MGID

BELUM SAMPAI LAGI TAHAP WAKIL BEBAS MENJADI WAKIL UNTUK RAKYAT.

Suara Ketiga pula di Parlimen

Monday, 07 June 2010 1:35 PM Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Lima ahli parlimen bebas mengumumkan pembentukan 'Konsensus Bebas' dalam usaha untuk bertindak dengan lebih "efektif, berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti" hari ini.

Kumpulan itu dianggotai Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru).

Zahrain dipetik berkata, 'Konsensus Bebas' bertujuan menjadi kuasa ketiga di Dewan Rakyat.

"Kita percaya pembentukan Konsensus Bebas adalah penyelesaian terbaik bagi kami sebagai ahli parlimen untuk mengemukakan isu-isu nasional dan berkepentingan umum secara bersama dan berkesan," kata Zahrain.

"Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasakan kepada inspirasi rakyat dan negara.

"Konsensus Bebas ini akan memberi fokus kepada pembentukan dasar yang meletakkan keutamaan rakyat," tambahnya lagi.

Ditanya sama ada seorang lagi wakil rakyat Bebas iaitu ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan turut dijemput untuk menyertai Konsensus Bebas, Zahrain berkata, pihaknya masih belum lagi membincangkan perkara itu.

Zahrain berkata sebagai wakil rakyat Bebas, kumpulan mereka tidak akan menyebelahi sama ada pihak kerajaan atau pembangkang.


ULANGTAHUN PSM-HIDUP PSM

KITA TIDAK MEMERLUKAN DUIT JUDI.UMAT ISLAM TIDAK MAHU DUIT JUDI.KITA TENTANG SEHINGGA JUDI DI HAPUSKAN.

Judi: Rasuah kebajikan RM525 juta hina rakyat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jun: PAS menganggap sumbangan hasil judi bernilai RM525 juta yang diberikan oleh Tan Sri Vincent Tan bagi tujuan kebajikan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation adalah satu rasuah dan penghinaan kepada rakyat yang menentang kelulusan judi bola, baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, sumbangan itu diberikan dengan harapan rakyat menutup mulut mereka daripada menentang kelulusan judi bola yang diberikan kerajaan kepada syarikat Vincent Tan.

PAS, katanya melihat bahawa beliau cuba mempermain-mainkan tuntutan rakyat yang mahu lesen judi ditarik balik.

“Sumbangan beliau ini adalah datang dari sumber yang haram dan sesuatu yang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan perkara kebaikan kerana ia diperolehi melalui penindasan kepada orang lain,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kaki-kaki judi di negara ini bertambah setiap tahun berikutan pertambahan pusat-pusat judi dan jenis lesen judi yang diluluskan kerajaan.

Ini, ujarnya menyebabkan masalah sosial, beban hutang, kemiskinan, keruntuhan keluarga dan masyarakat akibat gejala judi adalah antara sumbangan lain Vincent Tan kepada masyarakat yang tidak diceritakan oleh media.

“PAS berharap agar kerajaan serius menangani masalah masyarakat ini dan menarik balik kelulusan judi yang diberikan,” ujarnya.

11A ..ADAKAH MEREKA BUKAN ASET KEPADA NEGARA INI?

P1000292Pengerusi HRP Negeri Sembilan S.Siva dan rombongannya ziarah seorang pelajar cemerlang yang memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia telah dinafikan peluang untuk menyambung Pelajarannya dalam bidang yang dicita- sitakannya sejak kecil lagi; iaitu bidang perubatan. Walaupun Negara kita kini kekurangan pakar perubatan, kerajaan memilih untuk tidak membenarkan Pelajar Cemerlang dari kalangan masyarakat India untuk mengambil bidang ini.
Gomalah a/p Ganeswaran yang berasal dari Bandar Seremban Selatan, 7km dari Bandar Seremban, berkata kegembiraan beliau yang ada pada waktu beliau mengambil keputusan SPM kini sudah hancur kecai dan sudah menjadi sesuatu yang mendukacitakan apabila mengetahui bahawa pelajar Melayu lain dari sekolah beliau yang mendapat 4 atau 5 A sahaja telah diberi peluang untuk belajar di Kolej – kolej Matrikulasi di serata Negara. P1000301





Gomalah juga dengan sedih memberitahu bahawa semua kawannya yang dari masyarakat India mengalami nasib yang sama dengan beliau, iaitu diminta untuk belajar di Tingakatan 6, yang mana peperiksaannya dikatakan ketiga tersusah di dunia. Beliau ternyata gelisah dan resah dengan masa hadapannya kerana, selepas keluar STPM, dia masih kena bersaing dengan pelajar Melayu yang lain dari Matrikulasi yang mana peperiksaannya jauh lebih senang.


RAMAI JUGA PELAJAR MELAYU DI BIDANG AGAMA YANG DINAFIKAN TEMPAT BELAJAR.NAMUN MENGUTIP DERMA DARI ORANG RAMAI SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN SELAMA INI.PELAJAR AGAMA TIDAK DAPAT BELAJAR UNTUK JURUSAN YANG DIMINTA.TERPAKSA JUGA BELAJAR DI INDONESIA DAN DI MESIR DENGAN BANTUAN ORANG RAMAI DAN KEBAJIKAN DARI PUSAT URUS ZAKAT,ITU PUN SETELAH BANTUAN TERSEBUT DIDAHULUKAN.NEGARA INI MEMANG KAYA RAYA,JIKA DIURUSKAN DENGAN BAIK, BANYAK PELUANG BELAJAR,PERUMAHAN,DAN LAIN-LAIN TEMPAT UNTUK BELAJAR ANAK CUCU KITA DI KEMUDIAN HARI.NAMUN JIKA 100 BILLION USD DAN 200 BILLION USD TELAH HILANG DAN BETAPA BANYAK KETIRISAN YANG TERPAKSA DILALUI,MAKA INI BUKAN SESUATU YANG MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA.HANYA UNDI UNTUK MENUKAR SISTEM PEMERINTAHAHN SAHAJA MAMPU KITA CUBA DAN LAKUKAN.JIKA KITA PUNYA KEMAHUAN DAN RAKYAT YAKIN DENGAN JANJI DARI PAKATAN RAKYAT.

LAWATAN BIRO PEMBANGGUNAN TANAH DAN WILAYAH KE PULAU PINANG

Mazlan Aliman Ke Penaga


KIRIMAN PAS BUKIT BENDERA





Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat Tuan Mazlan Aliman menerima laporan isu RTB Projek Tebatan Banjir Sungai Muda Pulau Pinang dari AJK Bertindak RTB Kawasan Guar Kepah Penaga Kepala Batas dari Sr.Roslan Ishak.

YB.Hj Salleh Man wakilkan s/u khas beliau Saiful Lizan Md Yusuff menerima laporan RTB Guar Kepah Penaga Kepala Batas.
Picture 079Mazlan Aliman Ke Penaga

Taklimat RTB Guar Kepah disampaikan oleh AJK Bertindak kepada Tuan Mazlan Aliman.
Mazlan Aliman Ke PenagaMazlan Aliman Ke Penaga
Secara ringkas kegagalan mengurus,permasalahan penduduk yang dibangkitkan dan tidak ambil peduli ahli Parlimen Kepala Batas dan Adun Penaga dalam isu ini menyebabkan Tuan Mazlan Aliman berjanji akan membawa mereka semua ke sidang Parlimen nanti.
Mazlan Aliman Ke PenagaMazlan Aliman Ke Penaga
Timbalan Pesurujaya Pas P.Pinang merangkap penyelaras Dun Penaga berbincang sesuatu dengan Ajk Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat.

MIC untung 3 kali, Umno pulang tangan kosong!


Iskandar A Samad

Kemenangan BN di Hulu Selangor dikatakan memberi suntikan semangat kepada Umno di Selangor. Tetapi betulkah begitu?

Umno sebenarnya tidak dapat apa-apa dari kemenangan tersebut. Malah rombakan kabinet minggu lepas menunjukkan bahawa MIC yang untung besar.

Mula-mula calon MIC telah menang dan MIC mendapat seorang ahli Parlimen.

Kemudian bekas calon MIC untuk kerusi itu pada PRU 2008, G. Palanivel, telah dilantik sebagai Senator. Beliau tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil baru-baru ini kerana dikatakan tidak popular. BN telah memilih P. Kamalanathan walaupun Palanivel adalah pilihan MIC. Saya yakin perlantikan sebagai Senator ini adalah janji BN kepada MIC setelah tidak menurunkan Palanivel sebagai calon. Oleh itu, MIC mendapat seorang Senator.

Kemudian pada rombakan kabinet minggu lepas, MIC dapat lagi durian runtuh. Palanivel telah dilantik Timbalan Menteri.

Jadi MIC mendapat seorang ahli Parlimen, seorang Senator dan seorang Timbalan Menteri. Apa yang UMNO dapat?

Pemimpin UMNO berkokok seluruh negara tentang kemenangan BN tetapi pada hakikatnya UMNO pulang dari Hulu Selangor dengan tangan kosong.

ANWAR HADIR PERASMIAN DAN BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT






Permatang Pauh- Dato Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan sehari ke parlimen beliau di Permatang Pauh sempat hadir dalam majlis penyampaian bantuan kepada sekolah agama rakyat

Dalam usaha meningkat mutu pengajaran Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau .Pinang telah menambah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz pada tahun 2010 menjadikan jumlahnya RM1.75 juta berbanding RM1.5 juta tahun lepas.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebanyak RM380,950 diberikan kepada 102 Sekolah Rendah Agama dan RM25,000 lagi kepada lima buah Sekolah Tahfiz.

Menurut Dato Seri Anwar Ibrahim lagi , bantuan kepada SAR ini juga meliputi Madrasah Manabil Ulul, Penanti sebanyak RM197,000, Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Watanaiah RM159.000, Madrasah Al-Aminiah RM183,000, Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah RM166,275, Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak 120,000, Sekolah Menengah Othmaniah RM90,000, Institut Pengajian Ar- Razi RM70,000 dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Khairiah Islamiah RM23,000.

Manakala SABK Al-Masriyah menerima bantuan berjumlah RM30,000, SABK Maktab Wan Jah RM13,000, SABK Faqiyah Daimiah, Permatang Pauh RM22,000, SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah RM25,000, SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 RM25,000, SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2 RM19,000, SABK Al-Mashoor Islami RM25,000, SABK SMATI RM22,000, SABK Al-Mashoor Islami RM25,000, SABK Al-Imam An Nawawi,Lahar Minyak RM3,000, Sekolah Menengah Al-Itqan RM96,275 dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum, Permatang Pauh RM45,000.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man serta ADUN Sungai Bakap, Makhtar Shapee.

PAS TAMBUN ADAKAN GOTONG ROTONG DI GUGUSAN MANJOI








Ipoh- Lajnah Kebajikan PAS kawasan Tambun menggerakkan jentera muslimin dan muslimatnya untuk mengadakan gerak kerja gotong royong kebajikan untuk penduduk kampong di Kampung Dato Ahmad Said 1,2 dan 3 yang mana di laksanakan dibawah lajnah kebajikan PAS Tambun baru-baru ini .Kawasan Gugusan Manjoi adalah antara kawasan penempatan kaum Melayu.



Menurut Pengerusi Lajnah kebajikan PAS Tambun En Sufian bin Abd Shukor , seramai 200 ahli yang bergerak serentak di semua kawasan yang di kenalpasti dan merupakan satu projek pilot untuk kebajikan masayarakat dan juga sebagai satu kempen membersihkan longkang, peparitan ,membina,membaiki kawasan yang dikenalpasti punca tersumbatnya longkang dan pembiakkan nyamuk aedes .



Program tahunan dan juga program kebajikan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sesuai dengan konsep PAS FOR ALL ini juga, menurut En Sufian adalah sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada masyarakat. Malah turut serta ahli Kelab penyokong PAS terdiri dari kaum India yang juga terlibat secara langsung membersihkan kawasan.Seramai 30 ahli kelab penyokong PAS yang terdiri dari kaum India ini sanggup menyertai program gotong royong di penempatan kaum Melayu dan akan di adakan pula program yang sama di penempatan kaum India pula.



ADUN PERMATANG PASIR SAMPAIKAN BANTUAN BASIKAL KEPADA MURID SEKOLAH


ADUN PERMATANG PASIR SAMPAIKAN BANTUAN BASIKAL KEPADA MURID SEKOLAH



PERMATANG PAUH – ADUN PAS Permatang Pasir YB Salleh Man baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan kepada Dua beradik, iaitu Nor Hamsah Nordin,15, dan Nor Liyana Nordin,14, kerana mereka terpaksa berjalan kaki selam 45 minit dari rumah mereka yang terletak di pekan Permatang Pauh ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sama Gagah kerana berasal dari keluarga susah dan tidak berkemampuan.


Namun kesusahan yang dialami kedua pelajar ini mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man yang prihatin dengan memberi sumbangan berupa dua basikal untuk dua anak En Nordin.

Menurut YB Salleh Man , sumbangan diberikan memandangkan kedua-dua beradik itu amat memerlukan kederaan untuk memudahkan mereka ke sekolah bagi menimba ilmu.


“Saya berharap agar sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka seterusnya membolehkan mereka untuk belajar dalam keadaan yang lebih selesa dan mungkin dengan sedikit bantuan ini dapat dimanfatkan mereka dan kemungkinan juga mereka boleh berjaya disuatu hari nanti” demikian jelas YB Sallehman.


Namun begitu, mereka tidak pernah merungut, sebaliknya bersyukur kerana mereka masih dapat ke sekolah untuk menima ilmu.

Nor Hamsah yang merupakan anak sulung dari empat beradik itu berkata, dia dan adiknya akan keluar dari rumah seawal jam 6.45 pagi agar mereka tidak terlewat sampai ke sekolah.

“Saya tidak kisah untuk berjalan kaki ke sekolah walaupun tahu akan risikonya kerana tidak mahu menyusahkan ayah. Lagipun, kami berdua sudah biasa begini dari dulu lagi dan sumbangan ini amat berharga bagi kami.”. demikian jelas adik Nor Hashimah.

Bapa mereka En Nordin Said,50, berkata,beliau merasa terhutang budi kerana wakil rakyat PAS prihatin walau ada sesetengahnya berkata sumbangan ini kecil sahaja.Namun bagi saya sumbangan ini besar buat anak saya, dan saya ucapkan terima kasih diatas sumbangan basikal ini.

YB SALEHMAN SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA SURAU TERBIAR


YB SALEHMAN SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA SURAU TERBIAR



PERMATANG PAUH –YB Salehman sekali lagi memberi bantuan apabila menyampaikan bantuan kepada penduduk Taman Cermai di Permatang Pauh Baru-baru ini.Bantuan berupa peruntukan baikpulih surau terbiar.

Inisiatif masyarakat sekitar Taman Cermai, dekat sini, untuk mengimarahkan kembali surau terbiar wajar dijadikan contoh dan harus di ikuti oleh masyarakat yang lain kerana walaupun mereka ,penduduk beragama islam adalah minority di taman Cermai ini , namun semangat gotong royong yang di usahakan oleh penduduk bagi menghidupkan semula suarau yang terbiar ini perlu di beri kredit kerana prihatin dengan keadan suarau yang terbiar ini.



Menurut Pengerusi Surau al-Syifa, Mokhtar Mohamad ,melihatkan keadaan surau yang sebelum ini terbiar hamper 7 tahun ,timbul rasa insaf bahawa keadaan sebegini adalah tidak baik untuk umat islam, lagi pula ianya boleh di manfaatkan oleh penduduk di kawasan ini untuk aktiviti keagamaan sama ada kelas fardhu ain,kelas mengaji dan juga aktiviti keagamaan yang lain.



Menurutnya, hasil perbincangan serta bantuan yang dihulurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT) menjadikan surau yang dahulunya terbiar kembali meriah dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan surau.

Menurut beliau lagi aktiviti seperti Kelas agama, kelas Iqra', sambutan maulidur rasul dan juga aktiviti korban merupakan antara aktiviti yang dianjurkan surau dalam mengimarahkan surau ini dan saya berharap agar surau ini akan sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat," katanya.




Sementara itu , ADUN Permatang Pasir,YB Mohd Salleh Man ketika meninjau surau yang baru dibaik pulih itu berharap agar masyarakat lebih bertangungjawab dan menjaga agama dengan sebaik mungkin dan percaya dengan peruntukan ini akan dapat dimanfatkan oleh umat islam khasnya penduduk Taman Cermai bagi aktiviti keagamaan dan kuliah-kuliah agama di surau tersebut.






(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR PD - BEBERAPA AKTIVITI MEMBANTU MASYARAKAT

  4 MAC   Hari ini saya bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan...