PANGLIMA PKR YANG HEBAT GAH MASA PEMILIHAN PARTI, PASTIKAN KAMU SEMUA BEKERJA KERAS JIKA TIDAK MAHU PMX DI MALUKAN.

 


CABARAN PRN BUAT PMX


Hanya kira-kira dua atau tiga minggu lagi, DUN enam negeri – Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan – akan dibubarkan bagi membolehkan PRN diadakan.


Walaupun tiga negeri ditadbir PH dan tiga negeri lagi dikuasai PN, tetapi kesepakatan telah dicapai antara semua ketua kerajaan negeri berkenaan agar pembubaran Dun dilakukan dalam waktu yang tidak banyak berbeza bagi membolehkan PRN diadakan secara serentak.


Dengan pembubaran dilakukan pada minggu kedua Jun, pengundian dijangka akan berlangsung sama ada penghujung Julai atau awal Ogos.


Apakah cabaran PRN itu nanti kepada kerajaan perpaduan dan kedudukan Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri?


Secara umumnya, PRN nanti tidak memberi apa-apa kesan kepada kedudukan Anwar dan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya.


Apa jua perubahan di peringkat Dun dan siapa yang bakal menerajui kerajaan negeri, ia sama sekali tidak menjejaskan status kerajaan Pusat.


Begitu pun, untuk mendepani PRU16 akan datang dan sama ada Anwar mampu bertahan lagi atau sebaliknya, keputusan PRN nanti boleh diambil kira sebagai petunjuk utama dalam hal itu.


Berdasarkan dapatan awal setakat ini, daripada tiga negeri yang ditadbir PN – Kedah, Kelantan dan Terengganu – gabungan itu dilihat tidak ada masalah untuk kekal berkuasa lagi.


Meskipun ada beberapa isu sedang berbangkit ketika ini, pengundi di tiga negeri berkenaan dilihat akan terus memberi sokongan kepada Pas, salah satu komponen PN untuk menerajui ketiga-tiga negeri itu.


Berbeza dengan PH yang kini mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, kesemua negeri itu boleh dikira berada dalam keadaan yang tidak selamat buat mereka.


Ada dua aspek yang membuatkan ia tidak selamat:-


Pertama, mungkin ada negeri tertentu yang gagal dipertahankan PH dan bakal jatuh ke tangan PN dengan tumpuan paling berisiko untuk bertukar tangan ialah Selangor.


Jika PH gagal mempertahankan Selangor, maka akan beraya besarlah PN dan ia sekaligus memberi semangat tambahan untuk gabungan itu memenangi PRU16 akan datang.


PN dijangka menggunakan pengaruh beberapa bekas pemimpin UMNO Selangor seperti Noh Omar dan Mohd Zin Mohamad bagi mencapai tujuan itu, di samping sedang menanti jawapan daripada Khairy Jamaluddin atau KJ bagi maksud yang sama.


Kedua, jatuhnya sebahagian besar kerusi-kerusi Melayu di tiga negeri PH itu ke tangan PN.


Apabila kerusi-kerusi Melayu itu jatuh ke tangan PN, ia bukan saja bermakna penolakan pengundi Melayu kepada gabungan PH/BN, bahkan juga menyebabkan calon-calon UMNO kecundang sebahagian besarnya.


Dengan kerusi-kerusi Melayu itu dikuasai PN, meskipun mungkin PH masih mampu berkuasa di tiga negeri berkenaan berikutan sokongan kerusi bandar yang dipegang DAP dan kerusi campuran yang ditandingi PKR, ia adalah isyarat buruk kepada PH untuk PRU16 akan datang.


Keadaan itu selain menyukarkan PH/BN untuk terus meyakinkan pengundi memberi sokongan kepada kerjasama dua gabungan itu di seluruh negara, malah tidak mustahil akan menyebabkan timbul gegaran daripada akar umbi UMNO sendiri yang mahukan parti itu menarik diri daripada kerajaan perpaduan.


Tujuan menarik diri itu adalah agar UMNO bertanding solo pada PRU16, sambil mendesak kepimpinan sedia ada mengundur diri bagi mengelakkan parti ditimpa kekalahan yang lebih buruk lagi.


Yang menjadi kebimbangan akar umbi UMNO, kiranya parti itu kalah teruk pada PRN nanti tetapi terus lagi berada dalam kerajaan perpaduan, sambil Zahid Hamidi kekal menerajui UMNO menghadapi PRU16, ia tidak mungkin mampu memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding PRU15 lalu.


Ada kalangan dalam UMNO yang bimbang, berbanding 26 kerusi Parlimen dimenangi pada PRU15 lalu, takut-takut PRU16 nanti hanya tinggal 16 kerusi saja lagi mampu dimenangi jika tiada sesuatu yang drastik dilakukan andainya prestasi buruk dicapai pada PRN enam negeri nanti.


Untuk mengelakkan semua kemungkinan mengerikan itu, PH/BN bukan saja tidak boleh kehilangan mana-mana negeri yang sedang dikuasainya sekarang pada PRN nanti, terutama sekali Selangor yang mesti dipertahankan dengan sesungguh hati, bahkan tidak boleh juga kalah semua atau sebahagian besar kerusi Melayu di ketiga-tiga negeri berkenaan.


Kalau PN menang semua atau sebahagian besar kerusi Melayu di tiga negeri dikuasai PH, selain berjaya kekal di Kedah, Terengganu dan Kelantan, ia juga bererti kekalahan buat PH/BN pada PRN itu serta suatu kekalahan awal yang hanya tunggu untuk disahkan pada PRU16 tahun 2027. – ShahbudinHusin 29/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



TAK ADA SIAPA JEMPUT LAH. NAK LETAK MANA DAH ADA 2 TPM...


 

KEBANGGAAN RAKYAT KEDAH


 

KEH KEH...PEJA MABUK LEBIH


 

KECOH KELUARGA SELUANG. KES DANA JUDI TAK BUKA LAGI....SABAQ.


 

WALAUN..HANGPA TAK BOLEH PIKIAQ KA. INGAT ANWAR NAK BOHONG DAN CAKAP SAJA KA.


 

KISAH KERA DAN TUPAI...SIAPA DIA PERANGAI KERA DAN TUPAI NI.


 

SELAMAT DATANG CLUSTER MAHKAMAH


 

UNDI PAS. CARI MAKAN DENGAN CINA DAP. APA PUNYA TAK MALU.


 

KES NAJIB


 

UMNO BN BOLEH BERTANDING DIMANA SAHAJA . SAMA JUGA DENGAN PH.


 

BANG NAK MENIKAH SOQANG LAGI PUN BOLEH BUAT KAT PWTC


 

JAUHILAH BERBURUK SANGKA. KERANA BERBURUK SANGKA ITU MEMECAHBELAHKAN SESAMA MANUSIA


 

DAKYAH JAHAT PAS. DULU BAIK UNDI DAP DARI UMNO. SEKARANG DUA DUA TAK BOLEH DAH TU CINA KELANTAN DAN TERENGGANU LAGU MANA ?


 

BENARKAH PAS MAHU BERSAMA KERAJAAN PERPADUAN ? DAN ADAKAH KES MUHYIDDIN PUNCANYA ?


 

ANAK MUDA 16 TAHUN MALAYSIA MENCIPTA NAMA DALAM MUAYTHAI


 

TIADA PERUNTUKAN LITAR LUMBA

 


MACAM INI PUNYA PEMIMPIN PUN ORANG MELAYU PILIH.


 

MALAYSIA BELI ASET BAHARU


 

BARANG APA LAGI YANG NAIK ? KALAU KAU DUDUK PEDALAMAN MEMANG LAH NAIK SEBAB KOS PENGANGKUTAN.


RMS


Bila aku tanya, barang apa yang naik dan sejak bila mula naik, terus tak boleh komen dah, tu aku pakai akaun mole.. kalo akaun ni gerenti kena block..

😆😆



 

NAK BUAT MACAMANA - RASUAH JADI SEDEKAH



Mohd Affeindi Abas


 Hakikatnya... kebenaran yang tengah menang sekarang, kezaliman dah jadi pembangkang… Tapi susahlah jugak akhir zaman ni… Fitnah dianggap kebenaran… Rasuah dianggap sedekah…


#PASik



LAAAA...AWAT LAGU TU...AWAT HANG NAK ELAK...


 

RAMPASAN PELANGI


Ini tweet RPK, selalunya dijadikan sumber rujukan utama pihak Pembangkang. 


Saya beri konteks ya. 


Minggu ini, 172 jam tangan Swatch dirampas di 11 pusat beli belah di seluruh Lembah Klang. Rampasan dibuat dengan menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Bila reporter tanya kepada PMX, beliau katakan rampasan itu dibuat kerana ada kena mengena dengan promosi LGBT. 


CEO Swatch Malaysia menafikan perkara tersebut. Katanya kempen ini mengenai kasih sayang, raikan perbezaan berlainan agama dan jantina. Swatch juga sahkan, tiada negara di dunia buat rampasan ke atas produk mereka ini, kecuali Malaysia. 


Maka ini yang ditonjolkan oleh RPK dalam tweet beliau. Saya tengok ramai walaun dan penyokong pembangkang confuse. Sekarang, seolah2 mereka hentam Kerajaan pula. Hari tu kemain suruh batal konsert Coldplay sebab penyokong LGBT. 


Sekarang ramai pulak yang sebelah CEO Swatch. Hakikatnya, bukan saja mereka wala pada pemimpin mereka. Dengan RPK pun mereka pajak sekali otak mereka. 


Saya nak tengok akal pembangkang dan NGO Islam. HarakahDaily umpamanya. Apa pendirian mereka? Adakah mereka akan menyokong PMX dan Kerajaan? Atau menghentam? 


Kalau rampasan pelangi ni mereka hentam, nampak sgt lah penunggang agama. Guna retorik agama sebab nak kuasa. Prinsip mereka berubah mengikut cuaca. 


***********************************************


Kalau tanyakan pada saya, saya faham dan tahu. Budaya LGBT tidak diterima oleh semua agama. Tak sesuai pun di Malaysia dan kebanyakan negara. 


Tapi satu yang saya tak berkenan, perlu ke sampai rampasan? Tak boleh ke tulis surat dan bagi amaran kepada syarikat. Tarik balik promosi dan keluaran. Kenapa perlu buat stunt? Kan Islam itu agama yang aman? 


Saya tahu PRN nak dekat, tapi kenapa Kerajaan perlu buat macam negara Taliban. Banyak jalan tengah boleh diambil. Runding cara baik. Slow talk baik2. Saya tak rasa Swatch akan melawan, kalau kita sembang elok2 dengan mereka. Ada sensitiviti yang perlu dijaga. 


Tu pandangan marhein saya. 


Tak tahu la, set2 PN bagaimana, ntah2 tetiba perjuangkan hak asasi sejagat pulak. Hanya kerana nak lawan Kerajaan semata. 


#manabaikkitasokong #manasalahkitabantah


Salam hormat,

Liyana Marzuki



PECAH MONOPOLI, GALAK PERSAINGAN SIHAT ANTARA INDUSTRI


PROJEK BEKALAN AIR KEDAH SIAP 10%, SALAH PAS KEDAH


DASAR KERAJAAN PAS MISKINKAN KEDAH


DAH SAPU RASUAH NAK BAGI RASUAH





Begitulah hebatnya keluarga sakau. Dah sakau, nak kena reman, cuba pula rasuah penguatkuasa agar boleh lepas. Memang rasuah dah jadi darah daging.


Bayangkan negara ini kalau diserah kepada orang yang bukan setakat curi duit rakyat, malah langsung tak menghormati undang-undang. Apa akan terjadi?


Malangnya manusia durjana negara kita boleh tutup kebejatan mereka cuma dengan mainkan sentimen agama dan kaum. Ramai terpedaya. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


PEJA . SILA GUNA FUNGSI OTAK

 



Sebelum ada Sanusi, Peja memang diiktiraf sebagai badut politik nombor satu. Tapi semenjak populariti Sanusi meningkat, Peja telah kehilangan takhta.


Jadi untuk buat comeback, Peja perlu melontarkan lawak lawak tak masuk akal. Antaranya, dia kata DS Anwar boleh jadi giant killer hanya sekali.


Yang lawaknya, dia kata DS Anwar giant killer sebab kalahkan dia di Tambun. Maknanya dialah si giant tu. Tak lawak ke bila badut mengaku giant?


Dan berita ini, dengan nada menyindir, dia persoal kalau dakwa bekas menteri boleh ke turunkan harga barang? Rupanya jarang dia pakai otak.


Kenapa tak boleh pulak? Aku ambil contoh paling mudah - minyak masak. Harga minyak masak naik sebab minyak bersubsidi disorok dan diseludup.


Akhirnya yang sorok tu ditangkap. Anak menteri PN rupanya. Patutlah senang-senang dia dapat sorok. Tapi lepas dari itu, harga minyak masak kan turun.


Dakwa bekas-bekas menteri yang rasuah ini bukan saja selesaikan kes rasuah, malah membuka lebih banyak pekong yang lama disembunyikan.


Bila pekong ini terbuka, contohnya Jana Wibawa, penjahat dilonggokkan dalam penjara, maka dana negara akan selamat dan dapat disalurkan kepada rakyat. Bukankah itu menguntungkan rakyat?


Syukurlah PN tak berjaya bentuk kerajaan. Kalau tak memang perasuah akan terus rasuah, rakyat pula akan terus susah tapi pemimpin PN terus mewah.


Apa yang dikatakan oleh Peja adalah bukti integriti tak wujud dalam kamus PN. Maka sahlah mereka nak kuasa hanya untuk kumpul harta. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



KERJA SIA-SIA TAWAR PAS SERTAI KERAJAAN, TAPI ELOK JIKA HADI DAPAT DEDAHKAN SIAPA YANG MEMBUAT TAWARAN BERKENAAN


Semalam, Presiden Pas, Hadi Awang mendedahkan, beliau telah dihubungi beberapa kali oleh orang tertentu yang menawarkan parti itu untuk menyertai kerajaan perpaduan.


Namun demikian, Hadi jelas keberatan untuk menerima tawaran tersebut kerana menganggap ia hanya bertujuan untuk menambahkan jumlah kekuatan kerajaan semata-mata.


Katanya, dengan Pas mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbesar berbanding parti-parti lain, tawaran itu sepatutnya memberi lebih peranan kepada parti itu dalam kerajaan.


Dengan erti kata lain, Pas mahukan kedudukan yang istimewa iaitu barangkali selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, juga mesti diberikan jumlah lantikan menteri paling banyak sekali berbanding parti-parti lain.


Seterusnya, sudah tentu Pas juga mahukan lebih banyak lantikan dalam GLC dan agensi kerajaan.


Tidak pasti siapa yang menghubungi Hadi dan menawarkan parti itu untuk bersama dalam kerajaan, tetapi jika benar tawaran itu wujud, sudah tentu orang berkenaan ialah seseorang yang berautoriti dalam kerajaan perpaduan.


Tidak mungkin jenis pencacai kaki dan mereka yang picisan yang berbuat demikian.


Pun begitu, ingin diberitahu bahawa kerja tersebut merupakan kerja paling sia-sia dan membuang masa sekali.


Mengepam tayar keretapi pun mungkin ada juga faedahnya, sekurang-kurangnya untuk menguatkan otot tangan dan mengeluarkan peluh.


Untuk apa membuat tawaran membawa masuk Pas ke dalam kerajaan, sedangkan majoriti yang dimiliki kerajaan perpaduan sekarang sudah pun menjangkau kedudukan dua pertiga iaitu 148 sokongan Ahli-Ahli Parlimen?


Apa nilai tambah yang ada pada Pas berbanding parti-parti yang sedia ada dalam kerajaan perpaduan?


Harus disedari Pas sejak dipimpin oleh Hadi adalah parti yang berbeza berbanding ketika parti itu dipimpin Fadzil Noor atau Yusof Rawa.


Ia adalah parti yang memusuhi sesiapa saja yang berada di luar linkungannya, selain memupuk budaya walaun yang sangat menebal dan suka bermusuh dengan bukan Islam.


Dalam erti kata mudah, Pas bukan saja tidak sesuai dengan jiwa orang Islam yang sederhana, bahkan merbahaya dalam kehidupan masyarakat majmuk seperti Malaysia.


Sebab itu, selain Presiden UMNO, Ahnad Zahid Hamidi menempelak Hadi agar jangan perasan untuk berada dalam kerajaan perpaduan, juga tidak difahami jika benar wujud tawaran dibuat kepada Presiden Pas itu.


Ternyata yang membuat tawaran itu tiada keyakinan diri, berjiwa kacau dan mungkin dalam hatinya sendiri terpaut ketaksuban melampau kepada Hadi sejak dulu lagi.


Dengan tertubuhnya kerajaan perpaduan ini, malah PN yang Pas berada di dalamnya sedang terpalit dengan isu sakau dan deretan kes mahkamah, parti itu sebetulnya tidak wajar sama sekali diajak bersama ke dalam kerajaan.


Membawa Pas ke dalam kerajaan perpaduan malah tidak mustahil akan menyebabkan UMNO, DAP, GPS dan GRS dan lain-lain parti mengambil tindakan keluar meninggalkan kerajaan.


Akhirnya, jenis kerajaan apa yang terbentuk di negara ini?


Yang sepatutnya dilakukan, PH bersama semua parti lain yang membentuk kerajaan sekarang ini harus memulakan gerakan yang agresif serta tersusun untuk memperjelaskan kepada rakyat bahayanya Pas dan kewajaran parti itu ditolak sama sekali, bermula dengan enam PRN akan datang ini.


Mereka menang hampir mutlak di Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu, tapi masalah air bersih pun tak mampu untuk menyelesaikannya.


Kemudian, mereka yang menguruskan syarikat air itu tak malu-malu pula menerima sagu hati RM10 ribu di ketika rakyat masih dibekalkan dengan air berwarna keruh setiap hari.


Apa kewajaran duit saguhati itu diberi dan idea apa yang mereka telah sumbangkan selama ini bagi memperbaiki mutu air bersih untuk rakyat?


Dalam hal ini, di samping hasrat Pas meminta kelebihan jika ingin mereka menyertai kerajaan adalah sesuatu yang tidak harus dilayan berdasarkan rekod ketidakmampuan mentadbir parti itu selama ini, terlebih awal daripada itu, siapa yang membuat tawaran mengajak Pas itu juga tidak harus didengari cakapnya kerana mungkin beliau adalah spesis yang mudah terpedaya dengan silaunya sinar kaca bervanding ketulenan asli cahaya mutiara.


Maka, elok benar jika Hadi dapat mendedahkan siapakah orang yang membuat tawaran kepada beliau itu agar kita sama-sama “membelasah” pula orang berkenaan. – ShahbudinHusin 28/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



OWWWHHH..,LAMA DAH GUNA DANA NI RUPANYA

 

Bukan wang haram la bgi kat pas duit tu dari bisnes sport toto,magnum dan kasino genting....harap maklong.



JANAWIBAWA BUMIPUTERA SAJA KAH? DENGAR INI PENJELASAN. DALAM DEWAN


 

INI DALAM RADAR SPRM


 

MAMAT NI MARAH. WALAUN SOKONG SANUSI WALAU AYAQ TAK DAK.


 

PMX NASIHATKAN MUHYIDDIN MENUNGGU DAN MAHKAMAH SELESAIKANNYA


 

MENGHUKUM DAN MELEBEL TU BUKAN DIKALANGAN ISLAM


 

SABARLAH MUHYIDDIN.SABARLAH MENUNGGU GILIRAN KAMU.KERANA ITULAH PROSEDUR


 

YAKIN JA CAKAP. NAK TAWAN SELANGOR. KES RASUAH BELUM LAGI DI SIASAT TUNGGU MASA.


 

AIR KARAT SDN BHD BUAT AKSI ALIH ISU.


 

MACAMANA KES INI TIDAK DIKETAHI SEBELUM INI


 

KAH..KAH..KAH...KERAJAAN MANA SAMA.DAH NAK JADI KERAJAAN PERPASUAN JUGAK ?



 Negeri-negeri  PH - S'ngor, N9 dan Penang dan negeri2 PAS - K'tan, T'ganu dan Kedah. Jauh beza!.Ambil cermin besar dan tilik dulu.Ukur baju d badan sendiri dulu!