Mat Sabu tak bela pemimpin seleweng balak

oleh: Amirulmukminin

PAS tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, bagaimanapun dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PAS yang terlibat.

"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kataya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pada sidang media di Petaling Jaya tadi menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat pemberian konsesi balak di Kelantan yang didakwanya menjadi punca bencana banjir.

Presidennya Ramesh Rao berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu dipersalahkan kerana tidak mengendahkan laporan alam sekitar yang diserahkan NGO alam sekitar pada tahun 2010.

"Saya minta kerajaan pusat buat Suruhanjaya Diraja untuk siasat siapa penerima konsesi balak dan bagaimana konsesi itu dianugerahkan.

"Kalau kerajaan berani menunjukkan kejantanannya, tubuhkan segera RCI ini untuk siasat skandal balak," katanya.

Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana mendakwa tidak pernah mendengar aduan berkaitan pemimpin PAS sebelum ini.

"Ini (dakwaan) kali pertama saya dengar," katanya sambil ketawa.

Ramesh mendakwa ada pemimpin PAS di Kelantan yang mempunyai kekayaan luar biasa disembunyikan di selatan Thailand, dipercayainya hasil pembalakan.

"Kami ada bukti pemimpin PAS Kelantan terdiri daripada bekas exco dan exco sekarang memiliki harta dianggarkan lebih RM600 juta di luar negara," katanya.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim hari ini juga dilaporkan mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan yang memberi kesan dahsyat sehingga menjejaskan golongan nelayan.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu telus dan menyokong penubuhan suruhanjaya itu, bagi mencari punca sebenar banjir yang menenggelamkan hampir semua daerah, kecuali Bachok dan Pasir Puteh.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim menyarankan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan baru- baru ini.

Beliau berkata, banjir itu memberi kesan dahsyat terhadap semua daerah, termasuk golongan nelayan.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu telus dalam bekerjasama dan menyokong penubuhan suruhanjaya itu, bagi mencari punca sebenar banjir yang menenggelamkan hampir semua daerah kecuali Bachok dan Pasir Puteh.

“Saya lalu di sungai menuju Pulau Suri, lihat banyak balak tersadai. Saya tanya adakah ini kawasan pembalakan, mereka kata tidak. Dari mana banyak balak yang tersadai hingga menyebabkan jambatan penghubung Pulau Suri dan Teluk Renjuna, kini roboh sepenuhnya," katanya dipetik laporan Sinar Harian Online hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini turut menyifatkan kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu.

Namun Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menafikan banjir besar yang berlaku berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.

Ahmad sebaliknya berkata ia disebabkan hujan lebat yang berterusan di Gua Musang pada 21 hingga 23 Disember lalu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang turut menyarankan satu jawatankuasa bertindak antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan bagi menangani masalah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung.

Mengulas saranan Lim, Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PR yang dijadualkan bermesyuarat pada bulan ini.


Isu balak dan pergolakan dalaman PAS

OLEH :  Amirulmukminin

Jaminan Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu bahawa parti itu akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin yang terlibat menyelewengkan balak di Kelantan akan menjadi penentu kepada masa depan ‘bapa demonstrasi PAS’ itu pada Muktamar Jun depan.

"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kata Mat Sabu pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam.

Balak adalah isu survival di Kelantan. Ianya sangat sensitif dan boleh menggugat jawatan seseorang. Sebelum ini Husam Musa gagal naik pangkat kerana isu balak.

Ketika menjadi exco di bawah kepimpinan Nik Aziz Nik Mat, Husam pernah menolak beberapa permohonan membalak di Hulu Kelantan. Konsesi balak tidak boleh diberikan sesuka hati kepada sesiapa sahaja kerana kelak akan menyebabkan hakisan tanah dan banjir lumpur.

Husam diketepi

Perkara yang cuba dielakkan itu menjadi kenyataan pada Disember 2014 apabila Kelantan tenggelam dalam banjir lumpur luar biasa dan terburuk dalam sejarah.

Nik Aziz selepas PRU 13 menolak menjadi MB kerana keuzuran. Beliau mencadangkan Husam diangkat sebagai MB pada malam PAS diisytihar menang di Kelantan. Bagaimanapun isu balak menyebabkan Husam terhalang daripada mengangkat sumpah jawatan.

Kini isu balak akan menggugat Mat Sabu pula. Mat Sabu sukar mendapat sokongan untuk melakukan siasatan dalaman ke atas pemimpin PAS dalam isu pembalakan di Kelantan.

Puak UG dalam PAS sebelum ini memang tidak senang untuk bekerjasama dengan puak profesional. Sebaliknya Mat Sabu akan ditentang habis-habisan dalam perebutan Timbalan Presiden kelak.

Ketelusan dan integriti jarang ditunjukkan oleh ulama PAS. Badan Hisbah dicadangkan sebagai manifesto pilihan raya PAS Kelantan sejak sedekad lalu. Tetapi jawatankuasa Hisbah itu tidak pernah ditubuhkan sehingga ke hari ini.

Sebaliknya jawatankuasa sama telah beroperasi dengan jayanya di Selangor sebagai Selcat dan C.A.T di Pulau Pinang.

PAS mungkin berpandangan rakyat biasanya mempercayai ulama melaksanakan pemerintahan yang baik, maka jawatankuasa hisbah tidak perlu disegerakan penubuhannya. Namun tanpa hisbah, Selangor dan Pulau Pinang kelihatan lebih telus dan akauntabiliti.

Mungkin desakan agar ulama diperiksa akan menyebabkan penyokong ‘geng ulama’ akan bertindak balas terhadap puak profesional. Bagi ulama, profesional tidak layak mentadbir PAS kerana mempromosi idea-idea barat yang tidak secocok dengan pendirian PAS.

Umno - PAS

Namun ketelusan dan akauntabiliti bukanlah idea Barat, sebaliknya idea yang dicedok dari tamadun awal Islam.

Mungkin pemerhati politik melihat pertembungan dalaman PAS adalah berkenaan puak Erdogan yang menyokong Anwar dan ulama penyokong Hadi. Hakikatnya, ia lebih daripada itu.

Pemimpin pro Anwar di Selangor dan Pulau Pinang sangat telus dan terbuka. Sebaliknya, ulama PAS kini lebih cenderung kepada Umno yang mengamalkan penyelewengan secara besar-besaran demi menegakkan Hudud.

Jadi ada kemungkinan besar pertembungan pada Muktamar bulan Jun nanti berkisar idea Ketelusan + Anwar lawan Hudud + Umno.

Puak profesional diramal akan kalah. Jadi telah diketahui dasar PAS selepas Jun depan. Tentunya agenda merapatkan hubungan Umno – PAS diutamakan dan parti itu akan menjarakkan diri dengan PR.

Bagi penyokong PAS, Hudud bukan bererti tamatnya penyelewengan. Malah di negara yang ada Hudud seperti Pakistan, negara Arab dan sebagainya, kadar rasuah adalah amat tinggi. Perkara yang paling penting adalah akauntabiliti dan ketelusan. Jika tidak hanya rakyat biasa yang dikenakan Hudud sebaliknya pemimpin terlepas.

MENTAFSIR BENCANA BUKAN IKUT SEDAP MULUT

oleh sakmongkol


Zaman dahulu, ahli nujum, tok bomoh, dukun,  pawang, shaman dsb nya belah perut ayam dan biarkan isi perut ayam terburai keatas tanah. Si ahli nujum akan membaca dan mentafsir pattern yang terbentuk dari chicken entrails. Dia akan umumkan samada tahun depan baik atau tidak, bagus untuk ternakan dan tanaman dan mentafsir isyarat2 dari Tuhan atau tuhan2. Mereka lah yang mendefinisikan sama ada tuhan2 memberkati sesuatu. Di tempat2 lain, ahli nujum membaca bentuk uratan pada dedaun teh.

Di Malaysia bencana alam diterjemah dan ditafsir sebagai mengajar dan menunjuk sesuatu. Banjir dinegeri Kelantan misalnya di katakan sebagai petanda Tuhan marah sebab tidak cukup Islam dilaksanakan. Jika begitu, di negeri2 yang kurang banjir dan musibah, bererti lebih Islam telah dilakanakan walaupun diketuai oleh bukan Islam dan kurang Islam mereka.

Apatah lagi jika tafsiran itu dilakukan oleh seorang yang bergelar ustaz, walaupun dari sudut pengalaman serta ilmu, tidaklah begitu matang perkara2 ini pada dirinya. Banjir yang besar itu juga dilihat sebagai tanda dan petunjuk Tuhan membersihkan Kelantan sebelum hudud dilaksanakan. Orang2 UMNO pula berkata ini petanda orang Melayu dan Islam mesti bersatu demi Islam dan bangsa Melayu.

Tapi, kalau orang lain tafsir dengan cara lain bagaimana? Bagaimana jika ada orang tafsir bahawa banjir ini petunjuk bahawa Allah marah serta murka kerana pemimpin Kelantan pandai2 hendak memain peranan sebagai Tuhan didunia? Bagaimana jika ditafsir sebagai petunjuk dan pendedahan bahawa kerajaan Kelantan dibawah pimpinan ustaz2 sangat lemah dan hanya tahu berzikir dan berdoa? Tapi keadaan tidak juga menjadi baik?

Bagaimana jika orang mentafsir nya sebagai petunjuk supaya jangan percaya dan berkerjasama dengan UMNO kerana mereka telah menujukkan hipokrasi mereka? Bahawa mereka menghulurkan bantuan tapi ada udang disebalik batu atau bahawa pertolongan dan bantuan datang dengan harga yang tinggi yang perlu dibayar? Bagaimana jika banjir dan malapetaka tersebut adalah pengajaran bahawa kerajaan Kelantan mesti berbaik sangka dengan bukan Melayu dan bukan Islam yang datang secara sukarela menghantar bantuan dan menolong? Bagaimana jika malapetaka dan bencana banjir ini dibaca sebagai petanda bahawa yang kita mesti ujudkan bukan perpaduan antara Melayu sahaja tapi perpaduan semua bangsa Malaysia yang berbilang agama dan budaya?

Bagaimana jika orang mengatakan banjir besar kali ini diturunkan oleh Allah sebagai bala kerana orang Melayu yang beragama Islam tidak bangkit menentang kerajaan yang zalim dan bahawa gerakan kebangkitan ini diletak sebagai tanggungjawab pemimpin Kelantan yang beroperasi atas prinsip Islam? Kamu kata kamu lebih Islam dari yang lain- maka mulai sekarang, selepas diajar oleh petunjuk banjir besar- jadilah pemimpin untuk menukar kerajaan yang zalim. Yang telah sekat bayaran royalti, yang mendiskriminasi negeri Kelantan dan menzalimi Kelantan dalam pelbagai bentuk?

Dalam Al Quran Allah menceritakan bagaimana bani Israel telah diturunkan laknat dan musibah kerana mereka durhaka dan engkar bangkit dan bangun menentang kerajaan yang zalim dan kerana memilih untuk duduk diam tidak mahu bangkit apabila kerajaan dan pemerintah zalim, menindas rakyat, rasuah dan curi harta benda rakyat? Quran 5:78-80.

Bagaimana  jika musibah dan bencana banjir kerana kita semua terutama orang Muslim berkelakuan seperti ynag diceritakan dalam ayat2 tersebut?

Maka, jangan kita jadikan bencana dan musibah untuk syarat bersatu padu. Jika demikian, mari kita doakan supaya lebih banyak bencana dan musibah melanda negara ini supaya orang Melayu bersatu padu?

Jangan kita jadikan musibah dan bencana serta kesusahan sebagai syarat bersatu padu. Kalau tidak ada musibah dan bencana alam, kita tidak perlu bersatu , begitu?

Isu yang saya mahu cakap disini ialah mengenai perpaduan Melayu. Isiu ini timbul semula ketika Kelantan dilanda banjir besar. Seorang ahli perniagaan merasakan hanya sebuah kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS boleh membangunkan semula Kelantan. dalam lain perkataan, rakyat perlukan wang kerajaan federal dan perlaksanaan kerajaan negeri atau ejensi kerajaan federal. Kerajaan perpaduan antara pas dan umno sekali gus akan menyatu padukan bangsa Melayu.

Gesaan untuk dua parti ini bersatu disambung oleh beberapa tokoh lain. Pemimpin UMNO sudah tentulah menyukai cadangan ini. Kerana cadangan ini juga akan menyelamatkan UMNO secara politik. Hasrat dan impian mereka disampaikan melalui jurucakap2 yang bertaburan. Seorang bekas ketua hakim yang jadi ahli Perkasa sebuah persatuan untuk pensiunan dan windbag, berkata Melayu mesti bersatu untuk menyekat kekuatan orang Cina.
Rupa2 nya orang Melayu mesti bersatu atas alasan dan prinsip menyekat kekuatan bangsa lain.

Jadi asas orang Melayu bersatu padu ialah rasa cemas dan takut. Ada setengah pemimpin PAS melihat, asas untuk bersatu padu ialah kerana kita sebangsa dan seagama. Mungkin pemimpin2 PAS ini lupa bahawa kesamaan bangsa dan agama tidak pernah menyekat satu golongan menzalimi dan membunuh mereka yang seagama dan sebangsa. 90% pembunuhan yang dilakukan keatas orang Islam di negara2 Arab dilakukan oleh orang Arab sendiri yang juga beragama Islam. Yang menembak dan mengebom lebih dari 100 kanak2 di Pakistan ialah bangsa Pakistan juga yang menjustifikasikan pembunuhan tersebut kerana mengikut mereka, ini ikut ajaran Muhammad saw.

Mari kita lihat apa sebetulnya prinsip untuk bersatu padu bukan sahaja untuk orang Melayu yang beragama Islam tapi yang boleh menyatupadukan bangsa Malaysia. 
 
 

APA KATA HASSAN MALEK DAN AHMAD MASLAN.....??? DUA MENTERI CAP AYAM Umno

Stesen minyak bakal gulung tikar akibat penetapan harga, kata PKR

Rafizi Ramli berkata mekanisme penetapan harga automatik berikutan penarikan balik subsidi harga minyak akan merugikan pengusaha stesen minyak yang mungkin terpaksa gulung tikar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Januari, 2015. 

Rafizi Ramli berkata mekanisme penetapan harga automatik berikutan penarikan balik subsidi harga minyak akan merugikan pengusaha stesen minyak yang mungkin terpaksa gulung tikar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Januari, 2015.

Tindakan kerajaan memansuhkan subsidi bahan api dan memperkenalkan kaedah Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) akan menyebabkan pengusaha stesen minyak gulung tikar, kata PKR, memandangkan pada kadar harga pam sekarang, mereka mengalami kerugian sehingga RM15,000 sehari.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, walaupun kaedah tersebut berjaya menurunkan harga bahan api, ia sebaliknya merugikan pengusaha stesen minyak kerana mereka membeli stok pada harga yang tinggi.
"Di bawah sistem sekarang, pengusaha stesen minyak terdedah kepada kerugian apabila harga minyak turun sedangkan mereka membeli stok petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi," kata Rafizi.


