TIDAK PERLU PRN MELAKA, LANTIK SAJA KERAJAAN BARU


KERAJAAN UMUM PELABURAN RM107 BILION, DATANG DARI MANA?


AKAUN LUAR PERSISIR WAKTU BEKERJA DI FILIPINA – WILLIAM


Rasisme bunuh keharmonian, kesatuan rakyat – Young Syefura

 


Rasisme membunuh keharmonian dan kesatuan rakyat di dalam negara justeru, tiada toleransi kepada rasisme.

Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Sambil mengecam dan mengutuk keras komen berunsur rasis yang dilemparkan kepada pemain badminton negara, S. Kisona sebelum ini, Young Syefura berharap, tiada lagi komen rasisme kepada sesiapa pun di dalam negara ini.

“Sebagai rakyat yang hidup di dalam sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum, seharusnya kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Perbezaan yang ada bukanlah satu senjata untuk membunuh keharmonian, namun ia adalah satu kekuatan dan kekayaan untuk membentuk sebuah negara yang kaya dengan adat dan tradisi berbilang kaum,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pemilik akaun Facebook dikatakan memuat naik status bergambar dengan kata-kata berunsur perkauman terhadap Kisona.

Young Syefura menambah, seharusnya Kisona diangkat sebagai wirawati negara yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia dengan keupayaan beliau menjadi wakil badminton negara.

ADUN Ketari itu menjelaskan, Kisona telah mengorbankan masa dan tenaga beliau untuk meletakkan Malaysia di mata dunia.

“Kalah dan menang adalah adat sesebuah pertandingan dan juga satu proses pembelajaran untuk menjadikan S. Kisona seorang yang lebih hebat lagi di masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, sokongan kepada atlet negara tidak boleh hanya sewaktu mereka berjaya memenangi sesebuah kejohanan semata-mata.

“Katakan tidak kepada rasisme waima apa sekali pun keadaan. Kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia yang kaya dengan budi bahasa dan tatasusila yang sopan,” katanya. 

TAK PAYAH LAH BUAT PILIHANRAYA DEMI RAKYAT-KALAU DAH TAK ADA MAJORITI..TERIMA LAH HAKIKAT SEBENAR.ORANG DAH TAK MAHU UMNO,PN..

 

Panas !!! Zahid beri bayangan darurat, PRN Melaka mungkin tak diteruskan



Umno

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran kemungkinan pengisytiharan darurat diperlukan bagi menghalang berlakunya pilihan raya negeri di Melaka.

Ia selepas Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas nasihat Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Sulaiman telah mengemukakan permintaan itu dalam usaha untuk menghentikan usaha oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Idris Haron yang menjatuhkan pemerintahannya di negeri itu.

Pembubaran itu berlaku semalam (4 Oktober dan pilihan raya perlu diadakan dalam masa 60 hari.

Zahid berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengadakan pilihan raya.

“Jika pandemik ini menurut pandangan KKM dan MKN amat bahaya untuk diadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari seperti ditetapkan dalam undang-undang pilihan raya, tentulah panduan sebagaimana berlaku di Sarawak mungkin boleh diikuti.

“Keadaan kesihatan dan pandemik ini harus diberikan keutamaan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam Idris bersama tiga lagi Adun mengumumkan bahawa mereka hilang kepercayaan kepada ketua menteri sekali gus menyebabkan kerajaan Melaka hilang majoriti.

Sementara itu Zahid berkata, keputusan sama ada pilihan raya negeri perlu diadakan atau sebaliknya bergantung kepada SPR atas nasihat dan pandangan MKN dan KKM.

“Kelazimannya proses pembubaran DUN telah diikuti dengan tatacara undang-undang tubuh sesebuah negeri terutamanya negeri Melaka. Maka persetujuan daripada Yang di-Pertua Negeri diperolehi, saya adakan perbincangan dengan ketua menteri bersama dengan speaker DUN yang merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Melaka dan pengerusi BN negeri.

