Sementara itu, bekas Ketua Koordinasi PKR, Iswardy Morni pula menyarankan debat secara terbuka antara kedua-dua pemimpin itu sebagai tanda kematangan budaya politik dalam negara.
Menurut beliau, perdebatan terbuka bukan sesuatu yang asing dan sudah lama diamalkan di negara jiran seperti Indonesia."Politik Indonesia sudah lama membudayakan debat. Ia tidak akan memberi ruang kepada musuh untuk memecah-belahkan jika kedua-dua pendebat tahu kaedah dan memahami apa yang wajar dibawa ke meja perdebatan,” katanya.
Iswardy berkata, debat juga dapat membuka ruang kepada rakyat dan anggota parti mendapatkan penjelasan terus daripada kedua-dua calon tanpa bersandar kepada kenyataan sepihak.
Orang politik sepatutnya cepat menangkap strategi musuh...hai takkan tak faham2 lagi? Takkan lah perkara sekecil ini pun nak diajar satu persatu....lebih baik jadi macam aku yang bukan "orang politik"....!!
Ingat yang bercakap "Panglima Perang" belah sana....tentu dia dah buat kajian, takkan lah cari nahas nakkan RR menang, yang akan hentam PN/Pas balik....dia dah tau siapa yang gagah siapa yg lemah....?? Dia dah buat pilihan yang tepat, sokong NIA bermakna menambah "hayat" PN !
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
MOSCOW, 15 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang merupakan sebahagian daripada mesyuarat peringkat tinggi Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.
Bercakap pada sidang media bersama Putin di Moscow hari ini, Anwar menekankan kepentingan lawatan seumpama itu, menyatakan bahawa ia akan menjadi satu penghormatan buat Malaysia dan akan menunjukkan kepentingan hubungan dua hala serta diplomasi serantau.
“Bagi pihak kerajaan, rakyat pastinya akan berharap dan berpandangan ia sesuatu yang besar dan hebat, jika Presiden Putin berada di Malaysia tidak lama lagi atau selewat-lewatnya pada Sidang Kemuncak Asia Timur yang diadakan semasa (Sidang Kemuncak) ASEAN.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Tetapi saya boleh jamin bahawa kehadiran anda di Malaysia akan menjadi suatu pencapaian bukan sahaja dalam hubungan dengan Malaysia malah rantau kerana saya percaya banyak orang di kawasan itu mempunyai hormat dan jangkaan yang tinggi terhadap kepimpinan anda,” katanya.
Sidang media itu disaksikan secara langsung menerusi laman Facebook Anwar.
Sementara itu, Anwar menekankan komitmen kuat Malaysia terhadap multilateralisme dan menyatakan sokongan berterusan kepada orde antarabangsa berasaskan peraturan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Kami berbincang beberapa isu antarabangsa. Kami berpegang teguh pada kerjasama multilateral ini, kerjasama multilateral berasaskan peraturan dan justeru itu kami perlu teruskan berdasarkan prinsip tersebut.
“Bagaimanapun, kami tidak terima tindakan unilateral oleh mana-mana negara kerana ia mengganggu kerjasama ini dan keamanan serta keselamatan rantau kami dan dunia,” katanya.
Anwar turut menyifatkan mesyuarat bersama Putin sebagai mesra dan konstruktif, dengan saling menghormati dan memahami.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Jadi, sekali lagi, Presiden Putin, saya ingin memberi jaminan bahawa Malaysia bukan sahaja mempunyai jangkaan tetapi juga berharap hubungan istimewa dengan Persekutuan Rusia ini akan diperkukuh menerusi kerjasama dan program yang bermakna,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, perbincangannya bersama Putin merangkumi pelbagai isu dari pendidikan kepada pertanian, keselamatan makanan kepada komoditi pertanian, teknologi, keselamatan siber, tenaga dan pertahanan sekali gus menunjukkan komitmen yang jelas untuk meningkatkan hubungan dua hala.
“Terdapat beberapa isu tertunggak disebabkan oleh ketetapan geopolitik, tetapi kami mengambil pendirian berkecuali di Malaysia dan ASEAN untuk memutuskan sendiri apa yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Pejabat Perdana Menteri
Anwar turut mengucapkan terima kasih atas layanan mesra negara besar itu, yang disifatkannya sebagai kaya dengan sejarah, tamadun, budaya dan seni, serta warisan perjuangan yang berterusan oleh rakyat yang percaya pada maruah dan kemerdekaan.
“Saya telah katakan ini kepada Presiden Putin, bahawa kekaguman saya menjangkau hubungan diplomatik, tetapi kerana pemahaman saya tentang sejarah dan budaya serta sumbangan besar dalam bidang sastera dan seni dan balet, yang kebetulan saya terlepas kerana jadual yang padat,” katanya.
Terdahulu, selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin, Anwar berkata Malaysia dan Rusia komited untuk meneruskan usaha memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka bidang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik serta kerjasama budaya dan sains.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Kremlin.ru
Anwar tiba di Moscow pada Selasa untuk lawatan rasmi empat hari sebelum meneruskan segmen kedua lawatannya ke Kazan, Tatarstan, pada 15 Mei.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi penuh istiadat ketenteraan sebaik tiba di Dataran Kremlin, Moscow sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin pada 14 Mei 2025. Foto Bernama
MOSCOW, 15 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menerima ijazah doktor kehormat daripada Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangannya di pentas global.
Pada hari ketiga lawatan rasmi Perdana Menteri ke Russia, beliau turut dijadualkan memberikan syarahan umum di MGIMO iaitu sebuah akademi diplomatik terulung di negara tersebut.
Beliau akan menyampaikan syarahan bertajuk “Bridging Worlds in a Fractured Age” di hadapan profesor dan para mahasiswa di universiti tersohor di Eropah Timur.
Sebaik selesai memberikan syarahan umum dan menerima ijazah doktor kehormat di MGIMO, beliau akan meneruskan lawatannya ke Kazan, Republik Tatarstan bagi mengadakan pertemuan dengan Rais Tatarstan (Ketua), Rustam Minnikhanov.
Di Tatarstan, Anwar dijangka menghadiri mesyuarat peringkat tinggi dan diplomasi ekonomi dalam sektor halal.
Perbincangan dijangka tertumpu kepada kerjasama dalam pensijilan halal, agroteknologi, kewangan Islam dan pendidikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar Russia Sheikh Ravil dan menyerahkan senaskhah al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa Russia, selari dengan aspirasi MADANI untuk mewakafkan sejuta al-Quran ke seluruh dunia bagi memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam serta menangkis gelombang Islamofobia. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar juga dijadual mengunjungi kompleks Kazan Kremlin, Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), sebelum melawat dua pameran utama di Expo Kazan iaitu pameran teknologi dan Ekspo Halal Russia 2025.
Ini sekali gus memberi peluang kepada Anwar untuk terus menonjolkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam progresif dan berdaya saing ditambah lagi negara kini menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
MGIMO melahirkan ramai bakat pemimpin di Russia serta benua Eropah Timur sejak ditubuhkan sekitar 1940-an.
Perdana Menteri diiringi lima menteri kanan termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Lawatannya selama sehari itu dijangka diakhiri dengan majlis resepsi sempena Forum Kazan 2025. Perdana Menteri dijadual memberikan ucap tamanya ketika sesi pleno pada hari berikutnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Russia, yang akan berakhir esok.
Presiden Russia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan selepas kenyataan media bersama susulan pertemuan mereka di Kremlin, Moscow, Russia pada 14 Mei 2025. Foto AFP
MOSCOW, 15 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan isu mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 ketika pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin hari ini.
Anwar berkata perkara itu dibangkitkan semasa rundingan dua hala beliau dengan Presiden Russia itu di Kremlin di sini sebagai mewakili keluarga mangsa yang terjejas akibat tragedi itu.
“Tentunya saya sebagai mewakili rakyat Malaysia, terutama keluarga mangsa, mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu tersebut kepada Presiden Vladimir Putin semasa mengadakan rundingan dua hala,” katanya kepada media Malaysia yang mengikuti lawatan rasmi beliau ke Russia di sini.
Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung penemuan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014.
Menurut laporan ICAO, pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh oleh peluru berpandu Russia semasa terbang melintasi timur Ukraine, ketika berlakunya pertempuran antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.
Perdana Menteri berkata Putin mendengar dengan meneliti perkara yang dibangkitkan sebelum menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Pejabat Perdana Menteri
Anwar berkata Presiden Russia itu menegaskan bahawa beliau telah menuntut supaya siasatan rapi dan menyeluruh dijalankan selain isu tersebut tidak dipolitikkan.
Russia akan bekerjasama dengan badan bebas
Putin berkata sejak awal lagi Moscow memohon supaya siasatan berhubung perkara itu harus bebas dan teliti selain menegaskan bahawa Russia sedia memberikan kerjasama untuk memastikan laporan itu lebih berwibawa.
Anwar berkata beliau akan menjelaskan kepada keluarga mangsa berhubung maklum balas yang diberikan oleh Putin.
“Cuma yang saya dapat pastikan ialah beliau kata tidak benar kalau beliau tidak sedia untuk memberikan kerjasama tetapi beliau tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana badan yang beliau atau Russia anggap sebagai tidak bebas,” katanya.
ICAO putuskan Russia bertanggungjawab insiden MH17
Pada Isnin, ICAO, sebuah majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memutuskan bahawa Russia bertanggungjawab dalam insiden yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu.
Menurut laporan itu, ICAO akan mempertimbang bentuk pampasan yang sesuai dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Pada November 2022, Mahkamah Belanda mensabitkan dua lelaki warga Russia dan seorang lelaki warga Ukraine secara ‘in absentia’ dengan kesalahan membunuh kerana peranan mereka dalam serangan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Kremlin.ru
Anwar tiba di Moscow untuk lawatan rasmi empat hari bermula 13 Mei dan beliau akan meneruskan segmen kedua lawatan dengan berkunjung ke Kazan, Tatarstan pada 15 Mei.
Lawatan itu adalah atas undangan Putin.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat tertutup sebelum Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menghadiri majlis makan tengah hari dan mengadakan mesyuarat bersama delegasi kedua-dua negara.
Sidang media diplomatik Malaysia-Russia bertukar lucu apabila Presiden Russia, Vladimir Putin berkongsi anekdot mengenai tindak balas gurauan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungannya ke Kremlin.
Sidang media Anwar dan Putin bertukar ceria di Kremlin pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
MOSCOW, 15 Mei – Sidang media diplomatik Malaysia-Russia bertukar lucu apabila Presiden Russia, Vladimir Putin berkongsi anekdot mengenai tindak balas gurauan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungannya ke Kremlin.
Ketika menunjukkan kepada Anwar Dewan St Andrew yang luas, Putin kemudian menunjukkan tiga takhta, yang dimaksudkan untuk Tsar, Tsarina serta kerusi ketiga yang tidak dilabel.
Beliau bertanya kepada Anwar untuk siapa takhta yang ketiga itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Tanpa bertangguh, Anwar terus menjawab: “Untuk isteri kedua.”
Kenyataan itu mengundang gelak tawa dari dewan yang penuh dengan menteri dari Malaysia, pegawai kanan Russia serta pengamal media antarabangsa.
Putin kemudian secara berseloroh menjawab: “Itulah jawapan seorang Muslim sejati, mewakili budaya Islam.”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar kemudian menjelaskan sambil tersenyum: “Saya hanya ada seorang isteri, Presiden. Tetapi saya rasa itu helah, cubaan menguji. Saya kata takhta kanan untuk isteri, kiri untuk isteri kedua. Tetapi kemudian saya sedar ia sebenarnya untuk ibu.”
Putin sambil ketawa mengesahkan: “Ya, takhta ketiga adalah untuk ibunya. Pertukaran maklumat selalu berguna.”
Detik santai itu menutup hari yang padat dengan perbincangan dan pembabitan rasmi peringkat tertinggi, selain gambaran kemesraan antara kedua-dua pemimpin itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Ia berlaku pada penghujung sidang akhbar bersama mereka, yang mengakhiri lawatan diplomatik Anwar ke Istana Kremlin.
Pemimpin muda UMNO, Wan Mahussin Wan Zain membuat permohonan maaf secara
terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud
Permohonan maaf itu kerana beliau tidak akan memenuhi tiga tuntutan
dalam surat tuntutan yang diserahkan kepadanya.
“Oleh kerana banyak pihak memberikan cadangan dan nasihat kepada saya,
dengan ini secara sukarela dan waras saya meminta maaf kepada singa perang
kerana saya tidak boleh menurut dan mengikut segala tuntutannya kerana pihak
saya akan terus berjuang sehingga ke muka pengadilan.
“Kita jumpa di mahkamah,” katanya dalam satu perkongsian video di
TikTok.
Wan Mahussin sebelum ini didakwa memfitnah Menteri Besar Kelantan.
Dalam surat tuntutan, beliau diminta membuat permohonan maaf, tidak
mengulangi kenyataannya lagi dan membayar sejumlah wang tuntutan sebagai ganti
rugi.
Awalnya, tawar menawar berlaku antara pemaju dan pemilik hartanah
sahaja. Kerajaan memantau. 328 (89%) pemilik setuju tawaran pemaju, hanya 37
(11%) pemilik lot teres tak setuju.
Rafidah Ibrahim yang buat bising tu wakili 11% pemilik yang tak setuju
ni lah.
Datang kerajaan PN tebuk atap tahun 2021, buat kerja gila.
Ambil tanah penduduk guna Akta Pengambilan Tanah dengan pampasan
RM400/sqft untuk tempoh pajakan (leasehold) yang berbaki.
Walhal akta tu lazimnya digunakan untuk tujuan awam (bina sekolah, jalan,
hospital dll).
Nilai tu mungkin lebih rendah dari tawaran pemaju sebelumnya. RM400/sqft tu pun
pemaju juga yang tampung agaknya.
Jadi hal tu dah dimuktamadkan jauh sebelum zaman Madani lagi.
Kebiasaannya, kalau penduduk tak setuju dengan nilai pampasan pengambilan tanah
oleh kerajaan, boleh bawa ke mahkamah.
Hj Khalid Samad (walaupun difitnah oleh si Rafidah tu), sebenarnya kini
masih cuba bantu penduduk suarakan agar ditambah sedikit jumlah pampasan. Tapi
hal tu dah dimuktamadkan kerajaan sebelum ni.
Sebab zaman Hj Khalid jadi Menteri Wilayah, dia bantu dapatkan pampasan
RM800/sqft dan tambahan RM200/sqft dalam bentuk saham untuk Kg Bharu (Sebelah
Kg Sg Baharu) yang pembangkang waktu tu kata ‘terlalu murah’.
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara yang
dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB
Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali.
Keputusan itu sekaligus mengetepikan rayuan CEO GISBH itu dan isterinya,
Azura Md Yusof untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi kerana mendakwa dia
ditahan secara salah (habeas corpus) oleh pihak berkuasa.
Keputusan sebulat suara dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua
Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas mendapati permohonan kedua-dua
pemohon itu tidak mempunyai merit.
“Tiada merit dalam rayuan ini, rayuan ditolak, keputusan Mahkamah Tinggi
dikekalkan,” katanya memetik Harian Metro.
Dengan keputusan itu, Nasiruddin kekal ditahan di Penjara Sungai Buloh
manakala Azura pula memperoleh ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam
sebelum ini.
Pasangan suami isteri itu sebelum ini memfailkan permohonan penahanan
salah dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pendakwa Raya,
Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur serta Kerajaan
Malaysia sebagai responden.
Untuk rekod, seramai lapan tertuduh wanita termasuk Azura yang didakwa
atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah dibenarkan diikat jamin oleh
Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Bagaimanapun, Nasiruddin serta 12 lagi pemohon dalam pertuduhan sama
tidak dibenarkan diikat jamin.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu yang akan diperkenalkan
kerajaan bagi menggantikan skim pencen dijangka mengekalkan sistem pembayaran
sedia ada.
Menerusi sistem tersebut, penjawat awam dibayar secara bulanan
berbanding dibenarkan membuat pengeluaran sekali gus apabila menepati had umur
persaraan ditetapkan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul
Aziz, berkata cadangan itu disifatkan lebih proaktif memandangkan terdapat
banyak kes pesara kerajaan kerugian wang persaraan akibat menjadi mangsa
‘scam’, selain membolehkan simpanan hari tua diuruskan dengan lebih efisien.
Beliau berkata, cadangan itu turut dipersetujui Kementerian Kewangan
(MoF) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terbabit dalam Kajian
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) yang dikelolakan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA).
“Kita sedang drafkan supaya penjawat awam bagi lantikan tetap bercarum nanti
akan terima bayaran bulanan sebagaimana pesara sekarang.
“Itu sudah boleh kita lakukan kerana ada persetujuan MoF dan KWSP.
“Kita sudah maklumkan perkara ini
kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), jika dapat selonggok
(sebagaimana sekarang) ada pesara yang jadi mangsa scam hingga baru dua hari
keluarkan duit, semuanya habis.
“Jadi, kita drafkan supaya mereka terima (bayaran) secara bulanan,
katalah setahun keperluan mereka RM25,000, selebihnya simpanan itu akan
dilaburkan semula dalam KWSP.
“Ini (lebih menguntungkan) kerana akan terima pula dividen setiap akhir
tahun,” katanya, dipetik BH.