MESYUARAT BERKALI DAH ,KEPUTUSAN TAKADA.AKHIRNYA JADI KULI JUGAK....KEH..KEH

 

Biro Politik Umno mesyuarat malam ini, bincang langkah seterusnya






Mesyuarat Biro Politik Umno dijadualkan 8 malam ini akan diadakan secara maya.

PETALING JAYA: Biro Politik Umno dijangka mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dipercayai bagi membincangkan langkah susulan selepas titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berpandangan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Sumber memberitahu FMT, mesyuarat dijadualkan pada 8 malam itu akan diadakan secara maya oleh beberapa pemimpin tertinggi parti.

“Mesyuarat Biro Politik jam 8 malam ni. Biarkan mereka buat keputusan langkah seterusnya,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno mendesak kepimpinan tertinggi parti itu membuat keputusan tegas jika kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin gagal mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, kegagalan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan.

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan baginda berhubung persidangan Parlimen tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

No comments: