SEDIH NEGERI 32-0


Aman Muhammad. 


 Sangat menyedihkan apabila data MIDA dikeluarkan baru-baru ini. Disaat Pahang dan Kelantan berjaya menarik ratusan juta ringgit pelaburan asing dalam tempoh 9 bulan pertama 2024, Terengganu hanya mampu menarik RM4.7 juta.



Pelaburan adalah antara cara kerajaan menaikkan hasil negeri. Ini kerana cukai tanah industri dan pembangunan adalah lebih tinggi berbanding cukai tanah pertanian. Kita tidak boleh berfikir seolah-olah cara menaikkan hasil negeri adalah sekadar menaikkan cukai atau menaikkan kadar bayaran perkhidmatan negeri sahaja.


Pelaburan asing kita yang sangat ketinggalan berbanding 2 negeri jiran kita tahun lepas adalah bukti kita memerlukan perubahan cara kerja supaya mampu terus bersaing dengan negeri lain 


Mungkin MB dan kerajaan negeri dapat mengemukakan hasil lawatan ke Paris ketika Sukan Olimpik baru-baru ini serta hasil dialog ekonomi yang dikatakan berlangsung di United Kingdom beberapa hari sebelum Krismas.


Mungkin ada hasil yang kita tidak tahu yang berpadanan dengan belanja besar yang dikeluarkan


#MajuTerengganuKu