NI SANUSI- MASA SAMA DENGAN ZAHID HAMIDI DALAM MN HANG TAK BISING PUN.MASA 1 MDB HANGPA KATA PUAS HATI- PERANGAI HUDUH SUNGGUH.


 

SANUSI KATA KAT PENYOKONG BODO. -KONONNYA YANG BALIK DARI LUAQ NAK JAJAH . HANG NAIK PUN IKUT PINTU BELAKANG....SEMBANG


 

MUHYIDDIN DITUDUH SELEWENG 600 BILLION- MAKA BELIAU PERLU PERINCIKAN KEMANA DUIT ITU PERGI


 

BAGAIMANA PN CUBA NAK JATUHKAN ANWAR-ISWARDY MORNI


 

GANDINGAN ANWAR , HASSAN DAN RAFIZI UNTUK EKONOMI MALAYSIA MELONJAK




Antara yang menarik daripada pengumuman barisan kabinet ialah perlantikan susuk tubuh ini sebagai Penasihat Ekonomi PM. Tan Sri Hassan Merican, nama yang tak perlu di perkenalkan lagi.  Sumbangan besar beliau untuk negara melalui Petronas menjadi bukti bahawa peranan dan pengalaman beliau boleh dimanfaatkan pentadbiran kerajaan perpaduan ini. 

Apatah lagi kesudian beliau berkhidmat untuk negara tanpa ganjaran tunai menjadi contoh Tokoh korprat yang boleh diangkat sebagai salah seorang negarawan terulung.  Negara mendambakan kepakaran beliau untuk mendepani cabaran pertumbuhan ekonomi yang lebih mencabar tahun mendatang. 

Susuk ini boleh meyakinkan pelabur luar datang melabur ke negara kita. Dengan keterlibatan beliau bergandingan dengan Dato Seri Anwar akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan ekonomi Malaysia.  Tahniah Tan Sri..

 

MAHIADDIN WAJAR LEBIH DULU MENYESALI KESOMBONGANNYA, JIKA UMNO ITU KLEPTOKRAT, APAKAH DIRINYA SENDIRI BENAR2 BERSIH?

 

Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan dalam sejarah negara.

Beliau menjadikan perlantikan Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri sebagai sandaran paling asas dalam hujah kecamannya itu.

Menurut beliau, Anwar sudah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen PRU15 lalu dengan menerima kleptokrat dalam kabinetnya.

“Ini adalah barisan kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah (diarah) membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tindakan Anwar itu ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan melalui media sosialnya.

Untuk makluman Mahiaddin, melantik seseorang yang ada kes mahkamah bukan pertama kali berlaku di negara ini kerana Tun Mahathir Mohamad pada 2018 sebelum ini pun melakukan hal yang sama juga.

Malah Tun Mahathir bukan saja memberikan Lim Guan Eng jawatan Menteri Kewangan, malah menggugurkan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Ini berbeza dengan Anwar, beliau hanya melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi tidak menyentuh sama sekali kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Bererti, meskipun dilantik menganggotai kabinet, Zahid Hamidi masih perlu hadir ke mahkamah dan terus berjuang untuk membersihkan namanya.

Dalam hal ini, kenapa hanya dalam kes perlantikan Zahid Hamidi saja Mahiaddin bersuara, tetapi diam membisu ketika Guan Eng dilantik sebelum ini?

Apakah Mahiaddin berteriak sekarang kerana kecewa lantaran gagal menjadi Perdana Menteri dan meletakkan PN sebagai kerajaan, sebaliknya jawatan itu jatuh kepada Anwar?

Dalam hal ini, baik kerana terlantiknya Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri atau disebabkan PN gagal menjadi kerajaan, semuanya adalah disebabkan salah Mahiaddin sendiri.

Jika Mahiaddin tidak sombong dan ego menolak titah Agong agar PN menubuhkan kerajaan perpaduan bersama PH, apa yang berlaku hari ini pasti tidak berlaku.

