PAS TAMBUN ADAKAN GOTONG ROTONG DI GUGUSAN MANJOI








Ipoh- Lajnah Kebajikan PAS kawasan Tambun menggerakkan jentera muslimin dan muslimatnya untuk mengadakan gerak kerja gotong royong kebajikan untuk penduduk kampong di Kampung Dato Ahmad Said 1,2 dan 3 yang mana di laksanakan dibawah lajnah kebajikan PAS Tambun baru-baru ini .Kawasan Gugusan Manjoi adalah antara kawasan penempatan kaum Melayu.



Menurut Pengerusi Lajnah kebajikan PAS Tambun En Sufian bin Abd Shukor , seramai 200 ahli yang bergerak serentak di semua kawasan yang di kenalpasti dan merupakan satu projek pilot untuk kebajikan masayarakat dan juga sebagai satu kempen membersihkan longkang, peparitan ,membina,membaiki kawasan yang dikenalpasti punca tersumbatnya longkang dan pembiakkan nyamuk aedes .



Program tahunan dan juga program kebajikan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sesuai dengan konsep PAS FOR ALL ini juga, menurut En Sufian adalah sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada masyarakat. Malah turut serta ahli Kelab penyokong PAS terdiri dari kaum India yang juga terlibat secara langsung membersihkan kawasan.Seramai 30 ahli kelab penyokong PAS yang terdiri dari kaum India ini sanggup menyertai program gotong royong di penempatan kaum Melayu dan akan di adakan pula program yang sama di penempatan kaum India pula.



No comments: