Ampun Tuanku, sembah
patik mohon diampun.
1. KAMI, NGO-NGO dan
individu dari pelbagai latar belakang di seluruh dunia tidak berharap akan
adanya pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari 2021
bahawa beliau telah menasihati Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk
mengisytiharkan darurat bagi seluruh negara sehingga bulan Ogos 2021.
Pengisytiharan ini
bukan saja telah menjatuhkan imej negara di seluruh dunia bahkan media
antarabangsa telah menjadikan bahan ejekan ke atas Yang Dipertuan Agong dan
kerajaan Malaysia.
Kami sebagai rakyat
marhaen amat menyanjung tinggi Institusi Diraja yang bernaung di bawah payung
Raja-Raja Berpelembagaan sejak dari awal penubuhan Negara tercinta ini.
Hal seperti ini wajib
dihentikan serta merta kerana keperluan darurat yang masih dipertikaikan dari
segi perlembagaan dan cadangannya juga dari seorang PM yang sudah hilang
majoriti.
2. Kami sangat bimbang
kesan dari pengisytiharan darurat ini peranan semak dan imbang kepada kuasa
eksekutif pentadbiran negara dan mendedahkan kerajaan kepada salah guna kuasa
eksekutif yang tidak terkawal.
Kebimbangan kami
berasas dengan bocornya surat tawaran kerja membina dewan di Parlimen Pagoh
sebanyak rm 35 juta ( surat dilampirkan) tanpa melalui prosidur biasa.
Dalam tempuh darurat
yang sangat singkat, bagaimana projek ini boleh diluluskan tanpa mengambilkira
penderitaan rakyat buat masa ini.
3. Kami amat bersyukur
dengan langkah munasabah yang diambil bagi menangani wabak COVID-19. Namun,
alangkah lebih wajar jika tumpuan diutamakan kepada isu kesihatan rakyat,
kelengkapan termasuk peruntukan terhadap petugas barisan hadapan (kesihatan dan
keselamatan petugas barisan hadapan).
4. Akibat dari
beberapa tindakan gopoh dari Perikatan Nasional yang dimulakan dengan
pengumuman PKP kemudiaan darurat pula hingga bulan Ogos, rakyat sudah mula
membuat protes terbuka di beberapa media sosial ( dilampirkan).
Apakah protes rakyat
ini akan mereda sekiranya mereka masih belum berpuas hati dengan janji kosong
dari Perikatan Nasional selama ini.
Ditambah pula dengan
harga barang yang sudah terlalu tinggi.
Kami tidak yakin
kemarahan rakyat akan mereda sekiranya kadar pengangguran semakin meningkat,
kemiskinan makin bertambah, peluang berniaga ghaib dan penafian hak mereka spt
wang simpanan Kwsp tidak mampu diselesaikan.
5. Kami berpandangan
bahawa undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan sebelum ini adalah mencukupi untuk
mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.
6. Bagi kami Perdana
Menteri dan kerajaan telah terlanjur dan tersasar dalam menyampaikan nasihat
kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sesungguhnya tidak terkait dengan
permasalahan COVID-19, banjir atau ekonomi.
7.Oleh itu demi
menyelamatkan keamanan, kesejahteraan dan kestabilan politik di negara ini,
kami bermohon ke bawah Duli Raja-Raja Melayu untuk menarik semula persetujuan
perlaksanaan Ordinan Darurat ini dengan segera.
Mustapa Mansor
Ketua Kordinator NGO
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat (100 NGO gabungan dan individu dari
seluruh dunia).
Alamat sekretariat:
(seperti sebelum ini)