Kiranya kerajaan perpaduan PH dan PN dapat ditubuhkan sebagaimana titah Agong dan apa yang berlaku hari ini dapat dielakkan, maka sudah tentulah tidak mungkin Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang ini.

Pokoknya, kesalahan awal ada pada Mahiaddin sendiri kerana sombong dan ego menolak penubuhan kerajaan perpaduan itu.

Maka, janganlah menyesal dan meroyan tak tentu pasal pula sekarang ini.

Kalau mahu meroyan juga, lebih baik hantuklan saja kepala sendiri ke dinding kerana kesombongan menolak titah Agong itu dengan terlalu cepat.

Setelah Mahiaddin menolak menubuhkan kerajaan perpaduan yang bererti beliau memilih menjadi pembangkang, Anwar dan PH yang akur dengan titah Agong itu tentulah kena berusaha mencari sokongan lain bagi membentuk kerajaan.

Harus juga difahami, sebagaimana saya tulis sebelum ini, setelah bekerjasama dengan BN yang memiliki 30 kerusi Parlimen, melantik Zahid Hamidi yang masih ada kes menganggotai kerajaan hanyalah suatu mudarat kecil berbanding mungkin berlaku mudarat lebih besar iaitu kerajaan dijatuhkan jika beliau tidak dilantik.

Kalau berlaku lagi kerajaan dijatuhkan seperti sebelum ini, yang susah dan menderita akhirnya tentulah rakyat dan Anwar tidak mahu melihat ia berulang lagi.

Soal kerajaan yang bersih dan tata kelola yang baik tidak bererti telah terpadam hanya dengan beradanya Zahid Hamidi dalam kerajaan kerana beliau masih perlu berjuang membersihkan namanya di mahkamah.

Kerajaan yang bersih dan tata kelola yang baik mungkin boleh dianggap telah musnah jika Anwar bertindak menggugurkan kes Zahid Hamidi sebagaimana Tun Mahathir melakukannya kepada Guan Eng sebelum ini.

Kalau kita percaya, yakin dan gembira dengan kebebasan mahkamah kerana menjatuhkan hukuman terhadap Najib Razak, tiada sebab kita tak boleh ada perasaan yang sama kepada mahkamah dalam kes Zahid Hamidi.

Lagi pun, kalau nak bercakap soal kleptokrat dan penyamun, ia bukan saja ada dalam UMNO, bahkan bersepah di mana-mana, tidak terkecuali dalam Bersatu sendiri.

Cuba Mahiaddin bertafakur sebentar di atas sejadah dan mengimbas sejarah dirinya sendiri, benarkah beliau benar-benar suci bersih sepanjang kuasa ada dalam tangannya sejak puluhan tahun sebelum ini? – ShahbudinHusin 03/12/2022.



AKHIR DAH KATANYA


Kata Penggal terakhir dah kalah Tu elok la Berundur Bagi muka Baru.




KALAU LETAK RAJA MELAYU SEKALI PUN -YANG SUKA AKAN SUKA- KENAPA TENGKU ZAFRUL ADA DALAM KABINET ? DIA AKAN JAWAB BAB DUIT YANG HILANG


 

SIAPA MENTERI AGAMA..


 

DARI MANA KERAJAAN PERPADUAN DISEBUT ...JOM DENGAR...CADANGAN YDPA


 

KERAJAN INI ADALAH KERAJAAN GABUNGAN DAN PERPADUAN .HAK PARTI MELANTIK KETUA MEREKA-DENGAR APA KATA HADI AWANG TENTANG KLUSTER MAHKAMAH


 

POLITIK KOTOR WALAUN


 

[TERKINI] Fahmi Fadzil jawab kenyataan Muhyiddin Yassin

Peralihan undi Melayu, belia kepada PN ‘mungkin tak tahan lama’.


PN sangat berjaya meletakkan dirinya sebagai alternatif yang ‘bersih’ kepada BN dan PH dan ini membantunya meraih undi Melayu dan golongan belia, kata penganalisis.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik percaya masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa Perikatan Nasional (PN) kini menjadi parti pilihan dalam kalangan masyarakat Melayu dan pengundi muda dengan kemenangan ketaranya pada PRU bulan lepas.

Felo Majlis Profesor Jeniri Amir berkata, beberapa faktor, termasuk kehadiran kukuh PN di TikTok, mungkin menjadi punca peralihan undi daripada Barisan Nasional (BN) kepada PN.PN mendominasi TikTok tetapi di kerusi Melayu, pilihan calon BN dan sabotaj dalaman juga mungkin menyebabkan peralihan tersebut, katanya.“Kita juga tidak boleh terlepas pandang bahawa PN sangat berjaya meletakkan dirinya sebagai alternatif yang ‘bersih’ kepada BN dan Pakatan Harapan (PH) dan ini membantunya meraih undi Melayu dan golongan belia.”PRU15 pada November adalah yang pertama menyaksikan Umno, selama ini dianggap sebagai parti Melayu paling dominan, gagal memenangi kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu, Melaka, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Bagaimanapun, masih belum dapat dilihat sama ada trend ini akan berterusan pada pilihan raya DUN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu tahun depan.“Pilihan raya Parlimen dan DUN berbeza. BN mendominasi PRN Melaka tahun lepas tetapi gagal memenangi malah satu kerusi Parlimen bulan lepas,” katanya kepada FMT.Dengan PH dan BN kini sebahagian daripada kerajaan perpaduan, mereka akan mempunyai kelebihan dalam menghadapi PRN.

PN guna TikTok dengan cemerlang

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, PN berjaya menggunakan TikTok untuk meraih undi golongan belia.“TikTok difahami sebagai platform paling berpengaruh dalam kalangan pengundi muda. Penggunaan pempengaruh yang memikat dari segi visual mengeluarkan kenyataan bersifat keagamaan atau perkauman yang menarik adalah bijak,” katanya kepada FMT.

Walaupun tanpa TikTok, gabungan itu berjaya menarik sokongan daripada pengundi konservatif disebabkan tarikan keagamaannya, yang disumbangkan PAS.“Ada pengundi yang tidak tertarik dengan Umno dan PH,” katanya.“Umno digambarkan oleh PN sebagai korup, dan PH sebagai liberal, jadi mereka mengundi PN.”Penganalisis politik Mazlan Ali berkata, TikTok ialah sumber utama maklumat politik bagi ramai pengundi muda.“PN menguruskan media sosial mereka, terutamanya TikTok, dengan sangat baik berbanding parti politik lain,” kata Mazlan, daripada Universiti Teknologi Malaysia.

KEH..KEH..KERAJAAN TEBUK ATAP TU KERAJAAN APA ? KERAJAAN ANAK LUAR NIKAH KOT




 

SISI POSITIF KEMBALI


 

PERMAINAN POLITIK BERSALUTKAN AGAMA

 

UMNO MASIH KOTOR??




Mengikut rekod, Muafakat Nasional ditubuhkan pada 14 Sept 2019 dan dibubarkan secara tidak rasmi pada 13 Okt 2022.

Ini bermakna Pas dan UMNO telah hidup bersama kira kira 3 tahun termasuk selama 32 bulan sebagai kerajaan. Dlm tempoh tersebut tentunya UMNO telah "diislamkan" dan telah "disucikan" oleh Pas bak kata Nik Amar.... Kita telah mandikan dengan Clorox, syampoo dsbnya.

Tiba tiba bila UMNO/BN bersama PH atas titah YDPA, setelah titah yang sama ditolak mentah mentah oleh PN, UMNO menjadi kotor, cemar, tidak Islamik serta merta.... Itulah permainan politik bersalutkan agama.

 

FAKTA BUKAN AUTA, DAP KUASAI KERAJAAN JIKA ANWAR JADI PM TELAH TERTOLAK DENGAN SENDIRINYA

 

Termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan, barisan kabinet yang diumumkan semalam adalah berjumlah 28 orang.

Daripada jumlah tersebut, 8 daripada PKR, 6 daripada UMNO, 4 daripada DAP, 3 daripada PBB (Sarawak), 2 daripada Amanah, 1 masing-masing daripada UPKO, PDP, PRS dan GRS, manakala seorang tidak berparti (Menteri Hal Ehwal Agama).

Mengikut kaum pula, 16 menteri yang dilantik adalah Melayu, 5 Cina, 1 India dan lain-lain iaitu mewakili Sabah dan Sarawak seramai 6 orang.

Dengan kedudukan ini, sususan kabinet yang dibentuk Anwar itu secara langsung menampakkan wajah Malaysia yang sebenar iaitu Melayu sebagai kaum majoriti menguasai kedudukan paling banyak dalam kerajaan sambil dibantu oleh kaum-kaum lain.

Sebagaimana Anwar sebagai seorang pemimpin Melayu yang kekal dengan jiwa Melayunya, perjuangannya yang ingin menjaga kepentingan semua kaum dengan adil sebagaimana kerap dilaungkannya selama ini, ia terserlah dengan sendirinya melalui sususan kabinet yang diumumkannya.

Yang penting, orang Melayu akan gembira dan tiada lagi rasa curiga mereka terhadap kerajaan ini, begitu juga dengan kaum Cina, India dan lain-lain yang turut mendapat tempat masing-masing.

Apabila jawatan timbalan menteri dan GLC diisi tidak lama lagi, bermakna lebih ramai daripada Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain bakal mendapat kedudukan yang sewajarnya.

Melalui susunan kabinet yang dilihat mampu menggembirakan semua orang, Anwar juga dalam masa yang sama telah menutup tanggapan jahat selama ini, terutama oleh Pas yang mendakwa apabila PH menjadi kerajaan, maka kaum Cina dan parti DAP akan menguasai segala-galanya.

Realitinya, Melayu tetap dominan dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar ini.

Pas dan Hadi Awang dengan kegemaran meniupkan sentimen kaum dan agama, tanpa memikirkan dosa serta neraka, dengan tujuan untuk mengaut laba politik dunia semata-mata, yang nyata akan “mati kutu” selepas ini.

Ruang untuk mereka terus membakar api politik berasaskan mainan isu kaum dan agama, bakal menyempit dan akan mati secara perlahan-lahan lama-kelamaannya.

Kalau pun ada kesedihan lain dalam hati pimpinan Pas, selain disebabkan hilang gaji dan jawatan dengan terbentuknya kerajaan perpaduan ini, ia tidak lain ialah kerana lorong perjuangan masa depan parti itu untuk terus memutar-belitkan fakta sambil menyelitkan hujah-hujah agama ternampak mulai tertewas dengan kebijaksanaan Anwar dalam percaturannya. – ShahbudinHusin 03/12/2022.





KESIAN KAT MENATANG TU

 


IBRAHIM MAT ISA

Puak ni kalau bagi peluang bercakap, depa la jagoan. Fakta segala mak nenek akan keluar nak tunjuk depa betoi semua. Tapi kalau benda tu tak dapat kat depa, berlori hujah akan keluar. Kera, tupai, gembala lembu, gembala babi..

Ohh kesian kat binatang!

 

WUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN DAN RAKYAT HARUS DIJAGA MEMPERTAHANKAN SEMANGAT PERPADUAN


 

PM PERLU TUKAR POSISI TERTINGGI NEGARA SEPERTI SPEKER DAN LAIN LAIN. SPEKER DAH LETAK JAWATN


 

AGAMA DITUNGGANG UNTUK POLITIK.


 

KENANGAN SEKOLAH AYAHANDA FADLINA SIDEK


 

RINGGIT NAIK, HARGA BARANG AKAN TURUN DEMI SIKIT DEMI SEDIKIT


 

HAAA...KUAT LOBI BOH- SILA PERFORM KALAU TIDAK KENA TENDANG. JANGAN BAGI BEBAN PADA KERAJAAN

 

Buat dasar jelas, jangan tak konsisten, Tengku Zafrul diberitahu.




Tengku Zafrul Aziz dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri dalam Jemaah Menteri pimpinan Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Aziz memperkenalkan dasar pro-perniagaan jelas untuk meyakinkan pelabur.

Presidennya, Christina Tee berkata, pemain industri juga berharap tiada keputusan tidak konsisten diambil bagi menguatkan komitmen tadbir urus negara untuk menarik pelabur domestik dan asing.

“Beliau juga harus bekerja keras untuk membawa masuk pelaburan langsung asing,” katanya kepada FMT.

Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, William Ng meminta Tengku Zafrul komited menjayakan Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (2021-2025) bagi menjadikan mereka lebih berdaya tahan di peringkat global.

Menurutnya, antara keutamaan ketika ini adalah meningkatkan produktiviti dan menyokong usaha pendigitalan serta automasi.

“Tengku Zafrul tidak asing kepada industri dan faham selok-belok perniagaan serta perdagangan.

“Sebagai bekas menteri kewangan, beliau menyokong perniagaan dan kami berharap dapat terus bekerjasama dengannya sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri untuk memacu perdagangan serta pembangunan industri,” katanya.

Tokoh perbankan itu akan mengangkat sumpah sebagai senator esok sebelum menjadi menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Beliau yang bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya umum ke-15 tewas kepada calon PH, Dzulkefly Ahmad.

HANG SAPA NAK KUTUK ULAMA- BERAPA KITAB DAH KARANG ? HABIH SIAPA LANTIK ULAMA BANYAK MANA PULA YANG DAH DKARANG-JOM DENGAR


 

ULANG SIAR KABINET MALAYSIA- LOKMAN ADAM


 

SEMUA BOLEH KOMEN TENTANG ZAHID HAMIDI

 


ELOK GANDINGAN INI. APA KOMEN PROFF AGUS

 


Ada betulnya. Nama DS Anwar memang sudah terkenal di arena antarabangsa. Beliau juga antara Menteri Kewangan terbaik suatu ketika dahulu.


Jadi dengan beliau memegang portfolio tersebut, mungkin ia akan mampu menarik minat lebih ramai pelabur serta meningkatkan keyakinan mereka.


Rafizi sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi boleh berganding rapat dengan DS Anwar sambil cipta networking sebelum jawat jawatan tersebut. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

Zahid TPM?

 Zahid TPM?

 

1. Jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan. Sama macam Menteri Kanan (zaman Mahiddin dan Ismail Sabri). Jawatan ini hanyalah sekadar simbolik.

 

2. Sebab itu TPM wajib diberi satu portfolio untuk menjadikan beliau ahli jemaah menteri. Sebab itu Zahid diberi jawatan Menteri Desa. Sama macam Kak Wan (zaman Mahathir) diberi jawatan Menteri Wanita.

 

3. Lantikan Zahid tidak mengejutkan saya kerana this is an open secret.

 

4. Zahid wajib diberi jawatan (walaupun berhadapan dengan kes) kerana untuk kukuhkan kerajaan campuran.

 

5. Jika Zahid tidak ada jawatan. Zahid akan lost control terhadap Umno. Kerana ramai MP dalam Umno masih bertaat setia dengan PPBM.

 

6. Tindakan melantik Zahid ini sememangnya satu langkah tidak popular, di bawah Zahid dilihat sebagai “penyamun”.

 

7. Kegagalan Umno di dalam kerajaan PN adalah kerana Presiden parti tidak ada jawatan. Hanya ahli2 MKT dan MP2 yang pro Mahiaddin diberi jawatan. Ini menimbulkan ketidakstabilan dalam Umno.

 

8. Harus di ingat. Kekuatan politik Melayu itu terasnya Umno. Jika Umno lemah maka politik Melayu lemah.

 

9. Pas tidak mampu menggantikan Umno. Begitu juga PPBM. Jika Pas benar2 kuat kenapa mereka tanding logo Perikatan Nasional? PPBM pun tak mampu pakai logo sendiri dan hanya harap kekuatan Pas.

 

10. Dunia politik adalah dunia sepak terajang. Politik itu sifatnya lebih tajam dari mata pedang, dan lebih halus dari titian sirat.

 

11. Jadi harus difahami bahawa dalam politik beberapa kompromi harus dibuat, dunia politik tidak akan ada satu keputusan yang boleh memuaskan hati semua pihak dan peringkat.

 

12. Secara peribadi saya tak setuju dengan pelantikan Zahid. Tapi dalam konsep maslahah dan mafsadah, lebih baik Zahid daripada Hishamuddin (contoh).

 

13. Sama macam nak pilih Najib vs Mahathir. Kerana maslahah dan mafsadah itu penyokong boleh terima Mahathir. Walaunpun Mahathir mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepadanya.

 

13. Kalau Mahathir yang digelar oleh fanatik PH sebabgai mahazalim dan mahafiraun, bapa pelingkup negara itu boleh diampunkan dan diangkat, kenapa tidak

HEBAT NI.,


 

BAGAIMANA MENCURI MANDAT

 Penyamun tu bererti pencuri. Pencuri adalah orang yang mencuri. Mencuri pula perbuatan mengambil barang kepunyaan orang lain tanpa izin.


Yang curi duit tu betul la memang pencuri. Tapi bukan curi duit sahaja boleh digelar pencuri. Ada banyak lagi perbuatan yang sebenarnya mencuri.


Contoh potong barisan. Sama ada di jalanraya atau di mana-mana tempat. Itu juga mencuri. Sebab kita ambil giliran yang sebenarnya milik orang lain.


Satu lagi contoh ialah curi jawatan. Bila kita sengaja reka cerita supaya musuh kita tak dapat jawatan yang sepatutnya dia dapat. Kemudian jawatan itu jadi milik kita. Itu juga dikira mencuri.


Tapi mencuri paling besar adalah ciri mandat. Bila dia diberi mandat atas nama parti lain, tapi dia lari keluar dan tubuh kerajaan baharu dengan musuh.


Dalam banyak-banyak perbuatan mencuri, inilah curi yang paling besar. Kerana ia turut merompak masa depan rakyat yang harapkan pembaharuan.


Curi duit tu jahat. Siapa kata tak jahat memang sah ada masalah mental. Tapi curi mandat lebih besar jahatnya. Bukan sahaja jahat bahkan juga zalim.


Tapi curi mandat ni ramai orang yang butakan mata tak mahu anggap seperti mencuri. Bahkan ada yang sampai sanggup tunggang agama adjust dalil cuma untuk halalkan perbuatannya mencuri itu.


Paling kelakar, pencuri mandat gelar pencuri wang sebagai penyamun. Ejek pula orang yang berkawan dengan penyamun. Sedang dia sendiri penyamun yang lebih besar. Penyamun kutuk penyamun.


Persoalannya sekarang, ada tak aku tercuri hati sesiapa? Kalau ada tolong kabo sebab aku nak pulangkan. Gicu... Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

YANG PENTING KERAJAAN PERPADUAN INI MAMPU BERTAHAN SAMPAI HABIS PENGGAL


Semua orang rasanya sudah maklum mengenai barisan menteri kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim malam tadi.

Berikut adalah senarai penuh barisan kabinet itu:-

1. Perdana Menteri, Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim

2. Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi

3. Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perladangan dan Komuniti: Fadillah Yusof

4. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke

5. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu

6. Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli

7. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

8. Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan

9. Menteri Kerja Raya: Alex Nanta Linggi

10. Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail

11. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Abdul Aziz

12. Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin

13. Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang

14. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri

15. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub

16. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi): Azalina Othman Said

17. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad

18. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick

19. Menteri Luar Negeri: Zambry Kadir

20. Menteri Pelancongan: Tiong King Sing

21. Menteri Komunikasi Digital: Fahmi Fadzil

22. Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

23. Menteri Perpaduan Negara: Ago Dagang

24. Menteri Agama: Dr Naim Mokhtar

25. Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh

26. Menteri Sumber Manusia V Sivakumar

27. Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa

28. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali

Dengan barisan kabinet yang diumumkan itu, fokus utama Perdana Menteri dan kerajaan tentulah untuk memastikan kepentingan rakyat dan memulihkan ekonomi negara dilakukan dengan sebaik baik yang mungkin.

Rakyat pula pasti tertunggu-tunggu, terutamanya untuk melihat hasil sentuhan Anwar selaku Menteri Kewangan dan Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi untuk memacu hasil pertumbuhan kewangan negara yang memberangsangkan..

Tetapi, sebagaimana kita semua sedar, memulihkan ekonomi ini adalah usaha yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk melihat hasilnya dapat dinikmati.

Segala perancangan boleh jadi terbantut jika kerajaan tidak stabil, lebih-lebih lagi kalau tidak mampu bertahan lama.

Sebab itu, fokus yang tidak boleh diabaikan dan pasti disedari Anwar selaku Perdana Menteri ialah bagaimana untuk memastikan kerajaan perpaduan ini mampu bertahan dengan lebih lama dan tidak seperti apa yang berlaku selepas PRU14 lalu di mana tiga Perdana Menteri bertukar dalam tempoh tidak sampai lima tahun.

Anwar nampaknya memandang serius soal untuk mempertahankan jangka hayat kerajaan itu, sambil menyedari ancaman paling hampir kepada keruntuhan kerajaan ialah jika berlaku perubahan kepimpinan dalam UMNO dalam pemilihannya yang akan datang nanti.

Melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, selain kerana pengalaman dan hireakinya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN, ia juga adalah untuk memastikan beliau terus kekal menerajui UMNO.

Selain itu, dengan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dilantik Menteri Pertahanan, Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin sebagai Menteri Pendidikan Tinggi dan Setlausaha Agung BN, Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Luar, semuanya ini adalah strategi untuk memastikan mereka terus kekal mendampingi Zahid Hamidi menguasai kepimpinan UMNO.

Oleh kerana pesaing yang ingin mengambil alih kepimpinan tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan, hampir pasti dalam pemilihan UMNO akan datang, mungkin pada bulan Mac atau April tahun depan, mereka tidak mampu menggugat kedudukan Zahid Hamidi dan teamnya yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang ini.

Meski Zahid Hamidi masih ada kes mahkamah yang belum selesai, keputusan Anwar melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah semata-mata berpegang kepada prinsip keadilan universal iaitu seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi belum dihukum bersalah.

Hanya jika didapati bersalah selepas ini, barulah Zahid Hamidi dianggap sudah bersalah, seterusnya dari segi prinsip moral harus berundur daripada jawatannya dalam kerajaan.

Sementara semua itu belum berlaku, tiada masalah untuk beliau berada dalam kerajaan.

Terutama dengan kekalnya Zahid Hamidi dan Tok Mat memimpin UMNO lagi, maka kemungkinan kedudukan kerajaan akan tergugat boleh dikata hampir mustahil akan berlaku.

Selagi UMNO diterajui Zahid Hamidi dan Tok Mat di mana kedua-duanya berada dalam kerajaan, bukan saja kedua-duanya stabil untuk mengekalkan jawatan, malah memberi jaminan kedudukan kerajaan juga terus stabil.

Yang pasti, jika kerajaan ini tidak tergugat dalam tempoh lima tahun akan datang atau sehingga habis penggal pada 2027, pemimpin Pas yang baru kehilangan jawatan serta gaji lumayan, akan kita sama-sama saksikan tambah meroyan dengan pelbagai mainan sentimen kaum serta agama yang mungkin lebih ekstrem lagi tanda kekecewaan tertutupnua peluang untuk menjatuhkan Anwar. – ShahbudinHusin 02/12/2022.



(function() { var d = document, w = window; w

BUKAN SAJA FITNAH..TETAPI JUGA BERNIAT JAHAT.

 Walaun tularkan gambar DS Anwar makan besar sambil sindir rakyat makan Menu Rahmah. Tapi sebenarnya gambar itu gambar tahun 2019 dan ia di ...