GANDINGAN ANWAR , HASSAN DAN RAFIZI UNTUK EKONOMI MALAYSIA MELONJAK




Antara yang menarik daripada pengumuman barisan kabinet ialah perlantikan susuk tubuh ini sebagai Penasihat Ekonomi PM. Tan Sri Hassan Merican, nama yang tak perlu di perkenalkan lagi.  Sumbangan besar beliau untuk negara melalui Petronas menjadi bukti bahawa peranan dan pengalaman beliau boleh dimanfaatkan pentadbiran kerajaan perpaduan ini. 

Apatah lagi kesudian beliau berkhidmat untuk negara tanpa ganjaran tunai menjadi contoh Tokoh korprat yang boleh diangkat sebagai salah seorang negarawan terulung.  Negara mendambakan kepakaran beliau untuk mendepani cabaran pertumbuhan ekonomi yang lebih mencabar tahun mendatang. 

Susuk ini boleh meyakinkan pelabur luar datang melabur ke negara kita. Dengan keterlibatan beliau bergandingan dengan Dato Seri Anwar akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan ekonomi Malaysia.  Tahniah Tan Sri..

 

No comments: