari ini dan era lalu di mana negara tercinta ini adalah antara kuasa ekonomi serantau.

"Tidak ada perubahan yang nyata, sedangkan negara-negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam telah mula mendakap realiti digital dunia hari ini," katanya lagi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut kecewa dengan peranan yang dimainkan Tengku Zafrul selaku ahli perbankan kerana tidak mahu membawa keluar negara daripada kemelut politik yang tidak sepatutnya disokong oleh seorang teknokrat seperti beliau.

"Wujud sedikit harapan pelantikan seorang teknokrat seperti Menteri Kewangan akan dapat meminimakan jurus dan langkah politik.

"Namun jelas beliau gagal menggarap tanggungjawab dalam mempersiapkan negara ini dengan jalan keluar bersama pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.

"Kita masih belum tahu dari mana sumber dana bagi memperoleh vaksin Covid-19, dan kita juga belum pasti bagaimana kerajaan akan bangunkan semula tunjang ekonomi negara, perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas teruk dan rata-ratanya dari kalangan orang Melayu atau Bumiputera," katanya.

Tegas Anwar, semak turun penarafan mengukuhkan tanggapan rakyat selama ini bahawa Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang komited kepada agenda reformasi serta telus, inklusif dan punya halatuju yang jelas.

Sebaliknya apa yang dihidangkan kepada rakyat, kata Anwar, adalah kekeliruan dan ketidakstabilan yang pastinya akan merencatkan usaha untuk keluar dari wabak Covid 19 dengan jayanya.




MUHYIDDIN PASTI BALAS DENDAM.SALAH SATUNYA DENGAN MELANTIK PEJA JADI TPM?

 

Dalam politik, sepertimana pertelingkahan yang lain, membalas dendam boleh dikata suatu perkara biasa.

Malah, disebabkan keinginan membalas dendam itulah politik sentiasa kelihatan hidup dan menarik.

Kalah pilihanraya atau kalah bertanding merebut jawatan dalam parti, perbuatan membalas dendam biasanya diteruskan dalam pilihanraya atau pemilihan parti yang seterusnya.

Begitulah lumrahnya, membalas dendam untuk menuntut kembali kekalahan bukan saja berlaku dalam semua parti, bahkan berlaku di seluruh dunia sejak dahulu kala lagi.

Dalam kes Peja yang dijatuhkan UMNO di Perak melalui undi percaya, selain ia memalukan Bersatu dan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, kejadian itu mahu tidak mahu sebenarnya menuntut perlunya tindakan balas dendam dilakukan.

Sebagai parti yang menunjangi kerajaan di Pusat, Bersatu tidak harus hanya berdiam diri saja atas apa yang dilakukan UMNO kepada mereka.

Kalau tidak bertindak balas, nampak sangat Bersatu begitu lekeh dan lemah.

Parti yang ternampak lekeh dan lemah, pasti tidak dilihat sebagai wadah perjuangan yang menarik dan mungkin juga tidak mampu untuk bertahan lebih lama.

Lantaran itu, untuk membuktikan kekuasannya dan menunjukkan kepada UMNO bahawa ia bukan parti yang lekeh, Bersatu tiada pilihan lain selain mesti melakukan sesuatu untuk membalas dendam.

Setidak-tidaknya, ada dua cara untuk Bersatu mahu membalas dendam terhadap apa yang telah berlaku di Perak itu.

Pertama, sepertimana yang dicadangkan oleh bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian, Bersatu perlu melakukan gerakan politik yang segera untuk menumbangkan Menteri Besar Johor yang kini dipegang oleh Hasni Mohamad daripada UMNO.

Pada PRU14 lalu, Johor telah jatuh kepada PH dan UMNO hilang kekuasaannya di negeri tersebut.

Tetapi, berikutan tumbangnya PH di Pusat dan berlakunya penjajaran politik setelah Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Johor antara negeri yang mendapat rahmat dengan UMNO dapat kembali berkuasa di negeri itu.

Antara sebab UMNO dapat berkuasa semula di Johor ialah kerana kemurahan hati Bersatu yang sedia memberi laluan dan sokongan kepada pemimpin parti itu untuk menerajui kerajaan negeri.

Kini, dengan apa yang berlaku di Perak, Bersatu perlu bertindak berani dan menunjukkan kekuasaannya dengan merampas balik teraju negeri itu daripada UMNO.

Hanya dengan cara itu, Bersatu dapat mengajar UMNO untuk menghormati semangat setiakawan, di samping menunjukkan siapa yang sebenarnya paling berkuasa.

Kedua, untuk menunjukkan Bersatu sebenarnya ada “power” dan Muhyiddin benar-benar berkuasa melalui kerajaan PN yang dipimpinnya, beliau harus melantik segera Peja sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Melantik Peja sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan saja sesuai dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Bersatu, malah jawatan itu memang selama ini ada kekosongan.

Selain itu, dengan melantik Peja ke jawatan nombor dua tersebut, setidak-tidaknya maruah beliau yang dimalukan UMNO dapat segera dibela.

Yang penting, dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu, UMNO akhirnya terpaksa menghormati Peja kembali setelah menjatuhkan dan memalukannya pada Jumaat lalu.

Bahkan, jika Peja balik ke Perak selepas ini, Menteri Besar Perak daripada UMNO pun terpaksa menyambut dan tunduk hormat kepadanya.

Bak kata budak-budak remaja, baru ada akal dibuatnya!!! 

(Shahbudindotcom 05/12/2020)



APA GUNA MELAYU BERSATU DALAM PN TAPI BERGOCOH


25 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL

 

Terima kasih kerana memberi sokongan kepada WRLR.


Sila tekan    > u membaca berita awal....


Terima kasih.

MENGAPA SAYA TETAP SOKONG ANWAR?


UMNO MENGKHIANATI PEJA DAN BERSATU?

 

NORMAN RADZUAN

Image may contain: 1 person, glasses and beard, text that says "BH ONLINE"

Sekelip mata UMNO dikaitkan dengan DAP

' I MISS YOU..' PEJA BUKAN BIASA-BIASA...HALUSI

Apa yang berlaku di Perak kita akan dapat 1001 pengajaran samada dari sudut agama dan politik itu sendiri. Tapi apakah mesej ini mampu menyedarkan orang Melayu?

Kita ikuti dahulu apa yang berlaku di DUN Perak pagi tadi....

1. Yang membawa Usul, ADUN Pengkalan Baru dari Parti UMNO, Dato Manap.

2. Usul berbunyi, Undi Kepercayaan kepada. Menteri Besar Perak tetapi, sebenarnya Vote of No Confident.

3. Bermakna, Usul ini bertujuan untuk menumbangkan Menteri Besar Perak, yang juga Timbalan Presiden BERSATU.

4. Seramai 10 ADUN menyokong Usul ini. Bermakna menyokong masih memberi kepercayaan kepada. Peja sebagai MB Perak.

5. Daripada 10 ADUN ini, 3 ADUN yang menyokong ialah daripada ADUN PAS kerana Hj. Hadi di Putrajaya 2 hari yang lalu, telah menyatakan sokongan beliau, supaya Peja di kekalkan sebagai MB Perak.

6. Sesungguhnya the move mengemukakan Usul Percaya ini di DUN Perak membawa pelbagai implikasi politik.

7. Ianya menunjukkan pepecahan antara BERSATU dengan UMNO.

8. Ianya menunjukkan PAS kini bersama dengan BERSATU didalam Gabungan PN.

9. Peja MB Perak perlu letak jawatan.

10. Menunjukkan UMNO Perak sanggup bekerjasama mengundi bersama-sama dengan DAP dan PKR, bagi menjatuhkan Peja.

PERSOALANNYA

1. UMNO Perak perlukan sokongan dari 30 ADUN daripada parti-parti politik di Negeri Perak, untuk jadi MB.

2. UMNO ada 25 ADUN. Perlukan sokongan dari 5 ADUN lagi. Untuk mendapat angka : 30 ADUN menyokong.

3. Adakah UMNO Perak sanggup menjalinkan kerjasama politik dengan Parti DAP atau PKR, demi jawatan Menteri Besar Perak sekiranya ADUN PAS dan ADUN Bebas tidak menyokong Calon dari kalangan Parti UMNO untuk di persembahkan kpd. Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Yang menyokong Peja

Sokong 10

1. Peja PPBM

2. Nolee PPBM

3. Yunus PpBM

4. Zainol PBBM

5. Razman PAs

6.Akmal PAS

7. Khalil PAS

8. Paul X DAP

9.Siva x DAP

10. Azniel UMNO (setpol)

Apa yg org Melayu perlu belajar dari kejadian ini?

