LAPORAN POLIS PEKERJA TIADA GAJI

HIMPUNAN WARGA FELCRA

HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN

31 JULY 2010-1hb OGOS 2010

TEMPAT :

FELCRA BANDAR SEBERANG PERAK

(CHANGKAT LADA) PASIR SALAK

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorperatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat Milik Penuh Kerajaan.

Penukaran entiti memberi kesan langsung kepada peserta seperti :

  • Peserta kurang faham kesan penukaran status dari sebuah badan berkanun kepada Syarikat Milik Penuh Kerajaan.
  • Kesan hak pemilikan tanah kepada peserta.
  • Perolehan hasil pertanian didapati jauh lebih rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusaha secara persendirian.
  • Terdapat lebih kurang 30,000 hektar tanah kerajaan negeri diberi kepada FELCRA BERHAD dimana akta GSA tanah boleh diberi kepada individu atau koperasi.

Perhimpunan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan peneroka FELCRA BERHAD serta memahami hak mereka dan mengetahui kemantapan syarikat.Kebimbangan ini timbul kerana sejarah telah membuktikan banyak syarikat kerajaan dilaporkan menuju kearah kehancuran dan telah pun hancur seperti FELDA BHD,POS MALAYSIA,PERWAJA dan BANK BUMIPUTRA.

Your browser may not support display of this image. Pengarah perhimpunan, Haji Razman Bin Haji Zakaria yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Perak menyeru kepada semua pihak memberi sepenuh sokongan untuk menjayakan himpinan ini.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

YUHANIS : 0172860979 / 0133039913

AZNI MOHAMED ZAMRI : 0134851510

ZAMARUL AINI ABD MALIK (Ruang Niaga) : 0105968786

ISHAK SAARI (Penginapan) :0135922401

MAT ZUKI JUSOH (Sumbangan) : 0135962425

BANTUAN KEWANGAN AMAT DIPERLUKAN SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI CEK DIATAS NAMA :

PAS PASIR SALAK

AKAUN NO : 0803101001611 (BANK ISLAM BERHAD)

Abolish ISA protest in Trafalgar Square 26 June 2010







Click on icon on bottom right of frame to toggle to full-screen mode – Photos by Danny Lim

anill netto blog.

SUKARELAWAN GAZA DI RACUN ARSENIK


29/06/2010 7:00pm

PUTRAJAYA 29 Jun – Sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Zionis setelah flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang 31 Mei lalu mendakwa sukarelawan misi itu diracun dengan arsenik, yang dimasukkan dalam makanan diberikan kepada mereka sepanjang penahanan itu.

Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin berkata dakwaan itu terbukti benar apabila tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan, sekembalinya mereka dari misi itu.

"Bagi sukarelawan dari Malaysia, setakat ini lima hingga enam sukarelawan sudah buat pemeriksaan kesihatan termasuk termasuk petugas media dari Astro Awani dan keputusan mendapati ia negatif.

"Baki sukarelawan yang masih belum membuat pemeriksaan kesihatan akan berbuat demikian dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perkongsian Pengalaman Bersama Sukarelawan Malaysia ke Gaza, di sini hari ini.

Arsenik adalah unsur bukan logam berwarna kelabu dan sangat beracun yang antara kegunaannya untuk menghasilkan racun perosak, ubat sapu dan peranti elektronik.

Dalam perkembangan lain, Noorazman berkata, satu lagi konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza akan dilaksanakan selepas Ramadan ini, dengan kira-kira 100 kapal bersedia untuk menyertainya.

Misi kali ini mungkin akan melibatkan penghantaran melalui darat, katanya. – Bernama






Waktu Solat Kuala Lumpur

Subuh 5:42
Zohor 13:18
Asar4
Maghrib 19:27
43








ANJING YANG MULIA BERKAKI 4 ANJING YANG HINA BERKAKI 2




BANYAK AGENDA POLITIK BN/UNO ....

ISU JUDI-MULA LULUS,KEMUDIAN TIPU,KEMUDIAN BARU KATA TARIK BALIK

ISU SURUHANJAYA PILIHANRAYA-KENAPA SPR TAK DAFTAR SEMUA.

ISU ZAID- KERANA PKR BANYAK ORANG BIJAK.KENAPA KETUA PEMUDA UMNO TAK DIANTIK KE SEBARANG JAWATAN--WARTAWAN KANTOI.


BRAVO PEGUAM NEGARA.....YE...YE...YE..JET DAH BOLEH TERBANGGG.....

Mesin jet Dicuri kembali M'sia

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membayar pampasan kepada pihak yang di Uruguay untuk membawa kembali dua enjin pesawat F-5E ke Malaysia kerana mereka mencuri aset nasional.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata enjin pesawat pejuang milik Malaysia, kerana itu, kerajaan tidak bertanggung jawab untuk membayar ganti rugi walaupun enjin telah dibeli oleh sebuah syarikat antarabangsa yang berpusat di negara (Uruguay).

"Tidak ada pampasan perlu dibayar kerana enjin adalah aset yang dicuri dari Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF), dan kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan mereka kembali," katanya selepas menyerahkan sijil kepada kakitangan Defence Services Asia (DSA 2010) Pameran dan Persidangan, di sini, Isnin.

Wahid juga didedahkan bahawa mesin telah dibawa kembali ke Malaysia setelah perundingan antara Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak berkuasa Uruguay.

"Mesin 38 tahun dibawa kembali seperti kargo biasa dan akan dihantar ke bengkel yang telah dikenalpasti, untuk perbaikan akan," katanya namun menolak mengungkapkan saat mesin tiba di Malaysia. Wahid berkata, mesin tidak lagi untuk pesawat garis depan tetapi untuk pesawat yang digunakan dalam latihan.

Pada bulan Februari, Abdul Gani dilaporkan akan Uruguay membuat perjanjian untuk membawa kembali dua enjin F-5E yang dilaporkan hilang dari Sungai Besi pengkalan udara di Kuala Lumpur dan RMAF Skuadron 12 (Scorpion) pangkalan di Butterworth.

Pada kapal selam Scorpene kedua-dua negara itu, KD Tun Abdul Razak, Wahid berkata telah meninggalkan Sri Lanka dan diharapkan tiba di Malaysia.

BELI SEMUA DENGAN HARGA LEBIH....

SASTERAWAN NEGARA MAHU SIMPAN KARYA BELIAU DI LUAR NEGARA

A.Samad dalam laporan akhbar Ahad lalu yang mahu menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan yang diberikan kementerian dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni itu.

Menurut A. Samad, menerusi rundingan bersama beberapa temannya di Negara Kiwi itu, beliau mendapati New Zealand lebih menghargai segala usaha penggiat seni termasuk sasterawan.

Kata sasterawan itu lagi, melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan 'seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan'.

Berhubung cadangan A. Samad hendak membawa karyanya ke luar negara seperti New Zealand.


KOMEN RAIS

Kata Rais: "Saya masih ingat beberapa tahun lalu Pak Samad (A.Samad) 'balun' Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas isu royalti buku beliau."

"Dengan kementerian saya, beliau tidak ada isu royalti. Tapi atas nama perjuangan seorang seniman, rasanya kementerian sudah agak genap juga menjaga kepentingan seniman seperti Pak Samad. Senang-senang jemputlah minum teh," katanya.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyuarakan rasa hairan tentang apa lagi yang dimahukan oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said setelah terlalu banyak dibelanjakan oleh kerajaan untuk memperoleh bahan atau artifak seni budaya.


ULASAN

Maksud untuk menghargai karya saterawan ialah bukan dengan membeli buku-buku yang akhirnya menguntungkan orang tengah.Bukan semuanya di miliki oleh A.Samad said.Jika negara Kiwi itu sendiri mahu menyimpan khazanah sastera untuk generasi 100 tahun akan datang, maka ianya tidak akan berlaku di Malaysia.maka kerana itu kelak para sasterawan negara perlu ke New Zealand untuk mengkaji sastera/karya A.samad Said di sana.


Namun ulasan yang di kemukan oleh Rais yatim pula ialah mengenai kewangan .beliau tidak menimbulkan tentang bagaimana untuk menghargai karya seni anak tempatan , tetapi di ulas dengan bagaimana kerajaan membeli dengan memberi ganjaran kewangan.


ULASAN PAKAR BAKAR JAMBATAN


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu yang menjawab kekecewaan A.Samad terhadap layanan kementerian beliau dalam menyediakan penempatan untuk khazanah sastera yang dimilikinya berkata, malahan buku-buku hasil karya sasterawan itu sendiri telah banyak dibeli oleh KPKK.

"Melalui Perpaduan Negara Malaysia, hampir RM485,000 buku-buku Samad tidak termasuk hasil tulisan sajaknya yang telah dibeli.

"Semasa pentadbiran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) dulu, kami juga telah membuat pembelian buku-buku beliau. Komen beliau menampakkan sangat pendirian yang sudah berubah.




KALAU SEMUA YANG LAMA DI BENAMKAN,DIRUNTUH,ATAS KEPENTINGAN YANG LAIN, KELAK MALAYSIA AKAN HANYA PUNYA BANGGUNAN PENCAKAR LANGIT TANPA BANGGUNAN LAMA YANG DI PULIHARA UNTUK KAJIAN MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA.HE..HE...TAPI SEMUA FAHAM KENAPA IANYA TERJADI....MALAS ULAS...

SETIAUSAHA AGONG GERAKAN KEDAH DI HALAU WARGA EMAS


kiri para wartawa kanan marahkan harakah...

suruh guan eng letak jawatan...lu sapa aminah........


kena halau balik kedah....balik jaga dan tengok kedah....



Setiausaha Kedah Tang Hing Lye yang mengkritik pentadbiran Lim Guan Eng kerana memberi peruntukan yang lebih kepada bumiputera di halau oleh para warga emas yang hadir di kawasan dataran pemidato penang.

Ini menyebabkan warga emas yang menjerit dalam bahasa Hikkien, memberitahu dan menjerit terhadap Tang agar “diam dan balik ke kedah”.

“Tempat ini adalah untuk DAP,” mereka berteriak, namun tang teruskan juga mendedahkan bahawa Lim tidak berlaku adil untuk masyarakat lain.

Tang mendakwa bahawa Lim telah memberi kemudahan yang terbaik kepada masyarakat melayu sebanyak RM24 juta melalui peruntukan jabatan agam islam negeri,. better treatment .

Sementara aminah..bekas ketua wanita PKR pula mendesak agar lim guan eng meletak jawatan dan mengadu bahawa semua aduan mengenai masyarakat di jelutong tidak diambil peduli.....Hang buat la aminah oiiiii.....


Apa-apa pun dah lama orang / kaum cina menolak parti GERAKAN.Sama saja macamana Umno lakukan selama ini dengan membiarkan sahaja Gerakan menguasai semua tanpa ada apa-apa usha membantu kaum Melayu. Bila DAP membantu kaum Melayu ,penyokong Umno memainkan peranan kononnya DAP menindas Melayu .Ini adalah contoh bagaimana Gerakan memainkan isu.Kepada penyokong Umno buka mata , telinga...



gambar/ artikal : Lucia Lai/amiruddin

Anwar Kemuka Rayuan Di Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA 28 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan semua kenyataan termasuk saksi pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya minggu lepas.

Rayuan kepada mahkamah tertinggi itu difailkan oleh peguamnya Karpal Singh tengah hari Isnin.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei tahun ini yang menolak rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu.

Anwar, 63, mahukan kenyataan-kenyataan yang mendakwa wujud percanggahan dalam testimoni Mohd Saiful semasa perbicaraan dan dakwaan liwat yang dibuat ke atasnya.

Katanya Mohd Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat terhadapnya berlaku tapa kerelaannya tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun

Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Perbicaraan disambung 14 Julai.

Bernama

HAPUSKAN JUDI..

GMJ: Dakwaan Vincent Tan bagaikan meludah ke langit

June 29, 2010

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Tan Sri Vincent Tan yang dikatakan mendakwa usaha mereka mendapatkan semula lesen aktiviti pertaruahn sukan gagal, antara lain kerana protes Pakatan Rakyat, diminta tidak menyalahkan pihak lain sebaliknya mencari sumber bisnes alternatif dengan mengambil kira persekitaran sosioekonomi semasa.

Nasihat ini diberikan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), badan yang dianggotai 40 pertubuhan bukan kerajaan dan sayap komponen Pakatan Rakyat.

Setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat berkata, mengambil kira pandangan pengerusi Kumpulan Berjaya itu, kewujudan bookie haram dalam negara adalah berpunca daripada penguatkuasaan lemah dan permintaan judi yang memberangsangkan.

“Permintaan yang tinggi terhadap judi adalah datangnya daripada rangsangan syarikat-syarikat judi itu sendiri.

“Syarikat judi yang diberi lesen oleh kerajaan yang telah memberi peluang kepada rakyat berjudi dan menyebabkan mereka ketagih judi,” kata beliau.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS berkata jika negara ini bersih daripada judi, penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan rakyat terdidik membenci judi maka tiadalah permintaan terhadap judi seterusnya bookie haram tidak akan wujud dalam negara.

“Ini bermaksud salah satu punca kehadiran bookie haram itu sendiri berpunca daripada aktiviti judi yang dihalalkan oleh kerajaan.

“Oleh kerana syarikat Berjaya mempunyai pelaburan judi yang besar maka tuduhan Tan Sri Vincent Tan itu bagaikan meludah ke langit,” kata beliau.

Suhaizan menambah Tan harus melihat kehendak rakyat khususnya anak muda Malaysia sudah berubah sekarang.

Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

“Mereka mahu melihat negara ini bebas daripada nilai-nilai yang tidak sihat. Anak muda Malaysia menolak rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, perjudian dan lain-lain lagi.

“Oleh itu pelaburan syarikat Berjaya dalam perjudian sudah tidak sesuai di Malaysia pada masa kini dan akan datang.

“Tan Sri Vincent Tan perlu mencari pelaburan lain di negara ini yang boleh memacu negara ini menjadi sebuah negara yang maju, aman dan damai,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, GMJ akan meneruskan kempen tahap kedua iaitu Kempen Tak Nak Judi ke seluruh negara bagi mendesak kerajaan mendidik masyarakat membenci judi, memperketatkan penguatkuasaan undang-undang judi, mengurangkan lesen judi dan melancarkan Kempen Tak Nak Judi, Sabtu ini.

Suhaizan mengulas laporan The Malaysian Insider semalam yang memetik penganalsis aktiviti pertaruhan sukan berkata, Tan mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan, dan kini menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan usaha itu.

Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.

Tan mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.

Tan dipercayai mengatakan perkara ini ketika majlis makan tengah hari bersama kira-kira 40 penganalisis pertaruhan di ibu negara.

Sebelum ini Kumpulan Berjaya menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan semula lesen bagi membolehkan Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan selepas lesen asal telah dibatalkan oleh kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jumaat lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu.

APA PUN BUAT ELOK-ELOK.MALU PADA RAKYAT YANG MEMILIH.MUNGKIN 50 TAHUN LAGI NAK DAPAT SEBEGINI



Azmin bakal mengganti Khalid lagi? — G. Manimaran

June 28, 2010

28 Jun — Azmin Ali! Pemimpin muda PKR yang tidak asing dalam arena politik tempatan. Perkembangan mutakir melatakkan pemimpin berusia 46 tahun ini menjadi tumpuan Selangor.

Malah tidak keterlaluan beliau menjadi tumpuan keseluruhan PKR mulai sekarang.

Awal minggu lalu, beliau melepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) secara tiba-tiba, anak syarikat kerajaan negeri, yang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.

Kini sudah diketahui umum, Azmin dilantik menggantikan Khalid sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Nama Azmin, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi sebutan dalam setiap percaturan politik di negeri Selangor sejak Mac 2008. Nama beliau memang disebut-sebut sejak sepanjang satu dekad lalu tetapi tsunami politik 2008 membawa Azmin lebih dekat dengan Selangor.

Mengimbas kembali tulisan-tulisan blog dan cakap-cakap sejak pertengahan 2008, banyak pihak mendakwa yang Azmin bercita-cita untuk menerajui kerajaan negeri. Bagaimanapun Azmin sudah banyak kali menafikan dakwaan-dakwaan ini.

Yang terakhir kelmarin. Azmin menegaskan beliau secara peribadi tidak pernah mendesak Khalid agar melepaskan jawatan sebagai menteri besar. Melainkan katanya, hanya meminta agar Khalid membetulkan pendekatan pentadbiran kerajaan negeri.

Mengumumkan perubahan kecil semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, “(langkah) ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuat kuasa serta-merta.”

The Malaysian Insider sebenarnya difahamkan Khalid patut berbuat demikian ketika pertemuan di Kota Baru bulan lalu.

Berdasarkan kenyataan umum dikeluarkan semalam, Khalid selaku Menteri Besar dikatakan berhadapan dengan banyak aktiviti pentadbiran negeri telah membataskan masa beliau untuk memberi tumpuan ke atas usaha-usaha memantapkan parti itu.

“Saya ada banyak kerja. Saya memang banyak aktiviti seperti pelaburan yang saya kena,” kata Khalid. Antara projek khas yang ingin Khalid memberi tumpuan ialah mengambil alih operasi air di Selangor dan projek pembersihan Sungai Klang yang perlu menggemblengkan modal pelaburan di dalam dan luar negara.

Pun begitu, beliau dengan rendah diri mengatakan “boleh jadi pengalaman saya daripada segi politik tidak berapa ada juga, tetapi untuk menumpukan kepada pelaburan itu adalah usaha penting untuk kejayaan parti dan parti berpendapat saya ada pengalaman.”

Di atas faktor itu, kata Khalid, beliau mencadangkan kepada pucuk pimpinan untuk memberi peluang kepada orang lain meneraju PKR Selangor bagi memastikan negeri tersebut kekal dikuasai PKR dan pakatan pembangkang.

Khalid sekali lagi tidak menamakan penggantinya tetapi serahkan kepada pucuk kepimpinan. Pucuk kepimpinan menamakan Azmin - melangkah dari Wilayah Persekutuan ke Selangor.

“Saya serahkan kepada Presiden untuk menamakan mereka (penggantinya) supaya kita dapat teruskan usaha ini,” kata Khalid.

Khalid dan Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan wujud gerakan dalam PKR Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan menteri besar. Kumpulan ini juga dikatakan mahu mendesak Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Cakap-cakap bahawa adanya usaha hendak mengetepikan Khalid mendapat liputan besar kira-kira seminggu sebelum sesi pemukiman atau temu rapat PKR kali ini.

Pokoknya, cakap-cakap ini sudah kedengaran menjelang Kongres Nasional Keenam PKR akhir bulan lalu di Kota Baru, yang diadakan sebulan selepas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Kerusi Hulu Selangor dimenangi PKR pada Mac 2008 tetapi gagal dipertahankan pada 25 April lalu. Dalam pilihan raya kecil ini, jentera pilihan raya diketuai oleh Khalid selaku menteri besar. Ia pilihan raya kecil pertama bagi Khalid selaku menteri besar.

Difahamkan laporan bedah siasat pilihan raya itu antara lain mengesyorkan agar jentera kepimpinan negeri dirombak sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Berada dalam senarai di atas ialah Khalid.

Ada pandangan yang mengatakan bahawa Khalid tidak wajar memikul dua tanggungjawab - sebagai menteri besar dan juga sebagai pengerusi PKR negeri meskipun di parti-parti lain, formula dua kepimpinan menjadi amalan biasa.

Bagaimanapun orang dalam PKR berpandangan sebaliknya. Mereka menggesa agar Khalid melepaskan jawatan pengerusi PKR negeri dan hanya memberi tumpuan terhadap tanggungjawab sebagai menteri besar.

Ucapan dasar Presiden PKR ketika kongres bulan lalu juga banyak menekankan perkembangan di Selangor dengan kepimpinan kerajaan negeri itu ditegur dengan nama Khalid disebut beberapa kali. Perwakilan-perwakilan yang membahaskan ucapan dasar juga mengambil kesempatan dengan banyak menekankan senario Selangor.

Mengambil kira tumpuan perbahasan seolah-olah PKR hanya hendak memberi tumpuan kepada Selangor. Bagaimanapun beberapa menafikan tanggapan sedemikian, sebaliknya menekankan mahu menjadikan Selangor sebagai model politik kepada PKR.

Tidak dapat dinafikan bahawa Selangor negeri penting, sehingga Umno-BN hendak melakukan apa sahaja untuk mendapatkan balik negeri ini.

Kepimpinan PKR negeri memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya tidak beranggapan hendak mengetepikan kepimpinan Khalid sama sekali.

Seorang pemimpin kanan PKR Selangor beranggapan bahawa mereka mahukan Khalid memberi tumpuan ke atas pentadbiran kerajaan negeri Selangor manakala Azmin pula memfokus terhadap jentera politik negeri.

Pemimpin itu menegaskan, Azmin tidak menyasarkan jawatan menteri besar sebagaimana didakwa oleh banyak pihak termasuk Umno-BN sendiri.

Bagaimanapun beliau mengakui ada pihak dalam PKR Selangor mengambil kesempatan serangan daripada Umno-BN untuk menekan Khalid.

“Umno Selangor masih diterajui oleh Datuk Seri Najib (RazaK), dengan Datuk Seri Noh Omar sebagai timbalan beliau, mereka bawa masuk (bekas ketua AMK) Ezam Mohd Noor,” katanya.

Baru-baru ini Ezam dilantik sebagai senator dan dilihat sebagai antara senjata untuk menyerang kepimpinan PKR khususnya di Selangor. Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri mahu Selangor ditawan semula dalam apa jua cara.

“Jadi Umno meneruskan tekanan mereka ke atas Khalid, jadi ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mahu memastikan jentera politik tidak terjejas dalam serangan Umno-BN... maka, kami merasakan orang paling sesuai ialah Azmin,” kata beliau dengan merujuk Azmin sebagai ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.

“Dari segi prestasi Khalid, kami tidak ada sebarang pertikaian... malah Khalid telah menjalankan tugas dengan lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh Umno-BN sepanjang lima dekad lalu,” katanya lagi.

Sehubungan ini, Khalid dikatakan ‘cemerlang’ dalam menguruskan kerajaan negeri tetapi berada di ruang yang jauh bertentangan dalam hal-hal berkaitan dengan politik parti khususnya politik PKR.

“Kelemahan ini yang tidak wajar dibiarkan berterusan,” kata pemimpin itu dengan merujuk kepada insiden pemberontakan kepimpinan ahli jawatankuasa bahagian Kuala Selangor yang dipimpinnya.

Bagaimanapun pemimpin PKR ini enggan terus-terang sama ada langkah membawa masuk Azmin menerajui jentera PKR Selangor bertujuan menghadapi pemilihan parti November ini.

“Ya benar Azmin semakin berpengaruh dan kuat dalam PKR, tetapi sama ada Azmin mahu tanding jawatan timbalan presiden, saya tidak pasti... tetapi apa yang saya tahu semua orang bercita-cita untuk memegang jawatan lebih tinggi,” kata beliau.

The Malaysian Insider difahamkan meskipun Khalid tidak pernah menyatakan dengan terbuka hasrat untuk mencuba nasib dalam pemilihan timbalan presiden, tetapi ada yang mengatakan beliau sudah mula melangkah ke arah itu.

Apakah rombakan kecil ini mencatatkan pergerakan beliau ke arah itu? Azmin pernah dicalonkan bertanding kerusi itu tiga tahun lalu tetapi beliau membatalkan hasrat itu.

Dalam pertemuan sempena dua tahun menjadi Menteri Besar Selangor Mac lalu, Khalid pernah berkata, beliau hampir-hampir hendak melepaskan jawatan itu awal tahun lalu apabila ada pihak mendakwanya mengamalkan rasuah ekoran sumbangan lembu korban dan kos penyelenggaraan kereta peribadinya atas nama urusan kerajaan negeri.

Rombakan kecil sudah dibuat tetapi percaturan politik PKR Selangor belum berakhir.

Sudah pasti pemilihan pucuk kepimpinan parti hujung tahun ini akan memperlihatkan satu lagi pusingan yang menarik untuk dilihat dalam PKR.

Dan, perkembangan seterusnya akan lebih menarik untuk dilihat dalam pemilihan calon PKR Selangor. Pengasingan kuasa antara menteri besar dan pengerusi negeri akan menguji keberkesanan kemantapan PKR di Selangor.

Azmin, kini Ketua Whip di Dewan Undangan Negeri Selangor, dilihat bakal menggantikan kedudukan Khalid lagi selepas ini. Sekali lagi persepsi politik mengatasi pengurusan dan perjalanan PKR selaku komponen Pakatan Rakyat walaupun banyak penafian, penjelasan dan pendekatan remedi dilakukan.

