RAMPASAN PELANGI


Ini tweet RPK, selalunya dijadikan sumber rujukan utama pihak Pembangkang. 


Saya beri konteks ya. 


Minggu ini, 172 jam tangan Swatch dirampas di 11 pusat beli belah di seluruh Lembah Klang. Rampasan dibuat dengan menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Bila reporter tanya kepada PMX, beliau katakan rampasan itu dibuat kerana ada kena mengena dengan promosi LGBT. 


CEO Swatch Malaysia menafikan perkara tersebut. Katanya kempen ini mengenai kasih sayang, raikan perbezaan berlainan agama dan jantina. Swatch juga sahkan, tiada negara di dunia buat rampasan ke atas produk mereka ini, kecuali Malaysia. 


Maka ini yang ditonjolkan oleh RPK dalam tweet beliau. Saya tengok ramai walaun dan penyokong pembangkang confuse. Sekarang, seolah2 mereka hentam Kerajaan pula. Hari tu kemain suruh batal konsert Coldplay sebab penyokong LGBT. 


Sekarang ramai pulak yang sebelah CEO Swatch. Hakikatnya, bukan saja mereka wala pada pemimpin mereka. Dengan RPK pun mereka pajak sekali otak mereka. 


Saya nak tengok akal pembangkang dan NGO Islam. HarakahDaily umpamanya. Apa pendirian mereka? Adakah mereka akan menyokong PMX dan Kerajaan? Atau menghentam? 


Kalau rampasan pelangi ni mereka hentam, nampak sgt lah penunggang agama. Guna retorik agama sebab nak kuasa. Prinsip mereka berubah mengikut cuaca. 


***********************************************


Kalau tanyakan pada saya, saya faham dan tahu. Budaya LGBT tidak diterima oleh semua agama. Tak sesuai pun di Malaysia dan kebanyakan negara. 


Tapi satu yang saya tak berkenan, perlu ke sampai rampasan? Tak boleh ke tulis surat dan bagi amaran kepada syarikat. Tarik balik promosi dan keluaran. Kenapa perlu buat stunt? Kan Islam itu agama yang aman? 


Saya tahu PRN nak dekat, tapi kenapa Kerajaan perlu buat macam negara Taliban. Banyak jalan tengah boleh diambil. Runding cara baik. Slow talk baik2. Saya tak rasa Swatch akan melawan, kalau kita sembang elok2 dengan mereka. Ada sensitiviti yang perlu dijaga. 


Tu pandangan marhein saya. 


Tak tahu la, set2 PN bagaimana, ntah2 tetiba perjuangkan hak asasi sejagat pulak. Hanya kerana nak lawan Kerajaan semata. 


#manabaikkitasokong #manasalahkitabantah


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: