RAKYAT DESAK MINTA DIA BERHENTI SAHAJA. TAK TAHU BUAT KERJA KA MAKAN GAJI BUTA NTAHLAH....

 


Wan Saiful ‘bangang’, Abdul Latiff perlu bertanggungjawab, selar Nazri






Nazri Aziz berkata tugas menguruskan bencana kebiasaannya diserahkan kepada seorang Menteri sekiranya tiada Timbalan Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Nazri Aziz menyifatkan Setiausaha Agung Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, ‘bangang’ kerana cuba merendahkan kredibiliti Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung pengurusan bencana.

Beliau berkata Wan Saiful tidak mengetahui struktur Jabatan Perdana Menteri, iaitu tugas menguruskan bencana kebiasaannya diserahkan kepada seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Kita tak ada TPM jadi kuasa berkenaan terletak dalam bidang kuasa Menteri Tugas-tugas Khas (Abdul Latiff Ahmad). Latiff ini daripada Bersatu. Dia ini Menteri Bersatu,” katanya kepada FMT.

Nazri mengulas kenyataan Saiful, hari ini, yang mahu Ismail lebih aktif mengetuai penyelarasan operasi bantuan banjir.

Kata pemimpin Bersatu itu, tanggungjawab utama membantu rakyat mestilah diletakkan atas bahu Perdana Menteri; dan penyelarasan antara agensi untuk memastikan proses penyampaian bantuan lebih tersusun paling penting, dengan adanya jawatankuasa khas yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Nazri bagaimanapun menyangkal Wan Saiful.

“Kalau tak tahu, tak payah cakap, jangan nak memperbodohkan diri. Ini hanya untuk serang Perdana Menteri sahaja,” katanya.

Nazri berkata beliau tahu selok-belok hal ini kerana pernah menguruskan Majlis Keselamatan Negara selama sembilan tahun.

“Saya tahulah, sebab saya jadi Menteri uruskan MKN selama sembilan tahun, bukan Perdana Menteri,” katanya.

No comments: