LAWATAN KE ENGLAND


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja lima hari bermula esok (15 Januari) ke United Kingdom (UK), rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah, sebaik sahaja menamatkan lawatan kerja di Emiriah Arab Bersatu pada hari ini (14 Januari).





Antara lokasi menarik di London termasuklah Big Ben, Jambatan London dan detik-detik pertukaran pengawal di Istana Buckingham setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad yang menjadi ikon kotaraya utama di benua Eropah itu.


Lawatan sulung Anwar ke UK dan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 adalah atas jemputan rakan sejawatnya Keir Starmer setelah menjadi Perdana Menteri pada Julai tahun lalu.


#MalaysiaMADANI 

#MyASEAN2025 

🇲🇾 🤝 🇬🇧



SIAPA YANG KENAL DIA NI. MINTA SIAPA SIAPA AMBIL TINDAKAN.


Che Ibrahim


Tanpa keterangan 4 saksi, menuduh orang lain telah melakukan liwat/Zina tetap dianggap qazaf di sisi Allah. Sabitan mahkamah tidak menghalalkan perbuatan qazaf.



 SETAN 



DIA MACAM PANDAI JA BAB MATEMATIK?

 

Ini je la naratif yang dia mainkan. 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗱𝘂𝗺 Tapi tak disertakan fakta. Dari sudut apa yang dia nak kata ekonomi merudum?



Pelaburan masuk beratus bilion nilainya. Pertumbuhan negara pun meningkat malahan 𝗱𝗶𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮. Semua elok.


Inflasi kita stabil. Matawang kita juga stabil,. Menutup tirai 2024 sebagai 𝗺𝗮𝘁𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗔𝘀𝗶𝗮. Fakta mana yang dia guna nak kata ekonomi merudum?


Kalau nak banding zaman PAS dalam kerajaan, 𝗵𝗮𝗻𝗰𝘂𝗿 𝗯𝗼𝗰𝗮𝗶 negara. Defisit meningkat. Inflasi tinggi. Lebai cuma kata, masalah global, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Siap kata 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗵𝗮𝗻.


Begitulah lebai. Tak ada fakta. Dia pun tahu apa yang dia cakap tu tak betul. Tapi saja nak 𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶 𝗷𝗲. Lebai sampah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


JENIS JAKUN... PEQAK.. ORANG KATA... TU LA YANG DOK ADA.. TAK CERDIK

 

Isu 𝘀𝗮𝗻𝗱𝘄𝗶𝗰𝗵 𝗵𝗮𝗺 di sebuah universiti, macam biasa, 𝘀𝗮𝗺𝘂𝗿𝗮𝗶 (atau simurai) 𝗨𝗠𝗡𝗢 akan pantas sambar untuk dijadikan isu, untuk 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶.


Diberitakan ham yang digunakan tu 𝙘𝙝𝙞𝙘𝙠𝙚𝙣 𝙝𝙖𝙢 dan bukannya babi. Mungkin 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 cuma makan cencalok je jadi dia tak tahu ada 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗵𝗮𝗺.


Di platform aku pun dulu selalu ada 𝙏𝙪𝙧𝙠𝙚𝙮 𝙝𝙖𝙢 tapi sebab tak laku, dah tak order lagi. Kesian dekat gak la Akmal ni. Pengetahuan cetek tapi cepat nak melatah.


Sungguhpun ham yang digunakan tu dari jenis ayam, tapi sijil halal tu dah 𝙚𝙭𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙. Dah la 𝘦𝘹𝘱𝘪𝘳𝘦𝘥, diambil dari 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗶𝗻 pulak tu. Dia main tampal je.


Jadi yang salah tetap salah. Sewajarnya tindakan yang tegas diambil. Pada 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹 dan juga pada 𝗞𝗞 𝗠𝗮𝗿𝘁 yang cuai menjalankan operasi.


Aku lihat isu yang lebih besar di sini. Apa sebenarnya peranan 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠? Setakat berikan sijil halal je. Lepas tu apa? Takkan tak ada pemeriksaan berkala?


Masalah sijil palsu atau tamat tempoh begini bukan perkara asing. Dah beberapa kali berlaku. Kejadian begini sebenarnya buatkan 𝗹𝗼𝗴𝗼 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗱𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶.


Dah ada logo JAKIM pun 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 sebab ada kemungkinan 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂, 𝙚𝙭𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙 dan sebagainya. JAKIM tak ada unit pemantau ke? Takkan JAKIM setakat kutip duit je. Lepas tu apa nak jadi, lantak la.


Aku nampak ini isu yang lebih besar. JAKIM ni kadang  nampak macam 𝗺𝗮𝗻𝗱𝘂𝗹. Tak nampak produktif. Tak kiralah zaman siapa pun yang memerintah.


JAKIM kena ada strategi macamana nak kawal supaya logo halal JAKIM 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮. Paling penting, kena pastikan 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗴𝘂𝗮𝗻 pada logo tu.


Syarikat-syarikat berani salah guna logo halal JAKIM sebab tahu 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽. Cuma kali ni ada isu ham tu. Kalau tak, sampai 2098 pun kita tak tahu logo halal yang digunakan tu dah 𝘦𝘹𝘱𝘪𝘳𝘦𝘥.


Kalau barisan pimpinan JAKIM sekarang tak boleh nak fikirkan cara, baik berhenti kerja je la. Beri pada orang yang layak. Sebab perkara ni 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗮𝘀𝗮𝘀.


Patut si 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵 tu naikkan isu begini. Bukan  naikkan bibit-bibit perkauman atau jentik sentimen agama. Tengok pada 𝗶𝘀𝘂 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮. 𝙍𝙤𝙤𝙩 𝙘𝙖𝙪𝙨𝙚. Jika JAKIM main peranan dari awal, isu begini tak timbul.


Yang kelakarnya, ada pemimpin pemuda UMNO yang marah bila Akmal ditegur oleh DAP. Suruh hormat la konon. Masalahnya Akmal tu 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁, malan 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 pun dia tak hormat. Siapa nak hormat dia?


𝘙𝘦𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵 𝘪𝘴 𝘮𝘶𝘵𝘶𝘢𝘭. 𝘙𝘦𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵 𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘯𝘦𝘥, 𝘢𝘯𝘥 𝘯𝘰𝘵 𝘢𝘴𝘬𝘦𝘥 𝘧𝘰𝘳. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


JANGAN MENYESAL TENGOK MUKA NI


 

SEDIH NEGERI 32-0


Aman Muhammad. 


 Sangat menyedihkan apabila data MIDA dikeluarkan baru-baru ini. Disaat Pahang dan Kelantan berjaya menarik ratusan juta ringgit pelaburan asing dalam tempoh 9 bulan pertama 2024, Terengganu hanya mampu menarik RM4.7 juta.



Pelaburan adalah antara cara kerajaan menaikkan hasil negeri. Ini kerana cukai tanah industri dan pembangunan adalah lebih tinggi berbanding cukai tanah pertanian. Kita tidak boleh berfikir seolah-olah cara menaikkan hasil negeri adalah sekadar menaikkan cukai atau menaikkan kadar bayaran perkhidmatan negeri sahaja.


Pelaburan asing kita yang sangat ketinggalan berbanding 2 negeri jiran kita tahun lepas adalah bukti kita memerlukan perubahan cara kerja supaya mampu terus bersaing dengan negeri lain 


Mungkin MB dan kerajaan negeri dapat mengemukakan hasil lawatan ke Paris ketika Sukan Olimpik baru-baru ini serta hasil dialog ekonomi yang dikatakan berlangsung di United Kingdom beberapa hari sebelum Krismas.


Mungkin ada hasil yang kita tidak tahu yang berpadanan dengan belanja besar yang dikeluarkan


#MajuTerengganuKu