RENTASAN 1033 | PANAS!!! ISU KELEWATAN BANTUAN MANGSA BANJIR: TERNYATA K...







MENARIK DALAM RENTASAN 1033
1. RAKYAT SENGSARA, YANG DIPERTUA PARLIMEN ENGGAN BAHAS 2. KITA BANTU KITA - RAKYAT BANTU RAKYAT 3. PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN 4. JANGAN BERI SOKONGAN KEPADA PEMERINTAHAN ZALIM





Anwar Segera Turun Ke Padang Jawa & Sri Muda, Hulurkan Bantuan


Dato' Seri Anwar ibrahim semalam di Sri Muda dan Padang Jawa yang terjejas teruk dilanda bah. Kita semua mesti main peranan membantu mereka yang terkesan. Sikap kebersamaan, kasih sayang dan keprihatinan mesti ditonjolkan.




Rodziah Ismail Di Seksyen 23 Shah Alam Pagi Ini 22/12/2021

RAKYAT DESAK MINTA DIA BERHENTI SAHAJA. TAK TAHU BUAT KERJA KA MAKAN GAJI BUTA NTAHLAH....

 


Wan Saiful ‘bangang’, Abdul Latiff perlu bertanggungjawab, selar Nazri






Nazri Aziz berkata tugas menguruskan bencana kebiasaannya diserahkan kepada seorang Menteri sekiranya tiada Timbalan Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Nazri Aziz menyifatkan Setiausaha Agung Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, ‘bangang’ kerana cuba merendahkan kredibiliti Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung pengurusan bencana.

Beliau berkata Wan Saiful tidak mengetahui struktur Jabatan Perdana Menteri, iaitu tugas menguruskan bencana kebiasaannya diserahkan kepada seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Kita tak ada TPM jadi kuasa berkenaan terletak dalam bidang kuasa Menteri Tugas-tugas Khas (Abdul Latiff Ahmad). Latiff ini daripada Bersatu. Dia ini Menteri Bersatu,” katanya kepada FMT.

Nazri mengulas kenyataan Saiful, hari ini, yang mahu Ismail lebih aktif mengetuai penyelarasan operasi bantuan banjir.

Kata pemimpin Bersatu itu, tanggungjawab utama membantu rakyat mestilah diletakkan atas bahu Perdana Menteri; dan penyelarasan antara agensi untuk memastikan proses penyampaian bantuan lebih tersusun paling penting, dengan adanya jawatankuasa khas yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Nazri bagaimanapun menyangkal Wan Saiful.

“Kalau tak tahu, tak payah cakap, jangan nak memperbodohkan diri. Ini hanya untuk serang Perdana Menteri sahaja,” katanya.

Nazri berkata beliau tahu selok-belok hal ini kerana pernah menguruskan Majlis Keselamatan Negara selama sembilan tahun.

“Saya tahulah, sebab saya jadi Menteri uruskan MKN selama sembilan tahun, bukan Perdana Menteri,” katanya.

PM AKUI LAMBAT BERI BANTUAN. TAPI ADA PULA TEORI SABOTAJ ?KEH..KEH..KEH


 

Terkini! PM akhirnya akui kelembapan urusan bantuan kepada mangsa banjir

Terkini! PM akhirnya akui kelembapan urusan bantuan kepada mangsa banjir

Semua pihak perlu dipertanggungjawabkan dalam isu pengurusan banjir ketika ini termasuk isu kelewatan dalam urusan bantuan dan menyelamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengakui berlaku kelewatan dalam urusan bantuan kepada mangsa yang terjejas termasuk di negeri Selangor, namun, ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Tegas beliau lagi, tanggungjawab menguruskan isu banjir bukan hanya terletak pada Kerajaan Persekutuan semata-mata bahkan melibatkan kerajaan negeri dan agensi di peringkat daerah yang bertindak sebagai barisan hadapan.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan, dalam isu kelewatan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Bukan sengaja dilewatkan, saya tidak pernah nafikan ada masalah kelewatan daripada segi memindahkan orang. Saya tidak salahkan netizen yang membuat aduan, saya berterima kasih kepada orang ramai yang terus mengadu kepada saya.

“Bagaimanapun, kita akan tambah baik negeri-negeri yang belum bersedia (menghadapi banjir besar) di Selangor dan mungkin Negeri Sembilan supaya lebih bersedia.

“Tanggungjawab banjir ini bukan hanya Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, malah, di peringkat daerah perlu menjadi barisan hadapan, semua perlu bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan D’Sury, Kuala Klawang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab mengenai isu yang dibangkitkan berhubung tindakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang disifatkan agak perlahan dalam menguruskan bencana banjir yang melanda negara.

