KEKALKAN LAH... PENAT DOK MEMBELA.. GINI LAK JADINYA.

 


TERUSLAH KEKALKAN TIONG SEBAGAI MENTERI PELANCONGAN…


5 Oktober 2025


Siapa pun kita,  selagi kita beragama Islam, termasuk kelompok penjilat dan pengampu, kita mesti bersuara menentang perbualan menghidangkan arak dalam majlis rasmi kerajaan.


Pelbagai pihak telah bersuara menentang dan mengecam jamuan arak di majlis anjuran Tourism Malaysia, baru-baru ini.


Cuma sedihnya, golongan pengampu terlihat agak senyap sikit dalam isu arak itu, tidak sebagaimana dalam isu Gaza dan Flotila di mana bukan main riuh lagi mereka bersuara.


Mufti pun hanya galak bersuara mempertahankan kedatangan Trump saja, isu ini masih senyap lagi.


Sebenarnya, tak guna kita bising bersuara soal Gaza dan Flotila, tetapi buat-buat buta dalam bab arak depan mata.


Isu ini lagi besar mudaratnya kepada agama dan negara kerana hidangan arak itu berlaku dalam majlis rasmi kerajaan sendiri.


Kita sudah ada sembilan Perdana Menteri sebelum ini, malang sekali perkara buruk ini berlaku di era Perdana Menteri kesepuluh, seolah-olah ada cubaan mahu arak dinormalisasikan.


Negara kita meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan jelas memang terdapat larangan untuk menghidangkan arak di majlis-majlis rasmi kerajaan.


Kalau bukan Islam nak minum arak, minumlah di majlis jamuan sendiri, guna duit sendiri dan mabuklah sampai dinihari, tiada siapa pun akan peduli.


Tetapi atas nama kerajaan, selagi Malaysia ini meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara, larangan menghidangkan arak di majlis rasmi hendaklah dipatuhi.


Kepada PM, tolonglah jangan simpan suara dalam menegur Menteri Pelancongan, Tiong King Sing atas perbuatannya itu, kalau pun barangkali beliau tidak berani untuk memecatnya daripada kabinet.


Sudahlah beliau bersikap biadap dengan membenarkan hidangan arak di majlis makan malam Tourism Malaysia itu, malah kemudian didapati berbohong pula.


Pada mulanya beliah berdalih mengatakan majlis makan malam itu bukan anjuran Tourism Malaysia, tetapi dianjurkan oleh pihak indusrti dalam sektor pelancongan.


Katanya, Tourism Malaysia hanya meminjam majlis tersebut untuk melancarkan Kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026.


Aduhhhh…kesiannya…sejak bila agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia yang ada pejabat di banyak negara di seluruh dunia, tiba-tiba begitu miskin dan tak cukup duit sehingga terpaksa meminjam  majlis pihak lain untuk melancarkan Kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026?


Kemudian, apabila surat jemputan majlis makan malam itu diviralkan di mana ia jelas menyebut Tourism Malaysia sebagai penganjur, Tiong berdalih lain pula.


Beliau akhirnya mengakui Tourism Malaysia memang penganjur pada awalnya, tetapi diambil alih oleh pihak industri pelancongan pada saat-saat akhir.


Tiong berkata, Ketua Pengarah Tourism Malaysia telah memohon kelulusannya bagi perubahan berkenaan dan beliau memberi kebenaran mengambil kira langkah itu juga dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan.


“Jika mereka sanggup untuk menanggung kos dan membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan, mengapa pula kita tidak harus menyokongnya?” ujar Tiong.


Dalih kedua Tiong ini  benar-benar kelakar dan rasanya tidak pernah berlaku di mana-mana negara di dunia sebelum ini.


Kerajaan adalah entiti yang lebih besar daripada pihak industri dan tiada sebab mereka perlu berbuat demikian.


Lagi pun, biasanya syarikat-syarikat yang berniaga dengan kerajaan, mereka itu lebih cenderung untuk “kaut lebih” berbanding bersikap baik hati.


Kalau mereka mahu menganjurkan sesuatu majlis, mereka akan merancangnya sejak awal lagi, bukan “hijack” majlis kerajaan di saat-saat akhir dan di ketika surat jemputan sudah dikeluarkan.


Yang nyata, berikutan apa yang dilakukan Tiong serta dalih demi dalih yang ditunjukkannya untuk menegakkan benang basah, beliau sebenarnya tidak layak sama sekali berada dalam kabinet madani.


Antara ciri madani ialah bercakap benar dan tidak berbohong.


Keberadaannya tidak diperlukan lagi, tambahan ini bukan kali pertama beliau mengguris hati umat Islam negara ini.


Teruslah kekalkannya sebagai menteri jika kerajaan ini benar-benar mahu diturunkan bala oleh Yang Maha Esa. – ShahbudinHusin 05Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/kekalkanlah-tiong-sebagai-menteri/



SALAH LANGGAR SEBAB TAK TAHU.KOOK.

 Iswardy


Orang suruh langgar kerusi GPS. Sekali dia langgar kerusi DAP. Bangang pemimpin pkr sarawak ni. Itulah Masalahnya bila baru masuk parti, kerusi mana pun dia tak tau sapa punya 😂







Beza pemimpin yamh pandai cakap dengan yang betul2 buat kerja HEBATNYA

 Beza pemimpin yamh pandai cakap dengan yang betul2 buat kerja.



HEBATNYA PENGARUH ANWAR DI MATA DUNIA 






PMX jadi PM dia lihat hutang negara lebih 1 trillion. Dia minta Ismail Sabri pulangkan kembali duit rakyat RM 170 juta (tiada org Melayu marah Ismail Sabri ada pegang duit rakyat RM 170juta), dia cari pelabur berbilion ringgit. 


Kalau puak PAS idea mereka kutip duit rakyat melalui tin milo. Paling kuat minta kerajaan pusat. Tak beri ajak rakyat berdemo…mudahkan politik tunggang agama.


Itulah yg mampu dilakukan. Lakukan fitnah dan yg mereka tahu buat demo dan demo. Nak settle masalah rakyat Kelantan isu air, hakisan dan peluang pekerjaan di Terengganu, kelembapan ekonomi Perlis mereka tidak tahu.


Ada anda lihat PKR setiap kali berceramah sediakan tin milo. Walau susah mana parti hanya pimpinan sahaja yg dikerah menghulurkan bantuan. Itu baru betul… ini pembangkang dtg naik Velfire, yg dtg nak motor kapcai kena suruh hulurkan derma.


Kes Palestin, Anwar sendiri hubungi pemimpin2 dunia meminta bantuan atas pengaruhnya sepertimana beliau pernah bantu Nadir Al Nuri yg ketika itu anti kpd beliau. Seterusnya kerja2 Menteri menjalankan urusan diplomatik.


Jika Menteri Timur Tengah dulu yg kita tak tahu apa kerjanya dan PM dulu yg terpaksa hubungi Pak Jokowi perkenalkan dirinya sebagai PM Malaysia yg mampu kita dpt rasakan, serahkan kpd Wisma Putra.



MANA RUU 355? - TAK PAYAH SIBOK RUU URA | PAS CAKAP TAK SERUPA BIKIN | ...

PEMIMPIN PAS SERANG DS ANWAR! PENCERAHAN PADU DARI DR ABU HAFIZ!

NAK TUJU KEPADA PMX - NAMPAK DEPA YANG TAK CERDIK | Tuan Ibrahim URA

HIMPUNAN URA GAGAL - HAMZAH DESAK ANWAR LETAK JAWATAN, PERIKATAN NASIONA...



Himpunan tolak URA yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional jelas gagal apabila kehadiran peserta himpunan tak sampai pun seribu orang, walaupun ada yang melaporkan jumlah kehadiran sekitar 3 ribu orang. Namun, ada juga yang merasakan tertipu dengan himpunan tersebut yang kononnya dibuat untuk menyokong Sumud Flotilla dan perjuangan rakyat Palestin kerana isi ucapan dalam perhimpunan tersebut banyak menyentuh soal politik berbanding isu Palestin. Dalam perhimpunan tersebut juga ada disentuh tentang desakan oleh Hamzah Zainudin supaya Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan kerana menyokong Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan menjemput Donald Trump untuk hadir ke Malaysia.




LIVE : LOKMAN ADAM JAWAB RAFIDAH IBRAHIM BERHUBUNG SERANGAN BELIAU TERHA...

TANGAN GATAL JEMPUT TRUMP - TOK MAT & KJ SEKOLAHKAN TUAN IBRAHIM

GSF: PM Anwar Akan Rai Aktivis Malaysia Di KL

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan dengan aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) dan kini berada di Istanbul, Turkiye pada 5 Oktober 2025. Foto X Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 5 Okt – Dalam kesibukan merancang pembentangan Belanjawan MADANI 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berkongsi perbualan video dengan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berada di Istanbul, Turkiye.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di pelantar media sosial Facebook, Anwar berbicara santai dengan aktivis yang dianggap wira dan wirawati negara kerana berjaya dalam misi mengajak rakyat di seluruh dunia bangkit menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Anwar juga memaklumkan, satu himpunan khas juga akan dianjurkan bagi meraikan kepulangan para wira dan wirawati kemanusiaan itu, selain terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Gaza.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan masa yang tepat berhubungan ketibaan delegasi Malaysia serta himpunan khas berkenaan.

“Saya sempat berinteraksi dengan para aktivis Malaysia di Istanbul bagi bertanya khabar sebaik dibebaskan dari tahanan rejim Zionis. Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik dan semangat mereka masih kental.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan dengan aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) dan kini berada di Istanbul, Turkiye pada 5 Oktober 2025. Foto X Anwar Ibrahim

“Saya menzahirkan penghargaan atas keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi. Mereka adalah lambang keberanian rakyat Malaysia yang menjunjung nilai kemanusiaan tanpa mengenal sempadan.

“Insya-Allah, saya menantikan ketibaan mereka di Kuala Lumpur kelak. Kita juga akan menganjurkan satu himpunan khas bagi meraikan kepulangan para wira dan wirawati kemanusiaan ini, selain terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama saudara-saudara kita di Gaza,” ujar Anwar.

Antara aktivis yang kelihatan dalam video berkenaan ialah Heliza Helmi, Zizi Kirana, ZRA dan beberapa lagi sambil memberitahu mereka merindui makanan Malaysia di tanah air walaupun sedang menikmati juadah bercirikan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan dengan aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) dan kini berada di Istanbul, Turkiye pada 5 Oktober 2025. Foto X Anwar Ibrahim

Dalam perkongsian video itu juga, Anwar sempat berpesan agar para aktivis menulis nota ucapan terima kasih kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Pengarah Organisasi Perisikan Turkiye, Ibrahim Kalin yang kedua-duanya merupakan sahabat karib Anwar kerana membantu mempercepatkan proses keluar dari Israel melalui Lapangan Terbang Eilat Ramon jam 6.45 petang semalam.


PM Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan MADANI 2026

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kementerian Kewangan bagi menumpukan perhatian terhadap perancangan Belanjawan MADANI keempat 2026 pada 5 Oktober 2025. Foto X Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 5 Okt – Biarpun hari ini merupakan cuti hujung minggu namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kementerian Kewangan bagi menumpukan perhatian terhadap perancangan Belanjawan MADANI keempat 2026.

Menerusi hantaran di dalam laman sosial Fecebooknya secara ringkas memaklumkan, sesi berkenaan dikendalikan bersama pasukan Perbendaharaan antaranya dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober ini dengan tumpuan akan diberikan bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta menangani isu kos sara hidup terutamanya golongan B40 dan M40.

Ini merupakan belanjawan terpenting memacu pertumbuhan ekonomi negara dan kemampanan dasar fiskal selain menekankan aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam beberapa hari lalu, Anwar menumpukan perhatian kepada usaha pembebasan 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Israel dan berjaya dibawa keluar ke Istanbul, Turkiye malam tadi.



PM Anwar Harap Pertemuan Dengan Trump Jamin Hak Rakyat Palestin, Negara Berdaulat

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu rakaman video berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 pada 4 Oktober 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada hujung bulan ini dapat menyumbang kepada jaminan hak rakyat Palestin dan merealisasikan penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Perdana Menteri berkata, kunjungan Trump ke Malaysia adalah untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

“Saya menantikan dan mengharapkan suatu ruang dialog dan wacana yang segar dan terbuka tentang bagaimana Malaysia, bersama dengan rakan-rakan, dapat menyumbang serta membentuk satu orde dunia yang adil dan damai yang berkekalan dan tentunya akan mencakup serta menjamin hak rakyat Palestin dan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan bermaruah,” kata beliau dalam satu mesej video hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu rakaman video berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 pada 4 Oktober 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

Anwar turut mengalu-alukan persetujuan bersyarat Hamas terhadap cadangan pelan gencatan senjata, yang disifatkan beliau sebagai perkembangan penting yang menyalakan kembali harapan untuk menghentikan peperangan dan meredakan penderitaan orang awam di Gaza.

“Saya maklum akan kenyataan Presiden Donald Trump, khusus pada seruan agar Israel menghentikan serangan dan pengeboman supaya langkah yang kukuh dan teguh ke arah perdamaian dapat digerak dan dijelmakan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata aspek terpenting pada masa ini ialah kebijaksanaan dan sikap kesabaran tinggi, terutamanya untuk menghentikan serangan dalam kadar segera, menjamin tempoh bertenang dan mempercepat serta memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

“Keamanan yang kekal tidak akan tercapai dalam sekelip mata. Walhasil, ia mesti dibina dengan kesabaran yang jitu, langkah demi langkah. Kita tidak akan mampu menerima sebarang penangguhan dalam mengakhiri penderitaan warga Gaza. Tragedi sadis ini – yang telah menghentak nurani dunia ini – mesti segera dihentikan,” kata beliau.

Anwar berkata negara Arab, terutama Qatar bersama-sama Turkiye dan dunia Islam khususnya, kini menggalas peranan yang penting dalam memastikan proses gencatan senjata berterusan sekali gus menghidupkan kembali prospek ke arah penyelesaian politik.

“Amerika Syarikat juga memikul tanggungjawab yang besar, khususnya dalam memberikan tekanan kepada Israel untuk tunduk dan hormati kewajiban serta mesti memberikan ruang dan peluang kepada diplomasi,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu rakaman video berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 pada 4 Oktober 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

Terdahulu, Hamas dilaporkan menerima sebahagian daripada 20 perkara yang terkandung dalam pelan damai yang dikemukakan Presiden Trump.

Pelan itu antara lain turut merangkumi pembebasan semua tawanan Israel dalam tempoh 72 jam selepas kelulusan pelan, sebagai pertukaran kepada pembebasan ratusan tahanan Palestin dari penjara Israel.

Selain itu, pelan berkenaan menetapkan penghentian permusuhan, pelucutan senjata semua kumpulan bersenjata di Gaza serta pengunduran berperingkat Israel dari wilayah terbabit, yang kemudiannya akan ditadbir pihak berkuasa teknokrat.



PRN17: ‘Ada Yang Tak Kena Dengan GRS’ – Ahmad Maslan

 


Ahli parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan bersama pemimpin masyarakat dan penduduk kampung bersarapan pagi di Warung Kembar Parit Panjang, Benut, Pontian pada 5 Oktober 2025. Foto Facebook Info Geng Pontian

PONTIAN, 5 Okt – Kemelut yang melanda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kebelakangan ini memberikan kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 (PRN17) tidak lama lagi.

Ketua Seketeriat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar dari GRS menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan gabungan tersebut.

“Situasi terkini ini memberi kelebihan kepada BN yang disifatkan telah bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi PRN17 Sabah sejak tahun lepas lagi,” katanya selepas merasmikan pertandingan catur antara negeri di Dewan Muafakat Johor di Taman Saujana, di sini, pagi ini.

Ahli parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan bersama pemimpin masyarakat dan penduduk kampung bersarapan pagi di Warung Kembar Parit Panjang, Benut, Pontian pada 5 Oktober 2025. Foto Facebook Info Geng Pontian

Media sebelum ini melaporkan STAR dan SAPP memutuskan untuk keluar daripada GRS dan akan bertanding secara solo pada PRN17 Sabah pada tahun ini.

Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menambah, dengan suhu semakin panas bagi menghadapi PRN17 Sabah, beliau berharap jentera pilihan raya BN telah bersiap sedia mulai sekarang.

“Kami menjangka Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, pihaknya diberikan mandat bagi menjadi bapa angkat kepada dua kawasan Parlimen bagi menghadapi PRN17 Sabah.

Katanya, Parlimen tersebut ialah Kota Belud dan Tuaran dengan tumpuan terarah kepada tiga kawasan DUN iaitu DUN Usukan dan Tempasuk (Kota Belud) dan Pantai Dalit (Tuaran) di mana sebelum ini Pantai Dalit dan Tempasuk dimenangi oleh BN pada pilihan raya negeri yang lalu.


KAH KAH MUSIBAT LAHANAT... KENAPA LA JADI MANUSIA..


 

KISAH VALENTINO ROSSI


 

TAK HABIS TUNGGANG.


 Hadi Cukup Jommlah


Ini baru dikatakan penunggang.. sambil berdemo kandar sekali tong dram..


#PASesat




ORANG MELUAT LAH....

 

MSO


Pembangkang semalam mengadakan tunjuk perasaan di Sogo membantah penahanan anggota misi penghantaran bantuan ke Gaza (GFS) dan pembentangan RUU PSB. Jumlah kehadirannya tidak begitu ramai, bahkan orang ramai tidak pun diketahui demonstrasi itu diadakan. RON95 dan SARA menutup pengetahuan mereka. 


Semua pemimpin pembangkang hadir termasuk bakal perdana menteri mereka yang tidak berani diumumkan, Mejah Zainuddin. Mahiaddin tidak pula kelihatan. Lebai doa qunut juga nampak ada, berdoa agar Trump tidak jadi hadir. Mahiaddin dan gengnya sudah terpinggir dari koridor kuasa Bersatu sekaligus menunjukkan retak sudah terbelah.


RUU PSB sudah dibaca kali pertama di parlimen dan bacaan kali kedua dalam mesyuarat akan datang. Harap Ngor Kor Meng teruskan hasrat pembentangan RUU berkenaan, usah takut kepada pembangkang.


Kalaupun RUU itu dihentikan, mereka tetap akan menentang kerajaan. Mereka tetap akan cari isu baru untuk tentang kerajaan. Yang penting buatlah kebaikan untuk negara tanpa mengambil kira pandangan pembangkang yang tidak waras.


Mejah pula dalam ucapan dilaporkan minta Anwar Ibrahim lepas jawatan. Tidak sesenang itu Mejah wei... 30 tahun Anwar berusaha untuk memegang jawatan itu. Kalau anda mahu, berjuanglah secara gentlemen bukannya merayu dengan gunakan alasan spele. Trims.



YANG WALAUN OUJA TAK MAHU MASUK CAMPOR.,..KIOK

 


Menteri dari DAP yang lebai dan walaun 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 ni selamba je laung 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗹𝗼𝘁𝗶𝗹𝗮.




Sementara yang walau puja sebagai 𝗧𝗼𝗸 𝗚𝘂𝗿𝘂 cuma berani kata Malaysia 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗰𝘂𝗮𝗹𝗶 dalam krisis di Timur Tengah.


Itu bezanya antara seorang yang berusaha dan yang cuma nak jadi 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗹𝗶𝗽𝘂𝗿𝗹𝗮𝗿𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PENANGAN 1MDB

 Nazri Hamdan


Pengasas bersama PetroSaudi, Tarek Obaid, tak boleh usik atau jual saham dia dalam syarikat teknologi Amerika, Palantir Technologies, yang bernilai jutaan dolar. 





Puncanya saham tu dikatakan dibeli guna duit yang diseleweng daripada dana 1MDB, masa fasa “Good Star” tahun 2009. 


Jadi, kerajaan Malaysia guna Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram untuk “bekukan” aset luar negara yang ada kaitan dengan duit haram ni.


Kalau ikut laporan, cuma USD300 juta je yang masuk ke projek “joint venture” antara 1MDB dan PetroSaudi, manakala USD700 juta lagi diseleweng ke akaun Good Star Ltd, syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low. 


Akibatnya, 1MDB rugi sekitar USD1.83 bilion. Tarek Obaid dan rakan dia Patrick Mahony pun dah disabit kesalahan di mahkamah Switzerland atas tuduhan penipuan dan pengubahan wang haram.




BERAT


 

NOHH.. DOK BEREBUT PUN NAK HIMPUN


 

HARU SUNGGUH PUAK WALAUN BEBAL NI


 Syihabuddin Ahmad



Bangga Dengan PM Sendiri Pun Salah? 😅






Berkongsi tentang PMX dan kerjanya yang cemerlang nampaknya buat sebahagian orang tak senang duduk. 😅 Macam-macam lah hangpa ni! 


PMX tu Perdana Menteri Malaysia. Apabila dia buat perkara yang bagus, kita pujilah. Dia perdana Menteri kita. Kita pasti bangga. 


Pelik juga - ada orang tak bangga dengan kerja cemerlang daripada Perdana Menteri negara sendiri. 


Saya pun, bukan undi PMX dalam PRU. 

Tapi dia dah jadi PM kita semua.

Tak kira yang mengundi atau tak undi.

Tak kira warna dan parti.  


Kalau dia buat salah — bukan kita suka nak canang pun. 

Yalah, malulah kita kalau sebut keburukan tentang Perdana Menteri kita sendiri. 


Alah, jangan risau sangat. 

Kalau nanti Hamzah Zainudin jadi PM sekalipun, saya akan layan sama.

Saya akan taat dan mendahulukan pandangannya. 


Pada saya - semua pemimpin patut dihormati. 

Apatah lagi pemimpin-pemimpin utama negara. 


Letaklah politik dalam poket sekejap.

Apa yang baik, kita sokong.

Yang tak baik, kita tegur dengan adab.


----


Kita - tak adalah bodoh sangat. 

Takkan menteri minum arak dalam majlis pun nak sokong? =) Tiber..




LAMA LAMA ORANG TAU LA AKAI KAT LUTUT



Nik Mardhiah


 Mak Cik ni kalau baca berita setakat tajuk, memang nampak bijak kat mata walaun dan penyokong dia. Tapi kalau baca betul-betul.... kosong. Pumpang pumpang aje lebih.





Anwar sendiri call Erdogan, minta Turki tolong keluarkan 23 aktivis Malaysia. Turki setuju hantar pesawat khas, dan hari ni (4 Okt), semua aktivis dah selamat sampai di Istanbul.

https://www.trtworld.com/article/2ae60485df23

https://thesun.my/malaysia-news/turkiye-help-sought-to-secure-release-of-m-sian-activists-AG15024589


Dia juga berhubung dengan PM Qatar, Presiden Mesir dan Setiausaha Negara AS untuk tekan Israel lepaskan semua tahanan.


https://theedgemalaysia.com/node/772523

https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/10/03/msia-to-mobilise-global-leaders


Turkiye bantu, betul. Tapi jangan buat-buat lupa, bantuan tu hasil permintaan rasmi Malaysia sendiri.

Kalau Malaysia tak gerakkan diplomasi, Turkiye pun takkan campur tangan untuk rakyat kita. Takkan nak tunggu Midin atau Haji Hadi yang minta bantuan Turki?

https://thesun.my/malaysia-news/diplomatic-approach-best-for-detained-sumud-flotilla-malaysians-MF15015845


Sebab Malaysia tak ada kedutaan di Israel, kena la koordinasi guna kawan-kawan macam Turki, Qatar, Mesir.

https://www.aljazeera.com/news/2025/10/2/how-the-world-is-responding-to-israels-interception-of-the-gaza-flotilla


Itulah masalahnya, bila Anwar update apa yang dia dah buat dari awal sampai sekarang, mereka tak nak follow. Silap-silap, siap lekehkan lagi.


Tapi biasalah, cytro PN ni kalau bukan nak spin, memang tak lena tidur. Bila kerajaan buat kerja senyap, dia kata penakut.

Bila kerajaan buat kerja terang, dia kata nak cari nama.


Seriuslah, sampai hari ni tak tahu apa jasa sebenar puak-puak ni  pada bangsa, negara apatah lagi Islam.



LAMBAT SIANG NAK JADI ORANG


 

PENAUNG SUMUD NUSANTARA


 

ZAMAN 80AN...KOMTAR..


 

PERKARA INI HARUS DIHENTIKAN.



Zainuddin Omar



 PMX wajib memberi kata dua pada Tourism Malaysia di mana arak disediakan untuk tetamu di majlis rasmi Kerajaan yang dihadiri ramai Muslim. 


Perlu rombak kabinet dan buang menteri yang bermasalah.








𝗦𝗲𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝗱𝗶 𝗞𝗼𝗽𝗶𝘁𝗶𝗮𝗺 & 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗶 𝗧𝗼𝗺 𝗬𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗶 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗶.


Leon Wen


 𝘽𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙏𝙚𝙧𝙠𝙞𝙣𝙞.


𝗦𝗲𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝗱𝗶 𝗞𝗼𝗽𝗶𝘁𝗶𝗮𝗺 & 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗶 𝗧𝗼𝗺 𝗬𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗶 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗶.


Weyyy geng, aku telah terima seruan untuk bersiap sedia menjelang PRU16.

Medan perang kali ini bukan sekadar dewan besar atau pentas gah, tapi bermula di kopitiam dan gerai tom yam, sama seperti tahun yang lepas-lepas.

Di situlah pencerahan kelompok mesti diadakan – tempat orang sembang, berdebat, dan menilai kebenaran tanpa skrip.


Aku masih teringat, bagaimana dulu panggilan jugak datang dari walaun dan walauntit.

Mereka ajak bertemu, berhujah, bertekak lidah – kononnya nak tarik aku masuk parti mereka.

Katanya, hujahku tajam, kupasanku bernas, sesuai untuk pancing graduan U dan golongan terpelajar.





Namun selepas beberapa kali berlaga akal,

yang berlaku bukan aku yang terseret ke kegelapan bulan,

tetapi mereka yang keluar dari kepompong tipuan.

𝘼𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙧 – 𝙃𝙖𝙧𝘼𝙥𝙖𝙣 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙢𝙖𝙥𝙖𝙣, 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖, 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙫𝙞𝙨𝙞.


𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗮𝗸𝘂:

👉 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙪𝙟𝙖𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙣𝙩𝙞𝙩 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝,

kerana walau tersilap arah, mereka masih ada fikiran bernas. Semuanya graduan U, ada yang Masters, senang berhujah, bertukar pendapat tetapi ramai yang berkitar Auta tanpa sedar dan senang aku patahkan Auta bila bentangkan Fakta.





👉 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙪𝙟𝙖𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙣… itu lain cerita.

Mereka ibarat mata langau – nampak hanya bangkai fitnah, tak pernah cari bunga ilmu. Hujah pun caca marba, berpusing entah ke mana. Kekadang mereka hanya ulang yang Fitnah dan Auta yang satu.

Atau macam kuda lumba yang dipasang penghadang mata – hanya nampak satu hala, tak mampu menoleh kiri kanan, seolah-olah parti lain itu haram untuk dipandang.





𝘿𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙣𝙞, 𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞 𝙟𝙚𝙡𝙖𝙨 𝙩𝙚𝙧𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧.

Walauntit-walauntit yang pernah cuba memujuk, akhirnya mereka sendiri yang 𝙙𝙚𝙘𝙡𝙖𝙧𝙚 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙗𝙪𝙡𝙖𝙣,

𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙃𝙖𝙧𝘼𝙥𝙖𝙣 yang lebih rasional, lebih terbuka, dan berwawasan.

