KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta jangan
terlalu berkira dengan rakyat yang memerlukan bantuan, kata Datuk Seri Najib
Razak.
Menurutnya,
dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+),
kerajaan mengumumkan peruntukan tunai sebanyak RM5 bilion.
Oleh
itu, kenapa timbul banyak permohonan ditolak untuk bayaran tambahan Geran Khas
Prihatin (GKP) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM100 bagi golongan
bujang dan RM300 hingga RM500 untuk B40.
Bekas
Perdana Menteri berkata, jika permohonan diluluskan mengapa perlu tunggu
bayaran pada akhir bulan Jun sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah
dikuatkuasakan sejak 12 Mei 2021.
”Yang
suruh rayu pula akan dibayar pada bulan Ogos atau September.
”Zaman
krisis ini bukan masa untuk berkira dengan rakyat,” katanya dalam hantaran di
Facebook.
Tambah
Ahli Parlimen Pekan itu, permohonan penerima BPR atau GKP Fasa 1 tidak patut
ditolak atau diperlukan untuk merayu.
“Apa
logiknya,” soal beliau lagi.
Ini kerana, secara prinsipnya rakyat tidak tiba-tiba terjumpa harta karun dan menjadi kaya dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja pada zaman pandemik ini, ujarnya. – MalaysiaGazett