1. Nama DAP hanya menjadi retorik politik utk membodohkan org Melayu. Dulu PAS lebih 10 tahun duduk bekerjasama di dlm Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Kenapa ketika itu PAS kata lebih baik bersama DAP dari bersama UMNO?

2. Hari ini atas nama politik PAS bekerjasama dgn UMNO. Selepas perlantikkan Menteri dan Exco PAS bekerjasama dgn PBBM ( Bersatu ). Jelas yg pertahankan Peja selain PBBM ialah PAS. Sudah ada suara menyalahkan UMNO bersengkokol dgn DAP. Kenapa DAP kerana itulah modal paling berkesan mana2 parti politik utk memburukkan lawan. Akhirnya bom atom yg UMNO sering gunakan dlm survival UMNO makan tuan.

3. Adakah UMNO boleh dipercayai? Sebenarnya PBBM telah silap mencari rakan perjuangan. PH terbina daripada kemahuan parti2 mengubah nasib Malaysia menjadi negara yg bersih dgn menghapuskan salah guna wang rakyat, salah guna kuasa eksekutif, undang2 yg berbeza pendek kata kleptopkrasi. Akhirnya Peja menzahirkan dlm kata2nya ..." I miss you Pakatan Harapan."

4. Dari sudut agama ia adalah pengajaran sgt berguna. Jgn kita mengkhianati... rakyat dan rakan seperjuangan telah dikhianatu kerana kuasa. Allah telah tunjukkan pengkhianatan tidak akn kekal. Tidak ada pengkhianatan akan kekal.... percayalah kerajaan PN ini atau PBBM ini akn dimalukan oleh rakyat dan UMNO sendiri dlm PRU15 nanti. Muhyiddin akn menjadi PM paling singkat dlm sejarah Malaysia.

5. Saya percaya nama DAP akan digunakan sehabis habisnya dlm isu ini walaupun yg bawa usul UMNO, speaker UMNO, undi paling ramai dari UMNO. Lihat ucapan sinis "Tahniah kpd DAP dan parti2 yg bekerjasama dgnnya". DAP adalah talian hayat samada PAS, PBBM dan UMNO utk terus memperbodohkan org Melayu. Ia masih relevan walaupun negara sudah Merdeka 60 tahun lamanya. Akhirnya ia memakan diri sendiri.

Masalah negara kita bukan parti Cina, India dan lain2. Masalah negara kita pemimpin ingin berkuasa utk mengkayakan diri mereka masing2. Kita terlalu ramai pemimpin yg korup dan mementingkan diri sendiri.

Siapa bakal MB...?

Ayat ' I miss you' jgn dipandang begitu sahaja. Ia makna yg paling besar.

1. Peja mesti terasa terhina dgn apa yg dilakukan oleh UMNO kpd dirinya. Dlm sejarah Perak atau Malaysia inilah undi pertama rasanya yg memalukan Ketua Eksekutif.

2. Peja tahu akn timbul permasahan siapa yg bakal menjadi MB. Samada dari PH atau dari UMNO. Jgn terkejut jika Peja membawa penyokong DUNnya utk menyokong PH sebagai MB bagi menidakkan bakal MB daripada UMNO. Dendam peribadi? ... Politik memang sukar diramalkan.

3. Siapa bakal MB sebenarnya bukan ditentukan oleh PH atau UMNO tetapi siapa yg Peja dan teamnya akn menyokong....

ADAKAH KEKALAHAN TANPA PILIHANRAYA INI JUGA ANUGERAH ALLAH SEPERTI DIKATAKAN PAS SEBELUM INI?

 

(function() { var d = document, w = window; w

SAYA SENGAJA MENUNGGU PENGESAHAN PENGKHIANATAN INI SEBELUM MENULIS... DAN MAAF, KALI INI SAYA AKAN MENGKRITIK PARTI SENDIRI (TENTUNYA SEBUAH LETERAN PANJANG)

Dalam Program Himpunan Muafakat Pemuda Keadilan Malaysia pada 31 Oktober 1999, saya yang entah siapa-siapa ketika itu, tidak dikenali orang ...