“Namun saya mengharapakn agar SPR setelah menerima pengutusan rasmi dari speaker DUN Melaka, akan adakan perbincangan dengan MKN dan juga KKM bagi menentukan perkara sebenar apakah PRN akan didakana mengikut tempoh ditetapkan,” katanya.

Jelasnya lagi, sehingga pilihan raya diumumkan oleh SPR jawatan ketua menteri akan berfungsi dalam bentuk ‘caretaker’.

“Untuk itu saya serahkan kepada ketua menteri untuk tentukan supaya kerajaan negeri dapat berjalan seperti biasa dan terserah kepada beliau daripada 10 orang exco kerajaan negeri berapakah jumlah exco yang diberikan kepercayaan untuk membantu bagi lunaskan perjaalanan dan pentadbiran kerajaan Melaka.

“Pada hemat saya tiga orang exco negeri yang hilang kepercayaan kepada ketua menteri tentunya dapat fikirkan bahawa mereka tidak lagi harus berada bersama dengan ketua menteri untuk melicinkan pentadbiran kerajaan,” kata Zahid.

MELAYU TIPU MELAYU- HASSAN KARIM

 

Sekian lama mereka melaungkan slogan “demi bangsa, demi negara demi Orang Melayu”. Tetapi mereka ini munafik. Mereka mahu elak cukai sebenarnya. Mereka hendak kekayaan berlegar pada keluarga mereka sendiri sahaja. Bukan hendak tolong orang Melayu. Mereka buka akaun syarikat-syarikat mereka, bukan di Tanah Melayu tetapi di British Virgin Islands (BVI).

Mereka tuduh orang lain “tidak patriotik, suversif atau penderhaka”. Tetapi merekalah yang sebenarnya petualang kerana larikan wang dan modal secara haram ke syurga kewangan hitam tanpa cukai dan penuh rahsia di British Virgin Islands. Baru hari ini mulai terdedah oleh Pandora Papers.

Siapa mereka Melayu, yang hipokrit ini? Rupa-rupanya mereka anak-anak bekas perdana menteri dari parti-parti politik Melayu dan Bumiputera yang eksklusif, sama ada Cap Kris, Cap Bunga Raya, Cap Pejuang bangsa.

Kasihan bangsaku Melayu, ditipu hidup-hidup. Aku yang Melayu inipun ditipu sama. Sekian lama aku ingatkan betullah pemimpin-pemimpin Melayu ini memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak kedudukan istimewa Orang Melayu.

Rupa-rupanya mereka ini ibarat “harapkan pegar; tetapi pegar makan padi.” Mereka gunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak istimewa Melayu itu untuk mereka mengaut keuntungan, kontrak, modal dengan pinjaman murah serta segala macam insentif, kuota, permit, lesen dan subsidi serta projek runding terus tanpa tender. Semuanya atas nama hak istimewa Melayu.


Tetapi mereka Melayu dari kumpulan dan keluarga elit berkuasa ini seperti “kacang lupakan kulit”. Mereka bertindak macam lanun melarikan duit dan modal ke luar negara, ke British Virgin Island sana. Mereka tidak melaburkan semula kekayaan mereka di Malaysia tercinta ini. Mereka ini betul-betul macam “si Tenggang” yang derhaka kepada bangsa.

Sehingga bulan Oktober 2021 ini, puak-puak mereka ini, di Parlimen di depan mataku seorang Melayu, tanpa malu-malu, mereka masih bercakap kononnya “demi Melayu! demi Melayu!” Hipokritnya mereka ini. Hari ini, aku Melayu yang tidak boleh lagi ditipu mereka.

Sungguh malang dan sedih mengenangkan negaraku dan bangsaku Melayu. Sehingga Rancangan Malaysia ke-12 ini, kabilah-kabilah perkauman Melayu itu masih bercakap kononnya hendak naikkan peratusan equiti Bangsa Melayu. Konon! Kononnya “demi Keluarga Malaysia”. Konon!

Siapa yang mereka hendak tipu? Orang-orang Melayu sekarang khususnya di kalangan anak-anak muda Melayu yang cerdik dan pandai, tidak termakan tipu pemimpin-pemimpin Melayu yang munafik dan hipokrit ini. Generasi Melayu sekarang sudah sedar. Sudah celik.

