INI BUKAN KALI PERTAMA AZMIN MENAFIKAN PENINGKATAN KES-DR ZULKIFLY AHMAD





Ini bukan pertama kali Azmin Ali mengungkapkan kalimah yang sedemikian dan mendabik dada tentang kejayaan PN menangani pandemik COVID-19.

Sebeleum tercetusnya gelombang ketiga, beliau telah berkata:
“Nasib baik Pakatan Harapan tidak memerintah, kalau tidak akan bertambah kematian, bukan disebabkan olih Covid tetapi olih Pakatan Harapan”
Tidak berapa lama selepas dia berucap demikian, telah tercetus gelombang ketiga yang merupakan malapetaka yang paling teruk didalam sejarah kesihatan awam negara kita.
Punca utama berlakunya gelombang ketiga ini ialah Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN 2020) yang merupakan peristiwa “super-spreader” yang menularkan coronavirus kepada seluruh negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia. Ahli2 politik dan rombongan penyokong mereka adalah anasir “super-spreader” yang telah membawa virus secara besar2an dan mengakibatkan gelombang maut COVID-19.
Malaysia telah mencatatkan kes per kapita yang mengatasi India yang paling tinggi ketika itu. Dan kes kematian per kapita rakyat Malaysia merupakan diantara yang tertinggi di dunia dan yang tertinggi diAsia.
Bukan hanya PN bertanggung jawab mencetuskan gelombang ketiga tetapi mereka gagal untuk mengurusnya nya dengan cekap, cepat dan berkesan. PKP3.0 dan Ordinan Darurat yang dipaksakan keatas rakyat jelata pada Januari 2021 tidak berjaya melunturkan lengkung pandemik malahan menambah kesengsaraan rakyat dan memporak puranda sosio-ekonomi negara.
Kes COVID-19 terus melonjak, kemasukan ke hospital bertambah, kematian meningkat dan ramai yang mati sebelum dibawa kehospital. Gelombang ketiga ini telah menyebabkan suatu krisis kepada perkhidmatan kesihatan negara yang tidak berjaya menampung kes, kemasukan hospital dan kematian COVID-19 yang meningkat secara mendadak.
Hanya apabila politik pandemik diketepikan dan pakar kesihatan negara didalam KKM dan diluar KKM seperti didalam bidang akademik, Expert Advisory Group, doktor swasta, kor kesihatan tentera dan NGO digembelingkan secara inklusif didalam Greater Klang Valley Task Force (GKVTF), pandemik ini berjaya diurus dengan efektif dan perkhidmatan kesihatan dapat dikembalikan kepada sediakala sehingga kini.
Jelas bahawa Fiqh Waba’, prinsip dan pengurusan waba’ PN agak ketinggalan zaman, tidak kontemporari dan kurang ide yang bernas untuk menangani virus COVID-19 yang amat merbahaya yang tidak seperti virus-virus yang terdahulu.
PN juga banyak mencemari pengurusan pandemik dengan unusr2 politik yang menghindari kaedah sains untuk mengatasi ancaman coronavirus ini. Politik PN menunggang pandemik ini untuk menyekat poses demokrasi, melaksanakan Ordinan Dharurat, menangguh persidangan parlimen dan memberi kezaliman kuasa kepada Perdana Menteri PN yang bakal menyebabkan negara kita menuju kearah suatu otokrasi dan hancurnya demokrasi. Ini tidak termasuk dengan hakikat bahawa sejarah politik negara merakamkan bahawa PN yang memulakan pertukaran kerajaan melalui 'Langkah Pengkhianatan' dengan 'Langkah Sheraton' tanpa menghiraukan pandemik Covid mula menular dan mengganas di negara ini.
Kini kita berdepan dengan lonjakan kes akibat daripada varian Omicron. Walaupun ia tidak seteruk keadaan sebelum ini, namum ia harus ditangani dengan bijak dan cermat supaya tidak bertambah parah dan menjejas sistem perkhidmatan kesihatan negara, dan juga moral pekerja kesihatan yang bertarung dua tahun berturut2 dengan virus ini dan memelihara ekonomi negara yang kian nak pulih.
Retorik Azmin harus lebih bertanggung jawab dan memberi kerjasama kepada National Task Force yang telah diaktifkan semula didalam suatu koloborasi yang inklusif, yang menyelaraskan semua agensi dan sektor kerajaan didalam suatu rangka strategi untuk mengatasi gelombang Omiron yang mengancam kini.
Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Strategi
Parti Amanah Negara.
10 hb Februari 2022.


No comments: