Gabungan NGO serah memorandum kepada Agong tolak proklamasi darurat

 



POSTED BY AMIR WRLR

Gabungan NGO Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia hari ini menyerahkan memorandum ke Istana Negara menolak proklamasi darurat yang diisytiharkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu.

Menurut ketua koordinator gabungan 100 NGO itu, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa (gambar, kiri), tujuan memorandum tersebut dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong adalah supaya baginda menimbangkan perisytiharan darurat boleh ditarik balik bagi mengembalikan kehidupan normal rakyat negara ini.

Selain itu, Mustapha juga menyeru agar rakyat menjadi medium sebaran am bagi menyedarkan semua pihak bahawa mengkritik tindakan kerajaan darurat Muhyiddin bukan bermakna menderhaka kepada Agong.

"Tuan-tuan juga ikut membantu dalam urusan kami. Kita sebar luaskan supaya rakyat Malaysia memahami apakah yang kita maksudkan. Kita memahami Raja Berperlembagaan, sistem demokrasi berparlimen dan tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan.

"Itu adalah hal yang terpenting dalam sistem bernegara. Sistem bernegara mestilah mematuhi Perlembagaan dan kita mengekalkan demokrasi berparlimen.

"Ada yang kata kita derhaka. Kita derhaka kalau kita mendeklarasikan perang kepada Raja contohnya. Tetapi kita hanya mahu menegur (dalam hal darurat)," katanya dalam sidang media berhampiran Istana Negara selepas menyerahkan memorandum kepada pegawai istana, pagi tadi.

Gabungan NGO memorandum rakyat menyerahkan memorandum kepada pegawai istana

Mengenai dakyah pihak penyokong Perikatan Nasional kononnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendehaka kepada Agong apabila membawa kes perisytiharan darurat ke mahkamah, Mustapha berkata, Anwar tidak menyaman Agong tetapi PM yang telah hilang majoriti.

Mustapha juga mengingatkan, ketika darurat pertama kali dipohon Raja-raja Melayu telah menolak cadangan tersebut. Jadi tiada siapa yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu.

"Apa yang dilakukan oleh Anwar bukan saman Agong tetapi saman kerajaan sekarang, PM yang hilang majoriti. Ada beza yang cukup ketara.

"Kepada yang mahu buat naratif Ketua Pembangkang derhaka..... hal ini ada kesan, bukan boleh sebut orang itu derhaka, orang ini derhaka

"Hari ini kita perlu sedarkan rakyat. JKOM sedang bermain fitnah kononnya pembangkang derhaka. Mana derhakanya? Kita terus hormat Raja Melayu, terus ikut SOP, mana derhakanya?" tanya beliau.

Sehubungan itu, Mustapha sekali lagi memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan rintihan rakyat di dalam memorandum yang diserahkan kepada pihak istana dengan bijaksana.

"Saya sekali lagi memohon kepada Raja-raja Melayu, Duli-duli Yang Maha Mulia, memohon pertimbangan sewajarnya ke atas apa yang disampaikan oleh rakyat.

"Kami kumpul memorandum ini selama sebulan dan minta pandangan rakyat. Bukan dibuat oleh segelintir pihak sahaja. Keperitan hidup rakyat kita bawa dalam memorandum ini," katanya.

Memorandum tersebut mempersembahkan kepada pengetahuan Yang di-Partuan Agong berhubung 7 perkara:



1. KAMI, NGO-NGO dan individu dari pelbagai latar belakang di seluruh dunia tidak berharap akan adanya pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari 2021 bahawa beliau telah menasihati Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk mengisytiharkan darurat bagi seluruh negara sehingga bulan Ogos 2021.



Pengisytiharan ini bukan saja telah menjatuhkan imej negara di seluruh dunia bahkan media antarabangsa telah menjadikan bahan ejekan ke atas Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.



Kami sebagai rakyat marhaen amat menyanjung tinggi Institusi Diraja yang bernaung di bawah payung Raja-Raja Berpelembagaan sejak dari awal penubuhan negara tercinta ini.



Hal seperti ini wajib dihentikan serta merta kerana keperluan darurat yang masih dipertikaikan dari segi Perlembagaan dan cadangannya juga dari seorang PM yang sudah hilang majoriti.



2. Kami sangat bimbang kesan dari pengisytiharan darurat ini peranan semak dan imbang kepada kuasa eksekutif pentadbiran negara dan mendedahkan kerajaan kepada salah guna kuasa eksekutif yang tidak terkawal.



Kebimbangan kami berasas dengan bocornya surat tawaran kerja membina dewan di Parlimen Pagoh sebanyak rm 35 juta ( surat dilampirkan) tanpa melalui prosidur biasa. Dalam tempoh darurat yang sangat singkat, bagaimana projek ini boleh diluluskan tanpa mengambilkira penderitaan rakyat buat masa ini.



3. Kami amat bersyukur dengan langkah munasabah yang diambil bagi menangani wabak Covid-19. Namun, alangkah lebih wajar jika tumpuan diutamakan kepada isu kesihatan rakyat, kelengkapan termasuk peruntukan terhadap petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan petugas barisan hadapan).



4. Akibat dari beberapa tindakan gopoh dari Perikatan Nasional yang dimulakan dengan pengumuman PKP kemudiaan darurat pula hingga bulan Ogos, rakyat sudah mula membuat protes terbuka di beberapa media sosial ( dilampirkan). Apakah protes rakyat ini akan mereda sekiranya mereka masih belum berpuas hati dengan janji kosong dari Perikatan Nasional selama ini. Ditambah pula dengan harga barang yang sudah terlalu tinggi.



Kami tidak yakin kemarahan rakyat akan mereda sekiranya kadar pengangguran semakin meningkat, kemiskinan makin bertambah, peluang berniaga ghaib dan penafian hak mereka seperti pengeluaran wang simpanan KWSP tidak mampu diselesaikan.



5. Kami berpandangan bahawa undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan sebelum ini adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.



6. Bagi kami Perdana Menteri dan kerajaan telah terlanjur dan tersasar dalam menyampaikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sesungguhnya tidak terkait dengan permasalahan Covid-19, banjir atau ekonomi.



7. Oleh itu demi menyelamatkan keamanan, kesejahteraan dan kestabilan politik di negara ini, kami bermohon ke bawah Duli Raja-Raja Melayu untuk menarik semula persetujuan perlaksanaan Ordinan Darurat ini dengan segera.

 

COVID-19 UPDATE : MALAYSIA

 


Kes harian hari ni 4,094 kes. 10 KEMATIAN. Yg berada di ICU dalam keadaan kritikal dikatakan sudah capai 15%?? Jumlah keseluruhan kes sudah jadi 198,208 kes. Ini bermakna, JIKA trend peningkatan ini berterusan adalah tidak mustahil angka kes positif COVID-19 akan menjadi 300,000 kes seperti doa Walaun Tetap Bodo.

Dulu lagi aku dah kata, kalau biar kat KERAT pakai tak turunlah angka jangkitan harian. Berapa ramai lagi marhaen akan mati dgn cara KERAT ni handle pandemik COVID-19??

Yg di atas tu tergamak serah masalah NYAWA Rakyat kpd segerombolan PNkhianat dan PNyangak yg MINORITI, CLUELESS, HOPELESS dan USELESS yg menyebbkan lebih ramai rakyat jadi mangsa COVID-19 dan tekanan hidup angkara Ekonomi Pandemik?? Kes bunuh diri sewaktu PKP juga meningkat.

DARURAT dah 2 minggu kot? Apa kesan kpd lekuk pandemik? Yillek? So Darurat ni utk apa sebenarnya kalau dah ia tak boleh bantu tekan lekuk pandemik?

Kenapa tak dibatalkan shj DARURAT ini supaya Parlimen boleh bersidang dan SEMUA MP boleh berbincang dan beri idea apa yg patut kita buat utk menangani pandemik ini dgn LEBIH BERKESAN bagi menyelamatkan Rakyat dan Negara?

Ohh lupa....Mana boleh bersidang, nanti KERAT akan jatuh sbb SAH-SAH TIDAK ADA MAJORITI. OIC...mahu pertahankan kuasa itu lebih penting berbanding ancaman COVID-19 ke atas nyawa Rakyat??

Skrg Rakyat Marhaen perlu tanam dalam fikiran, PN gabungan Bersatu, PA$, GPS dan SEBAHAGIAN UMNO BN (#K3) inilah segerombolan MP yg mementingkan kuasa berbanding nyawa Rakyat. Ingat hal ini sampai PRU15 jangan lagi dipangkah org-org yg macamni dlm pilihanraya.

Allahu....."Selamatkanlah rakyat dan negara ini Ya Allah, kecuali mereka yg berlaku zalim, yg melakukan kerosakan ke atas rakyat dan negara ini kerana tamak haloba demi mementingkan habuan material dan dunia. Maka yg demikian, semoga selamatlah rakyat dan negara ini dari kebinasaan oleh tenteramu COVID-19 natijah dari perbuatan mereka yg ingkar".

Wallahualam.

- Zus Din

28 Januari 2021

 

NI BALA KA UJIAN NIH ?

 

ZUS DIN


PEJABAT MBalak KEDAH kena COVID-19 ke?

Ni dah kena COVID-19, nak kata lagu mana? Kalau kena kat MB dari PH sure Lebai Kongkiak Kelarah dan Walaun Tetap Bodo akan kata BALA.

Tapi kalau kena kat puak PA$ maka lebai dan walaun akan kata itu adalah ujian, mehnah dan tribulasi perjuangan Islam.

Wekk....

 


Image may contain: text that says "Tweet Metro Harian Metro #AlorSetar Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, akan ditutup mulai 31 Januari sehingga 2 Februari depan, susulan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri. Translate weet Pejabat Menteri Besar Kedah ditutup sementara akibat Covid-19 Twitter Web App 7 5 yourreply"




NAMA DIA ORANG PANGGE RATU NAGA...TAPI ADA JUGA ORANG PANGGE DIA RATU BADAK...NI PUN JENIS LEBAI MAKI ORANG NAK HAROM...


Kita doakan dia fitnah orang terutamanya posting dia hari hari fitnah DSAI...Tak apa..orang suka fitnah ni walau dapat duit atau apa sekali pun...memang tak akan tenang dunia akhirat..Ini hukum dunia akhirat juga..

Orang pun maki hamun dia juga hari hari..Mana la nak berkat dan selamat dunia akhirat.Ini hukum. Ini jelas...yang itu dia tetap akan terima habuan dia.

Bagi nak balas apa yang dia kata...boleh ja ke fb anak badak ini untuk adjust sikit...atau doa saja bagi dia terima habuan dunia...

Bang Non pertimbang bersara dari politik, ingin fokus sepenuhnya jadi sukarelawan covid 19 selepas membaca kaedah swab test yang terbaru. Terbaik Bang Non

 Image may contain: 1 person, text that says "BHONLINE Swab Testing: Tiada lagi calitan di lubang hidung, selepas ini calitan akan dibuat di lubang dubur"

DIA MAKI ORANG DIA NAK DAKWAH PULAK..PELAQ...

 

NORSHIDAH MOHD DAUD


Dia sibuk ke retis pulak lepas dok anak haramkan RELA kelmarin

Masa PH perintah dulu, mana ada dia doa benda baik kt pemimpin PH
X pikir lak pasal fitnah bagai
Siap tunjuk isyarat lucah dlm masjid
Nokharom punye ostad.
Image may contain: 1 person, text that says "Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudir 29 mins Elakkan Komen Yang Keterlaluan Sebab Takut Menambahkan Dosa.. Seeloknya Kita Berdoa Yang Baik2.. Kita Pun Tidak Tau Siapa Benar Siapa Salah.. Takut- Takut Terkomen Lebih Jatuh "Fitnah" Pula MALAYSIA POST Mohd Zainal MALAYSIAPOST.COM.MY Artis bercerai: 'Doakan yang baik-baik jangan hina, kutuk' Malaysiapost"

APA PUNYA PEMIMPIN ...PELABUR LARI BAWA HABIS BILLION BILLION...HANGPA DOK NGANGA LAGI ...

 


Kejatuhan teruk FDI: Azmin perlu tampil bagi penjelasan pada rakyat, jangan buat senyap je

Kejatuhan teruk FDI: Azmin perlu tampil bagi penjelasan pada rakyat, jangan buat senyap je

Pemuda Umno menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali, tampil menjelaskan tindakan segera yang diambil kerajaan bagi menangani kejatuhan terus pelaburan langsung asing (FDI) negara.

Kata ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki, berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang diterbitkan 24 Jan, FDI Malaysia merosot sehingga 68 peratus – jauh teruk berbanding negara negara lain Asean yang disebut dalam laporan itu.

Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah sebanyak AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion – jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion – jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion – jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion – jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion – naik 29 peratus).

“Amat menyedihkan lagi mengecewakan, Malaysia yang satu ketika dulu sentiasa berada pada kedudukan teratas dan dikenali sebagai destinasi mesra dan tumpuan utama pelabur asing, kini berkedudukan tercorot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Asyraf, keyakinan pelabur masih belum pulih setelah berlakunya perubahan kerajaan – daripada BN kepada PH – pada 2018, iaitu melalui pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Untuk rekod, kerajaan sekali lagi bertukar tahun lalu, apabila kerajaan PH tumbang bukan menerusi pilihan raya, dan pentadbiran diambil alih Perikatan Nasional (PN) yang turut disokong Umno.

Terjejasnya kepercayaan dan keyakinan pelabur itu, kata Asyraf, disebabkan tiada dasar jelas oleh kerajaan, selain faktor risiko politik dan risiko kedaulatan (sovereign risk) – yang digambarkan menerusi perubahan kontrak yang telah termeterai apabila kerajaan bertukar.

Antaranya, kata Asyraf, penamatan projek yang dibuat selepas BN tumbang seperti projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR), projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dari Melaka ke Kedah, projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau.

Turut disebut Asyraf ialah pembatalan projek-projek infrastruktur di Sarawak bagi menghubungkan kawasan terpencil seperti projek-projek jambatan.

Faktor-faktor itu, kata Asyraf, mempengaruhi persepsi dan sentimen pelabur luar negara ke atas Malaysia hingga menjunamkan nilai FDI.

Hal itu, tambahnya, meningkatkan kadar pengangguran dan pembuangan kerja apabila banyak syarikat dan kilang ditutup atau berpindah ke negara jiran.

“Justeru, Pemuda Umno Malaysia meminta Azmin selaku menteri kanan ekonomi merangkap menteri perdagangan antarabangsa dan industri untuk segera tampil memperjejaskan kepada rakyat tindakan segera kerajaan untuk menangani kejatuhan teruk FDI ke dalam negara,” katanya lagi.

Untuk rekod, ada antara projek yang disebut Asyraf itu baru sahaja ditamatkan setelah ditangguhkan ekoran pertukaran kerajaan pada 2018.

Contohnya, perjanjian HSR yang ditandatangani 2016 tetapi pembinaannya ditangguhkan pada 2018 bagi memberi ruang perbincangan antara Malaysia dan Singapura.

Ia akhirnya ditamatkan pada awal tahun ini oleh kerajaan PN.



APA PUNYA NEGARA ...PENYAMUN PUNYA BANYAK...MALU LA KE BANGSA LAIN KELILING NEGARA KITA...CINA SINGAPORE PUN TAK MAKAN RASUAH WOIIII

 Indeks rasuah Malaysia merosot 2 mata, ketinggalan belakang Mauritius dan Arab Saudi

Indeks rasuah Malaysia merosot 2 mata, ketinggalan belakang Mauritius dan Arab Saudi

Skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International tahun lalu merosot dua mata, perbezaan ketara berbanding peningkatan yang dilihat selepas pilihan raya umum ke-14.

Malaysia mendapat 51 daripada 100 dalam laporan terbaru. Pada 2019, ia mencapai skor 53, peningkatan ketara daripada 47 sebelum pilihan raya umum 2018 – yang terendah sejak metodologi itu disemak semula pada 2012.

Dengan penurunan skor terbaru itu, Malaysia kini di tangga ke-57 di seluruh dunia, daripada tangga ke-51 sebelum ini, ketinggalan di belakang Arab Saudi, Mauritius dan Itali.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan ketika menyampaikan CPI 2020 berkata, walaupun penurunan dua mata itu “tidak signifikan dari segi statistik” akibat margin kesilapan 1.6%, hasilnya tidak boleh diketepikan.

“Apabila anda melihat trend menurun, ini adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan dan ditangani,” katanya.

Beliau mengesyorkan pelbagai tindakan yang boleh diambil untuk mencegah penurunan skor lebih lanjut, seperti mengecilkan skop Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengecualikan maklumat dalam pengetahuan masyarakat, dan ketelusan dalam pelaksanaan Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP).

Katanya, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dilantik Parlimen, Akta Kesalahan Pilihan Raya harus merangkumi sekatan terhadap rasuah, dan ahli politik yang didapati bersalah melakukan rasuah perlu dipaksa mengosongkan kerusi mereka.

“Trajektori yang kita ambil sangat membimbangkan, dan satu-satunya cara untuk melantun dan mara adalah pembaharuan institusi,” katanya yang mendapati ia menjadi perlahan sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun katanya, ada beberapa faktor positif yang perlu diperhatikan, termasuk Perikatan Nasional (PN) tidak memansuhkan NACP daripada pentadbiran PH, dan penguatkuasaan liabiliti korporat (Seksyen 17A) Akta SPRM.

“Kami juga melihat kerajaan baru tidak campur tangan dalam kes mahkamah berprofil tinggi, termasuk yang melibatkan ahli politik.”

CPI itu dibangunkan dengan menyatukan skor sehingga 13 sumber bebas seperti Indeks Transformasi Bertelsmann dan Tinjauan Pendapat Eksekutif Forum Ekonomi Dunia.

Muhammad berkata, indeks tahun lalu tidak mengambil kira persepsi awam atau rasuah sektor swasta, dan hanya mengukur rasuah sektor awam serta kesannya terhadap pendapat komuniti perniagaan dan pakar.

Singapura mendahului Asia Tenggara dan di kedudukan ketiga seluruh dunia dengan skor 85. Malaysia di tempat ketiga selepas Brunei yang mendapat skor 60. 



Perginya seorang ayah angkara COVID-19...KISAH YANG DICATAT OLEH SI ANAK MANGSA COVID 19

 

Perginya seorang ayah angkara COVID-19...

Farhana Joni
Perginya seorang ayah angkara COVID-19...
Kisah pemergian Allahyarham Jemali Marsidi, antara mangsa COVID-19 yang meninggal dunia pada 22 Januari lalu dikongsikan anaknya menerusi akaun Twitter. - Gambar Twitter Janatun Maqwa.
KUALA LUMPUR: Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima oleh sesiapa, namun siapa kita untuk melawan aturan takdir.
Rasa perit itu lebih dahsyat apabila tidak dapat berada di sisi orang tersayang sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Seorang pemilik akaun Twitter @janatunmaqwa berkongsi memori terakhir bersama ayahnya yang juga salah seorang daripada ratusan mangsa COVID-19 di negara ini.
"22.01.21. Friday. Hospital Sungai Buloh. Wad 4A. Moment yang tak akan lupa sampai bila-bila.
"Lepas Maghrib tengah baring-baring, dapat mesej dalam group. Semua tak percaya. 10 hari lepas birthday ayah ke-60.
"Dr call mak. Cakap waktu dia datang katil ayah, ayah dah tak ada. Ayah pergi senyap-senyap tak susahkan orang. Allahu," tulisnya di akaun Twitter, Selasa.
Kata @janatunmaqwa, pada 9 Januari lalu, dia tidak menyangka tarikh itu adalah kali terakhir bertemu dengan ayahnya, Allahyarham Jemali Marsidi yang secara sukarela ingin ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.
Ujarnya, Allahyarham mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung serta kencing manis yang menyebabkannya sukar bernafas serta perlu bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
Walaupun sedih dengan pemergian itu namun pengasas Takoyaki Desa Putra itu turut memanjatkan kesyukuran kerana berpeluang melihat jenazah Allahyarham diuruskan di hospital menerusi rakaman video selain berkesempatan memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan sekalipun dari jauh.
Dalam perkongsian yang sama, @janatunmaqwa memberitahu, hampir kesemua ahli keluarganya menjalani kuarantin sementara adiknya kini berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Sehubungan itu, katanya, majlis tahlil telah diadakan dalam talian manakala solat jenazah ghaib untuk Allahyarham ayahnya dilakukan oleh pesakit-pesakit COVID-19 di PKRC itu.
Perkongsian @janatunmaqwa itu mendapat perhatian ribuan warga maya yang turut bersimpati dan berkongsi situasi yang sama..


PH fail permohonan mahkamah cabar penggantungan sidang Parlimen, DUN

 




POSTED BY AMIR WRLR


Pakatan Harapan (PH) memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam terhadap kaedah-kaedah di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, berkenaan penggantungan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berkuatkusa selepas perisytiharan darurat pada 11 Januari lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Setiausaha PH, permohonan tersebut dibuat bagi menentukan sah atau tidak kaedah-kaedah Ordinan Darurat boleh digunakan untuk menggantung Parlimen dan DUN.

"Tindakan Mahkamah ini bukan bertujuan mencabar Proklamasi Darurat yang diisytiharkan. Sebaliknya bagi menentukan bahawa kaedah-kaedah di bawah Ordinan Darurat itu yang membenarkan penggantungan sidang Parlimen dan DUN adalah tidak sah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Perdana Menteri bersama Kabinet telah pun bertindak secara tidak sah dan melanggari Perlembagaan apabila menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk menggantungkan sidang Parlimen dan DUN.

"Kerajaan Persekutan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan wakil rakyat di seluruh negara memerlukan persidangan-persidangan pada waktu kritikal ini untuk mengumpulkan suara rakyat yang diwakili, membincangkan dan meluluskan undang-undang, dasar atau langkah bagi menangani penularan wabak Covid-19 serta urusan lain yang membabitkan pentadbiran kerajaan dan kehidupan rakyat," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, cabaran undang-undang telah dikemukakan oleh 3 pemimpin dari 3 parti komponen PH.

"PH melalui 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub (ADUN Simpang Jeram, Johor), Datuk Johari Abdul (ADUN Gurun, Kedah) dan Abdul Aziz Bari (ADUN Tebing Tinggi, Perak) telah membuat satu permohonan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Permohonan ini difailkan untuk membuat semakan terhadap kaedah-kaedah di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021," ujar kenyataan itu.

Menurut Majlis Setiausaha PH, tindakan mahkamah diambil semata-mata di atas komitmen gabungan berkenaan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook.





(function() { var d = document, w = window; w

Mengapa perlu takut buka Parlimen?

  Ini bukan kerajaan gagal tapi kerajaan tidak bermaruah MAHIADDIN PM PALING TERUK DLM SEJARAH Rakyat sedang menderita. Ada yg bunuh d...