BERANI BUAT LAGI KARTEL..AHLI AKAN HUMBAN SEMULA.

 


Panas! Rafizi dedah kewujudan ‘kartel’ baru dalam PKR

Panas! Rafizi dedah kewujudan ‘kartel’ baru dalam PKR

Nama Rafizi Ramli kembali mencuri tumpuan selepas lama menyepi tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan semakin hampir menjadi Perdana Menteri dengan membuat pendedahan terbaharu melibatkan orang kanan Presiden PKR tersebut.

Peringatan secara terbuka Rafizi kepada Anwar berhubung tindak-tanduk Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam media sosial mencuri perhatian ramai.

“In Sha Allah saya akan saman budak Farhash ni, @anwaribrahim pls take note (sila ambil maklum). Will instruct my lawyer (akan arahkan peguam saya),” kata Rafizi dalam akaun Twitternya yang dipercayai merujuk kepada Farhash.

Tidak pasti punca perbalahan antara Rafizi dengan Farhash yang mencetuskan amaran untuk saman terhadap orang kanan Anwar tersebut, bagaimanapun Rafizi membayangkan kewujudan satu lagi kumpulan kartel dalam PKR.

“This is what the people in your office cultivate – another rotten culture in PKR to become #kartel2 (Ini sebenarnya orang dalam pejabat anda sedang semaikan, satu lagi budaya busuk dalam PKR yang akan menjadi kartel 2),” katanya lagi.

Dalam balasan komennya di Twitter juga, Rafizi menyamakan Farhash dengan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwanya menggunakan strategi politik sama dengan membuat ugutan dan menggunakan duit untuk cepat naik.

“Pada pandangan saya politiknya sama dengan Azmin – pakai duit, ugutan, jual nama Anwar untuk naik dalam politik,” katanya balas kepada pertanyaan seorang rakan Twitternya yang bertanya mengapa tidak bergandingan dengan Farhash.

Pada 2019, Rafizi mengumumkan tidak akan kembali ke arena politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sudah sampai masanya mempelajari kehidupan baharu kerana proses pembelajaran itu akan menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.

Nama Rafizi terkenal selepas mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan dihukum penjara 30 bulan tetapi dibebaskan kemudiaannya selepas kemenangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Farhash menjadi orang kanan baharu kepada Anwar yang juga dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak yang dikaitkan dengan kumpulan baju hitam dalam parti tersebut.