KAMI TELAH DIKENCING

 



Sham Ghaz

1. Hudud tak laksanakan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Malaysia.


2. RUU 355 juga tidak dibentang untuk dilulus dan dilaksanakan di Seluruh Malaysia


Agama mereka jadikan alat untuk dapat kuasa dan Kerajaan.


Sudah setahun lebih berkuasa, sampai sekarang makan gaji buta tak laksanakan apa yang mereka janji kan dalam Manifesto dan Janji setiap kali Pilihanraya

UMNO JUGA DIKIRA BERSUBAHAT DENGAN PENDERHAKA RAJA

Sehingga ini masih belum ternampak sebarang langkah atau tindakan positif diambil oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin untuk memenuhi titah Agong berkaitan pembukaan sidang Parlimen dengan secepat mungkin.

Malah kenyataan terbaru Mahiaddin tentang penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana Parlimen hendak dibenarkan bersidang ketika tempoh darurat tidak lebih sebagai satu lagi helah untuk melengah-lengahkan titah Agong itu.

Isu di sini, berapa lama pula jawatankuasa ini perlu mengambil masa untuk bermesyuarat dan membentangkan laporan kepada Perdana Menteri?

Hakikatnya, beliau sebagai Ketua Majlis boleh mengarahkan Speaker untuk memanggil sidang Parlimen untuk diadakan dengan secepat mungkin.

Kalau minggu depan pun ia dimahukan, dengan arahan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis, sidang Parlimen sebenarnya boleh diadakan bagi memenuhi titah Agong itu.

Sebagaimana disebut oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim semalam, notis 28 hari mengikut amalan biasa tidak perlu lagi dipenuhi kerana ketika ini negara dalam tempoh darurat.

Pokoknya dalam hal ini ialah sama ada Mahiaddin mahu atau tidak saja memenuhi titah Agong itu.

Kalau mahu dan benar-benar setia kepada Raja, tiada alasan untuk berlengah atau menangguh-nangguhkannya lagi.

Tetapi, jika tidak mahu, macam-macamlah helah boleh direka atau diada-adakan.

Yang nyata, pada pandangan rakyat umum, Mahiaddin dan kerajaan PN ini dengan tingkah laku lebih daripada sekali melengah-lengahkan titah Agong adalah sebuah kerajaan yang sudah dianggap sebagai derhaka.

Tidak lama sebelum ini Agong juga ada bertitah bahawa Parlimen boleh dibenarkan bersidang dalam tempoh darurat, tetapi ia langsung tidak dipedulikan oleh Mahiaddin.

Kerajaan ini tidak lain adalah sebuah kerajaan yang kemaruk serta pelahap dengan kuasa tanpa memikirkan masa depan negara serta nasib rakyat yang semakin sengsara kehidupannya.

Lantaran itu, waima ada titah Agong sekali pun, jika ia dilihat mengancam kuasa, mereka akan tampil dengan macam-macam alasan untuk mengelak daripada menunaikannya.

Namun demikian, di sebalik Mahiaddin terus dengan taktik dan helahnya melengah-lengahkan titah Agong itu, apa yang pelik ialah UMNO sebagai kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN ini masih lagi hidup seolah-olah tanpa perasaan dan tidak sensitif kepada apa yang ada di depan mata.

Walhalnya, dalam majlis menghadap Agong baru-baru ini, Presiden UMNO, Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan, antara pandangan yang disampaikan kepada baginda ialah agar Parlimen dibenarkan bersidang dengan segera.

Pandangan dan keinginan UMNO itu adalah senada dengan apa yang diminta oleh ketua-ketua parti dalam PH yang sememangnya menjunjung tinggi amalan demokrasi.

Sekarang dengan Agong telah mendengar semua pandangan tersebut serta menitahkan Parlimen perlu dibuka dengan secepat mungkin, mengapa UMNO masih mahu terus berada dalam kerajaan PN yang dikira telah derhaka kepada Raja?

Mengapa masih tidak berani keluar segera daripada kerajaan PN sebagai tanda kesetiaan terhadap titah Agong yang merupakan Raja Berperlembagaan?

Buat apa pemimpin UMNO sekadar berani menulis dan melalak dalam media sosial saja, sedangkan masih lena tidur sekelambu dengan kerajaan yang dianggap derhaka kepada Raja?

Tidakkah dengan masih berada dalam kerajaan PN dan menyokong lagi Mahiaddin ini, UMNO juga sebenarnya telah bersubahat dengan penderhaka dan memperlihatkan mereka pun tidak cukup setia kepada Raja? 

(ShahbudinHusin 20/06/2021



MESYUARAT BERKALI DAH ,KEPUTUSAN TAKADA.AKHIRNYA JADI KULI JUGAK....KEH..KEH

 

Biro Politik Umno mesyuarat malam ini, bincang langkah seterusnya






Mesyuarat Biro Politik Umno dijadualkan 8 malam ini akan diadakan secara maya.

PETALING JAYA: Biro Politik Umno dijangka mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dipercayai bagi membincangkan langkah susulan selepas titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berpandangan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Sumber memberitahu FMT, mesyuarat dijadualkan pada 8 malam itu akan diadakan secara maya oleh beberapa pemimpin tertinggi parti.

“Mesyuarat Biro Politik jam 8 malam ni. Biarkan mereka buat keputusan langkah seterusnya,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno mendesak kepimpinan tertinggi parti itu membuat keputusan tegas jika kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin gagal mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, kegagalan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan.

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan baginda berhubung persidangan Parlimen tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

INGAT PESAN HADI AWANG UNTUK GENERASI MUDA

 May be an image of 1 person and text


MOHD MUHKLIS 

Ingat pesanan Guru Abdul Hadi Awang kepada generasi muda yang tidak menyaksikan peristiwa lalu; "Jangan mudah lupa"!.

Lalu Allah Azza Jalla tontonkan sendiri dengan mata dan kepala kita, apa yang berlaku di masa lalu untuk ibrah ummat masa kini.

Ketika ditanya tentang siapa orang yang paling baik, Rasulullah SAW menjawab: “Iaitu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Sedangkan orang paling buruk adalah mereka yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

 

Asmuni setuju usaha kerajaan negeri sembah maklum cadangan tarikh Sidang DUN kepada Sultan Perak

 

Asmuni setuju usaha kerajaan negeri sembah maklum cadangan tarikh Sidang DUN kepada Sultan Perak

Saya dan pimpinan AMANAH Perak amat bersetuju usaha Kerajaan negeri menyembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapatkan perkenan memanggil Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan seberapa segera yang mungkin.

Sebelum ini saya juga telah melontarkan cadangan agar diadakan satu pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tatkala berdepan dengan pandemik Covid-19. Saya juga mencadangkan agenda membasmi Covid-19 dan pemulihan ekonomi serta pendidikan akan dijadikan fokus perbincangan didalam Sidang tersebut.

JIKA NAK JADI MUSUH AGAMA, PECAT MENTERI PAS DARI KERAJAAAN ATAU JANGAN BEKERJASMA DENGAN MEREKA


May be an image of 1 person, sitting, headscarf and text that says "Hoi!!"


Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Mula-mula  Umno musuh agama. Lepas makan duit Umno 90 juta, Amanah dan PKR pula musuh agama.

Sekarang Bersatu bukan musuh agama. Kalau Bersatu nak rasa jadi musuh agama, cuba buang orang parti dia yang jadi menteri.

Jam 12 buang, 12.05 terus jadi musuh agama. Kalau Bersatu tak percaya, terai buat tengok.

Masa dia

peluk

Kit Siang, MCA musuh agama. Bila dia sokong Ka Siong, DAP pula musuh agama.

Masa dia jadi pembangkang, hudud wajib. Tak buat hudud kafir. Lepas jadi kerajaan, tanya bab hudud, suara syaitan.

Dia jual fatwa agama sekupang dua saja. Ikut sedap mulut dia nak kata apa. Seolah² agama ini tak ada sistem, tak ada manhaj.

Sesiapa lawan parti dia, itu penyokong penjajah, penyokong Barat, anti Islam dan sekularis.

Tapi apabila geng dia bermesra dgn al-Sisi yang bunuh ramai pejuang rakyat Mesir, dia diam.

Begitulah dia. Semuanya mengikut selera politik dia. Ayat Quran pun dibaca ikut selera politik dia juga.

Ketika dia lawan Umno, dia baca ayat waman lam yahkum. Apabila dia duduk bawah ketiak Umno, dia baca pula ayat wa'tasimu bi hablillah.

Kalau orang macam ni hidup di zaman Abu Jahal, tentu Abu Lahab lantik dia jadi penasihat agama kerajaan Quraisy.

PH dihukum haram?


Mohd Hafizi


Hari ini dalil dan fatwa dikeluarkan oleh ulamak  Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan mengisytiharkan gabungan PH sebagai haram. 


Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim berfirman bermaksud: "Terangkan kepada-Ku wahai Muhammad tentang orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya. Ataupun apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar ataupun memahami padahal mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya." (Al-Furqan: 43-44)


Firman-Nya: "Maka jangan kamu mengikuti hawa nafsu untuk menyimpang daripada kebenaran. Dan apabila kamu memutarbelitkan kata-kata ataupun enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (Al-Nisa': 135) 


Firman-Nya: "Wahai Daud, sesungguhnya Kami jadikan kamu penguasa di muka bumi, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia menyesatkan kamu daripada jalan Allah." (Shad: 26) 


Firman-Nya lagi: "…Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulu dan mereka telah menyesatkan kebanyakan manusia dan mereka tersesat daripada jalan yang lurus." (Al-Maidah: 77) 


Imam al-Nawawi sekali lagi di dalam al-Majmu' Syarh al-Muhadzab m/s 46 juz 1 menegaskan: "Haram hukumnya bertindak semberono dalam memberikan fatwa. Dan haram pula bagi mereka yang meminta fatwa daripada orang yang bersikap semberono itu."


Kesimpulannya, ayat-ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa sikap mendustakan kebenaran dan mengikuti hawa nafsu serakah adalah perbuatan yang dicela oleh Allah SWT. Ia bukan sahaja wujud dalam kalangan ahli kitab atau generasi musyrikin terdahulu, tetapi penyakit ini juga turut menghinggapi segelintir agamawan dan umat Islam pada hari ini. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian.


VIDEO : SIRI PEMBOHONGAN HADI AWANG TERHADAP WALAUN - Jangan mudah lupa sehingga ditipu Hadi Awang & Pas berulang kali

VIDEO : JOM DENGAR APA YANG Dato Zaharin Maki Hamun PAS ? Dengarkan Apa Makian Beliau Kepada Lebai L...

UMNO PERLU KELUAR DARI KERAJAAN SEBLUM RAKYAT KUTUK SEPERTI MUHYIDDIN

Tengku-Haphiz-Tengku-Putera

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Terengganu mencadangkan agar parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) jika kerajaan masih gagal membuka Parlimen dengan segera.

Cadangan itu dibuat supaya UMNO tidak terpalit dengan politik derhaka kepada raja seandainya pendirian kerajaan terus acuh tidak acuh merealisasikan titah raja dan tuntutan rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menegaskan pihaknya bersetuju dengan ketetapan Pemuda UMNO Malaysia agar Parlimen Malaysia perlu segera bersidang dalam tempoh 14 hari.

Jelasnya, sebagai kerajaan yang mendukung tinggi prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaaan seharusnya memahami titah pandangan dan pendirian Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai panduan menyelesaikan kemelut rakyat kini, dan bukannya membuat tafsiran-tafsiran di luar konteks asal.

”Melewat-lewatkan titah ini dilaksanakan menggambarkan sebagai tindakan berpolitik yang menjurus kepada penderhakaan. Pemuda UMNO Terengganu percaya Parlimen adalah platform rasmi untuk ahli-ahli Parlimen mewakili rakyat masing-masing berbahas mencari formula paling ampuh membantu percepatkan proses vaksinisasi dan program bantuan ekonomi rakyat di musim PKP ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan sepatutnya lebih bersifat inklusif terutama di dalam menerima idea semua pihak bagi membantu saku rakyat yang jelas-jelas semakin berkurangan.

Sebagai contohnya, pelaksanaan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 wajar dibuka kembali kepada rakyat ataupun setidak-tidaknya beri peluang perbahasan di Parlimen agar ruang cadangan membantu rakyat lebih bercambah.

Menurutnya, sikap sambil lewa kerajaan pusat melayani Terengganu dalam peruntukan tambahan PKP 3.0 juga mengecewakan.

Sedangkan dalam rekod kenaikan harga minyak mentah dunia, purata enam bulan pada tahun ini adalah bersandar pada harga AS$68.85 setong maka seharusnya Terengganu memperolehi sedikit tambahan pendapatan sekurang-kurangnya lebih RM600 juta hasil royalti Petronas untuk Terengganu.

”Oleh yang demikian, sangat penting bagi kami agar Parlimen bersidang segera untuk Ahli-Ahli Parlimen Terengganu menyampaikan hasrat rakyat tempatan yang sangat memerlukan bantuan tunai terutama kelompok B40,” tambah beliau.

Tengku Haphiz berkata, Pemuda UMNO Terengganu turut bimbang terhadap program vaksinasi di negeri yang agak perlahan sedangkan pendaftaran rakyat telah mencecah 440,000 orang iaitu melebihi separuh rakyat yang diberi keutamaan untuk divaksinkan.

Pusat Vaksin yang dibuka juga pula terhad kepada 14 buah sahaja di seluruh negeri menyebabkan pencapaian pevaksinisasian kepada rakyat kurang berkesan, katanya. – MalaysiaGazette

Sekarang bukan masa berkira dengan rakyat – Najib

MGF12092020_CERAMAH-PILIHAN-RAYA-BOSSKU-5


KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta jangan terlalu berkira dengan rakyat yang memerlukan bantuan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+), kerajaan mengumumkan peruntukan tunai sebanyak RM5 bilion.

Oleh itu, kenapa timbul banyak permohonan ditolak untuk bayaran tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM100 bagi golongan bujang dan RM300 hingga RM500 untuk B40.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika permohonan diluluskan mengapa perlu tunggu bayaran pada akhir bulan Jun sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dikuatkuasakan sejak 12 Mei 2021.

”Yang suruh rayu pula akan dibayar pada bulan Ogos atau September.

”Zaman krisis ini bukan masa untuk berkira dengan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, permohonan penerima BPR atau GKP Fasa 1 tidak patut ditolak atau diperlukan untuk merayu.

“Apa logiknya,” soal beliau lagi.

Ini kerana, secara prinsipnya rakyat tidak tiba-tiba terjumpa harta karun dan menjadi kaya dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja pada zaman pandemik ini, ujarnya. – MalaysiaGazett

Anwar bidas pemimpin tidak hayati permasalahan rakyat

 MG-HQ-ANWAR-25052021_01


 


KUALA LUMPUR – Untuk tahu dan faham keadaan ekonomi negara sekarang, masyarakat perlu mendapatkan penerangan serta penjelasan dari pakar ekonomi, bukan menteri.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika rakyat bertanyakan menteri sudah tentu jawapannya konon pelaburan masih baik dan meyakinkan, ekonomi terkawal dan rakyat hidup selesa.

“(Jawapan) ini purbakala. Pimpinan yang tidak faham masalah berlaku di bawah dan derita rakyat kerana mereka hidup selesa, elaun tinggi, kerja semakin berkurangan. Sebab itu, mereka tidak dapat memahami, menghayati erti permasalahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Dasar Presiden ketika merasmikan Kongres Nasional Keadilan ke-15 yang diadakan secara maya, hari ini.

Anwar turut menyentuh mengenai unjuran ekonomi negara yang disifatkan jauh menyimpang daripada sasaran, tidak lagi tepat dan bercanggah dengan unjuran yang dikeluarkan oleh pakar ekonomi.

Oleh itu, kata beliau, Malaysia kini sudah berada dalam kemelesetan ekonomi dengan unjuran yang dibentangkan oleh menteri untuk tahun ini juga tidak meyakinkan.

“Kita (kalau) nak faham ekonomi, bukan dari menteri. Menteri kalau kita tanya, mereka mesti akan jawab, pelaburan masih baik, meyakinkan, ekonomi terkawal, rakyat selesa, ini semua cerita purbakala.

“Kita juga tahu dengan penutupan kilang-kilang yang mencecah ratusan ribu, sebagai dinyatakan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia. Semua ini hakikat yang sedang berlaku,” katanya.

VIDEO Saifuddin Nasution: Ucapan Penuh Di Kongres Nasional Keadilan Ke-15

VIDEO Anwar Ibrahim: Ucapan Dasar Presiden "Bangkit Bersama Rakyat" Di Kongres...

Terkini! Saifuddin umum jawatan timbalan presiden PKR yang ditinggalkan Azmin

 


Terkini! Saifuddin umum jawatan timbalan presiden PKR yang ditinggalkan Azmin

Majlis Pimpinan Pusat PKR bersetuju untuk tidak mengisi beberapa jawatan kosong tertinggi di peringkat pusat, sehingga pemilihan parti yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mei lepas, berikutan terdapat beberapa jawatan tertinggi seperti timbalan presiden, naib presiden dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (​MPP) parti yang masih kosong.

“Dengan ini, perjalanan parti di peringkat pusat akan kekal seperti keadaan sekarang tanpa kita mengisi jawatan-jawatan ini akibat ditinggalkan rakan-rakan lama kita,” katanya dalam ucapan aluan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 hari ini.

Kekosongan jawatan parti itu wujud, apabila bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden Datuk Zuraida Kamaruddin, meninggalkan parti itu pada tahun lepas, manakala Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR pada Mac lepas.

Saifuddin turut memaklumkan Kongres Nasional Tahunan 2021, akan diadakan secara serentak bersama Kongres Nasional Tahunan 2022 pada tahun hadapan.

Beliau berkata Mesyuarat Agung Tahunan Cabang juga akan dilangsungkan pada tahun hadapan, kecuali Laporan Tahunan Cabang akan diserahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada tahun ini.

Saifuddin berkata, Cabang Sungai Buloh dinobat sebagai Cabang Kemasukan Anggota Baharu Terbanyak iaitu 6,259 ahli dari 16 Nov 2020 hingga 29 April tahun ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, parti itu mempunyai 2,028 ranting di seluruh negara setakat ini, termasuk 259 ranting baharu yang didaftarkan pada tahun ini.

“Kita menetapkan satu ranting di satu daerah mengundi di kerusi-kersui sasaran parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada kongres tersebut.

Seramai kira-kira 2,000 perwakilan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, bermula dari pukul 8.00 pagi ini.

BERANI BUAT LAGI KARTEL..AHLI AKAN HUMBAN SEMULA.

 


Panas! Rafizi dedah kewujudan ‘kartel’ baru dalam PKR

Panas! Rafizi dedah kewujudan ‘kartel’ baru dalam PKR

Nama Rafizi Ramli kembali mencuri tumpuan selepas lama menyepi tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan semakin hampir menjadi Perdana Menteri dengan membuat pendedahan terbaharu melibatkan orang kanan Presiden PKR tersebut.

Peringatan secara terbuka Rafizi kepada Anwar berhubung tindak-tanduk Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam media sosial mencuri perhatian ramai.

“In Sha Allah saya akan saman budak Farhash ni, @anwaribrahim pls take note (sila ambil maklum). Will instruct my lawyer (akan arahkan peguam saya),” kata Rafizi dalam akaun Twitternya yang dipercayai merujuk kepada Farhash.

Tidak pasti punca perbalahan antara Rafizi dengan Farhash yang mencetuskan amaran untuk saman terhadap orang kanan Anwar tersebut, bagaimanapun Rafizi membayangkan kewujudan satu lagi kumpulan kartel dalam PKR.

“This is what the people in your office cultivate – another rotten culture in PKR to become #kartel2 (Ini sebenarnya orang dalam pejabat anda sedang semaikan, satu lagi budaya busuk dalam PKR yang akan menjadi kartel 2),” katanya lagi.

Dalam balasan komennya di Twitter juga, Rafizi menyamakan Farhash dengan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwanya menggunakan strategi politik sama dengan membuat ugutan dan menggunakan duit untuk cepat naik.

“Pada pandangan saya politiknya sama dengan Azmin – pakai duit, ugutan, jual nama Anwar untuk naik dalam politik,” katanya balas kepada pertanyaan seorang rakan Twitternya yang bertanya mengapa tidak bergandingan dengan Farhash.

Pada 2019, Rafizi mengumumkan tidak akan kembali ke arena politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sudah sampai masanya mempelajari kehidupan baharu kerana proses pembelajaran itu akan menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.

Nama Rafizi terkenal selepas mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan dihukum penjara 30 bulan tetapi dibebaskan kemudiaannya selepas kemenangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Farhash menjadi orang kanan baharu kepada Anwar yang juga dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak yang dikaitkan dengan kumpulan baju hitam dalam parti tersebut.




Pastikan kelompok pengkhianat tidak muncul semula, Anwar desak pemimpin, ahli PKR


Anwar menggesa akar umbi dan semua peringkat pimpinan parti kembali menggilap idealisme perjuangan dengan menolak rasuah dan salah guna kuasa yang pernah membelenggui PKR.

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi amaran beliau tidak mahu parti itu kembali dibelenggu dengan “kelompok pengkhianat” dalaman yang memecah-belahkan PKR satu ketika dahulu.

“Saya sebut ini ada kaitan dengan apa yang diperhatikan dan sampai kepada saya.

“Jangan izinkan ia (kelompok pengkhianat) muncul baik dari kekuatan pemimpin, kerajaan negeri atau (benarkan) tokoh-tokoh untuk bina kelompok kecil yang memungkinkan kelompok yang kita alami dulu,” kata Anwar ketika merasmikan Kongres Nasional PKR 2020 secara maya hari ini.

PKR, sebelum ini, dilanda krisis akibat perbalahan berterusan yang melibatkan penyokong Anwar dan timbalannya ketika itu Mohamed Azmin Ali.

Perbalahan itu memberi kesan, bukan sahaja kepada PKR tetapi juga menggugat keutuhan Pakatan Harapan.

Azmin dilihat antara penggerak utama “Langkah Sheraton” yang menyebabkan kerajaan PH tumbang dan beliau kini menjadi menteri kanan dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Berucap secara maya pada kongres PKR, Anwar berkata beliau mengimbau kembali pengkhianatan lalu kerana tidak mahu episod tikam-menikam kembali berulang dalam kalangan saf parti.

“(Kelompok pengkhianat) kemudian akan menikam parti kerana ketaatan mereka itu terhadap kelompok yang menjaga mereka dan dibiaya untuk perkuat kedudukan mereka bukan bersandarkan kepada parti dan perjuangan,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Justeru, beliau menggesa akar umbi dan semua peringkat pimpinan parti kembali menggilap idealisme perjuangan dengan menolak rasuah dan salah guna kuasa yang pernah membelenggui PKR.

“Sejarah kita juga tak lepas dari pengkhianatan. Sejarah kita juga ada bibit-bibit apabila pemimpin itu diberi sedikit kuasa, (mereka) mengumpul kekayaan luar biasa. Dalam PKR juga ada suaranya bila bercakap berdegar-degar tetapi bila diberi kuasa dia korup.

“Ini harus diberi peringatan kepada kita bukan saja pimpinan tetapi saki baki penyokong yang terpalit kerana pada masa itu saudari kabur dan tak dapat melihat kerana ukurannya adalah curahan wang itu,” katanya.

Mengakhiri ucapan beliau, Anwar berharap parti itu dapat mengadakan kongres khas pada akhir tahun ini selepas berakhirnya perintah kawalan pergerakan.

Kongres Nasional PKR diadakan sepenuhnya secara maya hari ini dengan lebih 2,000 perwakilan mengambil bahagian melalui aplikasi Zoom.

Program vaksinasi lembab kegagalan terbesar PN, kata Anwar


Anwar sebelum ini berulang kali menyuarakan kekecewaannya terhadap cara negara menangani pemberian vaksin kepada rakyat yang disifatkannya sangat perlahan.

PETALING JAYA: Isu bekalan vaksin Covid-19 adalah kegagalan terbesar kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, suara rakyat yang sedang resah dan dihimpit dengan suasana politik dan ekonomi yang berkecamuk mengundang titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang berpandangan Parlimen perlu bersidang segera.

Katanya, senario yang berlaku ketika ini jarang berlaku dalam sejarah pentas politik tanah air negara.

“Dari awal perintah kawalan pergerakan (PKP) dan ‘lockdown’, segala langkah itu ada kemunasabahannya tetapi kita mesti mula dengan vaksin.

“Kegagalan paling besar PN adalah penyediaan vaksin secukupnya, mereka buat kenyataan rambang ikut selera politik untuk cuba … saya tak mahu sebut menipu tapi tentunya mengelirukan rakyat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2020 secara maya hari ini.

Sebelum ini, Presiden PKR itu juga berulang kali menyuarakan kekecewaannya terhadap cara negara menangani pemberian vaksin kepada rakyat yang disifatkannya sangat perlahan.

Malah beliau turut mengkritik sistem pendaftaran vaksin di aplikasi MySejahtera yang merumitkan penduduk khususnya di kawasan pedalaman.

Anwar menambah, jika perkara itu tidak ditangani dengan segera, mustahil negara dapat menyelesaikan masalah berkenaan sehingga akhir tahun.

“Sebab itu, pimpinan yang ada sekarang mempunyai peranan besar dan jika mereka itu hanya bertugas untuk khianat dan rebut jawatan tetapi gagal menjalankan tugas, maka malapetaka itu akan menimpa rakyat,” kata Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Pada 15 Jun lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan Pelan Pemulihan Negara dilaporkan berkata, sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober.

Keesokannya, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan Agong berhubung persidangan Parlimen tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

KENYATAAN PRESIDEN PAS DAN DUTA MAKAN GAJI BUTA DISEBARKAN KERANA SERING BERUBAH IKUT SUKA DAN ZAMAN

 

TERIMA KASIH PENULIS CYBER DIATAS PENULISAN ANDA

 

Nama nama seperti

W.Fauzdin

Bob kelanang

Ibrahim Mat isa

Norman Radzuan

Zubaidi Sudin

Mohd Mukhlis Mohd Syarif

Hamzah Rie Na

Dato Hamdan Taha

Dan ramai lagi penulis di luar sana yang tidak dikenali ramai. Saya selaku Blogger Wartawan Rasmi Laman Reformasi dan wartawan sambilan Suara Keadilan sejak zaman Saudara Zunar sebagai editor sehingga kini , yang mengendalikan blog ini , mengucapkan terima kasih kerana sumbangan anda telah menggangkat martabat gerakan Reformasi dan penulisan anda menaikkan semangat kesedaran rakyat terhadap apa yang berlaku dipersada politik tanahair.Sumbangan anda adalah besar walau dibelakang tabir.

Menjadi penulis bukan  mudah, adakala kekangan dan idea juga ancaman kesalahan undang undang, namun keberanian anda mengupas dan mendedahkan  kesalahan dan kelemahan kerajaan yang ada menjadikan anda adalah pennulis cyber yang berani.Saya mengambil penulisan anda untuk menyedarkan  masyarakat diluar sana yang dahagakan maklumat.Sumbangan ada amatlah dihargai.

PEMBODEK DAN PENGAMPU PUN MULA LARI, TANDA MAHIADDIN TAK DAPAT NAK DIPERTAHANKAN LAGI

 

Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri nampaknya semakin sukar untuk dipertahankan lagi.

Berikutan sikapnya yang hanya sekadar mengambil maklum titah Yang Dipertuan Agong berkaitan keperluan Parlimen dibenarkan bersidang secepat mungkin, beliau kini bukan saja terus ditekan oleh kian banyak pihak, malah terlihat penyokong serta pengampunya juga sudah mula mengalihkan sokongan.

Kalau sebelum ini tekanan ditujukan secara langsung kepada Perdana Menteri kerana kedegilan dan keengganannya membuka Parlimen, tetapi kini perkara itu sudah bertukar dengan menjurus tentang kuasa Agong yang sebenarnya ditekankan sebagai berhak menentukan tarikh sidang Parlimen untuk diadakan.

Ia berikutan ketika ini masih dalam tempoh darurat di mana kuasa Perdana Menteri itu sudah berpindah kepada Agong.

Selain ramai pakar undang-undang yang senada bercakap tentang kuasa Agong itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dengan tegas berkata, dalam tempoh darurat ini, Agong bukan saia berhak memanggil sidang Parlimen, bahkan mempunyai kuasa memecat Perdana Menteri.

Kata beliau, prinsip Raja Berperlembagaan di mana Agong terikat dengan nasihat Perdana Menteri di bawah Artikel 40 Perlembagaan sudah tidak terpakai sebaik saja darurat dikuatkuasakan.