Macam mana hendak naikkan peratusan equiti Melayu jika kapitalis-kapitalis kroni Melayu ini yang dapat faedah ekonomi dan kekayaan dari dasar-dasar ekonomi membantu Melayu membawa keluar wang dan modal dari Tanah Melayu ini sebanyak RM1.8 trilion dari tahun 2004 hingga 2014 ke pusat kewangan gelap di luar pesisir pantai seperti British Virgin Islands?

Begitu banyak wang gelap untuk lari cukai di Malaysia di bawa oleh orang-orang kaya yang tidak patriotik seperti yang didedahkan oleh Pandora Papers sehingga Malaysia menduduki tempat kelima terburuk di dunia selepas China, Russia, Mexico dan India.

Begitu banyak wang dan modal negara ini mengalir keluar ke British Virgin Islands dan lain-lain pusat kewangan gelap di luar pesisir pantai sehinggakan Malaysia tidak ada wang dan hampir bangkrap.

Mujurlah Malaysia masih ada Petronas. Untuk menangani Covid-19, memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat, maka Negara terpaksa berhutang dan berhutang dan berhutang lagi sehingga paras hutang Kerajaan mencecah ceiling 65% Keluaran Dalam Negara Kasar.

Hutang kerajaan yang besar itu akan ditanggung oleh anak-anak generasi akan datang. Manakala anak-anak golongan elit negara ini termasuk anak-anak bekas tiga Perdana Menteri, dan sekitar 1500 orang lagi rakyat Malaysia yang ada akaun syarikat di British Virgin Islands boleh hidup senang lenang atas kesengsaraan rakyat negara ini.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

4 Oktober 2021 (Isnin)



Dr. Mujahid Dedah Fakta Diseleweng Ustaz PAS. Pemuda AMANAH Di Saman 1 J...



Dr Mujahid mendedahkan mengapa siasatan terhadap pelaku kesalahan Tabung Haji tidak didakwa ketika pemerintahah PH dan Dr. Mujahid juga menjawab fitnah Ustaz Dusuki tentang penjualan Hotel Tabung Haji yang mengalami kerugian.

PN Melaka kesal terhadap pembubaran DUN



PN Melaka berpendirian bahawa segala fokus diberikan kepada usaha memulihkan negeri Melaka daripada COVID-19.

SIREH KATAK BERSATU PULANG KE GAGANG UMNO




Beliau ketika itu bertegas bahawa Muafakat Nasional termasuk BERSATU, sedangkan umum tahu bahawa UMNO menganggap parti yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin itu sebagai pengkhianat. "Muafakat Nasional bukan sahaja kerjasama antara PAS dengan UMNO...ia termasuk BERSATU. Itu dasar dan prinsip bersama yang kita dah bersetuju sebelum ini tetapi masalahnya pimpinan UMNO yang tak ikut, itu hak merekalah,” katanya.




KAH..KAH..KAH....INI ORANG TAK BOLEH PERCAYA PUNYA- Yang merewang ke tempat lain pasal apa - Anwar


"Saya nak tanya itu yang spesifik, yang merewang ke tempat lain pasal apa. Nak tanya saya, saya boleh buka Kementerian Kewangan," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meminta penjelasan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung kontrak perolehan aset melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


BERPULUH PERTUDUHAN DAH WAK ZAHID- NAIK MANGLI DAH DENGAN SIASAT....BERPULUH TAHUN PULAK NAK DUDUK LAM PENJARA

 


Terkini! Zahid sedia disiasat


Terkini! Zahid sedia disiasat


Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaannya untuk disiasat berhubung isu pemilikan akaun simpanan di British Virgin Island.

Ahmad Zahid berkata, perkara yang dibangkitkan oleh pemilikan akaun adalah ketika beliau berada dalam sektor korporat.

Beliau menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang secara sinis bertanya sama ada Presiden UMNO itu bercadang membawa balik wang yang didakwa disimpan di sebuah bank di British Virgin Island untuk membantu memulihkan ekonomi negara.

Rayer bertanyakan mengenai perkara itu berdasarkan laporan akhbar, Pandora Papers Leaks.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat, sila siasat bahawa apa yang dikatakan oleh Jelutong itu adalah ketika saya berada dalam sektor korporat.

Apabila saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada sebuah syarikat tersenarai, ketika itu syarikat yang saya ketuai mempunyai pelaburan di sebuah negara besar dan mempunyai konsesi daripada negara itu untuk melaksanakan IPP ketika itu.

“Keuntungannya tidak dapat dibawa keluar sebaliknya diminta untuk dilaburkan semula di negara berkenaan.

Tentunya sebagai syarikat yang tersenarai mahu supaya dividen dapat diberikan kepada pemegang saham.

“Kini, syarikat yang telah didaftarkan atas nama syarikat yang tersenarai itu telah tidak ada lagi,” kata Ahmad Zahid ketika di Dewan Rakyat pada Isnin.

Selepas memberi penjelasan berkenaan, Zahid secara sinis ‘membalas’ kepada Rayer.

“Jadi jangan sangka saya jenis macam Jelutong yang mahu melarikan diri daripada cukai,” katanya.

Rayer dilihat kurang berpuas hati dan bertindak mahu sekali lagi mencelah, namun tidak mendapat kebenaran Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid bagaimanapun sempat menempelak Rayer sebelum meneruskan perbahasan.

“Itu kita boleh sembang di kantin nanti. Belum masuk korporat mungkin dia tak tahu, bidang guaman saja dia tahu. Tentang bidang korporat, penstrukturan dan cukai semua boleh belajar daripada saya,” katanya.

DUN Melaka bubar, pilihan raya negeri diadakan

 

Pembubaran itu yang dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Mohd Ali Rustam, dilihat sebagai jalan keluar untuk mengatasi kemelut politik Melaka dan membentuk kerajaan negeri baharu menerusi pilihan raya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan dan pilihan raya negeri akan diadakan selepas Menteri Besar Sulaiman Md Ali hilang sokongan majoriti ADUN negeri itu.

Pembubaran itu diumumkan Yang Dipertua DUN Ab Rauf Yusoh sebentar tadi, sehari selepas empat ADUN Melaka termasuk bekas Ketua Menteri Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Sulaiman.

Pembubaran itu yang dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Mohd Ali Rustam, dilihat sebagai jalan keluar untuk mengatasi kemelut politik berkenaan dan membentuk kerajaan negeri baharu menerusi pilihan raya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

AGAKNYA BERAPA RAMAI AKAN SANGKUT DENGAN KERTAS PANDORA…


Anwar usul Dewan Rakyat bahas pendedahan Kertas Pandora


BOB KELANANG

Agak-agaknya berapa ramai yang akan sangkut dengan pendedahan Pandora Papers nih?? Sampai level mana yang akan kantoi... aderkah boleh sampai ke level Dewa dan Dewata Raya??? aderkah akan berlaku cover-up?? Aderkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan amik cakna pendedahan ini??? Aderkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan amik port?? Aderkah akan ader kertas siasatan melibatkan perkara ini dibuat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM)??
Semua ini menjadi persoalan kita semua warganegara Malaysia
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, hari ini mengusulkan supaya Dewan Rakyat membahaskan pendedahan Kertas Pandora, yang membabitkan fail kewangan sulit.
Katanya, usul telah dibuat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara.
"Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama-nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pendedahan terbaru, Kertas Pandora, yang merupakan pendedahan fail kewangan sulit sebesar 2.94 terabyte kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ). ICIJ kemudian memberi akses kepada rakan-rakannya, termasuk Malaysiakini.

Menurut pendedahan tersebut, dua ahli politik daripada Malaysia didakwa memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat dengan pemilik berasal dari Malaysia.

 

Menurut pendedahan tersebut, dua ahli politik daripada Malaysia didakwa memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat dengan pemilik berasal dari Malaysia.Antara nama yang disebut adalah Jho Low dan kaitannya dengan sebuah firma undang undang Amerika global yang dilaporkan diguna untuk membina jaringan syarikat di Malaysia dan Hong Kong.

