MGID

MACC death tragedy – My untrained CSI techniques PART 2


TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH PART 2


MACC death tragedy – My untrained CSI techniques





TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 2



1. Selepas mengeluarkan satu bahagian dalam satu penyiasatan yang telah diperolehi ke atas TBH dimana fakta kematian beliau yang diperolehi dari maklumat orang ramai, ianya menjadi kenyataan apabila semua fakta dan telahan didapati benar .Dengan maklumat yang berbelit dari ketua Polis Selangor dan juga sesetengah pembaca ,saya percaya(saya dan pembaca blog saya) telah berjaya sekurang-kurangnya menyelesaikan beberapa keributan yang timbul dan misteri kejadian yang berjaya di dedahkan.

2. Saya percaya , pihak kkami adalah yang terawal menjelaskan kepada umum bahawa TBH sebenarnya jatuh dari tempat yang tinggi(kemungkinannya besarnya dari pejabat SPRM) dan yang pertama mendedahkan tentang bahagian yang koyak di bahagian pungggungnya dan kemungkinanya seluar beliau tersangkut pada kunci tingkap atau benda yang seakan kunci yang menyebabkan koyakkan yang besar.

3.Sebelum meneruskan siasatan, biar kami lihat dan sahkan bahawa kami telah keluarkan satu maklumat menerusi layat internet .Antara nya ialah:

a) Pihak polis telah mengesahkan berdasarkan CCTV bahawa TBH telah ke pejabat SPRM pada sekitar jam 515petang pada 15 julai 2009.


b) Tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan melalui CCTV ,bahawa beliau telah meninggalkan pejabat SPRM pada atau masa tertentu pada 15 julai dan 16 Julai 2009 sehinggalah mayat beliau ditemui pada jam 130 petang oleh “seorang yang mengambil berat” dan menjelaskan bahawa pada masa yang tersebut tiada sebab beliau meniggalkan banggunan SPRM.

c) Maklumat dari “seorang yang terlalu mengambil berat” ini sama ada beliau lelaki atau wanita ini amat dicurigai atau tidak jelas.Ianya menjelaskan bahawa “orang yang terlalu mengambil berat ini” sedang melakukan apa –apa tindakan dalam masa mayat tersebut di temui.

d) Pihak polis telah mengesahkan bahawa TBB telah jatuh dari tempat tinggi melalui tingkap tingkat 14 pejabat SPRM dan mendarat di bumbung tingkat 5 podium atau platfom banggunan.


e) Pihak polis juga telah mengesahkan bahawa secebis kancing pada gerbang atau tingkap ditemui pada mayatnya dan ianya dipadankan dengan apa yang di temui di tingkap pejabat SPRM



f) Ada sedikit kontradiksi antara keyataan akhbat yang di keluarkan oleh Dato Shukri Abdul yang mengaitkan masa TBH di soalsiasat. Gambar dari CCTV menunjukkan bahawa TBH telah memasuki banggunana tersebut pada jam 515.Saya menyatakan demikian kerana ianya mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk naik ketingkat atas dan menyediakan dirinya untuk disiasat .Saya juga percaya sessi soalsiasat bermula jam 5.30 petang.

g) Dato Shukri juga menyatakan bahawa TBH telah di bebaskan pada jam 345 pagi , akan tetapi beliau mengambil keputusan untuk berehat di tempat tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang biasanya berlaku. Ini adalah kerana tiada sesiapa pun yang akan menunggu di tempat beliau di soalsiasat .Jika beliau benar-benar di bebaskan kenapa pihak SPRM masih memegang talefon bimbitnya? Ini menunjukkan bahawa pihak SPRM tidak jujur.





4. Dalam teori saya . TBH sebenarnya telah meninggal semasa di soal siasat oleh pihak SPRM.Ini bukanlah sesuatu yang luar baisa, namun ia telah disahkan bahawa beliau “telah meninggalkan pejabat SPRM” atau sama ada melalui tingkap tingkat 14.Apa yang menjadi isu sekarang ini ialah bagaimanakah keadaan beliau semasa meninggalkan banggunan tersebut ?adakah beliau sudah mati, sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri atau masih hidup.


5. Dalam teori saya, Dato Khalid menyatakan bahawa berdasarkan pos mortem , TBH telah meninggal semasa dalam tahanan SPRM, beliau telah meninggal dunia 4-5 jam sebelum beliau ditemui.Saya tidak begitu bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana ia bermakna TBH telah jatuh pada antara jam jam 830 pagi ke 930 pagi .Jika beliau masih hidup,sudah tentu seseotrang mendengar beliau menjerit.Jika beliau telah meninggal dunia dan dicampak keluar melalui tingkap, sudahn tentulah ada seseorang yang ternampak akan kejadian tersebut dan terdengar sesuatu yang jatuh dengan kuat!!



6.Dalm tulisan saya yang pertama, saya mencadangkan bahawa kemungkinan beliau telah mati lebih dari 6 jam berdasarkan kepada gambaran visual yang ditunjukkan termasuk badan dan juga percikan darah di atas bumbung sebagaimana yang dilihat dalam internet.Saya tidak lah pakar dalam hal ini , namun ramai yang boleh bersetuju dengan pandangan saya.


7. Dalam membina semula apa yang terjadi,dan jika berda di tempat saya , teorinya ialah beliau telah meninggal dunia semasa dalam tahanan dan soal siasat.Pihak IO telah merasa gelabah dan mula merancang sesuatu.Saya mengesyaki bahawa mayatnya telah di luncurkan keluar melalui tingkap sebelum jam 6 pagi.





8. Tambahan pula terdapat seorang saksi yang melihat (Tan) yang menyatakan bahawa beliau melihat TBH bergerak ke tandas pada jam 6 pagi, saya percaya dia tersilap masa.Beliau sebenarnya telah tersalah agak kerana beliau ditahan pada waktu malam dan kemugkinanya terkeliru.Secara dasarnya saya percaya bahawa semasa dalam pejabat SPRM kemungkinannya ada saksi yang boleh dikatakan sebagai suspek dalam kes ini. Dalam akhbar online melaporkan bahawa Tan tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis.


9. Berbalik semula kepada peristiwa diawal kejadian, saya percaya TBH sebenarnya telah meninggal dunia semasa beliau di perosok dan dicampak keluar dari tingkap.Sebelum jam 6 pagi, dan dalam masa tersebut suasana masih gelap gelita kemungkinannya tida sesiapa yang melihatnya .Saya mengesyakki bahawa seseorang bertanggungjawab untuk menggangkat mayat TBH di mana kepalanya berada di sebelah kanan beliau , beliau kemudiannya cuba melepasi tingkap kecil .Seluar beliau tersangkut pada sesuatu yang menyerupai kunci dan dengan berat badan beliau kemungkinannya seluar tersebut tersangkut dan koyak di punggungnya.



10. Saya percaya bahawa beliau mati selepas terjatuh dari atas paras bumbung tingkat 5 banggunan berdasarkan kepada jumlah kecederaan dan percikan darah di bumbung tersebut.Jika beliau masih hidup dan jantung masih berdegup, jumlah percikan darah sudah tentulah lebih besar lagi berbanding jika beliau mati secara mengejut di situ.



11. Saya juga mendapat komen dari seorang pembaca bahawa terdapat tanda besar pada sebelah kanan tangan beliau.Saya tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana apabila saya menggunakan pembesar dengan ms paint .Tanda tiga segi merah tidak kelihatan, ia hanya tanda merah biasa.Kecuali ada pergelutan yang tidak dapat dijelaskan.


12. Sehingga kini siasatan polis dan juga petunjuk yang diberikan oleh pihak saya nampaknya hampir sama. Bahawasanya beliau mati semasa soal siasat oleh pihak SPRM dan banggunan SPRM dan tingkap itu ditingkat 14.Saya tertanya-tanya juga apa kegunaan bilik tersebut, dan di mana pula tingkap itu berada.Pihak polis tidak pula megeluarkan sebarang kenyataan sama ada beliau meninggal semasa kejadian jatuh itu, atau sebelum nya.


13. Saya merayu kepada semua pembaca adakah anda melihat akan tanda-tanda yang releven atau ada unsur-unsur yang boleh dijadikan asas kepada gambar-gambar dalam internet untuk di kongsi bersama.Elok untuk kita selesaikan akan teka teki ini.Mari kita lihat sama ada ia sama dengan atau hampir sama dengan apa yang di siasat oleh pihak polis atau langsung keluar dari apa yang diberikan.



akan bersambung......... part 3


Terjemahan Amiruddin Ahmad


(function() { var d = document, w = window; w

HARGAI MASYARAT PELBAGAI KAUM..IANYA ADA DALAM PKR

  NORMAN RADZUAN Jika kau berhimpun berdiri seperti di gambar dgn parti2 lain samada UMNO, PAS, Amanah, MCA, MIC, Bersatu dan lain2 parti ka...