TERKINI: Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin



Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin

 NOTE: Pihak suara Pakatandaily akan mengadakan temuramah khas bersama calon Presiden PAS selepas beliau pulang dari Lubnan. Kunjungi :  Suarapakatandaily.com

 

 

Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin

Calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang kini berada di Assaha Lebanese Traditional Village, Lubnan menghadiri sidang Connference of Global Palestin, hari ini.
Dalam emel kepada suarapakatandaily, Ahmad turut menghantar foto beliau bersama delegasi Arab lain ke persidangan tersebut.

11009138_1065960030099216_4742147683095102517_nAhmad dijangka pulang ke tanah air dalam beberapa hari lagi untuk memulakan kempen merebut jawatan Presiden PAS selepas mengumumkan beliau mencabar presiden sedia ada, Abdul Hadi Awang.

Bekas Naib Presiden PAS ini dijangka akan memberi tentangan sengit. Tinjauan pendapat daripada beberapa penganalisis politik mendapati sokongan ke atas Ahmad dan Hadi dalam kalangan perwakilan yang akan mengundi di Muktamar Pemilihan Jun depan tidak banyak berbeza.

Ahmad agak ketinggalan dengan 40 peratus sokongan sementara Hadi di depan dengan 60 peratus. Kempen di saat akhir berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan perlaksanaan Hudud di Kelantan dijangka akan merapatkan jurang sokongan dan menentukan siapakah pemenang jawatan presiden.

Walaupun MB Kelantan Ahmad Yaakob pernah berkata tiada siapa yang layak mencabar Hadi namun kalangan profesional PAS berpendapat Ahmad mempunyai kewibawaan setaraf Hadi.

10411757_1065959883432564_7409227448722687649_nBuktinya Ahmad Awang masih diundang ke persidangan antarabangsa mengenai Palestin walaupun telah beberapa tahun tidak menjawat apa-apa jawatan dalam PAS.

Ahmad sebelum ini aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO dalam pelbagai bidang khususnya dalam dakwah dan pendidikan.

Di antaranya Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama kira-kira 17 tahun; dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun.

Lain-lain pertubuhan yang pernah dipimpin beliau adalah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

Ahmad Awang juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain.

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad Iraq dan ahli Persidangan Himpunan Islam Republik Islam Iran.

Banyak ulama PAS berakhir dalam Umno – Mat Sabu

Banyak ulama PAS berakhir dalam Umno – Mat Sabu
 
Banyak ulama PAS berakhir dalam Umno – Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, ulama dalam parti itu mendapat penghormatan tinggi di kalangan ahli kerana menunjukkan akhlak yang baik, bukannya disebabkan latar dan kelulusan pengajian agama yang pernah diikuti.

Merujuk kepada dua nama pemimpin tertinggi PAS iaitu allahyarham Yusof Rawa, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor, Mohamad berkata “tidak kena” jika ada anggota parti menilai seseorang ulama dalam parti berkenaan berdasarkan latar belakang pengajian agama semata-mata.
Bagi Mohamad, status ulama seseorang itu terhasil daripada ilmu, amal dan akhlaknya.

“Kenapa Nik Aziz dihormati? Kerana akhlaknya. Antara akhlaknya yang disegani, apabila mendapat kuasa, beliau kekal hidup amat sederhana bahkan dia menolak hak-hak yang sepatutnya diterima.
“Ertinya beliau buat apa yang beliau cakap. Maka timbulah penghormatan kepada beliau. begitu (juga) orang bukan Islam menghormati Nik Aziz,” katanya.

Balik ‘mengaji’ mahu diiktiraf

Mengenai Fadzil, Mohamad berkata, sehingga akhir hayat ahli politik kelahiran Kedah itu, beliau gigih berjuang menegakkan kebenaran, hak asasi manusia dan menentang akta polis yang mengharam rapat umum.

“Dan penghormatan kepadanya begitu tinggi. Inilah kita minta, siapa nak jadi ulama (dalam PAS) mesti berakhlak begitu, bukan berdasarkan kelulusan. Kamu balik dari pengajian agama, maka hendak diiktiraf ulama? Tak kena,” katanya kepada Malaysiakini.
PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Kuala Selangor pada bulan depan.

Muktamar kali ini memperlihatkan perpecahan ketara sesama ahli PAS apabila berlaku pertembungan dua kumpulan – proulama dan profesional – membabitkan semua peringkat.

Jawatan presiden sendiri menampakkan pertandingan apabila bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang mengesahkan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad pula bakal berdepan sekurang-kurangnya seorang pencabar untuk jawatan timbalan presiden, iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad berkata beliau mahu ulama seumpama seperti Fadzil dan Nik Aziz ditonjolkan dalam PAS walaupun wujud kecenderungan anggota PAS menilai ulama dalam parti itu berdasarkan latar belakang pengajian mereka semata-mata.

Ulama PAS berakhir dalam Umno

Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Abang Mat itu, pujian terhadap tokoh PAS yang telah meninggal dunia dibuat kerana “orang yang hidup kita tak tahu berakhirnya di mana.”

Malah, katanya, ramai ulama dalam PAS berakhir dalam Umno.
“Mereka keras melawan Umno dan meletakkan mereka diri seolah-oleh ulama tapi akhirnya menjadi penentang kepada PAS dan menjadi petugas-petugas Umno,” katanya.

Enggan meramalkan sama ada kumpulan proulama atau profesional bakal menguasai PAS dalam pemilihan parti bulan depan, Mohamad yakin PAS memerlukan gabungan kedua-dua kumpulan ini yang dianggapnya sebagai pendokong dasar Islam.

Katanya, perkara itu bukan satu perkara baru memandangkan sebelum ini kedua-dua kumpulan berkenaan pernah bergandingan sewaktu pentadbiran beberapa orang presiden PAS yang berkelulusan profesional.

“Saya yakin PAS sentiasa ada gabungan ini, dari penubuhan sampai sekarang. Gabungan ini tetap ada, dan diperlukan untuk masa akan datang,” katanya.

Menurutnya lagi, isu pertembungan antara kumpulan proulama dan profesional juga disebabkan mainan media yang mempunyai kaitan dengan Umno untuk memecah-belahkan perpaduan dalam parti.
“Sebab mereka tahu bahawa kalau PAS terus kuat dan bersama Pakatan Rakyat. Umno akan tumbang pilihan raya akan datang. Kalau nak menang, pecahkan Pakatan dan salah satunya (caranya ialah) pecahkan ulama dengan profesional dalam PAS.

“Dalam hal pemilihan PAS, mereka cenderung puak mana menang? Saya yakin Umno bukan sokong ulama pun, tapi mereka nak memecah-belah perpaduan supaya BN kekal menang. Cuma ada di kalangan kita terperangkap dengan permainan musuh ini,” katanya.
Mohamad juga optimis kemelut dalam PAS termasuk isu pertembungan ulama dan profesional bakal selesai dalam muktamar nanti.


Najib sila tunjuk cara 1MDB akan selesai hutang – Rafizi
Najib sila tunjuk cara 1MDB akan selesai hutang – Rafizi

Najib sila tunjuk cara 1MDB akan selesai hutang – Rafizi

PKR hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjelaskan pinjaman kepada 6 bank antarabangsa selepas melanggar syarat, ia susulan pendedahan akhbar perniagaan berpangkalan di Singapura.

Business Times Singapura hari ini melaporkan, 6 bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa 1MDB menyelesaikan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.

“Datuk Seri Najib Razak wajib memberikan kenyataan segera bagaimana 1MDB bercadang membayar hutang RM3.6 bilion yang boleh dituntut bila-bila masa ini,” kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini mengenai pendedahan terbaru akhbar tersebut.

Pendedahan terbaru itu juga menurut Rafizi mengesahkan dakwaannya semalam yang mengatakan hutang RM3.6 bilion tersebut diambil dengan memberi cagaran.

“Laporan akhbar Business Times pada hari ini mengesahkan pendedahan saya semalam bahawa hutang RM3.6 bilion ini diambil dengan memberi cagaran simpanan dana AS$1.1 bilion yang kononnya disimpan oleh 1MDB di Bank BSI di Singapura.

“Oleh kerana laporan terkini menyebut dana AS$1.1 bilion ini mungkin tidak wujud, ia mewujudkan keadaan panik di kalangan 6 bank antarabangsa tersebut yang bimbang 1MDB tidak boleh membayar hutang RM3.6 bilion itu,” katanya.

Rafizi juga berkata jika 1MDB gagal menjelaskan tuntutan hutang daripada 6 bank tersebut, ia bermakna syarikat tersebut juga gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi semua RM42 bilion hutang dimilikinya.

“Ini bermakna, jika tuntutan bayaran hutang RM3.6 bilion oleh 6 bank antarabangsa ini gagal dipenuhi dalam masa terdekat, 1MDB secara undang-undangnya gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi kesemua RM42 bilion hutangnya,” katanya.

Lebih parah lagi, situasi tersebut akan menggugat kestabilan kewangan negara, kata Rafizi.

“Oleh itu, ramalan awal saya bahawa satu hari nanti hutang-hutang 1MDB ini membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan negara (systemic risk to the financial system) kini mungkin menjadi kenyataan.

“Ini menafikan jaminan yang dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional termasuklah Khairy Jamaluddin yang kononnya 1MDB bukanlah satu risiko kepada kestabilan kewangan negara,” katanya.
Business Times hari ini melaporkan 6 bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa “tidak lengkap” kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.

1MDB yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2009 dikritik hebat apabila mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini mendedahkan Putrajaya meluluskan kredit sedia ada kepada 1MDB sebanyak RM950 juta dan RM600 juta sudah digunakan.

(Visited 6 times, 1 visits today)

Najib, Janganlah Bagi Malu Orang Bugis!!

shahbudin.com

Perdana Menteri, Najib Razak sudah dua kali berikrar tidak akan menyerah kalah dan akan terus melawan terhadap kritikan dan serangan daripada Tun Mahathir Mohamad.

Selain bercakap mengenainya di Kuala Lumpur lebih seminggu yang lalu,  ketika di Tawau baru-baru ini dengan disaksikan oleh kira-kira 40 ribu hadirin yang kebanyakannya orang Bugis, Najib sekali lagi mengulangi pendirian itu.

Dengan lagak seperti pahlawan Bugis, Najib lalu memetik madah suku kaum itu yang berbunyi:-

Kendali tergantung awan di langit
Telah terlanjur ku bentang layar
Walau badai datang menggunung
Walau berdentum guruh di langit
Walau bumi berkeping dua
Takkan mungkin ku berbalik haluan

Madah ini tidak lain membayangkan Najib bukan saja tidak akan menyerah kalah, bahkan sanggup menghadapi apa saja rintangan untuk mempertahankan jawatannya, sesuai dengan keberanian orang Bugis yang memang diketahui umum sejak sekian lama dahulu.

Tentu saja berdiri bulu roma orang Bugis mendengar kata-kata berani daripada Najib itu. Di sebalik berwajah lembut dan mempunyai bibir kemerah-merahan, barangkali orang Bugis di Tawau amat bangga dengan keberanian Najib itu kerana rupa-rupanya darah Bugis dalam tubuhnya masih belum tercemar jika berdasarkan pada madah yang dilafazkannya itu.

Tetapi hari ini dalam program jelajahnya di Ipoh, apabila Tun Mahathir menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Najib mengenai 1MDB, ini adalah peluang terbaik untuk Perdana Menteri membuktikan beliau benar-benar seorang Bugis sejati.

Sebelum berlawan dalam episod-episod yang seterusnya dengan Tun Mahathir, kesanggupannya menyahut cabaran debat ini adalah amat penting untuk menentukan keaslian darah Bugis yang mengalir dalam urat nadinya itu.

Program di Ipoh ini adalah jelajah kedua yang dilakukan oleh Tun Mahathir sejak memulakan serangan dan kritikan terhadap Najib. Program jelajah pertamanya telah diadakan di Taman Melawati kira-kira tiga minggu lalu.

Lebih 3,000 menghadiri program ini dengan kira-kira 60 peratus daripadanya ialah ahli UMNO. Kaum Cina dan India juga turut hadir sama. Antara tokoh Perak yahg hadir ialah Radzi Manan, Ketua UMNO Bahagian Kampar, Hamidah Osman, Ketua Wanita UMNO Gopeng, Yahaya Shafie, bekas Ahli Parlimen Pasir Pinji dan Razman Zakaria, Pesuruhjaya Pas negeri Perak.

Menjawab soalan yang ditanyakan oleh Tamrin Tun Ghafar, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam yang mahukan kepastian sama ada beliau bersedia berdebat secara terbuka dengan Najib supaya rakyat dapat lebih memahami persoalan mengenai 1MDB yang sedang hangat diperkatakan ramai, Tun Mahathir berkata, "Ada sedikit kebolehan, kalau nak debat pun, oklah," katanya.

Dengan kesediaan yang ditunjukkan Mahathir ini, ia adalah langkah permulaan yahg terbaik untuk Najib membuktikan darah Bugisnya masih asli, belum tercemar dan beliau benar-benar tidak takut dengan segala cabaran sebagaimana madah yang telah dilafazkannya itu.

Ini kerana, jika berdebat atau berforum dengan Tun Mahathir pun tidak berani, bagaimanakah mahu Najib menghadi cabaran, serangan dan kritikan seterusnya daripada bekas Perdana Menteri itu?

Sekurang-kurangnya dengan berani menyahut cabaran debat Tun Mahathir ini, orang boleh saja memaafkan keengganannya berdebat dengan Anwar Ibrahim sebelum ini atas alasan debat bukannya budaya kita. Mungkin ketika menolak cabaran Anwar itu, Najib belum cukup keberanian kerana tidak terjumpa lagi madah Bugis yang boleh membakar semangatnya itu.

Ayuh Najib, kali ini janganlah bagi malu orang Bugis lagi!! (SH 16/05/2015)