Mengulas mengenai keadaan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam Selangor, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memutuskan untuk memobilisasi bot daripada polis, tentera, bomba dan sebagainya bagi memastikan tiada mangsa lagi yang tertinggal untuk diselamatkan dan dipindah.

“Ia juga bertujuan untuk menghantar makanan kerana di sana bukan semua yang berpindah ke PPS, ada yang tidak mahu pindah. Kita tidak tinggalkan mereka dan arahan adalah untuk menghantar segera makanan.

“Pada masa yang sama di taman itu serta banyak tempat di Selangor mengalami ‘banjir termenung’ dan kerajaan telah memutuskan supaya menggunakan pam air untuk sedut air keluar dan masuk ke sungai kerana paras air sungai sudah rendah.

“Kita sudah pam sejak pukul 2.30 pagi tadi dan nampak air semakin surut dan proses ini akan diteruskan dan dijangka pada pukul 6 petang ini air akan surut sepenuhnya di Taman Sri Muda, jadi, isu-isu sebelum ini seperti tidak mendapat bantuan makanan dan terperangkap, akan dapat diselesaikan,” katanya, memetik Utusan.


MASA HARI KEMERDEKAAN NEGARA, INILAH PERALATAN CANGGIH YANG KAMI ADA...BILA REALITI..PERALATAN TAK NAMPAK...

 IBRAHIM MAT ISA


Masa perbarisan merdeka, punyalah menunjuk-nunjuk inilah mesin kami untuk bantuan ketika kecemasan dan bencana. Rakyat pun kagum dan hadirin bertepuk girang.

Bila bencana betul-betul berlaku, kenderaan dan mesin kena sembunyi dengan jin, drebar dia mati dan menteri kerajaan pusat jadi bengong tak tau buat apa. Terkial-kial rakyat Selangor tolong diri sendiri.

MB Selangor minta tolong pun PM Mael masih puyeng slenge!

Tu pun ramai lagi duk sokong kononnya inilah kerajaan Melayu Isley. AhhgGGGGHHH...ptuihhh







URUSAN RAKYAT MOHON BANTUAN AKAN DIPERMUDAH – MB SELANGOR

 

Semalam semasa Sidang Media Khas Situasi Banjir di Selangor, saya telah mengumumkan beberapa inisiatif khusus buat rakyat Negeri Selangor yang terkesan akibat tragedi banjir ini.

Selain itu, saya turut mengumumkan pelaksanaan langkah seterusnya iaitu fasa pembersihan dan pemulihan.

Saya mengambil maklum keluhan dan rintihan rakyat berkenaan proses permohonan bantuan-bantuan ini.

Sudah semestinya sebagai kerajaan, menjadi tanggungjawab utama untuk kami mempermudahkan urusan rakyat yang telah ditimpa musibah.

InsyaAllah saya akan umumkan prosedur permohonan yang lebih sistematik, mudah dan tidak membebankan rakyat.

Telah timbul pelbagai polemik yang menyalahkan pelbagai pihak dalam isu tragedi banjir ini.

Bagi saya, fokus dan matlamat kita kini adalah jelas iaitu untuk menyelamatkan nyawa, membantu rakyat membina semula kehidupan. Itu adalah fokus dan keutamaan nombor 1 ketika ini.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu bekerja sedaya upaya serta memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa semoga keadaan pulih seperti sedia kala.

AMIRUDIN SHARI

Menteri Besar Selangor.

APA JADI BILA PENGARAH KESIHATAN UMUM CUACA-MENTERI PULA KE MEKAH TUNAI UMRAH ?





NORMAN RADZUAN

Di kala rakyat sdg menderita lebai2 ke luar negara

KADUK NAIK JUNJUNG

Apa sudah jadi bila Pengarah Kesihatan, Nor Hisham yg umumkan laporan Meteorologi akn berlaku akn berlaku hujan dan angin kuat di negeri Utara Semenanjung. Itu tugas Menteri Alam Sekitar...hancur jadi lebur bila Menteri utk cukup korum dilantik menjadi Menteri.

Saya difahamkan Menteri Alam Sekitar menunaikan Umrah. Saya terkejut itu alasan yg diberikan. Sebab itu saya pernah menulis adalah lebih baik bersedekah kpd org susah dari 4-5 kali menunaikan Umrah.

Belajar agama biar sampai habis. Di kala musim tengkujuh adalah tidak wajar pemimpin2 ke luar negara. Termasuklah Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin di kala rakyat sdg menderita dia sibuk upload gambar di atas salji.

Dulu waktu banjir 2015 bukan main Tuan Ibrahim sindir Najib berada di luar negara. Memang hipokrit betul lebai2 ni. Tak tahu nak kata dan maaf cakap lebai2 bila dpt jawatan mcm kaduk naik junjung. Dia punya kejutan budaya mcm jakun.

Masing2 nak beli Velfire, masing2 nak title Datuk, masing2 nak bercuti luar negara... masa dulu2 elok je naik Proton Saga sambil seru jihad, berkorbanlah harta benda utk agama Allah, haram judi dan bermacam macam hadis dia buaikan... bila lebai2 ini jadi pemimpin dia punya naik junjung luar biasa.

Saya ada baca artikel Mohd Mukhlis Mohd Sharif yg dlm siasatan bertanya banjir mula dikesan 17hb Dis. Tarikh 18hb Dis Tuan Ibrahim dilihat masih memberi kuliah agama. Jadi di mana sebenar Menteri yg paling penting dlm keadaan musim tengkujuh ini?

Mudahan negeri Sabah yg hanya menerima hujan sekali sekala dijauhi dari bencana alam. Kita harap pihak berkuasa tidak lalai lagi... mungkin negeri2 lain juga akn menerima nasib yg sama.

 

BETOI KA TUAN BERAHIM MENUNAIKAN UMRAH-MANA SATU YANG BETOI ?

 

Benda boleh edit bab umrah, buat apa susah-susah delete?

Ini penyelesaian mereka.

Kronologi cerita

17 Dis: Banjir start malam sebab hujan dari Jumaat siang tak berhenti.

18 Dis: Pagi Sabtu masih bagi kulliyyah di Malaysia walhal banyak kawasan sudah naik air dan banjir.

Jadi bila Menteri pergi mekah? Lepas banjir atau sebelum banjir?

Saja nak ulang balik kata-kata beliau pada 2015 tentang PM bercuti masa banjir, cuma tak pasti terpakai atau tidak untuk umrah masa Banjir.

Link hurukah yang telah di edit pasal pergi umrah

https://harakahdaily.net/.../tuan-ibrahim-sumbang.../



MOHD MUKHLIS





 



SUMBANGAN DARI NASI KANDAQ PELITA UNTUK MANGSA BANJIR-PEKERJANYA MEMBERI BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN


 

TIADA RASA SIMPATI. MAJLIS ASWARA DAN TARI MENARI DIKETIKA RAKYAT SEDANG SENGSARA

 


KETIKA rakyat menangis bencana banjir yang turut mengorbankan nyawa, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menganjurkan majlis tari menari. Ia turut dihadiri Menteri Pelancongan Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. 

Majlis suka ria itu telah diadakan hari Selasa, 21 Disember lepas ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan rakyat yang terperangkap banjir dan kehilangan harta benda serta nyawa. Tarian itu telah diadakan di Eastin Hotel Seksyen 16 sempena Majlis Ramah Mesra Alumni Aswara. 

Seorang pelajar akademi tersebut, Aliff Haiqal berkata majlis itu sepatutnya ditangguhkan memandangkan negara sedang dilanda musibah dan mala petaka. Menurut Aliff, ini berbeza sekali dengan sikap keras Aswara yang tidak mengendahkan rayuan beliau dan teman-temannya yang terkesan banjir untuk menangguhkan kelas. Mereka tetap dipaksa menyertai kelas online. Sekiranya ada rayuan, pihak akademi tersebut mahukan mereka mengisi borang digital secara online. "Kami  terkena banjir wahai institusi pendidikan, banjir!!! Mana nak dapat talian internet? Mana nak cas telefon bimbit? Mana nak isi borang?. Tiadakah rasa simpati," kata Aliff.

PETAKA BANJIR INI SERLAH TIDAK UPAYA PM TADBIR NEGARA – ANWAR

 

Saya kesal dengan sikap dan cara negara ini dipimpin tatkala rakyat berbilang kaum sedang dirundung malapetaka banjir setelah hujan lebat berterusan selama beberapa hari pada hujung minggu yang lalu.

Setakat hari ini, 17 mangsa telah dilaporkan maut di Selangor dan 8 mangsa di Pahang, manakala lebih 60,000 lagi kehilangan tempat tinggal tanpa ada tanda-tanda jelas berhubung keadaan rumah dan tahap kelangsungan hidup seusai banjir surut.

Kelemahan-kelemahan utama berhubung tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana kini terpampang jelas.

Tindakan lembab dari kerajaan persekutuan terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ditambah pula dengan penyelerasan yang kucar kacir dengan pihak kerajaan serta dengan agensi-agensi tempatan ternyata merumitkan krisis ini kepada rakyat dan menjadikan ia satu malapetaka tadbir urus juga.

Kelewatan dalam menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memungkinkan beberapa pegawai untuk bertindak dengan inisiatif sendiri dalam membantu warga yang terkesan.

Penyelerasan yang lemah antara pasukan sukarelawan dan angkatan tentera hanya menambah kekeliruan dan kekecewaan.

Krisis ini adalah mimpi buruk yang nyata kepada Perdana Menteri tatkala malapetaka tadbir urus ini melatari 100 hari pentadbirannya. Kegagalan demi kegagalan dalam mengurus bencana ini hanya menonjolkan tahap keupayaan sebenar kerajaan yang dikemudi beliau.

Kerajaan dan pimpinan yang gagal menonjolkan kebersamaan dengan rakyat sedari awal bencana ini, tidak akan mampu memberi keyakinan kepada kita semua bahawa mereka juga mampu melonjakkan negara ke arah pemulihan dari musibah ini, termasuk masalah wabak yang masih mengganas.

Saya kagum dengan semangat kekeluargaan sebenar yang telah ditonjolkan rakyat berbilang kaum tatkala pemimpin-pemimpin utama kerajaan sibuk bermesyuarat.

Sewaktu saya turun mengagihkan bantuan kepada rakyat yang terkandas, saya turut mendengar dan menyaksikan sendiri babak-babak yang luarbiasa yang memaparkan sikap belas dan keprihatinan yang tinggi.

Saya turut berkongsi kekecewaan mereka berhubung kelemahan kerajaan dalam krisis ini.

Perubahan iklim dan tahap kesedaran kita yang lemah terhadap peranan dan kepentingan alam sekitar akan menyaksikan peningkatan yang amat dahsyat terutamanya dalam aspek keberlakuan bencana alam di masa hadapan.

Kita tidak mampu untuk memikir dan menyiasat apa yang menjadi punca kelemahan kita hujung minggu yang lalu.

Perdana Menteri sekarang ini mesti ambil tindakan untuk segera menubuhkan jawatankuasa diraja termasuk jawatankuasa Parlimen dalam menambahbaik tahap kesiapsiagaan bencana.

Dalam masa yang sama, kerajaan dituntut untuk membantu rakyat mendapatkan semula rumah mereka yang dibadai banjir dan tidak memandang remeh soal pemulihan sesudah banjir.

Kerajaan mesti punyai sikap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang tinggi kepada orang ramai dan mesti mengadakan sidang media harian bagi mengemaskini situasi semasa banjir dan langkah menyelamat.

Saya juga ingin mendesak kerajaan persekutuan untuk membetulkan ketempangan dalam Majlis Keselamatan Negeri Selangor di mana Menteri Besar mesti dikembalikan kuasa dan peranannya dalam mengemudi krisis ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pelbagai inisiatif dan peruntukan bantuan RM100 juta yang telah digerakkan Kerajaan Negeri Selangor kepada mangsa-mangsa banjir.

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang/Pengerusi PH.

21 Disember 2021.




MENTERI TAK SIUMAN RAKYAT TOLONG RAKYAT !!

 

Tamrin Tun Ghafar 

 

Selasa - 21/12/21

 

( 1 -  25 )

 

 

1.  Dibayar gaji RM57,227  sebulan - itu TIDAK  termasuk , kereta , pemandu , ADC  dan pembayaran allowance lain , namun cara pemikiran beliau lansung TIDAK  setimpal  dengan  cara pemikiran beliau 

 

2.  Sebagai  tokoh Agama dan memandangkan pula jawatan Menteri yang dipegangnya ,  sepatutnya Timbalan Presiden PAS  , Tuan Ibrahim Tuan Man , JIKA punyai  MARUAH  dan sifat TANGGUNG  JAWAB   TIDAK  akan menerima sebarang jawatan  Kabinet pun 

 

3.  Kenyataan awal beliau  bahawa negara TIDAK  terjejas dengan kesan Taufan Rai berpunca dari Filipins  AMAT BODOH  dan datang nya dari seorang  yang TIDAK  SIUMAN - ia TIDAK boleh diterima oleh rakyat  apatah lagi dimaafkan 

 

4.  Amat MEMALUKAN , tapi itulah  CETEK Dan BANGANGNYA PEMIKIRAN  Menteri Alam Sekitar Dan Air  berhubung banjir yang melanda kita 

 

5.  Jika dibandingkan dengan program cuaca  CNN , SEBELUM  ribut taufan  melanda pantai atau daratan Amerika Syarikat  , setiap 30 minit  mereka akan mengikuti pergerakan taufan tersebut  dan MELAPURKAN  kepada umum 

 

6.  Apakah beliau menggap rakyat  boleh terima kenyataan awal tersebut kerana datang nya dari seorang berjawatan Menteri ? 

 

7.  Sejak kenyataan tersebut , beliau sudah HILANG  dari radar ; entah kemana ?

 

8.  Ismail  Sabri Yaakub , Perdana  Menteri pula CUBA  MENYELAMATKAN  keadaan dengan mengatakan beliau tidak sangka akibat banjir tersebut yang begitu besar - kenyataan ini  pun rata - rata  orang kampung  menggangap satu kenyataan datangnya  dari seorang Sidang atau Tok Penggawa  

 

9.   Terkini  kenyataan akhbar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  yang bertanggung jawab terus menjaga NADMA , agensi yang ditubuhkan khas  menjaga bencana alam  

 

10.  Umum berpendapat  kenyataan Dr. Latip Ahmad ini  BAGHAL , BODOH  dan tidak mustahil terminum  air ketum berlebehan 

 

11.  Kita salut sekumpulan tentera  yang sanggup membantu mereka yang terjejas WALAUPUN  tidak dapat persetujuan Menteri  BAGHAL  ini dan NADMA 

 

12.  Alasan yang diberi ialah kos menyelamat  dan membiayai banjir yang melanda negara terlalu besar , TAPI  belanja projek 5G   sebanyak hampir RM 20 billion yang dilakukan Mahiaddin  TANPA SEBARANG  tender dan mengikuti prosedur Kerajaan  ADA PULA wang nya 

 

13.   Jika Pilihanraya  pandai pula mencari dan merayu dari pengundi - pengundi  , janji itu dan ini  TAPI  bencana alam  budak sekolah pun boleh buat kenyataan lebih baik 

 

14.  Apakah peti TV  beliau rosak  sehingga  tidak tahu apa yang sedang berlaku 

 

15.   Zafrul ,  Menteri Kewangan pula  'BERLAKUN'  kononnya nak buat operasi menyalamat tapi bot yang dinaiki itu penuh dengan pegawai - dimana lah letaknya akal beliau ini 

 

16.  Kelayakan menerima bantuan RM1000 /- yang diumumkan oleh Ismail Sabri semalam AMAT  mengecewakan apabila Menteri Noh Omar atau lebih dikenali dengan panggilan 'Noh Udang'  mana - mana  Dewan tak berdaftar maka mangsa  bajir TAK BOLEH  terima bantuan  tersebut ; dah lah gelaran Noh  Udang ; agaknya dalam keadaan rakyat tertekan dimana letak nya otak beliau 

 

17.  Sebenarnya bak kata pepatah : 

 

IKAN ITU  BUSUK

DARI  KEPALA 

 

Oleh kerana Perdana Menteri itu  DUNGGU  DAN  BAGHAL  maka seluruh badan sehingga ekor pun rosak juga 

 

18.  LANGSUNG  tidak ada sebarang  keordinasi antara Kerajaan Pusat dan Negeri , apatah lagi Daerah 

 

19.  Inilah  AKIBAT  yang bermula  dari LANGKAH  SHERATON 

 

20. Jalan selamat bagi Ismail Sabri , JIKA BERMARUAH DAN  TIDAK  MEMENTINGKAN DIRI  ialah MELETAK  JAWATAN  Perdana Menteri dan di ikuti oleh barisan Menteri  yang lain 

 

21. Saya pernah kata Mahiaddin BODOH  dan GAGAL  namun apa yang jelas TERBUKTI  beliau ini bijak sedikit dari Perdana Menteri sekarang 

 

22. PEDULI APA DENGAN  RAKYAT !! ,  RAKYAT  TIDAK  PENTING , YANG PENTING  IALAH  NYAWA  MENANTU  BELIAU  MISTI  DI SELAMATKAN DAHULU 

 

23.  Mungkin Ismail  dan Kabinet dah buat bancian jumlah mereka yang layak dan cara mana nak dapatkan bantuan RM1,000.00 yang di umumkan   SEDANGKAN  duit bantuan pemandu taksi sebanyak RM500 /- yang diumumkan Mahiaddin dulu  sehingga sekarang pun tinggal janji sahaja 

 

24. JIKA  RAKYAT  MASIH  SOKONG  MEREKA , MEMANG PATUT PUN DI JUAL HIDUP - HIDUP 

 

25. RAKYAT  TOLONG  RAKYAT  bukan  KERAJAAN  TOLONG  RAKYAT 

 

Wassalam

Terima Kasih

Gambaran kesengsaraan, ketidakcekapan serta ketololan melampau





Ia bukan saja bencana fizikal malahan bencana dalam perancangan serta kepimpinan – dengan segala macam alasan mula diberikan

By

 Rom Nain


Tidak sampai dua minggu lalu, mereka-mereka ini cukup berlagak sekali dengan saling memuji antara satu sama lain kononnya sebagai pemimpin paling cekap hingga ada yang mendapat markah penuh walau dengan kepimpinan yang penuh caca marba sejak 100 hari yang lalu.

Semestinya, tiada seorang pun yang percaya inilah kabinet ‘terbaik’ Malaysia, kecuali para menterinya yang cukup celaru itu. Namun, apalah yang mereka pedulikan kecuali tetap terus mahu meraikan ‘kejayaan’ mereka.

Pastinya, inilah pesta melancap syiok sendiri yang dinantikan mereka di Putrajaya yang bukan saja membuatkan kita mengetap bibir menahan kemarahan tetapi juga tersipu malu sendiri. Apatah lagi, duit cukai kitalah yang dibazirkan mereka dalam pesta meraikan diri sendiri itu.

Kini, seminggu selepas itu, bencana melanda begitu banyak tempat di Malaysia, di mana yang paling banyak dilaporkan adalah di tengah denyut nadi kehidupan ekonomi Malaysia, di Lembah Klang.

Ia bermula tanpa apa-apa. Pada Jumaat petang 17 Disember, hujan bermula, pada awalnya renyai, namun mula lebat dan kerap sepanjang malam itu.

Pada Sabtu pagi, lebuhraya dan jalanraya tidak dapat dilalui dan air banjir mula naik dan memasuki rumah, mengejutkan penduduk, yang bercempera lari menyelamatkan diri. Ada yang mula beralih ke tingkat atas dan naik ke bumbung, yang lain ke pusat komuniti, seperti surau. Ada segelintir yang cuba menyelamatkan diri namun gagal kerana lebuhraya mula dibanjiri dan terpaksa bermalam di dalam kereta.

Imej yang tular di media sosial menangkap rasa putus asa, kebinasaan, ketakutan serta kecelaruan. Pusat pemindahan kecemasan mula didirikan, dengan ada beberapa lokasi yang pertama kali didirikan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member


Babak penuh kebinasaan dan putus asa ini sama seperti babak tahunan yang dialami oleh rakyat Malaysia di Pantai Timur yang merana cukup lama. Namun, kali ini, ianya dialami mereka di kawasan yang membangun pesat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Apa yang tiada di dalam kebanyakan gambar ini hanya satu: pimpinan politik.

Gambar yang tular menunjukkan bagaimana PM menurunkan cermin hitam Toyota Vellfire-nya ketika mendengar seorang makcik yang menjerit nampaknya untuk menyatakan bahawa beliau sebenarnya sedang tersalah arah dan mangsa yang diselamatkan sebenarnya berada di dewan komuniti pada arah yang berbeza. Namun semuanya sia-sia, kerana pemandu PM tetap meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan pun rungutan itu.

Oh, ada juga gambar yang dikongsi cukup ramai orang tentang bagaimana seorang pandir – maksud saya, menteri belia – sedang melancarkan majlis (yang sungguh tidak bermakna dan sia-sia) melibatkan sukarelawan muda yang mahu menyelamatkan mangsa banjir.

Abaikan sajalah seorang lagi menteri yang turun padang memakai kasut tumit tinggi serta para kehormat lainnya dengan gambar foto mereka yang cukup sempurna di mana hanya tumit mereka yang basah. Terlalu mencuba, terlalu menyedihkan.

Ada juga, di tempat mereka masing-masing, menunjukkan para Ahli Parlimen mengedarkan makanan dan menyelamatkan mangsa banjir. Wakil rakyat inilah benar-benar basah lenjun serta bertungkus-lumus di dalam selut. Usaha Hannah Yeoh, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ong Kia Ming ini patut kita hormati.

Yang lebih mengharukan adalah kisah pada kelompok masyarakat sivil yang bergegas turun bagi menolong mereka yang memerlukan saat bencana bermula. Mereka mula bekerja saatnya para ‘pemimpin’ negara baru mula berdengkur pada malamnya, dan saat mereka bangun tidur, ada pula di antara mereka yang enggan mahu membincangkan tentang krisis ini di Parlimen atas sebab-sebab teknikal seperti yang dipertegaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, yang cukup ‘manusiawi’ dan ‘cerdik’ yang kita tidak pernah miliki di dalam negara ini.

READ MORE:  Images of suffering, bumbling and sheer idiocy

 

Sekali lagi, kita semua tetap “kita jaga kita”. Gambar rakyat memandu  4×4 menuju ke Lembah Klang dengan bot ditambat dibelakangnya, tanda bersedia untuk bersukarelawan adalah bukti kepada semua ini.

Kerajaan pula adalah sebaliknya – dan ianya bukanlah kali pertama, nampaknya tidak pula kisah dan peduli.

Kelompok masyarakat dan individu ini nampaknya melihat dengan jelas bahawa tiada keperluan untuk menghantar notis kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada yang dipertua mana-mana dewan, sebelum mula membantu. Mereka tidak menantikan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma) atau PM yang sembab itu untuk memahami betapa seriusnya keadaan ini sebelum mula bertindak.

Saatnya air banjir mula mereda di kebanyakan tempat dan kita mula mengira kos kerugian akibat bencana di Malaysia – sebuah bencana fizikal serta bencana dalam perancangan dan kepimpinan – kita melihat bagaimana alasan sudah mula dibuat dan tuding menuding jari pun bermula.

Seperti yang kita baca melalui laporan di mana Nadma tidak membenarkan tentera untuk masuk dan memulakan tugas menyelamat kerana bagi mereka ia ‘bukanlah keadaan darurat’.

Saatnya bilangan penduduk yang diselamatkan meningkat dan bilangan kematian semakin ramai, barangkali agensi dan tuan mereka akan mula sedar, walaupun kita tahu bahawa mereka takkan meminta maaf kepada kita semua rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kepada mereka yang terpaksa berdepan bencana serta kebodohan para politikus ini.

Nampak gaya, minta maaf ini bukanlah cara mereka. Bagi mereka, mentaliti bodoh sombonglah yang paling berguna di saat ini.

Dan perkara ini akan kekal berlarutan saatnya kita berdepan lebih banyak bencana dan bahana; kecuali kita berani mengatakan cukuplah, dan mendesak kebertanggungjawapan sekarang juga, dan benar-benar menghukum mereka saatnya pilihan raya akan datang.

Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
21 Disember 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Perubahan iklim: Bunyikan loceng amaran dengan lebih kuat lagi (Malay/English)

 



Jelas sekali, lebih banyak yang harus dilakukan pada kadar segera

Selalunya Malaysia akan bersedia untuk menghadapi musim banjir di kawasan Pantai Timur disebabkan oleh monsun yang biasanya berlaku pada waktu ini setiap tahun.

Tetapi apa yang tidak begitu dijangka pada kali ini ialah kejadian banjir besar yang melanda Lembah Klang. Ia dikatakan berpunca daripada fenomena seperti tekanan rendah tropika di rantau ini dan kesan-kesan taufan besar Rai yang melanda Filipina.

Memang benar kadar hujan yang turun di beberapa bahagian negara kali ini adalah luar biasa, tetapi apa yang paling penting ialah kita harus bersedia untuk menghadapi pelbagai peristiwa yang tidak dijangka seperti ini.

Malah ia mungkin akan berlaku dengan lebih kerap lagi disebabkan oleh kesan-kesan perubahan iklim.

Di seluruh dunia, peristiwa cuaca melampau yang tidak dijangka ini sedang menjadi lebih kerap, dan kebimbangan timbul tentang keperluan kita untuk memberi fokus terhadap langkah-langkah adaptasi serta pembinaan daya ketahanan terhadap perubahan iklim.

Turut diperlukan ialah peningkatan usaha bersiap siaga kita untuk menghadapi bencana.

Kita tidak boleh lagi menganggap kadar taburan hujan sebegini sebagai kejadian terpencil saja. Sebaliknya, kita harus membuat perancangan untuk menghadapi kejadian-kejadian seperti ini dan mengambil segala langkah yang diperlukan untuk mengurangkan kesannya.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Projek berskala besar terus berkembang

Malang sekali kita sememangnya gagal untuk bertindak pantas selama ini walaupun mempunyai perancangan semenjak Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) lagi bagi mengurangkan risiko bencana melalui adaptasi perubahan iklim dan memperkukuhkan pengurusan risiko bencana negara.

Baru-baru ini negara kita memulakan Pelan Adaptasi Kebangsaan untuk memberikan panduan berkenaan hal-hal perundangan, urus tadbir, perancangan dan penyelarasan kaedah-kaedah adaptasi serta indeks adaptasi untuk mengukur tahap keterdedahan negara terhadap kesan-kesan perubahan iklim.

Usaha ini perlu diambil dengan kadar yang lebih segera lagi kerana kenyataan sebenar telah pun menunjukkan bahawa negara kita ini masih belum bergerak ke arah yang sepatutnya; dengan pelbagai projek dan rancangan pembangunan yang masih berjalan seperti biasa.

Kita masih belum merancang atau bersedia dengan secukupnya, malah belum bersedia sama sekali untuk menangani kesan-kesan perubahan iklim yang sedang atau akan berlaku pada masa hadapan.

Banyak persoalan timbul berkaitan dengan hal ini.

Adakah penggubal dan perancang dasar negara kita di semua peringkat kerajaan (termasuklah para arkitek dan jurutera) cukup arif berkenaan kesan perubahan iklim semasa dan kesan-kesannya pada masa yang akan datang?

Adakah kita sedang merancang untuk menghadapi segala bentuk ancaman dan bencana yang bakal kita hadapi?

Promosi projek infrastruktur berskala besar seperti pembinaan jalan raya, terowong, penambakan laut dan pembangunan mega masih boleh dilihat di mana-mana.

Ia dilakukan dengan hanya sedikit – atau malah tiada – kebimbangan langsung terhadap risiko dan kesan-kesan perubahan iklim. Kelihatannya, tidak ada sebarang pertimbangan wajar tentang sama ada projek-projek sedemikian rupa akan menyumbang atau menjejaskan lagi daya tahan negara terhadap perubahan iklim.

Kita harus membunyikan loceng amaran dengan lebih kuat lagi dan cuba untuk menyesuaikan diri (jika boleh) kepada “norma baru” akibat kesan perubahan iklim ini.

Usah bazirkan dana awam

Kita juga harus bersedia untuk menghadapi keadaan yang menyaksikan langkah-langkah adaptasi akan menjadi mustahil untuk dilaksanakan.

Masa untuk melakukan pelaburan dalam segala perancangan dan langkah adaptasi perubahan iklim dan dalam pembinaan daya ketahanan terhadap perubahan iklim negara sudah lama kita lepasi.

Tindak balas segera amat diperlukan sekarang dan kita juga harus belajar daripada apa yang sedang dilakukan negara lain.

Terdapat juga dana antarabangsa yang tersedia, seperti Dana Iklim Hijau UNFCCC yang menyediakan sumber kewangan bagi membantu negara-negara seperti Malaysia untuk menghadapi cabaran perubahan iklim.

Jelasnya, kita memerlukan sebuah butang tetapat semula (reset) untuk perlindungan masa hadapan dalam dunia yang iklimnya sudah berubah. Kita juga harus melihat semula segala perkara yang kita lakukan dari lensa perubahan iklim.

Jika tidak, kita akan membuat pelaburan yang salah yang tidak memiliki kelestarian untuk jangka masa panjang dan hanya akan menjadi pembaziran besar sumber-sumber awam.

Pelan adaptasi segera yang merangkumi pendekatan berasaskan alam semula jadi diperlukan untuk memastikan bangunan, prasarana dan kawasan pesisiran pantai mempunyai daya ketahanan terhadap ribut, peningkatan kadar hujan, kebertahanan banjir, kenaikan paras laut, dan sebagainya.

Langkah-langkah pemuliharaan hutan dan tanah, termasuklah perlindungan kawasan tadahan air dan sungai untuk mencegah dan mengurangkan kejadian banjir, menjadikan kawasan bandar kepada sebagai ‘bandar-bandar span’ dan memperkukuhkan persisiran pantai kita melalui perlindungan dan pemulihan hutan paya bakau adalah komponen yang penting dalam rancangan tersebut.

Langkah-langkah yang lebih menyeluruh juga diperlukan bagi menangani kemarau, gelombang haba, kekurangan air, kesan-kesan ke atas pertanian, kesihatan, corak cuaca yang tidak menentu dan bencana.

Jelas sekali, lebih banyak yang harus dilakukan pada kadar segera. Jika tidak, kita mungkin sama sekali tidak akan bersedia untuk menghadapi bencana yang akan datang.

 Akibatnya tentulah amat buruk sekali, seperti yang telah kita lihat dari peristiwa banjir besar ini.

Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia

 

(function() { var d = document, w = window; w

Makan Rasuah Boleh Janji Jangan Kritik Kerajaan Melayu Isle?