Video penjelasan Saari Sunggip Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum -MSO

 

 

 

 

Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum

JELANG RAPAT                                                                               
Malam ini Lujnah Politik Pas akan bermesyuarat bagi membincang perkembangan semasa politik dalam negara. Tumpuan sudah tentu diberikan kepada kemelut dan pergolakan yang berlaku di Selangor. Hasil mesyuarat malam ini penting dan ia dinanti-nantikan banyak pihak. Perkara yang ditunggu ialah berhubung dengan sikap terkini Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid Ibrahim yang kini berstatus sebagai MB bebas.
Saari Sungip
Hasnul Baharuddin
Pemecatan Khalid dari PKR dan beliau bukan lagi merupakan kerabat Pakatan Rakyat boleh jadi menyebabkan Pas ada pandangan baru terhadap Khalid. Pendirian sebelum ini yang diambil oleh Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi.
Pas atau Abdul Hadi tidak ada hujah syarie yang kuat lagi untuk berbuat demikian. Lainlah kalau Khalid telah mengisi borang Pas untuk menyertai parti agama itu, Abdul Hadi boleh berkeras dengan pendiriannya. Parti agama?
Sekiranya benar Khalid berhajat untuk menyertai Pas sudah pasti ia akan dibahas hangit malam ini. Pro kontra akan berlaku. Ahli Lunah Politik yang mahukan Pakatan Rakyat kekal akan menolak penyertaan Khalid itu walaupun dari satu segi ia memberi kelabaan politik kepada Pas. 
Sebaliknya pihak yang sudah berkudis hati dengan PKR dan DAP akan mempertahankan dan mencadangkan agar Khalid diterima menjadi anggota Pas. Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali sebelum ini menafikan mengenai desas desus ini, tetapi firasat saya mengatakan sudah ada risik-risik mengenai hal ini.
Dan sekiranya Pas mahu menenangkan keadaan parti itu, soal Khalid menyertai Pas janganlah dibangkitkan malam ini.
Selain kedudukan Khalid, isu yang akan dibincangkan ialah mengenai Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini sudah mendapat majoriti daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor apabila dua ahli Pas Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin mengatakan sokongan kepada Azizah. 
Dengan kedudukan itu Pas secara praktiknya tidak lagi boleh mempertahankan Khalid atas alasan hendak menyelamatkan kerajaan Selangor. Sekiranya dari kalangan Ahli jawatankuasa Pas arif dan maklum dengan matemetik mereka harus akur yang Khalid sudah tertolak. 
Sehubungan itu juga Pas tentu membincangkan tindakan Saari dan Hasnul itu. Apakah mereka dianggap sebagai tidak mempedulikan seruan Mohd Amar Nik Abdullah yang menggesa agar semua 15 orang Adun Pas Selangor menyokong Khalid. Sekiranya Pas beranggapan seruan Nik Amar itu sebagai rasmi sudah tentu tindakan kedua-dua Adun Pas kawasan Hulu Kelang dan Morib itu menyokong Azizah dianggap sebagai membelakangkan arahan Nik Amar? 
Kenapa begitu, sebab parti tidak membuat arahan rasmi agar semua Adun menyokong Khalid. Apa yang ada ialah arahan kepada empat Exco Pas bersama Khalid.
Berdasarkan kepada hakikat itu, tidak ada sebab untuk Pas mengambil apa-apa tindakan ke atas Saari dan Hasnul malam ini sebab mereka relatif tidak melanggar mana-mana disiplin parti. Lagipun seperti kata Saari, beliau mengambil pendirian itu sebagai menyahut seruan parti agar mempertahankan Pakatan Rakyat sesuai juga dengan pendirian Mursyidul Am Pas.
Tindakan ke atas kedua-dua Adun itu akan menggeruhkan lagi keadaan dan ia mengundang permasalahan baru dalam Pas. Pas tidak sepatutnya menambahkan kerumitan dan masalah dengan apa yang berlaku kini. 
Mesyuarat malam ini juga menjadi tumpuan kerana pemerhati akan menilai sejauh manakah wibawa Pas sebagai parti politik menjaga semangat setiakawan dalam Pakatan. Selain itu ia akan menjawab apakah Pas berpegang kepada syura, keputusan bersama atau pun kena wala' atau pun taat membuta tuli kepada kehendak peribadi mana-mana pemimpin.
Diharap lujnah politik Pas akan bermesyuarat dengan penuh terbuka, tawaduk serta berfikiran lapang dengan penuh ukhwah keagmaan yang sering dilaung-laungkan. Setiap daripada mereka yang hadir hendaklah memberi pandangan yang datang hati yang tulus atas semangat perjuangan sebenarnya dan bukan kerana hasad dan dengki. [wm.kl.5:05 pm 14/08/14]

Reben Hitam untuk Khalid undur

Reben Hitam untuk Khalid undur

(Oleh Ermizi Muhamad)
KUALA LUMPUR 14 OGOS : Gabungan beberapa Agensi Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor melancarkan kempen “Reben Hitam” bagi menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Jurucakap Kempen Kembalikan Selangorku, Faisal Mustaffa mendakwa, Khalid mengamalkan amalan tidak demokrasi dengan mengenepikan suara rakyat yang telah memilih kerajaan Selangor dalam pilihan raya ke-13 yang lalu.
42111-single-face-satin-black-ribbon“Tindakan Khalid jelas menunjukkan beliau tidak menghormati pengundi di Selangor yang telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor.
“Justeru, keputusan ini  adalah suatu tindakan tidak demokrasi dan betul-betul menghina rakyat Selangor,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Khalid memecat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) KEADILAN dan DAP  di negeri itu 12 Ogos lalu.

Faisal yang juga koordinator kempen tersebut turut mendesak agar Khalid mengembalikan Selangor kepada rakyat selepas memberhentikan Exco negeri itu.

Justeru Faisal memaklumkan,  ‘Kembalikan Selangorku’ adalah sebuah kempen ‘Riben Hitam’ yang menentang tindakan Khalid apabila beliau mendapat sokongan daripada  parti PAS dan BN bagi mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Menurutnya,  kempen itu akan dijalankan bermula 15 Ogos – 17 Ogos sebagai desakan kepada Khalid supaya berundur.

“Kempen ini akan dijalankan pada 15 Ogos ini di Pusat Khidmat Adun Pelabuhan Klang dan SUK Selangor, 16 Ogos di Pusat Khidmat Adun Cempaka dan 17 Ogos di Pejabat Agung PAS Pusat Jalan Raja Laut jam 11 pagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Faisal turut berkempen agar semua pengundi memakai reben hitam dan ditampal di setiap banggunan kerajaan dan pusat khidmat kerajaan negeri sebagai tanda untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat.

WAJIB BACA: DAP calonkan Wan Azizah

DAP calonkan Wan Azizah

Langkah Kajang adalah satu strategi menukar MB Selangor secara tertib. Tuduhan pemimpin aliran keras PAS kononnya Anwar melakukan nepotisme dengan melantik isteri sendiri tidak berasas sama sekali.

Langkah Kajang memenuhi tuntutan Adun PAS Selangor yang muak dengan gaya pentadbiran seorang diri Khalid dibantu dua penasihat wanitanya, dibuat dengan tanpa mengecilkan hati beberapa pihak yang terlibat.

Pada awalnya, Anwar Ibrahim sendiri mengambil tanggungjawab menggantikan MB Khalid. Tujuannya bagi meletakkan pemimpin yang jauh lebih popular di tempat Khalid agar rakyat Selangor  tidak tertanya-tanya kredibiliti dan keupayaan pemimpin tersebut.

Dalam parti Khalid bermusuhan dengan Azmin Ali. Azmin mempunyai ghairah untuk menduduki kerusi MB. Sekiranya Azmin dilantik maka penyokong Khalid akan melakukan tindakan yang kurang baik kepada parti. Begitu juga Azmin tidak akan menentang sekiranya Anwar yang diseganinya menggantikan Khalid.

Oleh kerana Anwar digagalkan bertanding oleh Umno maka PRK kajang kemudiannya dimenangi Dr Wan Azizah. Azizah kemudiannya dicalonkan sebagai MB baharu.

Bagaimanapun, tidak seperti dakwaan PAS Anwar melantik isteri sendiri, nama calon lain juga telah diperbincangkan bersama DAP. Namun DAP tidak bersetuju kecuali Azizah menggantikan Khalid. Di peringkat PKR pula nama Azmin disenaraikan tetapi ditolak oleh Biro Politik dan Azizah disaran untuk menjadi MB baru.

Pemimpin garis keras PAS wajar menghentikan tuduhan memburuk-burukkan PKR dan Azizah jika mereka benar-benar mengamalkan politik Islam. Pencalonan Azizah walaupun PAS tidak menyukainya telah dibuat secara bersama oleh DAP dan PKR.

Dalam politik demokrasi suara majoriti mengatasi minioriti. PAS hanya minioriti dan sewajarnya bersetuju dengan pilihan dua rakan gabungannya. Apa yang dilakukan oleh pemimpin aliran keras PAS kini hanya membuka aib mereka sendiri.

Penolakan Azizah membuktikan mereka tidak demokratik dan tidak mengamalkan politik Islam dengan mengutamakan pilihan yang dipersetujui oleh jumlah terbesar.

WAJIB BACA: Ayuh, PAS Selangor kemukakan usul tolak umno!



Ayuh, PAS Selangor kemukakan usul tolak umno!

OLEH : Amirulmukminin


Perselisihan pendapat dalam PAS antara golongan ulama dan profesional tiba di kemuncaknya apabila beberapa pemimpin Dewan Ulama dan pemimpin tertinggi PAS didakwa berkeras menyokong Khalid Ibrahim yang tidak lagi menjadi ahli Pakatan Rakyat.




Sokongan bagi mempertahankan kerusi MB Khalid di Selangor itu menyebabkan PAS Selangor terpaksa bekerjasama bersama Umno buat pertama kali dalam sejarah selepas Khalid memecat exco PKR dan DAP.

Pujukan gagal

Anwar pada 11 Ogos lalu bergegas ke Terengganu menaiki helikopter bertemu Presiden PAS Hadi Awang di sebuah hotel di Kuala Ibai. Pertemuan yang pada awalnya dilihat bakal membuahkan hasil positif selepas Umno Selangor mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid, berakhir dengan ketidaktentuan berterusan. Hadi yang sepatutnya membuat pengumuman pada malam itu menarik balik sokongan kepada Khalid tidak berkata apa-apa ketika diasak oleh media.

Hadi dilaporkan tidak banyak berganjak daripada pendirian asal walaupun  mengetahui Khalid memaksa PAS dan Umno bekerjasama di Selangor bagi mempertahankan kerusi MB yang disandangnya.  Hadi mungkin akan membuat keputusan yang sukar diterima ahli biasa PAS dalam menyuarat AJK PAS Pusat 17 Ogos ini. Bagaimanapun sejarah telah tercatat, mulai 11 Ogos lalu PAS yang memusuhi Umno telah bekerjasama dengan parti sekular itu memerintah Selangor.

PAS menghampakan perjuangan rakyat menuntut perubahan sejak 10 tahun lalu. Hal itu terjadi kerana tiada pemimpin yang berani menyanggah Hadi walaupun presiden tersesat jalan. Jika situasi sama berlaku dalam PKR atau DAP maka ahli bawahan akan menghentam kepemimpinan atasan. Sebaliknya, budaya PAS yang mengutamakan walak atau ‘setia tidak berbelah bahagi’ kepada pemimpin menyebabkan tiada siapa berani menegur pemimpin atasan.

Sekiranya situasi ini dibiar berlarutan maka PAS akan mengulangi krisis kepimpinan pada 1970an lalu. Ketika itu Yang Dipertua PAS Asri Muda mentadbir parti mengikut kehendak sendiri. Ahli dan pemimpin bawahan tidak menegur dengan tegas. PAS diheret bekerjasama dengan Umno tetapi ditikam Umno dari belakang sehingga PAS pecah dua akibat krisis MB Kelantan.

Ketegasan sahabat

Ahli PAS tentu maklum peristiwa ketegasan sahabat dalam menegur khalifah. Ketika saidina Umar al Khattab bertanya kepada para sahabat apakah yang akan dilakukan jika beliau menyeleweng dalam pemerintahan, seorang sahabat bangun dan berkata akan ‘mengajar’ Umar dengan pedang beliau. Umar bersyukur di atas ketegasan para sahabat.

Dalam kemelut ini, ahli dan pemimpin rendah PAS bertanggungjawab menegur pemimpin atasan apabila kesilapan telah berlaku. Sewajarnya PAS cawangan dan kawasan memanggil mesyuarat tergempar. Satu usul yang tegas perlu dibahaskan oleh PAS cawangan dan kawasan di Selangor. Mereka perlu meluluskan usul menolak berkerjasama dengan Umno.

Usul akar umbi akan menghentikan pemimpin atasan bergerak lebih jauh. Mana-mana parti dalam dunia wujud kerana mempunyai cawangan dan ahli akar umbi. Jika akar umbi menolak bermakna parti tidak memperolehi sokongan teras dan pada dasarnya keputusan atasan tidak akan dilaksanakan jika melibatkan ahli bawahan.

Mesyuarat tergempar membahaskan usul seperti itu tidak boleh disekat oleh Setiausaha Agung PAS kerana tidak bercanggah dengan polisi PAS menentang Umno sejak sekian lama. Usul menolak Umno mempunyai taraf yang sama dengan usul menyokong kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Tiada lagi syurga

Hanya dengan cara itu sahaja para pemimpin PAS akan berfikir dua kali sebelum mengumumkan kerjasama dengan Umno mempertahankan pemerintahan di Selangor. Seandainya usul seperti itu gagal dibuat maka besar kemungkinan PAS akan melakukan kerjasama rasmi dengan Umno buat kali kedua selepas peristiwa di Kelantan pada 1971 – 1978.

Ahli bawahan yang dijanjikan syurga berjuang bersama PAS pasti tidak lagi dapat membayangkan syurga sebaik sahaja parti itu bersekongkol dengan parti yang sedang merompak duit rakyat Selangor melalui perjanjian air dan pembinaan loji Langat 2.

Begitu juga projek-projek besar di Selangor akan dikurniakan kepada kroni Umno selepas ini. Dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berkemungkinan besar akan dipotong untuk membiayai projek kroni. Tidak perlu ulama PAS membuat fatwa baharu kerana penyokong PAS telah faham kebusukan Umno dan tiada lagi kesucian bersama jemaah yang menyokong penyelewengan.

Inilah detik paling genting buat PAS. Ketika pemimpin tidak mampu membuat keputusan betul maka ahli bawahan PAS perlu memberi peringatan, kekuatan dan semangat agar istiqomah dilandasan yang betul dan tidak terjerumus melakukan maksiat bersama Umno!


WAJIB BACA: Langkah kajang dimulakan DAP, PAS

Langkah kajang dimulakan DAP, PAS

 OLEH: Amirulmukminin

Pemimpin aliran keras PAS mencaci PKR kononnya ingin menghuru-harakan negara dengan strategi Langkah Kajang.
















Namun menurut Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam ceramahnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini, usaha paling awal memberi kata dua kepada MB Khalid bukanlah dilakukan oleh PKR, sebaliknya DAP dan PAS.

Menyedari PKR tidak bersetuju pada awalnya melantik semula Khalid Ibrahim sebagai MB sejurus selesai PRU 13 lalu, maka PAS dan DAP mengambil tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran Khalid pada penggal kedua tidak mengulangi perangai angkuh beliau pada penggal pertama. PKR tidak bertanggungjawab sepenuhnya di atas sifat buruk Khalid kerana PAS dan DAP yang mengeluarkan surat sokongan kepada sultan Selangor terlebih dahulu sehingga memaksa PKR mempersetujui nama Khalid sebagai MB.


Khalid berjanji

Dalam pertemua kedua-dua parti itu, menurut Tony, Khalid berjanji pada tahun pertama pemerintahannya beliau akan berubah dan bekerja secara berpasukan; bukan lagi secara bersendirian dibantu oleh dua orang wanita Faekah dan Arfah seperti amalan dalam penggal pertama.

Kedua-dua parti berpuas hati dengan janji Khalid. Oleh itu, apabila Khalid mengulangi perangani buruknya dalam beberapa isu maka PAS Selangor membuat aduan 67 perkara kepada PAS pusat.

Jadi, penjelasan Khalid kononnya parti memaksa beliau meletak jawatan adalah bohong. Situasi Khalid sama seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said yang hanya diberi muka oleh Umno untuk memerintah Terengganu untuk satu tahun sebelum digantikan. Dan Mat Said digantikan pada pertengahan tahun 2014.

PAS jangan tipu


Umno tidak sewajarnya mengambil kesempatan dalam krisis di Selangor dengan menyokong Khalid kerana Pakatan Rakyat tidak berbuat demikian ketika krisis penukaran MB Terengganu. Sokongan Umno dalam krisis penukaran MB Selangor ini jelas mmpunyai matlamat yang lebih besar dan telah dirancang sejak sekian lama.

Oleh itu, pemimpin PAS janganlah menipu diri sendiri kononnya mereka dibuli oleh Anwar Ibrahim dan PKR. PKR terbukti melaksakan apa yang telah dimulakan oleh PAS dan DAP. Langkah Kajang untuk menggantikan MB secara tertib didahului kata dua PAS dan DAP.


WAJIB BACA : Aliran keras PAS tuduh Rafizi, Hadi terpengaruh

Aliran keras PAS tuduh Rafizi, Hadi terpengaruh 

Khamis,  

OLEH :     Amirulmukminin

Puak aliran keras PAS mendakwa Rafizi adalah dalang di sebalik Langkah Kajang. Mereka menabur fitnah di kalangan pemimpin PAS kononnya Anwar mengarahkan Rafizi untuk melakukan grand design Langkah Kajang. Sasaran terakhir adalah menjatuhkan Hadi Awang dalam PAS.



Tidak dipastikan kenapa sasaran akhir adalah presiden PAS sedangkan penukaran MB Selangor adalah hak PKR. Bagaimanapun dakwaan itu telah cuba dipantahkan ke dalam minda pemimpin dan ahli PAS.

Puak ini mengkaji secara semberono mengaitkan pengarah strategi PKR, Rafizi merancang semua itu dengan mengemukan dua artikel interview The Malaysian Insider (THI) terhadap Rafizi ketika Langkah Kajang terhenti beberapa bulan.




Hidup Langkah Kajang


Interview yang dilakukan oleh seorang wartawan terhadap Rafizi itu mencetuskan semula polemik pertukaran MB apabila Rafizi berkata rancangan tersebut masih berjalan.

Puak strategis PAS terlupa siapakah di belakang THI, iaitu akhbar The Edge yang telah membeli THI pada hujung 2013. Mereka terlupa The Edge telah menyerang Khalid sejak dua tahun lalu. Akhbar itu telah mendedahkan urusniaga Khalid dan Bank Islam. The Edge juga mendedahkan urusniaga dalam Eco World.

Namun strategis PAS yang malas melakukan homework ini terus menabur tuduhan kononnya Rafizi menghidupkan semula Langkah Kajang. Hujah itu disampaikan kepada Hadi. Penyampainya didakwa dilakukan oleh orang yang paling dekat dengan Hadi dan bekerja di GLC Selangor.Mereka mendakwa bahawa Din Ayam dan seorang strategis Pas yang bernama Zuhdi.

Seorang pemimpin PAS yang terpalit kontroversi WhatsApp meninggalkan PR baru-baru ini juga aktif menyebarkan dakwaan serupa. Malah beliau bertindak mengirim WhatsApp kepada Rafizi dengan kata-kata kesat kononnya Rafizi adalah master mind disebalik apa yang berlaku.

Betapa dangkalnya ahli politik PAS yang mengelilingi Hadi. Menuduh Rafizi dan Anwar berdasarkan dua artikel dalam THI. Mereka ini jugalah yang bertanggungjawab menghasut Hadi dan Dewan Ulama membenci Anwar.


Singkir UG


Kumpulan unity government (UG) ini telah bertindak terlalu jauh dengan mengepung minda Hadi dan kini Nik Aziz menggunakan teori bodoh mereka. Sehingga ulama PAS berbincang jika sedemikian busuknya Anwar dan PKR dalam permainan politik maka wajarlah PAS menarik diri daripada PR.

Strategis PAS yang busuk hati ini akan dirakam sejarah sebagai pengkhianat sekiranya PAS benar-benar meninggalkan PR. Mereka sebelum ini bertanggungjawab menyebabkan Hadi disaman oleh seorang calon PRU dari PKR Terengganu kerana memfitnah individu itu menjual pil kuda.

Kini, mereka menghasut Hadi memusuhi Anwar. Sekiranya pemimpin aliran sederhana PAS sayangkan PR maka maka mereka perlu menyingkirkan beberapa pertualang dari kelompok UG.

Termasuk yang perlu direhatkan adalah Hadi sendiri kerana pemimpin itu tidak bijak menilai situasi dan sering terpengaruh oleh hasutan individu yang dekat dengan beliau.


(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...