Syarikat ini didakwa pihak berkuasa Amerika digunakan untuk menyalurkan wang yang diseleweng daripada 1MDB.
Pendedahan ini dibuat pada Ahad oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), melibatkan 600 wartawan daripada 150 organisasi media di 117 negara.
Antara lain termasuklah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Zainal Abidin, Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pengerusi eksekutif Westports G Gnanalingam.
----
According to Malaysiakini , Top Malaysian politicians, their family members and well-heeled associates are among those owning secretive offshore companies in Singapore and the British Virgin Islands, according to an explosive cache of leaked documents.
They include former prime minister Dr Mahathir Mohamad’s son Mirzan, Federal Territories and Urban Well-being Minister Raja Nong Chik Zainal Abidin and Michael Chia, the alleged ‘bagman’ for Sabah Chief Minister Musa Aman.
The files, which were obtained by Washington-based International Confederation of Investigative Journalists (ICIJ) and examined by Malaysiakini , show more than 1,500 Malaysians owning offshore companies in Singapore – dubbed as the new Switzerland – as well as the British Virgin Islands (BVI), an international tax haven.

Beri peluang PH tadbir Melaka, tak perlu PRN, kata Idris Haron

 

Idris berkata, pilihan raya negeri tidak perlu diadakan memandangkan pilihan raya umum ke-15 akan diadakan dalam tempoh setahun setengah sahaja lagi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu diberi peluang untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Melaka selepas Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali hilang majoriti susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan kepada kepimpinannya semalam.

ADUN Sungai Udang Idris Haron yang juga salah seorang daripada individu yang menarik sokongan itu menegaskan, beliau yakin Melaka akan tetap dimajukan dan tidak akan diundurkan 20 tahun walaupun pemimpin PH dipilih sebagai Ketua Menteri.

“Kalau PH bentuk kerajaan, takkanlah kita hendak jadikan Melaka mundur, sudah tentulah kita majukan negeri kita ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Bekas Ketua Menteri itu berkata, pilihan raya negeri (PRN) tidak perlu diadakan memandangkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh setahun setengah sahaja lagi.

Katanya, beliau secara peribadi menolak cadangan Umno yang mahu PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik negeri yang berlaku.

“Jika PRN ingin diadakan, ia membabitkan banyak perkara yang harus kita pertimbangkan kerana kita masih dalam pandemik Covid-19 dan ia menyebabkan risiko lebih tinggi. Ia juga membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi.

“Selain itu, PRU15 sudah dekat, lebih kurang setahun setengah sahaja lagi dan kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini berulang di tempat kita yang menyaksikan jumlah pesakit Covid-19 naik mendadak,” katanya.

Beliau bagaimanapun menyerahkan isu itu kepada kebijaksanaan Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam untuk menentukan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dibubarkan atau memilih Ketua Menteri yang baharu dalam kalangan pemimpin PH.

Idris juga enggan mengulas mengenai parti mana yang akan disertainya bersama tiga lagi ADUN yang terbabit dalam langkah menarik sokongan semalam.

Semalam, selain Idris, turut mengumumkan menarik sokongan terhadap Sulaiman ialah ADUN Pantai Kundor daripada BN Nor Azman Hassan; Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Ab Rauf Yusoh dilaporkan akan mencadangkan kepada Mohd Ali supaya membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

Ab Rauf berkata, Umno Melaka sedia menghadapi PRN dan BN komited mempertahankan kerajaan negeri.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut mencadangkan supaya PRN diadakan.

Sebelum penarikan sokongan itu, Umno memiliki 14 kerusi manakala Bersatu (2) dan Bebas (1), manakala PH mempunyai 11 kerusi namun parti itu kini mempunyai 12 kerusi dan Bersatu pula (1).

Jika empat ADUN terbabit sah menyertai PH, maka PH mempunyai 15 kerusi, iaitu empat melebihi Umno dan Bersatu.

BERSAINGLAH KAMU KERANA KEDUA DUA PARTI ADALAH PENGKHIANAT KEPADA ORANG MELAYU

 


Persaingan Umno-Bersatu diramal sengit di kawasan Bumiputera Islam Sabah, kata penganalisis




Penganalisis berkata, pertembungan antara Umno dan Bersatu bakal menjadi ujian besar kepada GRS untuk terus kekal bersama mempertahankan mandat rakyat yang diperolehi selepas pilihan raya negeri lalu.

KOTA KINABALU: Persaingan di kawasan Bumiputera Islam di Sabah dijangka kompetitif sekiranya Umno dan Bersatu bertembung dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata penganalisis.

Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, selain dua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu, ia juga diramal sengit dengan kehadiran Warisan yang bertanding di kawasan sama.

Katanya, setiap tiga parti itu mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri termasuk dari segi calon dan jentera.

“Jika pertembungan (Umno dan Bersatu) berlaku, perpecahan undi sudah pasti berlaku. Persoalannya siapa yang lebih mendapat manfaat?

Tony Paridi Bagang.

“Bersatu, Umno dan Warisan mempunyai kekuatan atau kelebihan masing-masing dan ia dipengaruhi pelbagai faktor seperti personaliti, penaungan, 3M (money, media, machinery) dan lain-lain lagi.

“Sentimen terhadap isu yang diketengahkan nanti pasti memberi pengaruh besar, justeru persaingan Bumiputera Islam akan sangat kompetitif kali ini.

“Berikutan itu, masyarakat Bumiputera bukan Islam khususnya KDM (Kadazan, Dusun dan Murut) juga dijangka menjadi penentu atau ‘kingmaker’ pada PRU nanti,” katanya kepada FMT.

Tony berkata, pertembungan antara Umno dan Bersatu itu juga bakal menjadi ujian besar buat GRS untuk terus kekal bersama mempertahankan mandat rakyat yang diperolehi selepas pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Katanya, keputusan Umno untuk mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada PRU14 memang sudah dijangka walaupun ia sedar bakal bertembung dengan calon Bersatu.

“Ini juga akan menjadi persoalan. Sejauh mana Umno Sabah menikmati autonomi yang diberikan sebelum ini dengan mengambil kira dinamika politik Sabah,” katanya.

Awang Azman Pawi.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, Umno dilihat lebih memiliki peluang sekiranya ia bertembung dengan Bersatu pada PRU15 nanti.

Ini kerana katanya, parti itu dijangka mendapat lebih manfaat kerana kerajaan persekutuan kini dikuasai Umno.

“Umno dan Bersatu adalah rakan dalam GRS di Sabah, sekiranya pertembungan berlaku antara mereka nanti, Umno dijangka mendapat lebih banyak manfaat kerana kerajaan persekutuan di bawah kuasa Umno.

“Tambahan pula, Umno lebih ramai keahlian berbanding Bersatu di Sabah,” katanya.

Bagaimanapun Azman berkata, pertembungan itu belum tentu akan berlaku kerana mereka masih mempunyai banyak masa sebelum PRU diadakan.

“Masa masih panjang sebelum PRU diadakan dan ada banyak lagi perbincangan politik yang terus berlaku.

“PAU (Perhimpunan Agung Umno) memang memutuskan kerjasama dengan Bersatu hingga PRU15 dan ini bermakna Bersatu perlu berhadapan dengan musuh lamanya, iaitu Umno.

“Bagaimanapun, sekiranya pucuk pimpinan tertinggi Umno berjaya diambil alih oleh Ismail Sabri Yaakob dan kumpulan pro-Bersatu dalam Umno, maka pertembungan itu dapat dielakkan.

“Namun dari satu segi, ia akan memecahkan akar umbi Umno kerana ramai menolak Bersatu yang menjadi musuh mereka pada PRU lalu dan sukar bagi akar umbi menerima hakikat bahawa kerusi tradisi Umno akan ditandingi oleh calon Bersatu,” katanya.

Terdahulu pada Sabtu, bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, mereka bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin kemudiannya berkata, parti itu juga sedia berdepan dengan Bersatu pada PRU15 akan datang.