MINYAK RON 97 NAIK 5 SEN...EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI...

Minyak Ron 97 dikatakan akan naik sebanyak 5 sen mulai esok. menjadikan ianya 2.15 sen .Manakala minyak diesel dan juga ron 95 tidak berunah...


DEMIKIANLAH SEADANYA DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT..1 MALAYSIA...

Penutup seri pada Konferensi Konstitusi yang merupakan dasar dari 'Kontrak Sosial' (bagian 8 dari seri Kontrak Sosial)

Penutup siri pada Konferensi Konstitusi yang merupakan dasar dari 'Kontrak Sosial' (bagian 8 dari seri Kontrak Sosial)

Konferensi Konstitusi Januari-Februari 1956 disepakati bahawa Komisi Konstitusi akan dibentuk untuk mengatasi banyak masalah, yang satu untuk "menjaga posisi dan prestise dari Penguasa" plus untuk "menjaga posisi khusus orang Melayu dan kepentingan sah dari lain (non-Melayu) masyarakat ". Tidak ada kesepakatan mengenai Melayu yang diberikan hak khusus dan hak istimewa dan disepakati bahawa Federal/Persekutuan Malaya yang merupakan Konstitusi baru akan didasarkan pada apa yang telah Konferensi Konstitusi memutuskan.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

DOWNLOAD THE ENTIRE FILE IN PDF FORMAT HERE: http://malaysia-today.net/files/ConstitutionalConference.pdf DOWNLOAD SELURUH FILE DALAM PDF FORMAT DISINI: http://malaysia-today.net/files/ConstitutionalConference.pdf



Konferensi Konstitusi juga ditujukan amandemen Perjanjian Federasi (bagian 7 dari seri Kontrak Sosial)

Konferensi Konstitusi juga ditujukan amandemen Perjanjian Federasi/Persekutuan (bahagian 7 dari siri Kontrak Sosial)

Perjanjian federasi/Persekutuan Malaya ini ditandatangani pada tanggal 21 Januari 1948 dan mulai berlaku pada tanggal 1 Februari tahun yang sama. Suatu bentuk kewarganegaraan umum diciptakan bagi semua yang mengakui Malaya sebagai rumah permanen/tetap mereka dan faktor kesetiaan penuh mereka. Dalam kerangka ini permukiman Penang dan Malaka tetap menjadi wilayah Inggeris sedangkan Singapura menjadi koloni yang terpisah berdasarkan Surat Gubernor sendiri.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin Raja Petra Kamarudin


Konstitusi Konferensi ini dihadiri oleh pemerintah Alliance dan tidak UMNO (bagian 6 dari seri Kontrak Sosial)

Konstitusi Konferensi ini dihadiri oleh pemerintah Alliance dan tidak UMNO (bagian 6 dari seri Kontrak Sosial)

Lampiran A dari laporan tentang Konferensi Konstitusi diadakan di London dari Januari-Februari 1956 menunjukkan bahawa ianya dihadiri oleh pemerintah pakatan Malaya dan bukan UMNO. Juga hadir adalah perwakilan dari pemerintah Inggeris dan Penguasa Melayu Malaya.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


HARI INI DALAM SEJARAH : Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya

Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

ayuh utusan..demi bangsa melayu..anda boleh berdebat dengan PARTI YANG PALING RASIS DI DUNIA.

YA..UTUSAN HARUS JADI ANAK JANTAN AGAR BERDEBAT DENGAN DAP KERANA SELAMA INI AKHBAR INI SERINGKALI DILIHAT LEBIH MELAYU DARI MELAYU.MAKA KERANA ITU , ORANG-ORANG MELAYU MAHU MENGETAHUI BAHAWA UTUSAN MEMANG BEBAR MENOLONG MELAYU MEMBANGUNKAN MINDA MEREKA KERANA MEMBACA UTUSAN...AKHBAR ITU JUGA DIBERI PELUANG SELAMA 7 HARI BAGI MEMBERIKAN PERSETUJUAN.....JIKA TIDAK ANDA BACUL






DAP hari ini mencabar akhbar Utusan Malaysia supaya bersifat bertanggungjawab dan menyahut tawaran debat berhubung dakwaan parti pembangkang itu sebuah pertubuhan yang rasis.

Cabaran itu dibuat oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara , Tony Pua berikutan kolumn yang disiarkan pada Ahad lalu di Mingguan Malaysia yang melabelkan DAP sebagai parti paling rasis di dunia.

'Awang Selamat dalam pojoknya menulis: “Ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar.

“Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?”

Pua membalas dan menganggap serangan itu sebagai “melampau' dan “keterlaluan”.

Demi 'kebenaran dan keadilan, Pua yang juga setiausaha publisiti DAP, mencabar Awang Selamat atau mana-mana wakil pengarang Utusan supaya berdebat.

“Editor dan pemiliknya tidak harus bersembunyi di belakang nama pena dan melemparkan tuduhan tanpa asas, (bertindak) sebagai penembak curi,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Sambil menyifatkan akhbar itu sebagai “pengecut”, Pua mencabar mereka menyahut cabarannya “jika mereka sebenarnya mempertahankan bangsa Melayu”.

AZMIN MENDAHULUI..SILAP DATA KATA SAIFUDIN

Azmin pula dahului Zaid, SU Agung PKR dakwa data silap

November 01, 2010

PETALING JAYA, 1 Nov — Keputusan rasmi kali ketiga dikeluarkan hari ini termasuk penjelasan pada sidang media menunjukkan Naib Presiden Azmin Ali pula mendahului saingan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selepas menyaksikan situasi peratusan keluar mengundi yang rendah sepanjang tiga hari pertama, pemilihan kali pertama menggunakan sistem pemilihan langsung ini berhadapan kesilapan keputusan rasmi awal.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak, memperoleh 3,051 undi manakala Datuk Zaid Ibrahim diumumkan hanya menerima 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, yang juga Naib Presiden PKR, mengumpulkan 1,149 undi.

Mengumumkan perkara itu tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan kedudukan adalah ekoran kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan.

“Ia kesilapan manusia,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Perubahan kedudukan termasuk yang diumumkan Saifuddin adalah yang ketiga sejak pagi tadi.

Keputusan yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051.

Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi.

Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat 30 menjadi 1,271.

MENYUSUL LAGI


Isteri tentera pula didaftar pengundi pos.spr perlu siasat..


TASEK GELUGOR, 1 Nov: PAS Negeri Pulau Pinang mendakwa satu lagi penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila bertindak mendaftar isteri tentera sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Fadzil Kemi ketika dalam sidang media di Pejabat Parti Keadilan Cabang Tasek Gelugor semalam menegaskan, yang peliknya SPR tidak pun memaklumkan kepada isteri tentera terbabit bahawa mereka telah menukar status pemilih dari pengundi awam ke pengundi pos.

Sedangkan, katanya jika mahu berbuat demikian seseorang isteri tentera harus mengisi borang 1 bukan boleh melakukan tanpa pengetahuan mereka terlebih dahulu.

Walhal isteri tentera sebelum ini, ujarnyaadalah pengundi awam yang tertera dalam daftar pemilih dan bercanggah dengan peraturan-peraturan pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) pindaan 2002 dalam seksyen 2(b) yang mana isteri seorang anggota tentera diberi pilihan sama ada mahu mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (undi pos) atau pengundi awam.

"PAS Pulau Pinang mendapati apa yang berlaku terhadap 630 orang isteri tentera di Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Air Tawar sebagai undi Pos diragui kerana mereka tidak pun dimaklumkan tentang status pemilih mereka sebelum ini," ujarnya sebagaimana yang terdapat pada pertambahan undi Pos dalam Pendaftar Pemilih Tambahan (DTP) suku ketiga 2010.

Katanya, menjadi persoalan sekarang ialah nama mereka diletakkan di bawah pengundi baru sedangkan mereka mendaftar dan mengundi beberapa kali sebelum ini.

Tambahnya, ia juga bertentangan dengan sistem SPR yang tidak akan membenarkan pendaftaran baru bagi orang yang pernah mendaftar.

Contohnya, Nazirah Mahmood yang sebelum ini mengundi di Jarak, Tasek Gelugor dalam Dun Permatang Berangan tetapi kini namanya tiada lagi sebagai pengundi awam sebaliknya diletakan di daerah mengundi Jalan Masjid dalam Dun Teluk Air Tawar.

"Bila ditanya beliau mengatakan tidak pernah memohon pertukaran status pemilih dari pengundi awam ke pengundi pos. Walaupun beliau seorang isteri tentera namun lebih senang memilih mengundi cara awam daripada pos," katanya yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang.

Jika begitu, sambung Fadhil, ianya berkemungkinan mempunyai agenda tertentu untuk menggunakan undi pos sebagai 'fixed deposit' dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Sertai sama dalam sidang media itu ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man, Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mohd Nasir Mohamed dan Setiausaha DAP Bahagian Bagan, Francis Ong Koon Liak.

CERAMAH DI GALAS

DUIT AMBIL...UNDI UNTUK PAS

Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T 1Malaysia untuk mengambil bahagian di kawasan perumahan mereka semalam.

Kebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang serta dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.

Selain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik.

"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain,” kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.

Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.

Pengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan mengenainya oleh penduduk tempatan.

"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS,” katanya.

NASIB MELAYU PULAU PINANG

woiii..HARGA GETAH TINGGI DARI DUIT YANG KAMU DAPAT....

Apa yang nak dikatakan kepada budak dua ekoq ni.... Tukang kempen atau kacau orang nak buat kerja..... Oii Getah lani RM11.50 sekilo..., tak payahlah nak pi buat baik kat penoreh getah,,,
Depa dah tak pandang kain batik lagi dah......


KAIN BATIK DAN DUIT SEPULUH RINGGIT TAK MAIN LA............

AHLI UMNO ....

RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?


Sabri Said

PULAU PINANG, 31 Okt: Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

"Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

"Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

"Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

"Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

Umno dan Utusan menipu lagi



Liew Chin Tong

DAP kesal dengan tindakan Utusan Malaysia dan beberapa pemimpin Umno yang masih menyebarkan fitnah berbau perkauman kononnya orang Melayu akan dihalau dari Pulau Pinang. Pembohongan itu bukan sahaja satu dusta yang sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Melayu tetapi juga percubaan Umno untuk menutup kelemahan diri yang gagal membela bangsa Melayu.

IPT di Balik Pulau Kerajaan negeri Pakatan rakyat Pulau Pinang telah pun menjelaskan beberapa kali tentang cadangan pembinaan kampus institut pengajian tinggi (IPT) antarabangsa yang BELUM diluluskan permohonan. Tetapi Utusan dan Umno terus dengan fitnah mereka kononnya Melayu di Balik Pulau akan menjadi mangsa jika IPT-IPT berkenaan dibina.

Utusan dan Umno gunakan istilah “universiti Cina” dan “universiti Singapura” yang kononnya sudah diluluskan permohonan untuk menyebarkan api perkauman. Ini berita palsu dan tidak benar sama sekali. DAP berjuang untuk semua kaum dan peluang pendidikan juga untuk semua kaum.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah menyatakan hasrat untuk menjemput Universiti Al-Azhar dari Mesir supaya membina kampus cawangan di Pulau Pinang. Tetapi ini didiamkan sama sekali oleh Utusan dan Umno. Apakah mereka tidak mahu orang Melayu dan Islam menikmati peluang pengajian Al-Azhar melalui kampus tempatan di negeri sendiri?

Kerajaan negeri juga sudah menjelaskan bahawa dakwaan kononnya tanah 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di Balik Pulau sudah diwartakan untuk untuk pembinaan IPT adalah fitnah dan berniat jahat. Perkara ini juga telah pun disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Haji Jusni Ismail pada awal bulan Oktober 2010.

Malah daripada cadangan pembinaan IPT itu, ia dijangka hanya melibatkan 21 peratus pemilikan tanah orang Melayu. Daripada 15 rumah yang dikenal pasti (tetapi keputusan belum dibuat), hanya enam milik orang Melayu.

Cadangan untuk mengambil tanah bagi pemibinaan IPT juga melibatkan kemungkinan pengambilalihan tanah kawasan penternakan babi di kawasan itu. Mengapa Umno dan Utusan tidak menyatakan fakta ini? Mengapa Umno dan Utusan mahu bermain api perkauman?

Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong Apabila Mahkamah Sesyen menolak permohonan penduduk Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong yang mahu menghalang perobohan rumah mereka oleh pemaju dari Kuala Lumpur baur-baru ini, Umno dan Utusan menyalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tetapi mereka hanya membangkitkan masalah kampung orang Melayu sahaja sedangkan kawasan yang mahu dibangunkan melibatkan lapan kampung di mana dua sahaja majoriti orang Melayu manakala enam lagi didiami oleh orang Cina.

Fitnah juga ditumpukan kepada projek perumahan sahaja, seolah-olah pengambilan tanah di kawasan itu tidak mengambil kira projek-projek pembangunan lain seperti perluasan kawasan sekolah dan pembinaan jalan untuk dihubungkan dengan Jelutong Expressway. Semua ini didiamkan oleh Umno dan Utusan kerana mereka tahu ia adalah pembangunan untuk rakyat.

Namun kita ingin tegaskan bahawa ini bukan soal perkauman. Hak adalah perkara asasi untuk setiap individu dan masyarakat. Pakatan Rakyat tidak akan terperangkap dalam isu perkauman yang dimainkan oleh Umno dan Utusan.

DAP bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat telah berusaha untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan kepada semua penduduk tanpa mengira kaum. Walau pun Mahkamah telah membuat keputusan, kita akan terus membantu mengikut kemampuan.

Tetapi Umno dan Utusan hanya mahu mengapi-apikan perkauman tanpa membuat apa-apa untuk membantu orang Melayu, Cina dan India yang mengalami masalah. Malah sewaktu Gerakan dan Umno menerajui kerajaan negeri, mereka juga tidak banyak berbuat apa-apa untuk rakyat miskin di Pulau Pinang.

Jika Umno jujur dan ikhlas membantu orang Melayu sejak lebih 30 tahun lalu, sudah tentu kehidupan orang Melayu sudah jauh lebih baik. Pakatan Rakyat yang tak sampai usia 3 tahun ini sedang berusaha untuk memperbaiki segala macam masalah yang ditinggalkan oleh Umno dan Gerakan sejak lebih 30 tahun itu.

Rakyat tidak sepatutnya mudah terpedaya dengan dakyah Umno dan Utusan. Pakatan Rakyat tetap komited untuk membantu semua kaum termasuk orang Melayu dan Islam bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh negara.

(function() { var d = document, w = window; w

JALAN PUN DAH BOLEH BERTUKAR KEPADA JALAN QINZHOU

MOHD MUKHLIS   Sahribut Samanahaha Serba Tahu dah dapat info belum bab ini? Kalau dulu, dia memang cakna bab-bab bahasa dan tulisan jawi. Se...