ANAK TAIKUN HARTANAH MENYERTAI MUDA DAN MENJADI CALON PRN JOHOR CETUS PERDEBATAN PANAS NETIZEN

 


Anak gadis taikun hartanah sertai Muda cetuskan perdebatan di media sosial


Dian Lee, anak kepada taikun hartanah Lee Kim Yew adalah antara ahli baru berprofil tinggi, yang menyertai Muda baru-baru ini. Pembabitannya itu mencuri tumpuan khususnya buat warga maya di media sosial.

Malah, penglibatan anak jutawan itu mencetuskan perdebatan di media sosial, iaitu sama ada ia sesuatu yang baik atau bakal mengundang masalah kepada parti tersebut.

Ada yang berpendapat bahawa Lee harus dinilai berdasarkan sumbangan dan peranannya dan bukannya siapa keluarganya.

Perdebatan itu juga mendapat reaksi Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz, yang memberikan maklum balas mempertahankan Lee.

“Lazimnya, saya kagum terhadap mereka yang berkebolehan dalam Muda tanpa ambil kira latar belakang mereka.

“Dian, Dr Thanussha, Afiqah Zulkifli, Beatrice Chin, Cikgu Ayu dan ramai lagi wanita berkebolehan dalam Muda. Saya bangga dapat bersama mereka,” kata Amira.

Perdebatan itu susulan kenyataan seorang warganet yang mendakwa Muda hanya memberikan perhatian kepada Lee kerana bapanya seorang jutawan.

Pada masa sama, spekulasi bertiup kencang mendakwa bahawa Lee adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai calon Muda yang berpotensi pada pilihan raya negeri Johor, 12 Mac ini.

Pengkritik membangkitkan kebimbangan bahawa Muda akan menjadi terlalu elitis dan menyoal jika ia akan dapat memahami golongan pekerja dan membela mereka dalam isu seperti gaji minimum dan cukai progresif.

Namun, ada yang menegaskan bahawa terlalu awal untuk menilai Lee seperti itu.

Mereka berkata, bahawa Lee, seperti ahli Muda lain – telah melakukan banyak kerja akar umbi dan perlu ditegur jika dia benar-benar terlibat dengan kronisme.

Lee, dalam temubual dengan akhbar The Star, menegaskan bahawa keluarganya tidak terikat untuk membiayai Muda.

“Ayah dan rakan-rakan saya tidak akan diminta untuk menderma. Kami merancang untuk menggunakan sumbangan dana orang ramai kerana kami percaya rakyat akan menyokong usaha kami,” katanya dipetik sebagai berkata.

Ibu kepada tiga anak itu mengakui gementar untuk melibatkan diri dalam politik secara aktif, tetapi dia menyokong tawaran parti itu yang mempunyai perspektif dan wajah baru dalam senario politik negara.

Muda terdiri daripada golongan belia daripada pelbagai latar belakang dalam kepimpinannya, termasuk doktor, jurutera, peguam dan aktivis.

PERMOHONAN MAAF DARI FAHMI REZA




 

Barang mahal, peniaga di JB tidak sampai hati naikkan harga makanan


 

Peniaga makanan terkesan teruk akibat kenaikan harga bahan mentah makanan sejak dua bulan kebelakangan ini.

Tidak terkecuali peniaga makanan di Johor Bahru.

Untuk itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mengunjungi kafeteria yang diusahakan oleh Kak Ani di Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Johor Bahru untuk makan tengah hari.

Keluahan pertama yang didengarinya ialah barang mahal dan Kak Ani tidak sampai hati mahu menaikkan harga makanan menyebabkan beliau tidak memasak banyak lauk.

"First day meniaga ni tak berani saya masak banyak YB, telur pun saya goreng sepuluh biji je dulu. Kalau ada customer nak lagi baru buat baru, takut sangat tak ada orang jadi membazir

"Barang pun sekarang mahalnya lain macam YB, saya yang meniaga sebelum PKP dengan nak start balik meniaga sekarang ni terasa sangat bezanya sebab kita selalu beli barang banyak

"Tapi saya tak sampai hati nak jual mahal-mahal, sebab faham yang datang kedai saya nak makan, banyak orang kerja cari rezeki juga, kita sama-sama cari rezeki lah kan," katanya sebagaimana ditulis di Facebook rasmi Akmal.

Menurut Akmal, kenaikan harga bahan mentah makanan merupakan isu utama di Johor.

Bagaimanapun rakyat, katanya, terpaksa meneruskan rutin harian dalam keadaan yang sebegitu perit.

Sebelum ini, Akmal mencatat bagaimana Kak Ani kecurian alatan perniagaan dan dibantu oleh beliau untuk memulakan kembali perniagaannya.

Kesusahan Kak Ani ternyata ditambah dengan kenaikan harga barang mentah makanan yang tidak diketahui penghujungnya.

Kos PRN Johor RM96 juta, lebih baik guna untuk turunkan harga ayam - Akmal

'' failed to upload. Invalid response: RpcError


Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam bahawa kos melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac ini sebanyak RM96 juta amat mengejutkan.

Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, kos sebanyak itu tidak seharusnya dibazirkan sekiranya PRN diadakan serentak dengan PRU dan malah sekiranya kos kesemua PRN sejak 2020 dicampurkan maka jumlahnya boleh menyelesaikan masalah kenaikan harga barang yang dihadapi rakyat ketika ini.

"Saya cukup ralat dan kesal dengan pengumuman anggaran kos PRN Johor yang menelan belanja sebanyak RM96 juta.

"Itu belum kira lagi kos PRN sebelum ini seperti di Sabah RM140 juta dan PRN Melaka RM40 juta. Kalau dicampur semua ini RM276 juta

"Tatkala rakyat dihimpit harga barang naik, mereka (BN) senang-senang nak guna ratus-ratus juta ringgit wang rakyat untuk 'berpesta' rebut kuasa pulak," katanya.

Sebaliknya, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia itu membandingkan kos yang diperlukan oleh kerajaan Selangor untuk memastikan harga ayam dijual RM8.00 sekilogram di negeri itu, yang berpuluh kali ganda lebih rendah daripada kos PRN.

Tambahnya, andai kos 4 PRN sebanyak RM276 juta itu dialihkan kepada program subsidi makanan kenaikan harga barang boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.

"Duit rakyat ratusan juta ringgit ini boleh digunakan untuk bantu rakyat. Di Selangor, kerajaan negeri boleh bagi harga ayam murah kepada rakyat hanya dengan peruntukan RM1 juta sahaja, bayangkan kalau kos RM276 juta digunakan untuk bantu rakyat mendapatkan harga ayam yang lebih murah.

"Itu belum kira subsidi dedak untuk penternak kita. Kalau kerajaan punyai hati perut bantu penternak-penternak, dengan peruntukan juta juta ini maka tidaklah masalah kehabisan stok ayam dan telur seteruk sekarang," katanya.

Malah mengikut kiraan Akmal tidak ada skim bantuan makanan kepada rakyat yang pernah mencapai kos penganjuran PRN sepanjang dua tahun ini.

"Kalau kita tengok bantuan-bantuan sebelum ini, kos bakul makanan zaman PM8 hanya RM170 juta, bajet Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bantuan pasca banjir RM60 juta sahaja.

"Jumlah bantuan untuk rakyat teramai ini lebih kecil daripada jumlah keseluruhan pesta berebut kuasa mereka

"Banyak benda yang boleh dibuat dengan duit beratus ratus juta daripada digunakan untuk PRN. Oleh itu jangan biarkan lagi mereka ini sesuka hati gunakan wang milik kita," katanya lagi.

Semalam, pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata suruhanjaya itu menganggarkan kos mengendalikan PRN Johor mencecah RM96 juta.

Beliau berkata jumlah itu diperlukan untuk perbelanjaan logistik, membuka sebanyak 1,084 buah pusat mengundi dan melantik seramai 49,290 petugas bagi mengendalikan proses PRN membabitkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

 

Kenapa Melayu berpecah?*


*_WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 10 Februari 2022_*


https://premium.sinarharian.com.my/article/180667/mediasi-kritis/cetusan/kenapa-melayu-berpecah 


RAMAI rakan Melayu merasa gelisah, hampa, marah malah ada yang putus asa melihat parti dan elit Melayu menuduh sesama lain sebagai pengkhianat demi merebut kuasa dalam PRN Johor dan PRU15. Mengapa Melayu berpecah dan tidak boleh bersatu?


Jawapannya, Melayu berkebebasan untuk mengejar aspirasi termasuk kuasa masing-masing. Selagi ada aspirasi yang berlainan dan kebebasan untuk mengejarnya, mana-mana umat manusia pun akan berpecah. Perpecahan berlaku dalam semua kaum - Cina, India, Dayak dan Kadazan Dusun Murut, semua diwakili oleh tiga ke enam parti.


*_Ada yang suka mengaitkan perpecahan dengan kelemahan dan manipulasi orang asing. Hakikatnya, perpecahan dan persaingan sering berlaku kerana kekuatan yang setanding, bukan kelemahan._* Sebagai contoh, pada tahun 1402, Empayar Uthmaniyah dan Empayar Timur berperang di Ankara bukan kerana kedua-dua kerajaan Muslim ini lemah, sebaliknya sangat kuat.


Melayu tidak akan berpecah hanya kalau Malaysia menjadi Korea Utara, atau sekurang-kurangnya orang Melayu sanggup diperintah oleh diktator seperti Kim Jong-un yang diwalakan oleh semua rakyatnya. Tetapi *_pemusatan kuasa akan disusuli dengan penyalahgunaan kuasa dan penzaliman rakyat. Adakah itu yang kita mahu?_*


*PERSAINGAN SIHAT*


*_Perpecahan juga tidak semestinya merugikan rakyat._* Mengapa hypermarket seperti Mydin, Giant, Lotus dan AEON sentiasa cuba menawarkan harga rendah untuk menarik pelanggan? Kerana mereka berpecah. Kalau saudagar besar semuanya bersatu dan menjadi monopoli, maka habislah pengguna orang kebanyakan.


Olimpik dan pelbagai acara sukan berlaku juga hanya kerana ahli sukan berpecah dan bersaing, sama ada secara individu, berpasukan atau untuk negara. Kalau ahli-ahli sukan semua bersatu padu, tiadalah persaingan dan tiadalah penciptaan pelbagai rekod kehandalan manusia.


*_Jadi, soalan yang perlu ditanya, bukan bagaimana nak mengelakkan perpecahan antara elit Melayu, tetapi bagaimana memastikan perpecahan itu boleh menguntungkan orang Melayu dan juga watan Malaysia seluruhnya?_*


Hari ini rakyat sengsara kerana kenaikan harga makanan. Ini bukan konspirasi jahat mana-mana pihak atau ketidakpedulian kerajaan, tetapi kerana kejutan lantai penawaran yang melanda banyak negara, bukan saja Malaysia. Apakah penyelesaian yang berkesan?


Hari ini rakyat takut bila rumah ditenggelami banjir atau dinding ditiup taufan. Ini tidak kena-mengena dengan ketakwaan pemimpin, tetapi adalah karma kita membinasakan alam sekitar. Bagaimana kita mengurangkan perubahan iklim dan pembalakan? Apakah penyelesaian yang berkesan?


Hari ini anak muda tidak mampu membeli rumah kerana harga melambung naik, manakala orang tua takut jatuh sakit kerana tidak mampu membiayai kos perubatan yang tinggi. Ini trend yang melanda sedunia, bukan di Malaysia sahaja. Apakah penyelesaian yang berkesan?


*_Di sinilah kita perlu parti-parti sama ada Melayu atau selainnya, berpecah atas idea dan bersaing dengan menawarkan dasar dan langkah penyelesaian yang lebih baik, bukan sekadar tuduh-menuduh._* Maka, siapa menang pun, rakyat tetap dimanfaatkan.


Kalau parti-parti dan ahli-ahli politik Melayu dapat bersaing secara profesional seperti ahli sukan dan perniagaan, bukan sahaja orang Melayu tetapi semua rakyat Malaysia akan untung. Hanya dalam persaingan sihat munculnya kestabilan mampan.


Sebaliknya kalau mereka tidak berupaya atau tidak beramanah, maka perpaduan mereka untuk menutup kesalahan sesama lain hanya akan merosakkan bukan saja orang Melayu tetapi seluruh negara.


*_Siapa pengkhianat kepada siapa tidak penting, selagi burung pegar yang mengkhianati rakyat dapat dihukum rakyat._*


_Dari Makasar datangnya Daing_

_Dari Arab datangnya Rahman_

_Daripada bersatu biar bersaing_

_Bersaing biar macam budiman_


[Pantun yang termasuk dalam text cadangan asal]


*_Prof Wong Chin Huat (chinhuatw@gmail.com) seorang ahli sains politik yang khusus dalam sistem pilihan raya, politik parti dan demokrasi berparlimen._



MAKA TERBUKTILAH MAKAN SAGON DAPAT KEBESARAN


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


 Maka terbuktilah makan Sagon pun boleh dapat kebesaran.

Padan dulu dia banyak mengata pada UMNO, dia kata sebab puak tu tak kongsi jawatan, la ni dah boleh pangkat maka dia pun ghuyub sekali dengan UMNO.
Kasihan Un yang di gembala sampai ke Padang merbuk ingat nak prioriti laksanakan ruu355, rupanya prioriti panglima ruu355 berebut dulu darjah kebesaran.
Demikianlah bobobobok..
Ingat kata-kata dia yang terkenal..
Al fulus fil duniah Wal mampus fil akhirah.










AWAL-AWAL LAGI DAH BUAT TAHIK...Selepas dikecam, FB Muda Kedah padam gambar ‘Hentikan Korupsi’






Facebook rasmi Parti Muda Kedah didapati telah memadam hantaran yang menunjukkan gambar empat logo parti iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), PKR dan Perikatan Nasional (PN) dengan tulisan ‘Hentikan Korupsi’.

Hantaran yang disiar lewat malam semalam itu mengundang kecaman kalangan warga net khususnya penyokong PKR.

Karikatur itu menunjukkan empat lelaki memegang wang di samping logo keempat-empat parti iaitu BN, PH, PKR dan PH dengan kapsyen ‘Jangan biarkan korupsi binasakan institusi negara.’

Sementara itu, Ketua Penerangan Muda, Luqman Long memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini itu dan bersedia mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan dengan apa-apa keputusan dan tindakan disiplin daripada Muda Nasional.

Menurutnya, perbincangan bersama Penerangan Muda Kedah mendapati bahawa hantaran itu juga tidak mendapat kebenaran dan sengaja dibuat dengan niat yang tidak baik.

“Maka, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini. Sebagai langkah ke hadapan, saya telah mengambil keputusan untuk menggantung Penerangan Muda Kedah dari sebarang aktiviti berkaitan Muda,” jelasnya.

Hantaran kontroversi yang menggambarkan pemimpin pelbagai parti, termasuk PH terlibat dengan rasuah itu muncul selepas AMANAH dan DAP bersepakat membenarkan Muda bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kesemua kerusi terbabit ialah DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Ekoran poster rasuah melibatkan PKR itu, penyokong dan pemimpin akar umbi parti tersebut berang termasuk tidak puas hati dengan agihan kerusi DUN kepada Muda.

Antaranya, pengguna Facebook Amizudin Ahmat yang menyatakan rasa marah apabila Puteri Wangsa diserahkan kepaad Muda.

“Macam ni nak buat kawan ke? Ternyata parti Muda ni cucu suruhan atok saka.

“Aku marah betul bila kerusi Puteri Wangsa diserahkan pada Muda,” tegasnya.

Dia berpendapat sepatutnya kerusi itu ditandingi PKR dengan calon yang paling layak, katanya, adalah Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan.

Muda mendapat enam kerusi untuk ditandingi hasil kesepakatan AMANAH dan DAP.




 

AUTA PERPADUAN UMMAH PAS UMNO.

 

ABDULLAH MAT ISA


AUTA PERPADUAN UMMAH PAS UMNO.

1. Lawan dap..kapir..demi Ummah.
2. Now dap dan PH tak kacau pun kerajaan Melaka dan terkini Johor. Depa yg bubar.Depa yg lompat.
3. Depa sendiri yg gaduh. Sebab apa? Sebab Kuasa jea.
4. Penyokong2 paling bodo...caya kan umno ni parti keramat katanya.
5. Konon PH menipu... kita nak tahulah konon 22 bulan menipu apa yg katanya isu menipu tu menyusahkan hidup mereka. So, apa yg konon ditipu tu menyusahkan hidup mereka?
Tol? Dalam buku PH pun dah nyatakan secara berperingkat. Malah diberi diturunkan kadar tol sama sprt 27 tahun dulu. ...tak bantu ke? Jadi sekarang ni kerajaan melayu isle buang tol? BN buang tol?
6. PTPTN..dalam buku PH, tak kata hapuskan ptptn. Tapi akan bayar kalau gaji RM4200. Dah sah2 lebih baik dr masa BN yg habis semua penghutang di black list walaupun tak ada kerja atau tak mampu.
7. Harga barang? zaman PH jauh2 lebih murah. Mana kempen BMF? Elok je semua sekarang membeli di pasaraya dan bukan isle melayo pun. Harga tetap mahal. Lama iklan BMF tak lalu wall FB.
So slogan kencing dan tipu 22 bulan adalah slogan politik mudah melabelkan cara mudah utk bagi otak melayo tak betfikir.
Isunya sebenarnya melayo isle ni takut nak berubah. Malas nak guna otak utk berfikir...

INI BUKAN KALI PERTAMA AZMIN MENAFIKAN PENINGKATAN KES-DR ZULKIFLY AHMAD





Ini bukan pertama kali Azmin Ali mengungkapkan kalimah yang sedemikian dan mendabik dada tentang kejayaan PN menangani pandemik COVID-19.

Sebeleum tercetusnya gelombang ketiga, beliau telah berkata:
“Nasib baik Pakatan Harapan tidak memerintah, kalau tidak akan bertambah kematian, bukan disebabkan olih Covid tetapi olih Pakatan Harapan”
Tidak berapa lama selepas dia berucap demikian, telah tercetus gelombang ketiga yang merupakan malapetaka yang paling teruk didalam sejarah kesihatan awam negara kita.
Punca utama berlakunya gelombang ketiga ini ialah Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN 2020) yang merupakan peristiwa “super-spreader” yang menularkan coronavirus kepada seluruh negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia. Ahli2 politik dan rombongan penyokong mereka adalah anasir “super-spreader” yang telah membawa virus secara besar2an dan mengakibatkan gelombang maut COVID-19.
Malaysia telah mencatatkan kes per kapita yang mengatasi India yang paling tinggi ketika itu. Dan kes kematian per kapita rakyat Malaysia merupakan diantara yang tertinggi di dunia dan yang tertinggi diAsia.
Bukan hanya PN bertanggung jawab mencetuskan gelombang ketiga tetapi mereka gagal untuk mengurusnya nya dengan cekap, cepat dan berkesan. PKP3.0 dan Ordinan Darurat yang dipaksakan keatas rakyat jelata pada Januari 2021 tidak berjaya melunturkan lengkung pandemik malahan menambah kesengsaraan rakyat dan memporak puranda sosio-ekonomi negara.
Kes COVID-19 terus melonjak, kemasukan ke hospital bertambah, kematian meningkat dan ramai yang mati sebelum dibawa kehospital. Gelombang ketiga ini telah menyebabkan suatu krisis kepada perkhidmatan kesihatan negara yang tidak berjaya menampung kes, kemasukan hospital dan kematian COVID-19 yang meningkat secara mendadak.
Hanya apabila politik pandemik diketepikan dan pakar kesihatan negara didalam KKM dan diluar KKM seperti didalam bidang akademik, Expert Advisory Group, doktor swasta, kor kesihatan tentera dan NGO digembelingkan secara inklusif didalam Greater Klang Valley Task Force (GKVTF), pandemik ini berjaya diurus dengan efektif dan perkhidmatan kesihatan dapat dikembalikan kepada sediakala sehingga kini.
Jelas bahawa Fiqh Waba’, prinsip dan pengurusan waba’ PN agak ketinggalan zaman, tidak kontemporari dan kurang ide yang bernas untuk menangani virus COVID-19 yang amat merbahaya yang tidak seperti virus-virus yang terdahulu.
PN juga banyak mencemari pengurusan pandemik dengan unusr2 politik yang menghindari kaedah sains untuk mengatasi ancaman coronavirus ini. Politik PN menunggang pandemik ini untuk menyekat poses demokrasi, melaksanakan Ordinan Dharurat, menangguh persidangan parlimen dan memberi kezaliman kuasa kepada Perdana Menteri PN yang bakal menyebabkan negara kita menuju kearah suatu otokrasi dan hancurnya demokrasi. Ini tidak termasuk dengan hakikat bahawa sejarah politik negara merakamkan bahawa PN yang memulakan pertukaran kerajaan melalui 'Langkah Pengkhianatan' dengan 'Langkah Sheraton' tanpa menghiraukan pandemik Covid mula menular dan mengganas di negara ini.
Kini kita berdepan dengan lonjakan kes akibat daripada varian Omicron. Walaupun ia tidak seteruk keadaan sebelum ini, namum ia harus ditangani dengan bijak dan cermat supaya tidak bertambah parah dan menjejas sistem perkhidmatan kesihatan negara, dan juga moral pekerja kesihatan yang bertarung dua tahun berturut2 dengan virus ini dan memelihara ekonomi negara yang kian nak pulih.
Retorik Azmin harus lebih bertanggung jawab dan memberi kerjasama kepada National Task Force yang telah diaktifkan semula didalam suatu koloborasi yang inklusif, yang menyelaraskan semua agensi dan sektor kerajaan didalam suatu rangka strategi untuk mengatasi gelombang Omiron yang mengancam kini.
Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Strategi
Parti Amanah Negara.
10 hb Februari 2022.


KENYATAAN MEDIA : MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 10 Februari 2022

 




KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
10 Februari 2022
PAKATAN HARAPAN UMUM TAWARAN, CALON BAGI PRN JOHOR, SERTA BERTEGAS DALAM ISU MELULUSKAN RUU ANTI-LOMPAT PARTI
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat berkala semalam. Berhubung PRN Johor, Majlis Presiden telah memutuskan bahawa Pakatan Harapan akan menyediakan siri tawaran di bawah kempen ‘Johor Bangkit: Maju, Bermaruah’.
Ini merangkumi aspek pembangunan ekonomi, pemantapan sosial, serta reformasi politik yang akan diumumkan sebelum bermulanya kempen pilihan raya.
Majlis Presiden juga memutuskan untuk mengadakan siri jelajah penamaan calon-calon Pakatan Harapan bagi DUN-DUN yang ditandingi sejurus selepas calon parti-parti dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Ini demi menyatakan kesediaan Pakatan Harapan menawarkan saf kepimpinan yang mampu membentuk Kerajaan Negeri Johor yang lebih stabil dan bersedia membangunkan Johor pasca pandemik.
Majlis Presiden memandang serius gelombang COVID-19 dengan varian Omicron yang sudah bermula dengan jumlah kes mencecah 17,000 semalam. Demi memastikan keadaan ini tidak diperalatkan untuk tujuan politik maka Kerajaan harus pertimbang untuk menangguhkan PRN Johor.
Sekiranya Kerajaan enggan menangguhkan dan ingin memberi kelonggaran seperti negara Barat maka kempen terbuka termasuk ceramah harus dibenarkan. Yang pasti Perintah Kawalan Pergerakan penuh (total lockdown) tidak boleh dikenakan kerana terbukti gagal sebelum ini.
Pakatan Harapan juga memberikan amaran agar Kerajaan tidak menyalahgunakan penguatkuasaan saman ke atas individu dan perniagaan, tetapi sebaliknya memberi fokus kepada pendidikan dan kesedaran untuk menangani cabaran gelombang Omicron ini yang rata-rata bergejala ringan. Jangan lah kerana nak bunuh nyamuk, habis kelambu dibakar.
Majlis Presiden turut mengambil maklum siri libat urus berhubung Rang Undang-Undang Anti- Lompat Parti bersama Ahli-Ahli Parlimen yang telah diadakan di Parlimen semalam.
RUU Anti-Lompat Parti ini bertepatan dengan hasrat Pakatan Harapan dan Kerajaan seperti yang termaktub di dalam Perkara 2.1, Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan. Perkara 2.4 menyatakan bahawa RUU ini perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Parlimen, iaitu sebelum atau pada 24 Mac 2022.
Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan bahawa RUU Anti Lompat Parti perlu dilaksanakan seperti yang dipersefahami di dalam MOU tersebut.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)



*SERUAN BUAT PERANTAU BANGSA JOHOR*




*PRN Johor* - BN dan PN telah merosakkan negara ini apabila gagal menguruskan semua perkara sehinggakan rakyat terus menjadi mangsa akibat kerakusan dan ketamakan mereka merampas mandat rakyat di Putrajaya.
Selepas mereka berjaya mengkhianati kerajaan yang dipilih oleh rakyat di Putrajaya, mereka terus rakus dan tamak sehinggakan merampas beberapa negeri lagi termasuk di JOHOR. Di Johor, mereka telah menjadi kerajaan tanpa gangguan, tetapi masih tamak dan tidak berpuas hati dan mahu kuasa lebih dari yang ada.
Tanpa mengira keadaan rakyat sedang dihimpit kesusahan akibat ekonomi yang menekan, Covid19 yang masih gagal ditangani dengan baik, tanpa rasa simpati mereka sengaja bubarkan Dun Johor untuk memaksa rakyat Johor mengundi. Mereka yakin rakyat Johor sama seperti rakyat di Melaka yang akan mudah mereka tawan untuk memenuhi nafsu serakah mereka.
Ayuh, anak-anak muda di perantauan!! Buktikan kamu anak muda yang berani dan bijak. Tunjukkan jalan keluar buat mereka yang khianat dan rakus ini. Bangsa Johor menanti kepulangan anda semua untuk kembalikan hak mereka yang telah dirampas.
*TOLAK PN, BUANG BN!! UNDILAH PAKATAN HARAPAN!!*

FAHMI REZZA - SATIRA BUKAN JENAYAH

 

I'm out! Tak kira berapa banyak kali kena repot, kena censored, kena siasat, kena tangkap, kena lokap, kena masuk mahkamah, aku takkan berhenti. I'm not going anywhere. Deal with it. #SatireIsNotACrime













BAWA JALAN JALAN KE ULU TEMBELING MEMANG BANYAK KAWASAN PENEBANGAN BALAK

 


Isu balak: Pahang tuntut aktivis alam sekitar mohon maaf, ganti rugi RM1 juta






Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, ini bukan kali pertama beliau menerima notis tuntutan sedemikian, malah pernah diugut dan ditahan dalam memperjuangkan serta memelihara alam semula jadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Pahang menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM1 juta daripada aktivis alam sekitar, Shariffa Sabrina Syed Akil berkenaan kenyataan berhubung aktiviti pembalakan di negeri itu.

Menerusi notis dikeluarkan firma guaman Tetuan Hidayah Ishak & Partners yang dilihat FMT, aktivis itu didakwa membuat kenyataan dalam dua catatan Facebook bertarikh 29 Dis dan 30 Dis 2021 dan semasa wawancara Sinar Harian bersama Tokoh Wartawan Negara Johan Jaaffar pada 12 Jan.

Notis itu menyatakan kenyataan Shariffa Sabrina membawa maksud dengan membayangkan bahawa kerajaan Pahang:

  • Tidak bertanggungjawab dengan membenarkan pembalakan di kawasan pergunungan Karak seolah-olah tanpa melakukan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA);
  • Bersekongkol dengan Jabatan Perhutanan untuk mengeluarkan kenyataan berunsur penipuan bahawa kononnya tiada kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Lentang.
  • Melakukan pembalakan di Hutan Simpan Lentang tanpa rasa bersalah sehingga mengakibatkan malapetaka;
  • Terlibat dan merupakan punca kepada kegiatan pembalakan dan penerokaan secara haram di tanah hutan kerajaan Pahang; dan
  • Mengamalkan rasuah dengan membenarkan kegiatan pembalakan secara berleluasa kepada syarikat pembalakan di kawasan hutan Pahang.

Notis itu turut mendakwa bahawa kenyataan dikeluarkan tidak berasas aktivis berkenaan telah menyebabkan kerajaan negeri menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat sekali gus menjatuhkan reputasi dan mencalar nama baik.

“Sikap tidak bertanggungjawab puan dengan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan telah menyebabkan anak guam kami ditohmah apabila masyarakat beranggapan bahawa anak guam kami adalah kerajaan yang menipu, tidak berintegriti dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Notis itu menuntut Shariffa Sabrina yang juga Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) membuat permohonan maaf tanpa syarat kepada kerajaan negeri secara terbuka melalui semua media terutama Facebook dan Instagram.

Katanya, jika Shariffa Sabrina gagal mematuhi notis itu dalam tempoh 14 hari selepas menerima surat berkenaan, kerajaan negeri akan memfailkan tuntutan di mahkamah tanpa merujuk kepada aktivis itu lagi serta akan membuat tuntutan lain.

Sementara itu, Shariffa Sabrina ketika dihubungi berkata, ini bukan kali pertama beliau menerima notis tuntutan sedemikian, malah pernah diugut dan ditahan dalam memperjuangkan serta memelihara alam semula jadi.

“Ugutan dan salah guna kuasa akan terus digunakan untuk menghalang saya daripada mendedahkan salah laku kerajaan melibatkan jenayah terhadap alam.

“Tindakan kerajaan negeri juga bertentangan dengan kebebasan bersuara dan menunjukkan mereka tidak cekap menangani dakwaan dilemparkan terhadap mereka, serta gagal memperbaiki kelemahan mereka dalam melindungi alam semula jadi,” katanya.

Katanya, hutan berperanan dalam usaha memerangi pemanasan global.

“Taktik seperti ini (menghantar notis tuntutan) untuk menimbulkan ketakutan malah ugutan tindakan undang-undang boleh mencemarkan nama baik negara di dalam dan di luar negara,” katanya.