Daurah Ilmiah 3, 4, 5 "Siri Akhir" - Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki








Pakatan dan BN kucar-kacir, segalanya berkemungkinan, kata Ku Li

http://wrlr.blogspot.com/2015/06/unity-bid-to-drive-malaysias-pm-najib.html


Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015. 

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015.


Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kucar-kacir ketika ini, dan ia "mungkin" menyebabkan satu penjajaran semula politik, kata ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
  Katanya, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal.

"Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada bezanya (dengan PR). MIC ada masalah. Umno pun nampaknya ada (masalah) juga," kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.


Ditanya sekiranya keadaan ini akan mengakibatkan penjajaran baru dijalinkan antara parti politik sedia ada, beliau menjawab: "Saya tak pernah dengar sesuatu itu mustahil. Dalam politik, segalanya berkemungkinan."
  "Dan, tiada apa yang kekal. Seorang sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok. Seorang musuh esok boleh jadi kawan rapat pada hari berikutnya."

Khabar angin mengatakan, Razaleigh, lebih popular sebagai Ku Li, akan dilantik mengetuai kerajaan perpaduan yang mungkin ditubuhkan, satu langkah yang dipersetujui termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang bulan lepas. – 16 Jun, 2015.
MENYUSUL LAGI

BARISAN PAKATAN SELEPAS AIDILFITRI AKAN LEBIH BESAR TANPA PAS TERMASUK SABAH DAN SARAWAK.

 

 

 

"Berkemungkinan berlakunya pilihanraya di Selangor tidak mungkin terjadi kerana kedudukan kerusi  PKR13   dan DAP 15  serta 2 Ahli PAS yang dibaruakan oleh Presideng PAS lalu. Gabungan selepas Aidil Fitri akan merangkumi beberapa parti pembangkang termasuk Sabah dan Sarawak tanpa PAS. Penubuhan sebuah parti Islam Porgresif dan moderat gabungan ulamak dan profesional yang tidak akan menjadikan agenda Melayu dan untuk menghormati Umno dan bersatu bersama Umno , akan menjadikan gabungan ini sebuah gabungan yang lebih besar.PAS secara sendirinya dibawah kepimpinan "ulamak" akan terpinggir dan bebas memilih hala tuju sendiri sendiri". 

 

 


Pakatan tak wujud lagi, umum DAP

DAP hari ini mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.
“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

Lim berkata, ketika penubuhannya, dicapai untuk mendukung prinsip muafakat dan kepercayaan bersama bersama demi membawa era baru politik yang telus dan bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tambah Lim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak setahun lepas gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan, antaranya dalam isu krisis menteri besar Selangor.

Keadaan itu, tambah Lim, menyebabkan gabungan itu hampir lumpuh.

Perkara itu, jelas Lim diburukkan lagi dengan kesediaan Hadi membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno serta menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah kontroversi 1MDB.

Tidak terkecuali, Lim juga membangkitkan soal pelaksanaan hudud apabila pindaan enakmen Kelantan dan usaha mengemukakan rang undang-undang persendirian di parlimen tidak dibincangkan terlebih dahulu. -mk




Dengan PKR, DAP mahu cari sekutu baru

DAP memberi jaminan terus bekerjasama dengan PKR serta menteri besarnya Azmin Ali di Selangor walaupun telah mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata mereka juga akan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi menamatkan pentadbiran Umno dan BN serta membentuk semula politik Malaysia.

“DAP akan terus bergerak ke arah gabungan baru lebih meluas dan berprinsip yang akan muncul untuk mengisi kekosongan politik yang boleh menyalakan semula harapan perubahan untuk merealisasikan impian Malaysia untuk masa depan lebih baik untuk semua,” katanya.

Lim juga berkata DAP akan menyokong kepimpinan Azmin untuk “membentuk semula” kerajaan negeri dengan gabungan berdasar manifesto Pakatan 2013 yang mendapat mandat lebih 60 peratus dalam pilihan raya umum.

Lim mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

DAP juga senaraikan tindak-tanduk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak sejak setahun lalu yang didakwa gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan.
-mk


PKR arah tutup mulut, mesyuarat malam ini

PKR mengarahkan pemimpinnya di semua peringkat menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan Pakatan Rakyat sehingga parti itu memuktamadkan tindakan mereka.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata biro politik PKR akan bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di Petaling Jaya susulan pengumuman DAP bahawa Pakatan tidak lagi wujud.

“Pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan,” katanya.
-mk

KREDIT KELAB GREENBOC

VIDEO: Bunyi misteri di langit Kota Kinabalu petanda gempa?






Bunyi misteri di langit Kota Kinabalu petanda gempa?
Bunyi misteri di langit Kota Kinabalu petanda gempa?

Bunyi misteri di langit Kota Kinabalu petanda gempa?

Rakaman video suara misteri seperti bunyi trompet dari langit di Kota Kinabalu, Sabah pada Jun 2015 menjadi viral di internet sejak beberapa hari lalu.

Insiden tersebut dipercayai berlaku susulan gempa bumi kedua terkuat melanda Ranau, Sabah pada 13 Jun 2015 lalu.

Rakaman yang dimuat naik dalam you tube tersebut didakwa dibuat di taman perumahan sekitar Tuaran, Kota Kinabalu Sabah.

Video berdurasi 1 minit 39 saat itu memaparkan seorang lelaki terpinga-pinga mendengar bunyi kuat dan memandang ke arah lengkungan langit berwarna biru.


Bagaimanapun, tiada saksi lain kelihatan dalam rakaman tersebut sehingga menimbulkan keraguan audio rakaman bunyi “misteri” dari luar negara telah disunting dan diserap masuk ke dalam video tersebut.

Sebelum ini, bunyi misteri dari langit juga dilaporkan pernah didengar di beberapa tempat di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Jerman








Road tour profesional PAS ulangi Reformasi Anwar 1998

Road tour profesional PAS ulangi Reformasi Anwar 1998
Road tour profesional PAS ulangi Reformasi Anwar 1998

Road tour profesional PAS ulangi Reformasi Anwar 1998

Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.

Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat.

Ceramah Mat Sabu di kota Bharu
Ceramah Mat Sabu di kota Bharu

Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta. Mat Sabu menjadi tumpuan utama.

Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.

Gelombang Anwar

Hal yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin 



0 
mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.

Mulai 5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa 100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.

Dalam setiap destinasi ceramah Anwar, pendengar bertambah dan penyokong yang menentang Mahathir semakin padu. Akhirnya gelombang itu diterjemahkan ke peti undi pada pilihan raya umum 1999. Umno ditolak Melayu. Barisan Alternatif mendapat 60 peratus sokongan Melayu.

Sama gagah

Gelombang yang mengiringi Mat Sabu kelihatan hampir sama hebat seperti mengiringi Anwar. Ceramah kedua di Kota Bharu semalam dihadiri oleh ribuan penyokong dan rakyat biasa yang ingin tahu perkembangan politik PAS.

Tidak mustahil jelajah Mat Sabu ke seluruh Semenanjung akan menghimpunkan gelombang politik yang lebih besar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan gambar hadirin yang menghadiri ceramah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad di Seremban beberapa hari sebelum itu. Hanya 30 orang.

Berbeza dengan Umno pada 1998 yang mempunyai polis untuk menyekat kemaraan Anwar yang dikhuatiri mencetus revolusi seperti di Indonesia, PAS tidak mempunyai polis dan penjara untuk menyekat Mat Sabu.

Titik ledak

Tidak dapat ditolak kemungkinan dalam sebulan dua daripada sekarang akan berlaku revolusi dalam PAS. Pimpinan ulama yang berkonspirasi menyingkir puak profesional tentu tidak menjangkakan Mat Sabu akan melancarkan siri jelajah. Mereka juga terkejut begitu ramai ahli PAS yang tidak walak mendengar ceramah bekas presiden parti itu

Kini, segalanya sudah terlambat. Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu. Ketika itu PAS menumpang gelombang tersebut untuk meraih populariti. Hari ini, Pakatan Rakyat boleh menumpang gelombang profesional PAS untuk menerangkan isu-isu semasa.

Gelombang penolakan terhadap puak ulama PAS ini akan menjadi gelombang besar menolak BN. Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.

Dan titik ledak itu berupa kebangkitan rakyat menentang sesiapa sahaja yang melakukan atau menyokong kezaliman!

Syabas Abang Mat!

VIDEO: Mat Sabu: Tak sokong pemimpin PAS berbaik dengan Umno










Mat Sabu: Tak sokong pemimpin PAS berbaik dengan Umno
Mat Sabu: Tak sokong pemimpin PAS berbaik dengan Umno

Mat Sabu: Tak sokong pemimpin PAS berbaik dengan Umno

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan bersama dengan mana-mana pihak dalam parti Islam itu yang mahu membantu Umno kekal di Putrajaya.

Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru malam tadi selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tegas akan menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.

“Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini… No, no, no,” kata Mat Sabu disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Baginya, usaha menamatkan pemerintahan Umno perlu diteruskan kerana katanya parti Melayu itu tidak boleh membuat apa-apa kebaikan lagi, lebih daripada apa yang dibuat selama ini, ekoran pelbagai isu yang berbangkit sekarang.

Beliau dengan jelas menyindir sesetengah pimpinan PAS, terutama yang menang dalam pemilihan PAS baru-baru ini, kerana kelihatan mahu berbaik-baik dengan pemimpin parti tunggak dalam BN itu, yang juga sedang menghadapi masalah itu.

“Dalam suasana begini, kita nak bagi nafas kepada Umno untuk memerintah lagi… ‘how can’, mana boleh… Jangan bagi sambungan ajal kepada Umno dan BN,” katanya.

Ucapan beliau disambut teriakan takbir dan tepukan tangan daripada orang ramai yang penuh sesak walaupun di tengah hujan renyai.

Ini kali kedua Mat Sabu memberikan ceramah selepas berbuat demikian di Lembah Pantai, ibu negara, kelmarin yang juga penuh sesak dengan orang ramai.

Malam ini, Mat Sabu akan bersama dengan rakan-rakan progresif yang kalah di Muar, Johor untuk menyertai “Perhimpunan Jasamu Dikenang” yang dianjurkan untuk mereka.

Beliau dalam ucapannya turut kesal kerana isu hudud memecahkan PAS dan juga PR padahal jelas mereka ditipu oleh Umno.

Bagi beliau, tuduhan kononnya ada pemimpin PAS yang tolak hudud tidak benar kerana yang jelas hanya cara melaksanakannya yang mempunyai perbezaan pendapat dan masih banyak yang boleh dilakukan walaupun hudud masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

“Selepas 25 tahun perintah Kelantan, macam-macam kita boleh buat. Cuti dua hari seminggu, cuti bersalin 60 hari, tubuh pajak gadai Islam, pindah akaun dari bank riba kepada bank Islam.

“Kenapa kita boleh kata tak mahu pergi ke Putrajaya kalau tidak dapat laksana hudud?” soal Mat Sabu terhadap sikap sesetengah pemimpin PAS yang melihat perjuangan parti itu hanya untuk melaksanakan hudud semata-mata.

Sekarang, katanya, terbukti apa yang dijanjikan Umno untuk membantu dalam pelaksanaan hudud adalah bohong semata-mata dan hanya bertujuan memecahkan PR.

“Kita sudah berada di ambang kuasa, ibarat naik pokok kelapa, dah sampai ke atas dan nak pulas buah kelapa saja. Tiba-tiba ada orang jolok punggung kita, itu tidak boleh lah,” kata Mat Sabu menyindir pihak yang cuba memecahkan PR dan menyekatnya daripada mara ke Putrajaya.

Beliau juga membangkitkan mengenai usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tergesa-gesa membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen tanpa berbincang dengan pemimpin parti lain dan PR kononnya selepas dijanjikan sokongan oleh Umno.

“Penggal dulu tak naik (usul ini), janji penggal ini pula. Sidang tinggal dua hari lagi, tak naik juga… ertinya Umno tipu kita.. Yang geramnya, kenapa kita percayakan Umno?” soal Mat Sabu penuh perasaan.

Dulu syetan, parasit .... sekarang intan payung?


Depa ni nak buat lawak ker apa? Sebelum muktamar puak-puak ni berkempen untuk jawatan parti, bukan main lagi melabel pihak yang tidak sehaluan. Bukan sekadar melabel ini golongan ulama dan ini golongan profesional... 
Tapi melabel dengan gelaran yang menghina dan cercaan nista yang amat keji!
Siapa yang menggelar Barua dan Broker kalau bukan Hj Hadi? Dialah yang gemar melabel anak buah sendiri.                                  Dialah juga yang kata 'Pengkhianat' kepada mereka yang pro-Pakatan dan digelar sebagai pro-DAP. Dialah yang kata nak singkirkan ahli Sekular...     Dialah juga yang gelar orang Tolol...Ini macamkah kelaku seorang Presiden parti Islam? Ulama taraf donia?
Yang mula melabel Munafiq Haraki siapa kalau bukan At-Takiri? Yang melabel Jemaah Jebon, siapa kalau bukan Mokhtar Senik. Mereka ini adalah pemain utama dalam kempen yang tidak beretika.



Ketika Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya pada 21 Februari 2015, perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dalam jemaah.Videonya di sini

Beginilah stendad ulama yang ada dalam PAS, konon nak perjuangkan Islam tapi lebih nak punahkan Islam.

Maka tidak hairanlah bila mana macai-macai ulama yang sebegini turut terpesona dan ikut melabel pihak lawan dengan gelaran Bapak Anjing, Lawan Ulama, Anti Hudud, Proksi Ketum, Liberal, Sekular, Syaitan.... alahai, belambak kalau nak ditulis tak cukup ruang!                                                                                                           Bila dah berjaya mempengaruhi jemaah bahawa golongan pro-Pakatan Rakyat adalah sekularis yang perlu disingkirkan dan tempat yang diidamkan dapat kepada mereka,  kini korang  nak berlakon jadi orang baik, pujuk rayu intan payung....peerah!

(function() { var d = document, w = window; w

Kerajaan PN lembab beri bantuan kepada PKS: 65,000 hilang pekerjaan - KEADILAN

  Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi bantuan kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyebabkan pertumbuhan sek...