𝙄𝙩𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙠𝙪𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙘𝙚𝙧𝙖𝙝𝙖𝙣 – 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙠𝙨𝙖𝙖𝙣, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙙𝙖𝙧𝙖𝙣.


⚡️ 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘆𝗮, 𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗷𝗶 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮, 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗲𝗹𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝘁𝗲𝗽𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗮.


====>>>

✒️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: 𝘓𝘦𝘰𝘯 𝘞𝘦𝘯 | 𝘞𝘪𝘴𝘥𝘰𝘮 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴...

𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘯 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘬𝘶𝘥𝘢 𝘭𝘶𝘮𝘣𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘵𝘢 – 𝘭𝘢𝘫𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘳𝘪, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘭𝘢. 𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘯𝘵𝘪𝘵 𝘱𝘶𝘭𝘢 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘬𝘶𝘱𝘶-𝘬𝘶𝘱𝘶; 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘰𝘮𝘱𝘰𝘯𝘨 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯, 𝘣𝘢𝘳𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘪𝘯𝘥𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘏𝘢𝘳𝘈𝘱𝘢𝘯. 𝘗𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘩𝘦𝘳𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯. 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢, 𝘥𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳.



𝙉𝙤𝙩𝙖: 

Jangan ada yang kutuk aku kata panggilan Ex-walauntit itu menghina.

Kerana merekalah sendiri yang minta aku kekalkan panggilan itu –

sebagai bukti bahawa dulu mereka buta dan songsang,

tetapi kini sudah cerdikan melihat,

dan 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙟𝙚𝙡𝙖𝙨 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙟𝙪 𝙃𝙖𝙧𝘼𝙥𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙬𝙖𝙬𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖 𝙠𝙚𝙮𝙖𝙠𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣.



H4m45 Akhirnya Jawab 21 Tuntutan Trump3t!!







H4M45 setuju untuk bebaskan semua tebusan, tapi tuntutan lain masih dirunding.

Antaranya yg paling berat: pelucutan senjata.

Kalau tu diterima, habis.. game over, jadi macam F4t4h, hilang taring.

Tapi dalam keadaan sekarang, langkah ni sebenarnya paling rasional.


Kita boleh sembang pasal “berjuang sampai titisan darah terakhir” 

tapi yang tumpah darah tu rakyat Gaza sendiri.

Amerika & Israel pun dah bagi "warning"!!

kalau nak, diorang boleh “habiskan kerja” bila² masa.🤬


Jadi keputusan H4M45 ni dibuat atas dasar hifz al-nafs, lindung nyawa dulu.

Ramai bandingkan perjanjian ni dengan Hudaibiya,

tapi realitinya G sekarang bukan “rising power”.

Keadaan dia lebih mirip Granada 149,

masa umat Islam Andalusia menyerah sebab dah tak ada pilihan.

Dan kita tahu macam mana kesudahannya…🤷‍♂️


Bezanya, H4M45 bukan menyerah, tapi bertahan ikut kemampuan.

Sama ada ni akan jadi Hudaibiya (ruang untuk bangkit semula)

atau Granada (janji dimungkiri dan hilang segalanya)🙅‍♂️


masa saja yg akan tentukan.

Yg pasti, setiap langkah H4M45 sekarang berpusing atas satu perkara:


SURVIVAL RAKYAT G!!


- Pakde Eismat De De




IYA BUKAN WADAH PERJUANGAN

 


ALHAMDULILLAH- PM ANWAR

 


Alhamdulillah, semua wira dan wirawati Malaysia dalam Global Sumud Flotilla telah bebas dan akan tiba di bumi Istanbul malam ini waktu Malaysia, insyaAllah. 






Syukur ke hadrat Allah SWT, berkat doa rakyat Malaysia dan usaha berterusan semua pihak yang menggalang seluruh kekuatan akhirnya membuahkan hasil.


Terima kasih kepada sahabat karib saya Presiden Erdogan dan rakan pimpinan negara-negara sahabat lain yang membantu memudahkan urusan pembebasan setiap aktivis dan sukarelawan anak Malaysia ini.


#MalaysiaMADANI 

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja