MGID

Cogan kata baharu: cadangan barisan hadapan atau sebahagian propaganda? – Lip Eng


oleh Ghafar NS

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, penggunaan frasa baharu “Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19” di dalam semua urusan persuratan rasmi kerajaan dilihat sebagai ‘sebuah persembahan yang tuli dan buta dengan keluhan rakyat.’

“Apakah frasa baru ini cadangan yang datang daripada petugas barisan hadapan seperti pakar-pakar perubatan…

“…atau ia hanya sebahagian daripada propaganda politik Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang dikuatkuasakan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam?” soal Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini, menuntut penjelasan pihak kerajaan.

Menurut Lip Eng, banyak lagi frasa lain yang boleh diguna pakai untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan menangani cabaran Covid-19.

Frasa “Pelitup Muka Memerangi Covid-19”, “Jarak Sosial Memerangi Covid-19”, “Kebersihan Kendiri Memerangi Covid-19” dan “Vaksin Memerangi Covid-19” adalah antara pilihan yang lebih tepat untuk dijadikan cogan kata dalam usaha kawalan dan pencegahan jangkitan wabak Covid-19 daripada “Darurat Memerangi Covid-19”.

Beliau juga berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggambarkan seolah-olah tiada cara lain untuk melandaikan lekuk jangkitan wabak Covid-19 melainkan dengan mengisytiharkan darurat semata-mata.

“Kita lihat negara-negara lain berbelanja wang berbilion-bilion untuk membeli vaksin, dan mereka sudahpun memulakan program vaksinasi.

“Malah, angka jangkitan mereka lebih tinggi dan tetapi tidak pula mengisytiharkan darurat untuk mengatasi masalah Covid-19,” tambah Lip Eng.

Beliau turut menyatakan, proklamasi darurat ini boleh dilihat sebagai senjata politik Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hanya untuk mengekalkan jawatan beliau apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibenarkan untuk bersidang sedangkan taska boleh dibuka.

Bermula semalam (26 Januari 2021) semua jabatan kerajaan telah menggantikan frasa “Saya Yang Menjalankan Amanah” yang diguna pakai sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kepada “Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19”.




No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

AMANAH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN UMNO PULA??

  1) Anda boleh baca sendiri laporan penuh berkenaan di : https://malaysiadateline.com/amanah-sedia-timbang.../ Saya hanya berminat meme...