SOSIAL: MAKLUMAT SEMUA

ADUAN HALAL ON-LINE




Aduan :

adkah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?

Tarikh Aduan :

27/04/2009 - 00:53:42

Jawapan :

Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih


ADUAN HALAL ON-LINE




Aduan :

Assalamualaikum,
adakah premis restoran The Manhattan Fish Market.
Conothnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.

Tarikh Aduan :

14/04/2009 - 01:28:47

Jawapan :

Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih

ADUAN HALAL ON-LINE



Aduan :

Assalamualaikum Tuan,

Saya adalah penggemar dan sejak dahulu lagi sehingga sekarang saya minum minuman ringan jenama Ribena. sebelum ini saya telah diberitahu rakan bahawa ia mengandungi sedikit arak, tapi saya tidak endahkan kerana tiada bukti kukuh. dan baru-baru ini saya telah menerima emel dari rakan lain yg mengatakan Ribena mengandugi arak (saya tidak pasti samaada arak atau alkohol).

Jadi persoalannya, adakah jenama minuman itu selamat diminum oleh pengguna Islam terutamanya kerana ramai diluar sana keliru tentang anggur dan arak dalam minuman tersebut.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

Tarikh Aduan :

18/03/2009 - 04: 23:01

Jawapan :

Waalikumsalam..wbkt terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman tuan, minuman jenama ribena keluaran syarikat GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN BHD telah pun mendapat pengiktirafan halal sejak daripada JAKIM lagi.Sumber yang terkandung di dalam minuman tersebut bebas dari unsur alkohol dn selamat diminum oleh pengguna islam.Untuk maklumat lebih lanjut sila layari direktori e-halal.hdcglobal.com. Sekian Terima Kasih.


ADUAN HALAL ON-LINE



Aduan :

Assalamu'alaikum

Saya telah menghantar emel ke Oldtown White Coffree untuk menanyakan sijil halal yang dipaparkan dalam lawan web mereka (oldtown.com.my>>our business>>our lourels) tentang mengapa sijil dikeluarkan JAIP itu hanya mengesahkan minuman sahaja, bukan makanan.

Mereka telah membalas emel saya dengan menyatakan mereka mendapat pengesahan dari SAS-H Consultants Sdn.Bhd. (CO.NO. 704021-P) di mana mengikut mereka, syarikat ini bekerja rapat dengan JAKIM dan mengikut ISO 1500-2004.

Soalannya apakah benar kenyataan mereka ini.

Selain itu, mereka menegaskan premis mereka adalah 'Pork Free'. Itu maklum kerana menunya sememangnya tidak ada hidangan tersebut. Cuma, kemusykilannya bagaimana status sembelihan ayam untuk makanan mereka kerana ada beberapa hidangan mengandungi ayam.

Terima kasih.
Assalamu'alaikum.

Tarikh Aduan :

02/01/2009 - 13: 12:34

Jawapan :

Assalamualaikum SAS-H Consultants Sdn.Bhd. tidak diiktiraf oleh HDC mahupun JAKIM di dalam pengeluaran sijil halal. Kenyataan tentang bekerja rapat dengan JAKIM dan mematuhi MS1500:2004 tidak dapat dipastikan kerana tidak sebarang hubungan atau perjanjian antara kedua belah pihak. Sekian, Terima kasih.

ADUAN HALAL ON-LINE



Aduan :

Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet?

Tarikh Aduan :

12/12/2008 - 17:32:23

Jawapan :

Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffee & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.



AWAS BRAND INI

LIHAT PADA EJAAN JARAHTAN KEMAHJAN DAN JUGA DEPARKMANT SAH SAH PENIPU.

PERINGATAN: WALAUPUN ADA TANDA HALAL BACA
DAN PASTI KAN LOGO TU YG SAH...

pic24565.jpgpic24565.jpg
100K View Download
pic25547.jpgpic25547.jpg
133K View Download
pic24258.jpgpic24258.jpg
321K View Download
pic27684.jpgpic27684.jpg
299K View Download
pic21531.jpgpic21531.jpg
338K View Download
pic02829.jpgpic02829.jpg
324K View Download
pic31782.jpgpic31782.jpg
289K View Dow