“Artikel 40 itu hanya terpakai dalam keadaan biasa, bukan setelah darurat dikuatkuasakan dan ini bermakna keperluan Agong mengambil nasihat Perdana Menteri sebelum mengambil apa-apa tindakan ketika darurat tidak timbul lagi,” ujarnya.

Di samping itu, tambah Zaid lagi, Agong boleh memanggil Perdana Menteri mengadap dan memberitahu beliau jawatannya sebagai Perdana Menteri akan gugur pada 1 Julai 2021.

“Agong boleh namakan penggantinya dengan serta merta.

“Agong juga boleh arahkan Parlimen bersidang untuk memilih Perdana Menteri baharu, jika itulah yang difikirkan terbaik.

“Notis 28 hari untuk Parlimen bersidang tidak perlu diikuti kerana kita dalam darurat dan segala keputusan Agong adalah sah semasa darurat, termasuk isu notis Parlimen bersidang dan ianya tidak boleh dicabar,” tegas Zaid lagi dalam tulisannya di media sosial.

Apa yang menarik, selain Zaid dan sekian ramai pakar undang-undang senada mengenai kuasa Agong itu, dua orang yang sebelum ini dikenali sebagai penyokong Perdana Menteri dan selalu mengiayakan apa saja langkah kerajaan, kini nampaknya sudah pun berubah nada.

Speaker Dewan Negara, Dr. Rais Yatim yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Najib Razak ketika dalam UMNO, kemudian beralih menyokong Tun Mahathir Mohamad apabila Najib hampir lemas, seterusnya menyokong pula Mahiaddin setelah Tun Mahathir hilang kuasa, tanpa berselindung menegaskan bahawa Ordinan Darurat 2021 memberi Agong kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang.

Beliau memetik Seksyen 14 (1) (b) ordinan itu yang menyatakan: “Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.

“Kuasa ini diturunkan terus kepada baginda. Penurunan kuasa selesai,” katanya.

Seorang lagi yang sebelum ini diketahui umum sebagai penyokong Perdana Menteri serta kerajaan, Prof Ramlah Adam, barangkali untuk pertama kali bertegas mengatakan titah Agong tentang pembukaan Parlimen perlu segera dilaksanakan oleh Mahiaddin.

Kata beliau, dua kemungkinan boleh berlaku sekiranya titah baginda itu tidak dilaksanakan segera iaitu Agong boleh memilih kerajaan baharu atau melaksanakan pemerintahan yang diketuai tentera.

“Jika titah tidak diikuti, selain kerajaan sekarang boleh dibubarkan, Agong juga boleh adakan pemerintahan tentera kerana baginda adalah Ketua Turus Tentera negara,” katanya.

Untuk itu, menurut beliau, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik buat negara bagi mengelak ekonomi merudum dan pelabur lari berikutan ketidakstabilan politik di Malaysia.

“Perdana Menteri perlu segera melaksanakan titah Agong kerana baginda sudah bertitah supaya Parlimen perlu dibuka secepat mungkin.

“Jika Perdana Menteri tidak mahu membuka Parlimen, akan berlaku pertentangan krisis perlembagaan antara Agong dan kerajaan,” tambahnya lagi.

Yang jelas kini Mahiaddin semakin tersepit dan ruang untuk beliau terus bersilat dan melengah-lengahkan titah Agong semakin tiada inci.

Keinginan dan kehendak rakyat pelbagai pihak sekarang sangat jelas iaitu lebih mahukan Agong menggunakan kuasa Perlembagaan yang dimiliki baginda dalam tempoh darurat ini.

Keinginan dan kehendak itu bukan lagi setakat mahu Agong membenar dan menentukan tarikh Sidang Parlimen, malah sampai ke tahap memecat Perdana Menteri dan menukar kerajaan.

Dalam waktu yang sama, semua ini bermakna, rakyat tidak lagi berada di belakang Mahiaddin.

Bagi rakyat, bersama kedegilan Mahiaddin terhadap titah Agong yang tanpa keraguan ia adalah suatu penderhakaan, kerajaan PN ini sudah tidak diperlukan lagi dan selayaknya dicampak secepat mungkin “ke dalam longkang”. 


(ShahbudinHusin 20/06/2021)