Pencapaian Kerajaan Melayu Isle: Kredit Rating BBB+ yang terburuk semenjak 18 tahun lepas


 MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Ramai yang tak perasan Fitch telah keluarkan satu rating credit yang baharu untuk Malaysia dari A- kepada BBB+.

Kenapa rating kredit itu penting untuk sesebuah negara?

Secara ringkas rating kredit akan memberi pelabur penilaian untuk melabur dalam sesebuah negara, pelabur dapat membuat keputusan yang lebih baik mengenai bon mana yang akan dilaburkan. Ia juga menujukkan kemampuan dan kesediaan entiti kerajaan, untuk memenuhi tanggungjawab kewangannya dengan lengkap dan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kalau rating kredit itu teruk, pelabur mungkin teragak2 untuk melabur di sesuatu negara dan untuk negara yang banyak bergantung pada pelaburan asing, ini akan menyukarkan pelan pemulihan ekonomi.

Bila rating kredit dah jatuh pada BBB+ nampaknya rating kredit kita sama level dengan Botwsana, Thailand dan Philippines. You give peanut, You get monkey. Nak sangat Perdana Menteri clueless tapi pandai baca doa macam sertuan SSST, dapat la kita hadiah kerdit rating BBB+.

Ini juga membuktikan yang hendak jadi Perdana Menteri bukan sahaja perlu bijak dalam politik dan merancang ekonomi dalam negara, tapi kehilangan kepercayaan pelabur antarabangsa juga perlu di atasi. Selagi tak ada undi percaya pada Perdana Menteri dan tak bertukar leadership, jangan mimpi pelabur akan datang melabur di negara kita.

Anwar sendiri kata dia demokratik; tapi kalau hendak suruh dia berundur, kena ada penganti yang sama

hebat

atau lebih

hebat

lagi; dan bukan pengganti yang dah di beri kepercayaan tetapi gagal. ( sama tak macam saya sebut?)

Secara ringkas ini apa yang Fitch sebut; mana-mana umat melayu Isle kena cakna bab ini sebab kalau kemelesetan ekonomi, semua akan kena dan ianya bukan salah DAP. Fitch juga kata Kerajaan PN kena KURANGKAN PERBELANJAAN MENGURUS DAN TINGKATKAN PENDAPATAN Negara.

Sebab itu ramai yang kata belanjawan 2021 adalah membusung; tengok MITI buat sidang APEC maya 66 juta, Menteri Sawit renovate OPIS 24 juta; toksah dok cerita pasal rahmatlah.

----------------------------------------

Ini ringkasan dari komen Alan seorang economis ( let me know if you want the credit for the writing as someone forward this to me in FB)

Description: ♦Rating penurunan kredit mengejutkan kerana ini hanya kira-kira lapan bulan setelah kita menyemak semula prospek rating kredit Malaysia dari stabil ke negatif pada 9 April 2020.

Description: ♦️Kami percaya penurunan BBB + disebabkan oleh kemerosotan mendadak dalam kewangan awam, serta kesan dan jangka masa pemulihan COVID-19 pada ekonomi.

Description: ♦Fitch memperingatkan kelemahan dalam beberapa metrik kredit utama Malaysia, seperti pelaburan yang lemah dan penerimaan sektor pelancongan yang rendah kerana wabak Covid.

Description: ♦Fitch juga memetik ketidakpastian politik yang berlanjutan berikutan perubahan pemerintahan Mac lalu ( Langkah Shereton yang di sertu oleh

Drmaza

).

Description: ♦Kali terakhir Malaysia dinilai BBB + oleh Fitch adalah pada 7 Ogos 2002.

Description: ♦Walaupun Fitch juga mengingatkan kewangan luaran Malaysia akibat lebihan akaun semasa semasa penyempitan imbangan pembayaran (BOP), agensi ini menjangkakan akaun semasa akan kekal lebihan (3.4% daripada KDNK pada tahun 2021 berbanding 4.2% dari KDNK pada tahun 2020).

Description: ♦Fitch menjangkakan pertumbuhan KDNK menyusut 6.1% pada tahun 2020, tetapi melonjak semula pada 6.7% pada tahun 2021 disebabkan oleh kesan asas, dan defisit anggaran projek sebanyak 5.4% daripada KDNK pada tahun 2021, dari anggaran -6.0% daripada KDNK pada tahun 2020, dan defisit purata 4.5% daripada KDNK dari 2021 hingga 2023.

Description: ♦Berdasarkan ramalan oleh Fitch ini, kami menjangkakan tidak akan ada penurunan lagi oleh Fitch dalam masa terdekat, kerana prospek kredit negara berubah menjadi stabil.

Description: ♦Standard Kedua-dua Perkhidmatan Penarafan Standard & Poor (S&P) dan Perkhidmatan Pelabur Moody (Moody's) mengekalkan penarafan tukaran mata wang asing jangka panjang negara masing-masing pada A- dan A3.

Description: ♦Untuk mencegah penurunan taraf kredit negara yang lebih tinggi oleh agensi penarafan antarabangsa, kami yakin Kerajaan perlu mengkaji semula strategi baru dan menunjukkan komitmen tegas dalam MENGURANGKAN DEFESIT BELANJAWAN, setelah pandemik Covid-19, seperti mengurangkan perbelanjaan mengurus Kerajaan serta meningkatkan pendapatan kerajaan.

Description: ♦Ringkasnya, kami mengekalkan pertumbuhan KDNK sebenar tahun 2021 pada 6.0% (-5% pada tahun 2020), dan mengunjurkan Ringgit kekal stabil pada RM4.10 / USD pada akhir 2020 dan RM4.20 / USD sebanyak akhir 2021.

----------------------------------------