Zahid TPM?

 Zahid TPM?

 

1. Jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan. Sama macam Menteri Kanan (zaman Mahiddin dan Ismail Sabri). Jawatan ini hanyalah sekadar simbolik.

 

2. Sebab itu TPM wajib diberi satu portfolio untuk menjadikan beliau ahli jemaah menteri. Sebab itu Zahid diberi jawatan Menteri Desa. Sama macam Kak Wan (zaman Mahathir) diberi jawatan Menteri Wanita.

 

3. Lantikan Zahid tidak mengejutkan saya kerana this is an open secret.

 

4. Zahid wajib diberi jawatan (walaupun berhadapan dengan kes) kerana untuk kukuhkan kerajaan campuran.

 

5. Jika Zahid tidak ada jawatan. Zahid akan lost control terhadap Umno. Kerana ramai MP dalam Umno masih bertaat setia dengan PPBM.

 

6. Tindakan melantik Zahid ini sememangnya satu langkah tidak popular, di bawah Zahid dilihat sebagai “penyamun”.

 

7. Kegagalan Umno di dalam kerajaan PN adalah kerana Presiden parti tidak ada jawatan. Hanya ahli2 MKT dan MP2 yang pro Mahiaddin diberi jawatan. Ini menimbulkan ketidakstabilan dalam Umno.

 

8. Harus di ingat. Kekuatan politik Melayu itu terasnya Umno. Jika Umno lemah maka politik Melayu lemah.

 

9. Pas tidak mampu menggantikan Umno. Begitu juga PPBM. Jika Pas benar2 kuat kenapa mereka tanding logo Perikatan Nasional? PPBM pun tak mampu pakai logo sendiri dan hanya harap kekuatan Pas.

 

10. Dunia politik adalah dunia sepak terajang. Politik itu sifatnya lebih tajam dari mata pedang, dan lebih halus dari titian sirat.

 

11. Jadi harus difahami bahawa dalam politik beberapa kompromi harus dibuat, dunia politik tidak akan ada satu keputusan yang boleh memuaskan hati semua pihak dan peringkat.

 

12. Secara peribadi saya tak setuju dengan pelantikan Zahid. Tapi dalam konsep maslahah dan mafsadah, lebih baik Zahid daripada Hishamuddin (contoh).

 

13. Sama macam nak pilih Najib vs Mahathir. Kerana maslahah dan mafsadah itu penyokong boleh terima Mahathir. Walaunpun Mahathir mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepadanya.

 

13. Kalau Mahathir yang digelar oleh fanatik PH sebabgai mahazalim dan mahafiraun, bapa pelingkup negara itu boleh diampunkan dan diangkat, kenapa tidak