Menurut Rafizi, ini kerana setiap syarikat minyak dikenakan syarat membeli stok minyak.
  "Syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan BHP menetapkan setiap stesen minyak membeli stok minyak sekurang-kurangnya bersamaan jumlah jualan 3 hari petrol dan diesel pada satu-satu masa.
"Mereka perlu membayar harga stok ini pada harga pasaran, ditolak dengan komisen (12 sen bagi petrol dan 7 sen bagi diesel) yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Hampir 70% stesen minyak di Malaysia dianggarkan bersaiz kecil atau sederhana dengan purata jualan bulanan di bawah 500,000 liter sebulan.

Berdasarkan komisen petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan, pendapatan bulanan setiap stesen minyak ini ialah di antara RM40,000 hingga RM50,000 sebulan.

Setelah ditolak kos seperti utiliti, sewa stesen, caj perkhidmatan dan gaji pekerja, keuntungan bersih stesen minyak hanya sekitar RM5,000 ke RM10,000 sebulan, kata Rafizi.

Stesen minyak menyimpan stok minyak tetapi terpaksa menjualnya kepada pengguna pada harga lebih rendah selepas pengumuman kejatuhan harga petrol minggu lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Januari, 2015.Stesen minyak menyimpan stok minyak tetapi terpaksa menjualnya kepada pengguna pada harga lebih rendah selepas pengumuman kejatuhan harga petrol minggu lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Januari, 2015.Menurut Rafizi, pengusaha stesen minyak mengalami kerugian besar selepas Putrajaya menurunkan harga minyak pada 1 Januari lalu disebabkan mereka membeli stok pada harga yang tinggi.

"Bagi 70% stesen minyak di Malaysia, jumlah stok ini sekitar 50,000 hingga 70,000 liter setiap satu masa.

"Oleh itu, bagi stok di hujung bulan Disember, mereka terpaksa membayar sekitar RM100,000 hingga RM150,000 secara tunai, iaitu 50,000 liter x (RM2.26 - RM0.12).

"Apabila harga minyak diturunkan pada 1 Januari 2015, secara automatik mereka kerugian di antara RM10,000 hingga RM15,000 kerana stok minyak yang dibeli pada harga yang lebih tinggi hanya boleh dijual pada harga RM1.91 seliter.

"Oleh itu, dengan serta merta setiap pengusaha minyak rugi 35 sen setiap liter pada 1 Januari 2015," katanya.

Dengan keadaan purata untung bersih yang tidak seberapa itu, Rafizi berkata kemungkinan besar banyak stesen minyak terpaksa ditutup.

"Dalam keadaan purata untung bersih pengusaha stesen minyak dan kerugian serta merta mereka dalam satu hari akibat kerugian inventori seperti itu, bermakna mereka akan menanggung rugi bersih sepanjang bulan.
"Jika ini berterusan, ada risiko banyak pengusaha stesen minyak terpaksa gulung tikar," katanya.

Bagi Rafizi, walaupun PKR menuntut harga minyak rendah kepada rakyat, ia juga mesti adil kepada pengusaha stesen minyak.

"Saya tegas mahukan harga minyak termurah yang adil bagi rakyat. Saya juga mahukan satu sistem harga yang adil kepada pengusaha stesen minyak dan menjamin kestabilan bekalan petrol dan diesel kepada rakyat di seluruh negara," katanya.

Rafizi mengecam tindakan Putrajaya memperkenalkan sistem penetapan harga minyak tersebut yang menurutnya merugikan rakyat dan pengusaha stesen minyak.

"Sistem sekarang yang diputuskan secara tergopoh gapah terbukti merugikan rakyat dan pengusaha stesen minyak," katanya. – 7 Januari, 2015.



(function() { var d = document, w = window; w

BENARKAH JENTERA UMNO TERSUSUN ? KECUALI KEMPEN KERAJAAN MENGGUNAKAN TV DAN MEDIA ARUS PERDANA

  Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN Melaka October 27, 2021  Veteran UMNO mendakwa ...