MAT SABU YANG SERING DISERANG LEBAI KATA MENTERI TIDAK TAHU KERJA!

'Ini kurang ajar!' - Soalan MP Hulu Langat dicantas timb speaker

LAPORAN POLIS TERHADAP MP PAS! YANG PUNYA HATI HITAM DAN BIADAP!

MACAM MACAM SABAH NI..KENA HAPUSKAN PUAK PERASUAH NI.

 


PTI dibagi dokumen oleh Kerajaan GRS? Bukan MC yang cakap ah tapi Page upahan GRS sendiri yang cakap ni.






Credit Borneo Voice


#SelamatkanSabah

#KitaLawanRasuah

#SabahBangkit

#GRSKerajaanGAGAL




DARI AKU MUDA SAMPAI TUA..TAK PERNAH DENGAR PUN PAS LETAK NAMA CALON PM. PERGINA AHLI TAPI PM ORANG LAIN. KOMAN SPANA.

Che Ibrahim


 Sepanjang sejarah perjuangan Pas, Pas tidak pernah menamakan pimpinannya sebagai calon PM. 


1. Zaman sebelum Ust Fadhil Nor - tak terfikir nak jadi PM

2. Zaman Fadhil Nor - DSAI

3. Zaman Haji Hadi ;


- pernah menamakan Ku Li,

- pernah keluar hukum Islam tegah menamakan bakal PM.

- pernah sekejap timbul nama Dr Syamsuri, itupun sbg modal kempen kerana nak hadapi PRK Kemaman.

- pernah menyokong Najib, Muhyidin dan Ismail Sabri sbg PM. 


Calon TPM pun tak pernah naik nama, apa lagi calon PM!!!



Menurutnya, PAS mempunyai ramai pemimpin berwibawa dan PN hanya akan umumkan calon PM selepas berjaya menawan Putrajaya.


Baca berita penuh dalam komen 👇


#pas #pn #politik #calonpm #putrajaya




KENA KESEMUA UMAT ISLAM ANGKARA PUAK KHAWARIJ



FAWWAZ Fadzil






 Imam al-Bukhari pernah meriwayatkan secara ta‘liq dalam Sahih al-Bukhari, satu kata-kata daripada Ibn Umar RA:


“إنهم انطلقوا إلى آيات نزلت في الكفار فجعلوها على المؤمنين”


Terjemahan:

“Sesungguhnya mereka (golongan Khawarij) telah pergi kepada ayat-ayat yang diturunkan kepada orang-orang kafir, lalu mereka aplikasikan (ayat-ayat itu) ke atas orang-orang beriman.”


Ibn Umar RA juga menyifatkan golongan Khawarij sebagai “sejahat-jahat makhluk ciptaan Allah”, kerana kesesatan mereka dalam memahami nas-nas al-Quran dan keberanian mereka menumpahkan darah sesama Muslim atas nama agama sewaktu itu. 


Malangnya, golongan seumpama itu masih wujud pada hari ini. Mereka berselindung di sebalik nama ilmu dan agama, namun memperalatkan ayat-ayat Allah menurut hawa nafsu dan kepentingan politik mereka. 


Mereka menafsirkan ayat suci sesuka hati, lalu menghukum sesiapa sahaja yang mereka kehendaki, bukan kerana kebenaran tetapi demi mencetuskan fitnah dan perpecahan. 


Lebih dahsyat lagi, apabila sasaran mereka adalah saudara-saudara seagama yang berada di sekeliling mereka sendiri!




TAK BOLEH JADI PENIAGA DAN PENJAJA

 


Warga asing tidak diiktiraf sebagai penjaja atau peniaga kecil di Malaysia dan larangan ini termasuk tidak membenarkan mereka bekerja sebagai pembantu di bawah lesen penjaja premis yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).





Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, larangan itu adalah jelas dan selaras dengan peraturan sedia ada di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja serta Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian.


“Kami tidak mengiktiraf warga asing sebagai penjaja atau peniaga kecil malah mereka juga tidak dibenarkan menjadi pekerja pembantu di bawah lesen penjaja premis PBT. Lesen ini adalah keistimewaan untuk rakyat Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


#KPKT #WargaAsing


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




DULU DULU MACAM NAK BERBUNUH DAH RAMASAMY....SOKONG JA PARTI DIA...PARTI PELACUR PAS NI...DAN DAN TU JADI BAIK ISLE SELALU.

 

Wan Makette


Walaun kata dulu Ramasamy anti islam sekarang dah bersama pas/PN Ramasamy dh jadi pembela islam. Asal sokong PAS/PN semua jadi baik suci murni. Bayangkan dulu gegak gempita Malaysia semua pemuda di peringkat kawasan buat poster jangan biadap kemudian post di FB masing². Naratif dibina untuk nak mengangkat isu kononnya PH dahulu meletakkan suara Ramasamy sebagai halatuju dan panduan dalam memerintah.












Apabila ramasamy keluar DAP dan PH, walaun dan pimpinan julang Ramasamy dah macam hero dalam PN. 


Walaun yang kena cucuk hidung lupa dah dulu mereka kecam dan kutuk kaw² si Ramasamy ni. Bagi walaun hat dulu tutup buku..sekarang dah boleh bersama lawan PH dan nak jatuhkan Anwar semuanya dah diampunkan.. KIOK...macam haramjadah. SANUSI kata KEPALA BAPAK HANG...tu BUKAN maki..tapi puji pujian.






NEGARA BERDAULAT ...


 

Terciduk nampaknya, Siap limit komen , lepas termalu sendiri.

MMS


 Terciduk nampaknya, Siap limit komen , lepas termalu sendiri.








Itulah orang kata, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga.


Nilah kut tamsilan yang Hadi kata kerengga banyak mengacau. 


Bayangkan kalau Din Pdf yang jadi PM, jangan kata nak jadi pendamai, soalan live wartawan pun takut nak jawab.



AKAI TAK DAK.


Hamdan Taha


 Saya rasa tak suka macam mana pun pada Anwar Ibrahim jangan sampai Menghina melampau terutamanya dari ahli Parti yang memperjuangkan Islam. Ketua Penerangan Parti Pas dan Bersatu ni orang muda, tapi kena tunjuk lah sedikit kematangan berpolitik, bukan semua kita nak serang dan balun... Saya pun kerap mengkritik PMX dan Kerajaan PMX tapi jangan lah sampai tahap bukan lagi berpolitik, jika orang macam saya ni orang awam masih boleh di maafkan lagi, tapi jika mewakili Pas atau Bersatu lain caranya...







Ahli Parlimen Jasin juga semasa perhimpunan sengaja di pilih untuk baca doa, tapi doa begitu juga tak sepatutnya di gunakan kepada orang islam lainnya, doa itu bahaya sebab jika Allah turun Laknat pada Malaysia dia tak pula pilih ahli PkR dan Umno je... Ahli Pas pun kena juga... Yang tak berparti pun kena... Jika Bala Allah turun...


Saya bukan suka pmx ni dia memang banyak berbohong dalam trik politik beliau. Tapi jangan sampai tahap Pas hina dia lah sebab Pas parti politik... Kami rakyat biasa.




LAGENDA MAT TEMPE. TURUN TAK NAIK NAIK DAH. KIOK


 Mukhlis Eddie



Kenyataan itu datang daripada seorang tokoh yang pernah digelar Mat Tempe atas latar asalnya yang sederhana, dikenang sebagai Mat Penyapu kerana kempen ‘kebersihan’ sewaktu memimpin, dan kini tercatat dalam sejarah sebagai pesalah rasuah. 


Satu kombinasi pengalaman yang pastinya menjadikan beliau sangat 'layak' untuk memberi ceramah moral kepada negara. 


🤭ma🤭chee🤭bai🤭




WALAUN TAK KENANG BUDI.


Sham Ghaz


Abdul Razak Ab Halim, AJK Pemuda Pas Kelantan kena faham maksud peribahasa “orang berbudi, kita berbahasa”.








Anwar Ibrahim bagi sumbangan RM7.76 juta untuk baiki Masjid dekat rumah Dato Ahmad Yaakob. 


Posting saya tegur bekas MB Kelantan Dato' Ahmad Yakob, Persuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Mursyidul Am Pusat menyebabkan kamu melenting dan menyamakan tindakan Anwar itu seperti “membeli” bekas MB? 


Murah sangat ayat kamu tu, kena respect sikit orang yang bantu kita. W/pun ia seorang lawan politik je pun.


Amat tidak patut bekas MB Kelantan pergi program Turun Anwar yang membantu dia menyiapkan rumah Allah


Jika itulah perangai Walaun, elok bagi duit tu pada Masjid yang pro Pakatan Harapan/Kerajaan Perpaduan. 


Tapi Anwar bukan berfikiran sempit macam Sanusi Md Nor, isu dunia seperti perang Kemboja - Thailand dan Ambalat Indonesia - Malaysia dia boleh selesaikan dengan damai , malah dengan Dr. Mahathir bin Mohamad pun dia boleh maafkan, inikan pula dengan pemimpin Pas yang pernah tidur sebantal dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.


Fikirkan lah elok-elok siapa lawan dan kawan kamu. Mahathir dan Muhyiddin adalah pemecah belah.




Fadhli Shari Perlekeh Usaha PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim. DADAH KAWASAN DIA PUN DIA TAK MAMPU KAWAL.

Fadhli Shaari Sindir PMX : NAK BUAT MACAMANA SEBAB TAK CERDIK : Thailand Dan Kemboja Setuju Genjatan Senjata,...

PARLIMEN : YB PAS ARAU DEGIL AKHIRNYA TERSIPU MALU DIPERINTAH DUDUK OLEH...

Himpunan turun Anwar bawa kesan tidak diduga - Cina sanggup lupakan kema...

KEBIADAPAN MP PASIR MAS TIADA UBATNYA! ASIK TUNGGANG & BERPOLITIK!

Nak tolak rasuah? Mula dengan pendidikan

RAFIZI DAH TAK KISAH PRU16 - PMX JUGA PATUT RISAU PASAL ISU INI | Ayuh M...

NAK JAGA PARLIMEN SENDIRI DARI DADAH PUN TAK MAMPU, NAK KUTUK PEMIMPIN SEPERTI ANWAR ...PENTINGNYA PENDIDIKAN KALAU NAK JADI AHLI PARLIMEN.


 

Fadhli Shaari dikecam teruk, ada yang tuntut letak jawatan MP Pasir Mas

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dikecam teruk gara-gara memuat naik hantaran dan gambar satira menampilkan figura hakim di hadapan biri-biri dan kambing yang berebutkan pisang.

Ketika mesyuarat khas dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyaksikan Thailand dan Kemboja bersetuju untuk gencatan senjata serta-merta serta tanpa syarat, kecaman terhadap Ahmad Fadhli membanjiri media sosial.

Reaksi tidak puas hati orang ramai itu termasuk tuntutan supaya Ahmad Fadhli meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.


Aktivis Keadilan Rakyat, Fairul al Qasas berkata, tindakan Ketua Penerangan Pas Pusat berkenaan sangat biadab, kebudak-budakan dan langsung tiada empati terhadap apa yang bakal berlaku jika perang Thailand-Kemboja itu berterusan.


“Saya mengecam politik sempit dan kolot Pas ini.


“Walaupun satu-satu perjanjian damai itu tidak semestinya berjaya, sebagai seorang manusia yang berakal sepatutnya Fadhli Shaari menyokong segala usaha kearah perjanjian damai,” tegas beliau menerusi kenyataan.


Selain, karikatur satira tiga haiwan itu, Fadhli turut memuat naik tangkap layer laporan berita Bangkok Post pada 25 Julai lalu bertajuk, “Thailand rejects mediation in Cambodia conflict, open to bilateral talk”.


Mengulas lanjut, Fairul menegaskan tindakan Fadhli meletakkan Malaysia khususnya Perdana Menteri sebagai monyet manakala Thailand dan Kemboja sebagai kambing dan biri-biri juga satu kebiadaban yang boleh mengundang masalah hubungan diplomatik negara ASEAN.

 

“Tidak sukar untuk menentukan niat Fadhli Shaari dalam status ini yang merujuk tawaran perbincangan damai oleh Malaysia sebagai monyet.


“Fadhli Shaari juga merujuk Thailand dan Kemboja sebagai kambing dan biri-biri.


“Fadhli Shaari gagal menyerlahkan beliau sebagai mewakili Parti Islam yang menyeru kepada kedamaian dan wakil Kelantan yang tinggi akal budinya.


“Saya dengan ini menyeru supaya Fadhli Shaari meletak jawatan segera sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ketua Penerangan Pas atas tindakan yang memalukan ini,” tegas Fairul lagi.








Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand-Kemboja Bukti Kepimpinan ASEAN Dihormati

 


Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Kejayaan Malaysia membawa Thailand dan Kemboja ke meja rundingan dan mempengerusikan rundingan kedua-dua negara sehingga mencapai persetujuan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat jelas membuktikan ASEAN masih dihormati dalam menyelesaikan konflik serantau tanpa campur tangan kuasa luar.

Ini sekaligus menyerlahkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 sambil menyaksikan dua negara bertelagah boleh mencapai persefahaman menghentikan sebarang konflik bersenjata.

Menurut penganalisis politik Mohammad Zarizi Jamil, Perdana Menteri telah mempamerkan semangat perpaduan ASEAN sebenar dengan menggunakan pendekatan diplomasi berbanding peperangan bagi mengelak konflik merebak ke negara lain.




Mohammad Zarizi berpendapat Perdana Menteri telah mempamerkan semangat perpaduan ASEAN sebenar dengan menggunakan pendekatan diplomasi berbanding peperangan bagi mengelak konflik merebak ke negara lain
.

“Aspek penting dalam mana-mana rundingan ialah memahami masalah atau konflik, mencari titik persefahaman dan seterusnya menghentikan sebarang tindakan ketenteraan dan mengundurkan aset sebagai bukti mahukan perdamaian.

“Amat jelas Perdana Menteri mahukan kesemua pihak bertenang dan mengelak konfrontasi atau provokasi lanjutan dan yang lebih penting ialah bagaimana Thailand dan Kemboja memikirkan masa depan rakyat kedua-dua negara yang berada di sempadan dari segi ekonomi, kestabilan politik dan pembangunan jangka panjang,” ujarnya.

Pandangan serupa dikongsi penganalisis politik yang menyifatkan rundingan atau musyawarah merupakan pendekatan terbaik menyelesaikan pertikaian politik dalam mana-mana situasi seperti yang ditekankan dalam Islam.



Abul Jais rundingan atau musyawarah merupakan pendekatan terbaik menyelesaikan pertikaian politik dalam mana-mana situasi seperti yang ditekankan dalam Islam.

”Alhamdulillah dengan pendekatan dipomasi Perdana Menteri serta kebijaksanaan memahami kehendak dan tuntutan kedua-dua negara membolehkan gencatan senjata dicapai segera dan menghentikan pertumpahan darah yang akhirnya merugikan kedua-dua negara.

”Tiada yang lebih baik melainkan melihat dua musuh berdamai walaupun sementara bagi mencari titik penyelesaian isu sempadan dalam semangat ASEAN itu sendiri,” jelas Abul Jais Ashfaq Ahmed.

Sementara itu, Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, inisiatif diplomasi itu adalah bukti konsep ASEAN centrality (keutamaan pusat) yang diperkukuh menerusi kepimpinan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.



Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia telah berjaya menunjukkan keupayaan sebagai kuasa pertengahan ASEAN untuk mengurus konflik secara tersusun, sekaligus memaparkan wajah ASEAN sebagai rantau yang mampu bergerak sendiri dalam menyelesaikan perbalahan.

“Pendekatan diplomasi tersusun ini menjadi mercu tanda baharu bahawa penyelesaian konflik akibat isu sejarah seperti penjajahan, ketidakadilan, persempadanan bahkan ketegangan antara pemimpin ASEAN masih boleh dileraikan dalam kerangka ASEAN itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, gencatan senjata yang berkuat kuasa mulai tengah malam tadi berjaya meredakan ketegangan di sempadan kedua-dua negara dan Malaysia memantau rapat perkembangan susulan persetujuan berkenaan yang dicapai petang semalam.



Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, menghadiri mesyuarat khas itu yang bermula jam 3 petang.

Ia merupakan pertemuan secara bersemuka pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak ketegangan tercetus antara kedua-dua negara jiran berkenaan pada 24 Julai lalu.

Wakil Amerika Syarikat dan China turut hadir menyaksikan rundingan gencatan senjata malah memuji pendekatan Malaysia menangani krisis berkenaan.




AS Puji Kepimpinan PM Anwar Jadi Orang Tengah Rundingan Gencatan Senjata

 

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata AS menyambut baik pengumuman gencatan senjata Thailand-Kemboja yang diumumkan, petang tadi. Foto Facebook Marco Rubio

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjadi orang tengah kepada persetujuan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dengan Kemboja.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata AS menyambut baik pengumuman gencatan senjata Thailand-Kemboja yang diumumkan, petang tadi.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata ini,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara AS, lewat malam tadi.



Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Rubio turut menggesa Thailand dan Kemboja agar mematuhi sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik dan mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

“Presiden Donald Trump dan saya komited untuk menghentikan keganasan serta-merta, dan kami menjangkakan Kerajaan Kemboja serta Thailand akan menunaikan sepenuhnya komitmen mereka bagi menamatkan konflik ini,” katanya.

Rubio menegaskan AS akan terus komited dan terbabit dalam proses yang dianjurkan bersama Malaysia bagi menamatkan konflik berkenaan.



Kenyataan ringkas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio yang menghargai komitmen Kemboja dan Thailand untuk melaksanakan gencatan senjata tengah malam 29 Julai 2025.

“Kami menggesa semua pihak agar menunaikan komitmen masing-masing,” katanya.

Terdahulu, satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anwar selaku Pengerusi ASEAN, telah diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, menghadiri mesyuarat khas itu yang bermula jam 3 petang.

Ia merupakan pertemuan secara bersemuka pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak ketegangan tercetus antara kedua-dua negara jiran berkenaan pada 24 Julai lalu.



Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mesyuarat itu berlangsung hampir dua jam setengah.

Turut hadir ialah Duta AS ke Malaysia, Edgard Kagan, dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

AS bertindak sebagai penganjur bersama mesyuarat itu, manakala China hadir sebagai pemerhati bagi menyokong penyelesaian damai terhadap situasi yang sedang berlaku.

Pada sidang media bersama selepas mesyuarat itu, Anwar mengumumkan Thailand dan Kemboja telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan yang belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara itu.



PALA HOTAK MUNG


 

Krisis Perang Thailand - Kemboja bermula dari sebuah kuil.

 

Sham Ghaz



Krisis Perang Thailand - Kemboja bermula dari sebuah kuil.







Buat yang tidak tahu menahu kenapa Thailand dan Kemboja berperang, perkara ini berlaku sejak 1954 apabila tentera Perancis berundur dari Kemboja.


Pertikaian ini bermula di wilayah sempadan antara Thailand dan Kemboja, khususnya melibatkan kawasan sekitar Kuil Preah Vihear - sebuah tapak warisan purba yang terletak di sempadan kedua-dua negara.


Ada kronologi mudah untuk sahabat sahabat mudah hadam boleh rujuk di page REFORM.my



ORANG BUSUK HATI PERUT MENULIS KE PM ANWAR. DULU DIA KUTUK CALON DAP YANG DAPAT A1 DALAM BM... ORANG MINTA KEPUTUSAN DIA.. TAK BAGI.. MESTI GAGAL DALAM BERBAHASA. KAWASAN BANYAK NGAT PIL KUDA. .


Che Ibrahim 


Ambo dulu arwah Dr Mahmud Zuhdi (secara berseloroh) menyebut ambo ni "Ketua Pemberontak". 



Adik dia pula arwah Dr Mohamad Kamil kata ke ambo... Ni la anak murid sejati... 


Ambo tak tahu nak kata gapa ke anak murid ambo Fadhli Syaari ni, mari malu pula ada anak murid setara ni otak dia.... Semuanya kerana kebencian melampau kepada PMX.



𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜: 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞, 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗔𝗟 & 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 - 𝘼𝙮𝙪𝙝 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 = 𝙋𝙚𝙧𝙪𝙨𝙖𝙝𝙖𝙖𝙣 𝙎𝙤𝙨𝙞𝙖𝙡









Kita biasa tengok ahli politik yang bila kalah:


•  Bukak gelanggang baru nak sabotaj.


•  Tubuh blok baru atas dasar dendam.


•  Meroyan kat media macam bekas kekasih tak reda ditinggalkan.


𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞?


➡️ Dia kalah dalam PKR 2025.

➡️ Dia lepaskan jawatan Menteri.

➡️ Tapi dia tak pilih jalan "politik kepala lutut."


Sebaliknya dia buat sesuatu yang tak dijangka oleh manusia politik konvensional: Dia pilih untuk terus menyumbang, tapi bukan atas pentas politik.


𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 — 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡


Projek Ayuh Malaysia bukan NGO biasa, bukan bisnes-bisnes retorik jual air liur MLM. Ia satu platform sosial yang bijak — menyatukan 3 pemain ekonomi:


1. Pendana (𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘰𝘥𝘢𝘭 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘪𝘯𝘷𝘦𝘴𝘵 𝘬𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘯𝘢),


2. Pemilik fasiliti/kedai/mesin/tanah/ladang (𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯),


3. Pekerja atau pengusaha muda (𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘬𝘴𝘦𝘴).


📌 𝗜𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗱𝗲𝗮 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮-𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮. 𝗜𝘁𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 “𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗴𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴-𝗿𝗼𝘆𝗼𝗻𝗴 𝗺𝗼𝗱𝗲𝗻.”


Rafizi nampak satu realiti yang ramai dalam politik tak nampak:


> “𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘴𝘢𝘳, 𝘬𝘢𝘶 𝘤𝘪𝘱𝘵𝘢 𝘦𝘬𝘰𝘴𝘪𝘴𝘵𝘦𝘮.”

— 𝘙𝘢𝘧𝘪𝘻𝘪, 𝘴𝘪 𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘦𝘦𝘳 𝘪𝘥𝘦𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨.


⚔️ 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞𝗛𝗧𝗔, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧


Tingkah Rafizi ni pelik bagi orang politik lama — sebab dia tak membalas dengan sabotaj atau fitnah. Dia tak ganggu kerajaan. Tapi dia ganggu ketenangan dubuk Damai yang ingat dia akan merajuk.


➡️ Mereka panik sebab Rafizi masih relevan tanpa platform.

➡️ Mereka bising sebab rakyat masih mendengar walau dia tak berceramah di pentas.

➡️ Mereka sentap sebab Rafizi bekerja bukan untuk menang jawatan, tapi untuk menang jiwa.


Dan sebab itulah geng-geng dalam PKR yang konon “damai” sebenarnya tak damai tengok Rafizi masih berjalan tegak.

Dulu depa kata Rafizi ni problem dalam parti. Tapi bila dia dah tak ada, barulah depa tahu:


> “Masalah sebenar ialah bila Rafizi tiada, idea pun hilang.”


💬 𝗤𝗨𝗢𝗧𝗘 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 — 𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡:


> “𝘈𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘳 𝘬𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵.”

— 𝘓𝘦𝘰𝘯 𝘞𝘦𝘯, 𝘦𝘥𝘪𝘴𝘪 **𝘚𝘌𝘉𝘌𝘔


> "𝘗𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘵𝘶-𝘴𝘢𝘵𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘬𝘵𝘪. 𝘈𝘥𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨, 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘱𝘪𝘯𝘵𝘶 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘵𝘶𝘱, 𝘥𝘪𝘢 𝘣𝘶𝘬𝘢 𝘱𝘪𝘯𝘵𝘶 𝘦𝘬𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘣𝘶 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘩."

— 𝘙𝘦𝘧𝘭𝘦𝘬𝘴𝘪 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘫𝘪𝘸𝘢-𝘫𝘪𝘸𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘯𝘥𝘢𝘮


💣 𝗧𝗜𝗕𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗞𝗜𝗧 𝗚𝗘𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨 𝗧𝗨


🔻 Yang bising pasal “kesetiaan parti” tapi lupa kesetiaan tu sepatutnya pada rakyat dulu.

🔻 Yang tamak kerusi tapi tak reti hasilkan apa-apa selain kemaruk dan kempen TikTok.

🔻 Yang ingat bila Rafizi hilang, semua akan tunduk pada kehebatan retorik basi mereka.


Maaf, Rafizi tak perlu politik untuk jadi pencetus perubahan.

Yang kau orang ada cuma kuasa sementara, tapi tak ada kredibiliti dan tiada impak.


💥 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 **𝗦𝗘𝗕𝗘𝗠: 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗪𝗔𝗦, 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡


Rafizi sekarang bukan lagi Menteri.

Tapi 𝙙𝙞𝙖 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜.

Dia tak ada jawatan. Tapi dia ada wawasan.

Dia bukan dalam kuasa. Tapi 𝙙𝙞𝙖 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙞𝙣.


𝗗𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 dari seribu janji politik yang kosong tak berisi.


Ayuh Malaysia bukan slogan. Ia misi.

Dan 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙚𝙣𝙙𝙖𝙢. 𝘿𝙞𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙣𝙞𝙡𝙖𝙞.


Kau boleh buang dia dari parti.

𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗸𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗷𝗶𝘄𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗲𝗹𝗶𝗸.


— 𝗬𝘂𝗻𝗸𝗸𝗸 **𝗦𝗘𝗕𝗘𝗠 𝗦𝘁𝘆𝗹𝗲:

🔥 “𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘩. 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨, 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘭𝘦𝘵𝘪𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘪𝘬𝘩𝘪𝘢𝘯𝘢𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘰𝘯𝘰𝘯 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘣𝘢𝘵.”


====>>>

✍️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘵𝘢…

𝘉𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘢𝘮 𝘪𝘵𝘶 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘩, 𝘬𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘯𝘨𝘬𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘯𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘳𝘢𝘩.


**𝘚𝘌𝘉𝘌𝘔 = 𝘚𝘌𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘉𝘦𝘳𝘢𝘱𝘪 & 𝘌𝘮𝘰𝘴𝘪 𝘔𝘢𝘳𝘩𝘢𝘦𝘯


𝘓𝘪𝘯𝘬 𝘮𝘢𝘯𝘧𝘢𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵:


https://www.ayuhmalaysia.org/


𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶, 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗹𝘆 𝘁𝗵𝗲 𝗕𝗲𝘀𝘁, 𝗕𝗲𝘁𝘁𝗲𝗿 𝘁𝗵𝗮𝗻 𝗮𝗹𝗹 𝘁𝗵𝗲 𝗿𝗲𝘀𝘁.


Kredit : Leon Wen


#RafiziRamli #RR #TeamRafizi #Hiruk #Reformasi2_0 #gelombanghiruk #AyuhMalaysia2_0 #KekalRafizi


.



PM ANWAR KE INDONESIA



 Usai urusan di Putrajaya, saya kini turun ke Jakarta, Indonesia dalam rangka Lawatan Kerja yang bermula hari ini dan esok. 










Insya-Allah, esok saya dijadualkan untuk ketemu sahabat dan Presiden Republik Indonesia Bapak Prabowo Subianto. 


Doakan Lawatan Kerja kali ini memberi manfaat yang terbaik buat rakyat kedua-dua negara sahabat. 


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




LEBAI QUNUT NAZILAH

 





Mustaffa Yaacob


Dulu dia baca qunut nazilah, Allah hantar banjir besar kat Kedah. Banjir yg luar biasa besarnya sampai Sanusi pun terpaksa pindah dari kediaman rasmi MB. Ada video dia pikul Mak dia dalam banjir. Tu lepas qunut nazilah dalam parlimen dibaca.


Skrg dia baca lagi qunut nazilah, maka Allah hantar polis tangkap geng PAS iaitu Che'GuBard. Kemudian Allah lembutkan hati pemimpin Thailand & Kemboja yg berkonflik lebih 10 tahun utk berdamai seperti cadangan PMX.  Seterusnya harumlah nama Anwar Ibrahim & Malaysia di akhbar² seluruh dunia. Semuanya selepas qunut nazilah yg dibacakan dgn niat untuk merosakkan kerajaan yg dipilih dalam pilihanraya oleh rakyat.


MORAL:  Kepada Lebai Qunut dari Jasin ini, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu siapa penunggang agamaNya dan siapa yang ikhlas kerana agamaNya. Toksah tipu laa. Dah laa muka lebai ni mcm Hussin Al Mala'al A'lam. Geram ana nak starlight 🤣


Aril Kadir Al Katami


Dulu dia baca qunut nazilah, Allah hantar banjir besar kat Kedah. Banjir yg luar biasa besarnya sampai Sanusi pun terpaksa pindah dari kediaman rasmi MB. Ada video dia pikul Mak dia dalam banjir. Tu lepas qunut nazilah dalam parlimen dibaca.


Skrg dia baca lagi qunut nazilah, maka Allah hantar polis tangkap geng PAS iaitu Che'GuBard. Kemudian Allah lembutkan hati pemimpin Thailand & Kemboja yg berkonflik lebih 10 tahun utk berdamai seperti cadangan PMX.  Seterusnya harumlah nama Anwar Ibrahim & Malaysia di akhbar² seluruh dunia. Semuanya selepas qunut nazilah yg dibacakan dgn niat untuk merosakkan kerajaan yg dipilih dalam pilihanraya oleh rakyat.


MORAL:  Kepada Lebai Qunut dari Jasin ini, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu siapa penunggang agamaNya dan siapa yang ikhlas kerana agamaNya. Toksah tipu laa. Dah laa muka lebai ni mcm Hussin Al Mala'al A'lam. Geram ana nak starlight 🤣



PEMBANGKANG CUBA BURUKKAN NEGARA, ANWAR KEMBALIKAN KEPRCAYAAN DUNIA

 Sham Ghaz


Saat Pembangkang Gagal main Isu untuk turunkan Anwar, negara jiran kita percayakan Anwar Ibrahim boleh jadi orang tengah perang Thailand - Kemboja harini.


Pembangkang Gagal tak reti nilai kaca dan permata.








Wakil Us dan China juga turut hadir jadi pemerhati.