S Y A I T A N J U G A Y A N G S A L A H

 

BOB KELANANG


Pada PRU14 tempohari... PAS katanya tak risau sangat kerana dikatakan MALAIKAT akan turun mengundi untuk PAS... sampaikan kata-kata tersebut disambut dengan takbir yang bergemuruh... sana-sini ahli, walaunBODO dan penyokong PAS berasa seronok kerana para malaikat juga akan turun mengundi untuk membantu kemenangan PAS...

Dan sesungguhnya PRU14 memperlihatkan PAS hanya memenangi 18 kerusi Parlimen sahaja, koh koh koh… dan yang menariknya... berkemungkinan ramai malaikat sebenarnya mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri terutamanya di Kelantan dan Terengganu... sehingga PAS berjaya merampas kembali pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu...

Masa itu tidak kedengaran tuduhan daripada Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang mengatakan bahawa kekalahan PAS di banyak kerusi yang ditandingi mereka adalah disebabkan sokongan dan rasukan SYAITAN... langsung kita tak dengar...

Tapi kini... menjelang PRU15 yang rasanya makin hampir... tetiba jer Abdul Hadi Awang mengeluarkan cerita yang sesiapa yang tak mendaftar untuk mengundi itu sebenarnya telah dihasut syaitan... rasukan syaitan... ALAMAK... sampai begitu sekali pertuduhan yang dibuat... syaitan juga yang salah...

Tak mendaftar mengundi salah syaitan, kalah undi pun salah syaitan... kalo boleh agaknya akan dikaitkan parti-parti politik selain dari PAS adalah terlibat dengan syaitan... Adoyailah... abis tu yang banyak anggota PAS yang terlibat dengan salahlaku seks semua tu bukan salah syaitan ke?? Takkan lah kot... semua tu ramai jugak yang level guru agama...

Tapi pelik juga... bila mana semua yang bersekongkol dengan PAS tidak pula diklasifikasikan sebagai geng syaitan.... macam UMNO, MCA, MIC dan sebagainya... hanya yang mana PAS dah anggap musuh ja akan diklasifikasikan sebagai geng syaitan...

KOH KOH KOH…

PRU15 nih agaknya berapa ramai pula malaikat akan turun membantu berkempen dan mengundi PAS??? Harap janganlah ada rasukan syaitan lagi...

KOH KOH KOH… jilaker punya bewok!!

 


Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎15:45 Malaysiakini 'Rasukan S... malaysiakini BERITA سسلا Media Presiden PAS 'Rasukan syaitan' punca Melayu Muslim malas mendaftar jadi pengundi Hadi‎"‎‎








1 comment:

Anonymous said...

Saya cuma memahami siasah pendekar mustar ni jika saya seorang penyokong intipatinya sandiwara hanya bercorak psychological ataupun cuma mengalih tumpuan dari issues semasa

(function() { var d = document, w = window; w

MALU APA BOSSKU : Najib 'tok dalang' SRC, Darurat ada udang sebalik batu, SKMM perlu tegas...