PM AKUI LAMBAT BERI BANTUAN. TAPI ADA PULA TEORI SABOTAJ ?KEH..KEH..KEH


 

Terkini! PM akhirnya akui kelembapan urusan bantuan kepada mangsa banjir

Terkini! PM akhirnya akui kelembapan urusan bantuan kepada mangsa banjir

Semua pihak perlu dipertanggungjawabkan dalam isu pengurusan banjir ketika ini termasuk isu kelewatan dalam urusan bantuan dan menyelamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengakui berlaku kelewatan dalam urusan bantuan kepada mangsa yang terjejas termasuk di negeri Selangor, namun, ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Tegas beliau lagi, tanggungjawab menguruskan isu banjir bukan hanya terletak pada Kerajaan Persekutuan semata-mata bahkan melibatkan kerajaan negeri dan agensi di peringkat daerah yang bertindak sebagai barisan hadapan.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan, dalam isu kelewatan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Bukan sengaja dilewatkan, saya tidak pernah nafikan ada masalah kelewatan daripada segi memindahkan orang. Saya tidak salahkan netizen yang membuat aduan, saya berterima kasih kepada orang ramai yang terus mengadu kepada saya.

“Bagaimanapun, kita akan tambah baik negeri-negeri yang belum bersedia (menghadapi banjir besar) di Selangor dan mungkin Negeri Sembilan supaya lebih bersedia.

“Tanggungjawab banjir ini bukan hanya Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, malah, di peringkat daerah perlu menjadi barisan hadapan, semua perlu bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan D’Sury, Kuala Klawang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab mengenai isu yang dibangkitkan berhubung tindakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang disifatkan agak perlahan dalam menguruskan bencana banjir yang melanda negara.

Mengulas mengenai keadaan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam Selangor, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memutuskan untuk memobilisasi bot daripada polis, tentera, bomba dan sebagainya bagi memastikan tiada mangsa lagi yang tertinggal untuk diselamatkan dan dipindah.

“Ia juga bertujuan untuk menghantar makanan kerana di sana bukan semua yang berpindah ke PPS, ada yang tidak mahu pindah. Kita tidak tinggalkan mereka dan arahan adalah untuk menghantar segera makanan.

“Pada masa yang sama di taman itu serta banyak tempat di Selangor mengalami ‘banjir termenung’ dan kerajaan telah memutuskan supaya menggunakan pam air untuk sedut air keluar dan masuk ke sungai kerana paras air sungai sudah rendah.

“Kita sudah pam sejak pukul 2.30 pagi tadi dan nampak air semakin surut dan proses ini akan diteruskan dan dijangka pada pukul 6 petang ini air akan surut sepenuhnya di Taman Sri Muda, jadi, isu-isu sebelum ini seperti tidak mendapat bantuan makanan dan terperangkap, akan dapat diselesaikan,” katanya, memetik Utusan.


No comments: